Penunggu Pejabat

Assalamualaikum FS. Nama aku Nurul. 2 tahun lepas aku ada kongsikan satu cerita seram iaitu siapakah dia?. Jadi hari ini aku ada cerita seram yang baharu, iaitu kejadian di tempat kerja aku.

Aku bekerja sebagai khidmat pelanggan di sebuah syarikat. Pada malam tersebut, aku dan salah seorang rakan sekerja stay di pejabat sehingga malam kerana hendak menyelesaikan suatu kerja yang masih tertangguh. Jadi beginilah kisahnya, tengah kusyuk aku dan rakan aku menyelesaikan tugasan tiba- tiba aku terlihat satu bayang hitam melimpas dari arah pintu masuk ke arah rakan aku. Aku tidak berani untuk melihat lagi mahupun untuk memberitahu rakan aku itu. Aku terkaku kerana kelibat itu seolah-olah mahu aku perasan akan kehadiran nya.

Belum lama kemudian, tiba-tiba rakan aku maklumkan kepada aku bahawa dia merasakan sejuk semacam sahaja tetapi aku bagitahu mungkin hari selepas hujan sebab itulah sejuk sahaja di pejabat. Aku memberanikan diri untuk ambil alat kawalan untuk pendingin hawa di tepi kelibat itu sahaja. Alhamdulilah tiada apa yang berlaku kerana kelibat itu hanya berdiam sahaja di situ. Memandangkan aku tidak menghiraukan terus kelibat itu, maka ia pun berlalu pergi dan terus menghilang.

Beberapa minit kemudian, rakan aku maklumkan kepada aku bahawa dia hendak mengambil pengecas telefon dia di dalam kereta jadi aku pun benarkan dia ambil dan berkata “ okay baiklah tetapi jangan lama sangat hehe.” dan dia pun membalas “Baiklah, kenapa awak takut ke ke seorang diri?” dengan secara tiba-tiba dia membalas aku begitu. Aku dengan perasaan seram sejuk pun membalas “ Eh, tidak adalah saya hanya risau awak sorang-sorang ambil di bawah.” Aku berkata demikian kerana pejabat kami di tingkat atas sekali.

Setelah sahaja rakan aku turun, aku buka lah lagu daripada salah satu komputer di sana dengan harapan untuk usaikan rasa takut aku. Tiba-tiba, aku melihat rakan aku sudah kembali semula tetapi yang aku pelik adalah aku tidak perasan bila dia masuk. Aku pun bertanya “ Eh, bila masa awak masuk? Kenapa saya tidak perasan pun bunyi awak masuk?.” Dia langsung tidak membalas satu pun.

Perasaan takut aku semakin bertambah, maka aku memilih untuk berdiam diri sahaja. Belum lama kemudian, aku hendak ke tandas jadi aku pun memberitahu dia “ Awakk, saya ke tandas sekejap ya.” dan dia hanya membalas “ Baiklah, hati-hati.” Aku hairan yang nada suara dia lain macam dan macam bukan dia sahaja tetapi aku buat tidak tahu sahaja kerana merasakan mungkin dia sudah penat. Selesai sahaja urusan aku di tandas, aku terdengar bunyi pintu pejabat aku dibuka sedangkan cuma aku dan rakan aku sahaja memiliki kunci.

Jadi dengan bergegas aku berlari keluar dari tandas untuk tengok siapa yang masuk, tiba-tiba aku melihat rakan aku sendiri yang masuk tetapi yang aku hairankan siapa yang aku bercakap tadi. Lalu aku dengan beraninya bertanya dengan rakan aku “ Eh, awak dari mana tu?”. Dia pun membalas “ Aih, saya kan dari ambil pengecas saya.” Aku terus terdiam dan rakan aku tanya lagi “Eh, awak kenapa awak nampak pucat sahaja, awak okay ke?”. Aku hanya membalas dia “ Jom kita balik sekarang, nanti hari lain pulak kita sambung kerja lagi.” dia pun membalas “Oh okay lah, jom balik.”

Setelah kejadian itu, baharu aku faham kenapa orang di pejabat aku selalu bagitahu yang “ Eh, betul ke korang nak stay sahaja di pejabat. Hati-hati okay”. Dan kini aku sudah mengetahui bahawa pejabat kami itu selama ini tidak pernah ada satu orang pun berani untuk stay sehingga malam di pejabat. Sampai disini sahaja cerita aku. Terima kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nurul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 78 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.