Penunggu Pokok Hiasan

Hai semua.. namaku Cik Bawang (bukan nama sebenar).. aku tinggal bersama ibu dan ayah dan aku merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik..Kisah ini terjadi kepada aku dan keluarga sekitar tahun 2001-2002 sewaktu umur aku dalam lingkungan 15-16 tahun. Hmm..Mungkin tidak seseram yang disangka tapi mungkin dapat dikongsikan kepada pembaca FS supaya lebih berhati-hati dengan hobi seperti membeli pokok-pokok hiasan. (nota kaki: pokok hiasan tu macam daun adalah plastic tapi kayu pokok tu memang kayu betul)

Untuk pengetahuan semua pembaca, ibu aku seorang yang suka mengumpul pokok-pokok hiasan. Memang koleksi pokok-pokok ni banyak sangat sampai orang yang datang ke rumah pun semua akan cakap macam hutan.. hihi.. ok.. Pokok-pokok hiasan tu ibu aku akan letak di kawasan halaman rumah (mini garden), dekat tangga, dan ruang tamu. Oh ya, rumah aku adalah rumah teres dua tingkat..

Aku masih ingat masa tu, ibu aku baru balik dari tempat beli pokok hiasan dia tu dengan ayah aku.. muka ibu aku tak payah cakap lah..memang happy sebab pokok itu dia dapat dengan harga diskaun yang murah..pokok hiasan tu agak besar jugak.. and pasu dia sangat cantik.. aku yang tak berapa suka pokok pun tiba-tiba macam suka pulak dan pokok tu Nampak sangat menarik dengan ukiran pasu yang unik..

Pokok hiasan tu ibu aku letak di kawasan luar tempat “mini garden” dia.. sebab masa tu rumah aku belom renovate, jadi kalau letak dalam rumah dia macam sempit sangat ibu aku cakap..

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, sejak ada pokok tu.. itulah pokok terakhir yang ibu aku beli.. dan apa yang aku perasan lepas ibu aku beli pokok tu.. ibu aku dah tak beli lagi pokok hiasan lain..
Hmm.. mungkin sebab dah banyak sangat kot pokok..so sebab tu ibu aku dah stop beli.. itu sangkaan aku masa tu..

Sehinggalah suatu hari, aku terdengar perbualan ibu dan ayahku di dapur.

Ibu : Hmm.. I rasa macam something wronglah lately.. macam setiap kali I nak buat apa-apa pun.. I rasa macam ada orang perhatikan I la.. I macam takut.. lepas tu I selalu dengar orang turun naik tangga tapi sebenarnya takda orang pun.. lepas I solat pun I selalu rasa macam ada orang belakang I..

Ayah : tak da lah mungkin sangkaan you je kot.. I ok je.. tapi you jangan cerita kat budak-budak nanti dorang takut pulak..

Ibu : Hmm yelah.. You, apa kata kita buat majlis bacaan Yassin kat rumah, nak tak? kebetulan Kak Mariam, isteri Haji Deris pengerusi surau tu dalam mesyuarat rukun tetangga hari tu dia ada cakap kalau ada sesiapa nak buat apa-apa majlis bacaan Yassin, bagitahu je dia..apa kata you?

Ayah : Ok jugak.. I pun rasa dah lama kita tak buat kenduri sejak masuk.. last pun masa masuk rumah ni 3 tahun yang lalu kan?

Aku yang sejak tadi terdengar perbualan tu mula rasa tak sedap hati.. rasa macam takut pun ada.. sebab sejak pindah dulu Alhamdulillah tak ada gangguan apa-apa kat aku.. tapi bila dengan ibu cakap macam tu terus aku jadi paranoid..

Minggu depannya, kenduri bacaan Yassin pun berlangsung.. Alhamdulillah masa majlis tu tak ada apa-apa yang jadi.. sehinggalah lepas majlis berakhir..
Semua tetamu dah pun pulang ke rumah masing-masing.. dan ini lah masa yang paling aku dan adik perempuan ku tak suka.. iaitu tolong ibu basuh pinggan mangkuk. Oleh kerana dapur kami kecik, kami terpaksa basuh periuk and mangkuk-mangkuk di belakang rumah kami.. dan belakang rumah kami ada satu parit besar dan seberang parit besar tu pulak menghadap belakang rumah yang lain.. hmm paham tak? hope paham la.. hihi.. dan rumah tu pulak masa tu kosong tak ada orang..

Masa itu masih aku ingat sejuk nya lain macam, dan malam tu agak berangin.. tiba-tiba adik perempuan aku yang berumur 13 tahun bersuara,

Adik : “Weh, kaklong kau rasa sejuk tak? macam kat genting lah sejuk dia malam ni..kan?”
Aku : “hmm.. tulah tak pernah-pernah macam ni kan? Ke kita je rasa sejuk sebab hari ni kita jadi budak baik baca Yassin..dah tak jadi setan da?? Hahaha..” seloroh aku..
Adik : “Kaklong hantu setan jangan le sebut.. dah lah kita je ni kena basuh pinggan kat belakang ni..”
Aku : “La.. tak payah takutlah.. tak ada hantu la..kan rumah ni dah buat bacaan Yassin tadi..”

Tengah kami sibuk-sibuk membasuh, tiba-tiba hidung aku menangkap satu bau busuk.. macam bau bangkai binatang, masa tu dah meremang bulu roma. aku pun apa lagi, cepat-cepat habiskan basuh pinggan mangkuk dan masuk ke dalam rumah.. semasa aku nak kunci pintu grill belakang rumah.. aku dapat rasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan kami di parit besar tu..

Malam tu, aku tidur satu bilik dengan aku perempuan aku sebab dua adik lelaki ku yang lain tidur satu bilik dengan ibu dan ayah (sebab ada aircond)… sepatutnya aku tidur sorang tapi malam tu sejak terbau busuk dan rasa semacam tadi aku macam tak sedap hati dan untuk keselamatan, aku nak tidur dengan adik aku..

Masa nak tidur, macam biasa lepas kemas-kemas katil dan dah siap sedia nak tidur.. aku akan dengar lagu kat walk man aku dulu..adik aku dah masuk ke alam mimpi dia dah..penat barangkali.. aku pulak jenis kalau penat sangat memang susah nak tidur..lagi-lagi lepas mandi tadi.. tengah sedap melayan lagu dalam Walkman..tiba-tiba aku dengar macam suara ibu aku panggil aku.Dua kali. Masa tu macam terkejut jugak, dah pukul 1.00 pagi kot.. tak kan ibu tak tidur lagi? Aku tanggal kan ear phone nak pastikan memang aku dengar suara ibu aku..tapi, sunyi je. Aku beranikan diri bangun dan tengok ibu kat bilik..

Masa tu aku tengok ibu aku tak ada kat bilik.. oh.. mungkin ibu panggil dari tingkat bawah kot.. aku pun turun anak tangga. Masa aku turun tangga, aku rasa pelik sebab kenapa gelap kat bawah? Aku beranikan diri bukak lampu kat tangga..dan perlahan lahan turun ke ruang tamu untuk buka lampu.. tiba-tiba jantungku berderau.. ye..aku Nampak ibu duduk di sofa..masa tu muka dia tunduk je.. Dengan berani aku dekat ke arah ibu..

Aku: “Ibu, kenapa ni? Gaduh dengan ayah ke? kenapa ibu kat bawah ni? Jomlah tidur bu..”

Ibu hanya berdiam diri dan masih menunduk.. Aku beranikan diri untuk pegang bahu ibu dan masa tu ibu angkat kepala dia dan ibu tersenyum dengan seyuman yang paling menakutkan! masa tu Allah je tahu perasaan aku macam mana.. Aku terkaku dan otakku tak dapat berfikir dengan waras!

Aku hampir sahaja pengsan bila tiba-tiba ibu aku gelak.! Ya Allah, kenapa ibu ku??

Tanpa berfikir panjang aku terus berlari naik ke atas dan kejut ayah yang sedang lena di ulit mimpi..

Aku: “Ayah!!!! Bangun Yahh! Ibu.. Ibu!!!
Ayah : ” Kenapa?kenapa?” sambal mengosokkan matanya dan memakai cermin mata nya..
Aku :” Turun bawah ,Ibu kena Rasuk!”

Kerana keadaan yang sedikit kecoh masa tu..Adik beradik ku semua terjaga dan masing-masing ketakutan..Masa tu ayah dah berlari kebawah untuk melihat keadaan ibu ku.

Ibu masih duduk di sofa dan masih gelak seorang diri.. Tanpa membuang masa, ayah cepat-cepat telefon Haji Deris untuk minta pertolongan. Untuk pengetahuna semua, Haji Deris mempunyai bakat untuk menyembuhkan semangat orang.

Semasa menunggu ketibaan Haji Deris, ayah menyuruh aku menjaga adik-adik dan baca ayat-ayat Qursi sebagai pendinding. Kami adik beradik hanya membontoti ayah masa tu sebab kami ketakutan melihat ibu yang hanya berdiam diri, gelak, menangis seorang diri dan bercakap dalam Bahasa yang sukar kami fahami..

20 minit kemudian, Haji Deris datang bersama pembantunya Ustaz Arif. Setelah memberi salam, Haji Deris terus meminta izin daripada ayah untuk mengubati ibu. Haji Deris memulakan rawatan nya dengan membaca surah-surah dan masa tu dia cengkam kuku kaki ibu.. Ibu terus menjerit, masa ni suara ibu sangat garau!

Ibu : “Sakittt!! Sakit!!! lepaskan aku orang tua!”
Haji Deris : ” Kau siapa? Kenapa kau kacau wanita ini? Apa salah dia??”
Ibu : “Aku tak kacau mereka..mereka yang kacau aku!!! aku panas panas!! ”
Haji Deris : “Siapa kau? Siapa yang hantar kau?”
Ibu: “Aku datang dari hutan! Aku nak duduk sini! Sini ada rumah aku!!”
Haji Deris : “Aku nak kau keluar dari badan wanita ini.. Kalau kau tak nak sakit! aku akan hantar kau ke rumah kau! Jangan kau ganggu lagi keluarga ini atau sesiapa pun!”

Haji Deris memulakan rawatan nya. Selepas 10 minit, ibu pengsan, dan haji Deris menyuruh ayah mengusap muka ibu dengan air bacaan Yassin. Kemudian, Haji Deris meminta izin dengan ayah untuk meninjau keadaan rumah.

Haji Deris dan Ustaz Arif memulakan meninjau rumah di bahagian atas rumah.. Masa tu kami dengar Haji Deris bercakap dengan “seseorang”.

Haji Deris : “Kenapa kau ada disini? Kau dah janji nak keluar kan? Turun! Turun!”

Selepas Haji Deris membuat tinjauan di bahagian atas, di terus turun dan pergi ke kawasan halaman rumah kami di pokok hiasan yang ibu aku beli tu..

Haji Deris :” Oh sini tempat kau.. aku pulangkan kau ke tempat asal mu.. dan jangan kembali di sini lagi kalau kau tak nak sakit!”

Haji Deris terus cakap dengan ayah untuk segera buang pokok hiasan besar tu di tempat lain..tempat yang jauh dari orang.. Malam tu juga, ayah dan Ustaz Arif pergi buang pokok hiasan tu..

Alhamdulillah sejak kejadian malam tu ibu semakin okay.dan ayah beritahu aku bahawa pokok hiasan tu sebenarnya ada penumpang.. dan dia marah bila kami buat bacaan Yassin malam tu.. dan benda tu sebenarnya panas dan kebetulan masa tu Ibu dalam keadaan uzur dan lemah. jadi benda tu masuk menumpang ke badan ibu.

Sejak kejadian tu, hingga hari ini, ibu tidak lagi membeli dan menyimpan pokok hiasan di dalam rumah dan semua pokok hiasan dirumah ibu buang.

Itu sahajala cerita seram dari aku.. sorry kalau cerita berterabur dan tak seram tapi bagi kami itulah yang paling seram.

9 thoughts on “Penunggu Pokok Hiasan”

  1. Aku: “Ayah!!!! Bangun Yahh! Ibu.. Ibu!!!
    Ayah : ” Kenapa?kenapa?” sambal mengosokkan matanya dan memakai cermin mata nya..
    Aku :” Turun bawah ,Ibu kena Rasuk!”

    Hahaha

    Reply

Leave a Comment