Penunggu Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu suka untuk aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada FS kerana telah menyiarkan beberapa pengalaman seram aku yg sebelum ni dan termasuk yg ni jugak. Sebelum ni aku perap je cerita2 ni kat dalam kepala otak. Terima kasih juga untuk semua pembaca yang sudi membaca cerita ini dan yg sebelum2 ni. Semoga pengalaman aku ni sedikit sebanyak dapat memberikan kita semua pedoman dan menjadi ikhtibar.

Kisah ini terjadi di sekitar tahun 2013. Dimana ketika itu aku dan rakan2 bercadang untuk bercuti di negeri bersejarah Melaka. Ketika itu, kami ada seorang rakan yang mempunyai rumah sewa di Melaka. Dan atas jasa baik beliau, kami tidak perlu membazir wang untuk menginap di hotel. Beliau dengan berat hati memberikan kunci rumah beliau kepada kami. Kenapa berat hati? Begini ceritanya.

Ketika itu Aku, Mamat, Wakli, Pacak, Shukor, Dan seorang lagi rakan kami Putu bersetuju untuk mengadakan percutian pendek di Melaka. Dah menjadi kebiasaan kami dimana setiap tahun kami akan keluar bercuti sekali sekala bagi me-neutralkan stress yang terbina dikepala akibat tuntutan kerja sehari2. Dan tempat percutian kali ini dipilih oleh Mamat iaitu di Melaka. Moon, rakan kami yang ada rumah di Melaka tu akhirnya bersetuju untuk meminjamkan rumah sewa beliau di Melaka kepada kami selama sehari bagi tujuan percutian ini.

Setibanya kami dirumah tersebut, jam menunjukkan kira2 1tengah hari. Rumah teres dua tingkat tersebut terletak yang paling hujung sekali. Suasana taman perumahan ini normal. Cuma untuk rumah sewa kawan kami ni lorong jalan dia agak sunyi. Tak berapa nak ada jiran2 keluar petang2 ke utk beriadah. Kami ni tak sedikit rasa seram dan expect ape2 pun. Kepala cuma fikir nak landingkan badan dan berehat je masa tu. Rumah sewa kawan kami ni pelik sikit. Dimana walaupun ianya adalah jenis rumah teres kos rendah dua tingkat, namun tingkat bawah dan tingkat atas adalah dua rumah yg berbeza. Ini bermakna satu tingkat tu satu rumah. Satu rumah ada 3 bilik. Dan ada satu bilik yg dilarang keras oleh Moon utk kami teroka di rumahnya tu. Rumah moon berada ditingkat dua. Kami berenam pun berjalan lah kearah anak tangga dan menuju ke pintu rumah. Mamat dan Wakli berada didepan sekali. Sambil berdiri ditangga tu aku memerhati suasana sekeliling. Ada padang dihadapan rumah tu tapi tak ada org nak beriadah sangat. Sebelah kiri rumah pula hutan belukar dan semak samun.

“Woi Mat. Bukak lah pintu tu. Kau nak kiteorg diri kat tangga ni smpai bila?” Putu mula bersuara. Sedang Mamat masih tercegat depan pintu bersama Wakli.

“Ye Putu.. Ye.. Sabor laaa.. Carik kunci ni..” Mamat dengan terkial2 mengeluarkan kunci. Beliau kemudiannya membuka pintu rumah tersebut dan….

“Woooooo…..” Wakli terkesima. Entah dari mana datang angin yg kuat menghembus keluar dari pintu rumah sejurus selepas mamat membukanya. Mamat dan Wakli tercengang sambil keduanya saling berpandangan. Mamat menjengahkan kepala dalam rumah mencari kalau2 ada tingkap yang terbuka dari dalam. Tetapi tak ada. “Angin apa siak?” Desus Wakli sendirian.

And thats the begining guys.

Setelah selesai kami bersuka ria pada hari tu, kami akhirnya buat keputusan untuk balik tidur. Jam menunjukkan pukul 12tgh malam. Bandaraya Melaka masih lagi sesak ketika itu disebabkan ada festival apemende ntah aku dah lupa. Mamat, Pacak dan Wakli tiba dirumah terlebih dahulu dan baru diikuti oleh Aku, Shuko dan Putu yang tiba lewat sedikit akibat tersesat jalan.

“Peh. Dah tido ke apa budak2 tu?” Aku turun dari kereta dan berdiri didepan tangga rumah.
“Baru pukul berapa. Kiwak tidur awal macam esok kerja plak..” Shukor menyambung. Putu yang baru mematikan enjin kereta berjalan kearah kami. Aku dengan tidak semena-mena merasa lain. Bulu roma aku meremang sejurus selepas aku menoleh kearah Shuko dan Putu. Ada mahkluk keempat dibelakang Putu berjalan kearah rumah sewa Moon.

“Kau apehal sial?” Putu menegur aku selepas dia perasan aku terkedu sendirian.

Aku menoleh melihat Putu. Kemudian aku tengok semula ke lembaga tadi. Ghaib. Tak meninggalkan kesan. Celaka apakah yang aku nampak tadi? Malas nak fikir. Kami bertiga terus masuk kerumah dan beristirehat. Mamat dan yang lain2 dah pun tidur, so aku decide untuk join sama lah tidur. Aku terpandang bilik yang berkunci dari tempat aku baring. Amaran ‘jangan bukak’ dari Moon buatkan otak aku generate 87% keputusan untuk pegi bukak pintu bilik tu. Tapi atas dasar hormat kepada kawan yang sudi bagi tempat tidor yakni rumah dia ni, aku batalkan niat tu. Sambil baring tu dalam gelap aku mata terkebil2 melihat pintu bilik tu dari dalam bilik depan tempat aku tidur. Sebelah aku Shuko yang aku rasa dah lama dia hanyut dah. Depan kipas kat ruang tamu si Putu, Mamat dan Pacak dah conquer. Eh. Sekejap. Mana Wakli? Aku menjengahkan kepala keluar bilik. Tak nampak. Mungkin ada kat depan pintu sana kot. Jap. Tak sedap hati. Aku jengah lagi kepala. Tak nampak. Shit. Aku bangun. Keluar dari bilik dan berdiri sambil melihat kearah ruang tamu. Otak aku jem setelah melihat ke arah kawan2 aku yg sedang bergelimpangan tertidur. “Aik??” desus hati aku.

Aku kira kawan2 aku yang tidur kat ruang tamu. “Satu, Dua, Tiga, Empat, Lima…” ah sudah. Aku toleh dalam bilik. Shuko ada tgh telentang. So total dah macam.. Ahh. Apesal ramai sgt ni. Aku tgk ada dua jasad yang tidak dikenali sedang tidur diruang tamu. Aku gosok bijik mata aku berkali-kali. Aku kira lagi. Belum sempat aku habis kira tiba2 pintu utama rumah Moon terbuka sendiri. “Keeeeeekk..” halus je bunyi pintu tu terkuak. Automatik kepala aku menoleh kearah pintu. Tak ada sesiapa yang melangkah masuk. Aku dah start panic. Aku masih tercegat didepan bilik. Kaki aku menendang kaki shukor dengan harapan beliau bangun dan teman aku. Tapi jantan tu tak berikan pape respond. Shit. Aku terpaku depan bilik pulak. Sebelum ni pernah terpegun kat rumah hantu (refer cerita Ghost Hunt). Skrg ni aku lost sendirian kat depan bilik pulak. Sorg2. Kali ni takde kawan. Memandangkan semua membuta.

Pintu depan masih terkuak. Dengan tidak semena2 angin kuat menghembus masuk ke ruang rumah. Dah macam kat tepi pantai pulak rumah ni. Padahal depan rumah padang bola. Mana datang angin kuat gila macam ni. Aku kuatkan hati dan melangkah kearah pintu. Dengan niat nak tutup la pintu tu. Takkan nak biar smpai ke pagi. Setibanya aku didepan pintu aku terus perhatikan sekitar kawasan. Gelap gelita. Lampu jalan pun tak berfungsi. Jantung aku berdegup kencang. Perlahan2 aku menarik daun pintu utk ditutupkan semula. Alhamdulillah takde pape. Tiba2..

“Dok!”

Nak gugur jantung aku bila Wakli menerpa aku dari belakang. Entah dari mana pulak dia muncul. Wakli menjelaskan yang dia baru keluar dari toilet. Aku menarik nafas lega. Aku toleh melihat kawan2 aku semula. Kali ni baru betul cukup. Syukur. Aku dan Wakli kembali ke tempat tidur masing2 dan kami terlena.

Keesokan paginya, Putu mengejutkan kami semua dari tidur. Dia bising pagi2. Membebel. Sakit telinga aku.

“Gila la lu orang. Tidor pintu tak tutup. Ni kalau kene rompak mmg bersih la sial semua..”

Mata aku terbeliak sejurus aku terdengar Putu menyebut pasal pintu. Segar terus dibuatnya. Aku menoleh kearah Wakli. Wakli yg sedang duduk bersandar memandang aku juga. Tetapi dengan riak wajah yang blur.

“Beb. Bukan smlm kau nampak aku tutup ke pintu tu?” Aku menegur Wakli mencari kepastian.
“Semalam? Semalam aku tido mati beb. Bila masa kau bangun tutup pintu?” Wakli memulangkan pertanyaan aku dgn pertanyaan. Ok. Ini sial. Habis semalam tu siapa yang keluar dari toilet..?

Setibanya aku dan kawan ke tempat asal kami, akhirnya Mamat bersuara. Dia memberitahu bahawa rumah sewa Moon tu mmg ada masalah. Tu pasal Moon sendiri pun tak selalu duduk dekat rumah tu. Pernah ada suatu ketika Moon membiarkan surah rukyah berkumandang melalui Laptopnya dan Moon tinggalkan surah tu terbuka semalamam.Tapi bila Moon dtg semula keesokan paginya, Laptop beliau telah tershutdown sendiri. Walaupun Moon telah siap2 dgn batery dan cable plug yg sentiasa on. Wakli masih lagi menafikan yang dia ada bangun malam pergi ke tandas. Dan pintu terbuka semula pagi tu takde sorg pun yg dpt jelaskan dari sudut logic. Semalamam dirumah sewa di Melaka meninggalkan terlalu byk persoalan dan misteri.

Ada lagi banyak cerita sebelum aku sampai ke rumah tu yang Moon tak ceritakan lagi pada masa tu. Inn sya Allah dilain hari dan waktu aku akan ceritakan. Terima kasih kerana sudi membaca gais. Wassalam.

12 thoughts on “Penunggu Rumah”

  1. seram..cuma bagi aku yang perihal laptop tu x tentu lagi la bkait rapat ngan setan2 tu..laptop overheat pun bole jadi mati sendiri gak..virus pun bole jadi mati sendiri gak..

    Reply
  2. takde yg pelik kalau tingkat atas dgn bawah rumah lain2. namanya TOWNHOUSE kalau yg mcm tu. KL Selangor mmg bnyk rumah mcm ni. just for everyone’s info la.

    Reply

Leave a Comment