Penyakit misteri

Assalamualaikum kepada pembaca FS. Ini pertama kali aku tulis kisah aku di sini. Terima kasih tak terhingga kepada Team FS jika ceritaku ini di siarkan. Maaf juga jika cerita tidak terlalu seram. Pertama kali aku ingin meperkenalkan diri aku sebagai Dira , asal dari Sarawak.

Aku ni anak tunggal dan ayah meninggal semasa umur aku 2 tahun. Aku terkena penyakit misteri ni semenjak dari kecil lagi.Semenjak aku masih bersekolah rendah dah,dari situ lah aku mula berperangai ganjil. apa yg aku alami aku cuma separa sedar.

Orang sekeliling dan famly aku mula tak senang dengan sikap aku, start dari situ aku mula panas baran, mengamuk ,suka melawan dan perkara paling pelik aku tak suka dengar bunyi2 bising spt motorsikal,bunyi ketuk2 dan bunyi mercun.bila dengar bunyi tu start lah aku mengamuk sampai segala peralatan dalam rumah pecah dan terbalik.

Yang lagi pelik aku suka mengajat (sejenis tarian ngajat). Sebab terkena gangguan tu jugalah aku terpaksa tidak bersekolah dari from 1,( trus di buang sekolah).Sampai satu tahap aku dah semakin teruk, orang luar pandang aku pun dah macam tak normal, mcm org gila dah.Dekat mana2 orang pandang aku pelik.

Semenjak aku berkelakuan macam tu terus family aku berabis duit ajak aku pergi berubat sana sini, smpai ke semenanjung,aku mmg takut nak berubat, smpai kena paksa. Berubat dekat hospital pun aku pernah, bukan sebab penyakit mental ok jangan salah faham. Aku cuma diberi ubat ubatan penenang kot.

Last aku brhenti ambil ubat dr hospital sbb aku selalu tidur bila makan ubat tu, sebab nak tahan aku dr mengamuk. Bertahun tahun jugak nak sembuh. Ada yang cakap aku kena badi mayat lah, saka ,jin lah, ada ular lah.Mcm2. Time aku tidur memang selalu kena kacau, terasa macam ada benda tu rasuk dalam badan aku,benda tu mcm halus sangat ,bdn aku rsa bergegar.

Disebabkan benda tu aku tak boleh bangun( kena tindih). Bila dah bangun badan rasa terlalu lemah. Mimpi jatuh dari bangunan, mimpi mayat, mimpi kena kejar dengan mahluk, mmpi tempat perkuburan mmg selalu.Tapi itu dulu,dulu aku memang teruk.

Setelah sekian Lama aku berubat Alhamdullah di izinkan oleh Allah aku dapat sembuh tapi tak seratus peratus, sebab masih ada sisa2.Tak ada dah orang pandang aku mcm pesakit mental.

Dari situ aku mula belajr begaul,mula berubah sedikit demi sedikit tapi tak sepenuhnya. Aku mula bergiat cari kerja tapi tak smpai 3 Hari aku berhenti, lepas tu kerja dekt kedai makcik aku.

Masa umur aku 18 tahun, aku start ambil lesen kereta, makcik aku pun ofer aku belajar dekat madrasah di kuching Sarawak.Dari situ lah ada nampak perubahan aku sedikit demi sedikit,tapi masa tu masih lagi ada kesan, aku masih panas baran mcm dulu.

Time aku belajar dekat madrasah, org memang tengok aku macam budak pelik.tapi dorang nak brkawan dengan aku. aku, aku pernah ambil spm luar. Alhamdullilah dpt keputusan yang baik walaupun tak seberapa.Berkat DOA ustaz dan mak juga. Mula2 masuk madrasah mmg rasa nak berhenti jugak tak thu apa sebab.

Lepas habis pengajian aku dkt madrasah, walaupun aku takdapat keputusan Yang seberapa. Dan sekarang aku dapt masuk kolej. Kolej biasa2 bukan agama. Umur aku pun dh 20 lebih. Masuk kolej pun aku ada agak2 goyah sikit tapi masa tu aku tak give up.. Sampai lah aku dah nak final exam. Sampai sekarang masih lagi benda tu ganggu aku tapi tak seteruk dulu. Dah nak dekat final exam aku rsa give up teruk.. Panas baran, rasa nak marah je. aku menjadi teruk.

Lebih dari sebulan aku tak datang kolej.. Bulan 6 aku dh nak final exam.lepas tu fmly terus cari org yg pndai mengubat. Masih sma juga ,perawat kata aku ada saka, ada jin, sekejap buatan org. Sebab bukan satu tempat aku pergi berubat.Berubat dari jauh ada jugk, pernah satu Hari tu aku berubat dekat bintulu Sarawak,time dalam perjalanan nak pergi Ke tempat berubat.

Kami tanyalah dengan orang luar dekat mana tempat lokasi org ngubat tu. Lepas tu orang yg kami tnya tu, hijab dia mmg trbuka jadi dia kata lah, “dkt2 aku ni ada jin, dia pesan baik2 cakp dengan jin tu. Sebab jin tu jenis keras dan degil.

Ni makcik aku yang cerita, sebab masa dlm kereta tu aku dalam keadaan ketakutan jadi tak tahu apa yang mereka bincangkan. Lepas lama kmi borak, kami pun sampai tempat org berubat. Memang seram sejuk lah msa tu, aku sempat berpesan dengan perawat agak tua skit nmpak alim(berilmu)dan merendah diri. Aku cakap aku takut kena rasuk.pakcik tu balaslah “tak ada apa2. Jangan takut”.

Sepanjanng aku berubat alhamdulilah memang tak pernah lagi kena rasuk. Sbb aku mmg takut giler benda tu rasuk. Kawan aku cakap kena gangguan ni tak semestinya dia kena rasuk,dia bgantung dgn org. Pakcik tu pun trus scan aku ,dia ckp mmg ada jin dalam badan, jin agresif beragama Islam then dia ckp jin tu suka dengan aku huhu.

Time dia nak buang tu aku dah rasa gelisah belakang aku mula panas.lepas kena buang Alhmdulillah akhirnya jin tu dh keluar, aku rasa rigan sikit dalam bdn aku.tetapi lepas berubat pun masih sakit juga dan keadaan aku yg tak terkawal, sekarang aku masih lagi dalam rawatan keaadan aku truk smpai aku boleh lari dari rumah smpai pergi Ke kuching Sarawak.

Sbb stress dgn penyakit… Oklah tknk terlalu pnjg cuma mnta DOA2 dari kalian yg membaca kisah aku ni, supaya aku dapat sembuh dan dapat belajar dgn baik.

Pesanan terakhirku benda2 mcm ni kita mesti percaya sbb benda tu wujud, jangan kita tgok org tu pelik kita trus tuduh dia x btul.kita yakin tuduh org tu sakit mental, tapi bila dia terkena penyakit misteri kita kurang percaya, sebab apa aku nak sangat org tahu tentang penyakit aku, sbb aku tknak org fikir Aku Gila. Sedih bila org tuduh mcm tu. Dulu Aku mmg tak suka org tahu aku ada jin. Tapi semenjak org fikir aku pelik, tak betul, aku pun trus teraang dgn keadaan yg sebenar. Sekian.

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

Nadhira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “Penyakit misteri”

  1. Smoga cepat sembuh..dan sntiasa d dlm lindungan rahmat Nya..awk kuat sbb tu ujian awk lebih berat..sbb Allah tahu awk mampu..sbar ya..

    Reply
  2. Jangan senang2 nk tuduh semua sbb jin. First skali kau terima lah hakikat diri kau ada masalah mental (apa sebabnya pun tk kisah, hakikatnya mental kau problem). Selagi kau nafikan benda ni, selagi tu masalah kau tak selesai. Kedua, kau kawal la diri. Tahan marah. Kuatkan semangat. Sntiasa ingat Allah akan bantu kau. Mental kau sndiri mesti kau boleh kawal. Aku doakan kau sihat.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.