Tajuk: Peperangan Bermula (Part 2)
Genre: Science Fiction/Seran
Penulis: Danial
Assalamualaikum. Bertemu lagi kita di siri Peperangan Bermula. Minta maaf sambungan ini tergendala. Tapi aku harap cerita yang lepas pun tidak tergantung sampai mengundang rasa marah pembaca semua.
Episod lepas aku ada berjanji untuk berkongsi dua cerita: Kitab Yang Hilang dan Misi Serang Hendap Markas Makhluk Jahat. Jadi entri kali ini aku akan kotakan janji aku. Jangan risau, korang boleh baca percuma tanpa bayaran.
KITAB YANG HILANG
Hari raya haji lepas, aku mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah parents aku memandangkan parents aku pun tak ada di rumah, mereka pergi menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah dah selamat pulang pun. Jadinya aku sudah plan untuk pulang ke kampung arwah Atuk aku untuk misi mencari kitab Atuk aku yang hilang. Kalau aku sebut kitab, korang jangan bayangkan kitab lama yang dibalut kulit binatang pulak, tapi kitab nk lebih kurang buku kertas yang lama.
Niat aku untuk pulang ke kampung arwah atuk tidak aku sampaikan kepada abang aku dan adik aku. Aku hanya memberi alasan yang aku tak dapat cuti dan terpaksa kerja ‘Overtime’ sebab kilang ‘shut-down’. Diorang pun tak tanya lebih. Jadinya aku dah ajak kawan sekerja aku untuk teman aku, yang digelar Pakjak dan Ayie. Dua orang makhluk ni orang Sabah bah. Jadinya kalau cuti pendek memang diorang terperap ja di rumah sewa bujang diorang.
Aku dengan alasan nak tunjuk tradisi sembelihan korban kampung aku kat diorang, tanpa kejujuran untuk memberitahu diorang niat sebenar aku nak cari ‘harta’ keluarga aku yang hilang.
Hari Khamis, 31/8, kilang aku sudah cuti, pagi tu aku dengan pantasnya memacu kereta Honda Civic (baca Myvi) aku menuju ke Seksyen 16 Shah Alam, di rumah sewa Pakjak dan Ayie ni. Pakjak ni orang dia alim, pandai berubat orang. Kalau kes histeria kat kilang aku, dialah orang pertama yang akan dihubungi. Siap dapat elaun kot kalau dia hadir untuk rawat orang yang kena histeria. Ayie ni pulak soleh asal boleh. Biasa-biasa je lebih kurang aku. Jadinya memang aku nak bawak Pakjak dan Ayie sebab diorang member rapat aku kat kilang aku dan boleh diharap untuk simpan rahsia.
Sampai ja rumah diorang aku pun ‘hon-hon’ suruh diorang keluar cepat. Sepuluh minit kemudian, keluarlah dua makhluk Sabah bersama beg masing-masing, Maka bertolaklah kami menuju ke kampung halaman aku. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sesampainya kami di sana, aku park depan rumah Mak Nah, (rujuk cerita Danial-Kitab Arwah) untuk aku ambil kunci rumah arwah atuk aku. Aku turun kereta dan mula memberi salam.
Aku: Assalamualaikum.. Mak Nah..Assalamualaikum..
Senyap..Pintu terkunci..Tiba-tiba anak lelaki Mak Nah keluar, Syafiq namanya (bukan nama sebenar)
Syafiq: Ohh Abang Dan.. Ingatkan siapa lah tadi..Mak tak ade… Dia ke rumah Kakti..Kakti baru bersalin..
Aku: Oh kakak kau bersalin anak ke dua ye?
Syafiq: Ye bang.. Ada apa nak jumpa mak?
Aku: Abang nak ambik kunci rumah Tok Mud (Atuk aku)
Syafiq: Saya tak tahulah mak letak kat mana bang..
Aku: Abang tahu, boleh abang masuk ambik?
Syafiq: Masuklah.
Aku pun masuk dan ambil kunci di sebalik pintu utama rumah tu. Sempat aku kerling dalam rumahtu. Semaknya rumah..Inilah anak jantan, kalau mak ayah tak ada, bukan nak tolong kemas, harap muka je kachak. Aku terus keluar dari rumah tu dan menuju ke rumah arwah atuk aku.
Sesampainya kami di rumah atuk aku, sebelum masuk rumah aku baca Ayat Qursi dulu, bagi salam dulu, macam petua orang tua-tua dulu. Semak jugak rumah arwah atuk aku ni. Takde yang datang kemas ke apa. Yalah Mak Nah dah takde, tapi takkan mak sedara,bapa sedara aku yang lain tak pernah balik jenguk? Getus hatiku sendirian. Pakjak dan Ayie tak berasa kekok masuk ke rumah usang tu mungkin sebab diorang pun berasal dari kampung macam aku. Cuma muka Pakjak je nampak macam gusar sedikit. Aku dapat rasa yang Pakjak ni dapat scan something kat dalam rumah ni. Tapi aku tak tanya dulu dia, sebab takut si Ayie ni cuak pulak nak tidor kat situ malam ni.
So dipendekkan cerita, kami kemas-kemas rumah tu dan petang tu kami round pusing-pusing kampung je cari durian kampung. Selepas solat maghrib, aku nyatakan hasrat sebenar aku kat Ayie dan Pakjak niat sebenar aku nak balik rumah ni. Aku buka fon taip Fiksyenshasha.com , buka cerita ‘Danial-Kitab Arwah’ bagi diorang baca. Maka bermulalah kisah maki hamun daripada Ayie kepadaku. Pakjak pun turut sama join walaupun sedikit sopan makiannya. Aku hanya mampu ketawa berdekah. Nak buat macam mana,
Aku: Sorry la bro.. Damage has been done. Tak boleh patah balik..hahaha
Ayie: Kurang hajar kau Dan, aku ok sikit nasib baik bawak Pakjak.
Pakjak: Kenapanya kalau aku ikut sekalipun. Kalau apa-apa jadi aku tak mau tanggungjawab.
Aku: Korang mau ilek boleh tak? Tak ada apa yang jadi punya. Dah siap jom pi Ipoh, diner, on the house (aku belanja).
Maka keluarlah kami ke bandar Ipoh untuk mencari makan. Cerita pasal Him aku belum berani nak open kepada makhluk berdua ni. Semasa makan, kami dah plan nak mula cari kitab arwah atuk aku sejurus lepas kami balik nanti.
Sesampainya kami di rumah dah agak lewat malam. Ayie bagi cadangan untuk cari kitab arwah Atuk aku tu esok pagi sahaja. Dia takut ada gangguan macam yang aku kena dulu. Aku setuju dengan cadangan Ayie walaupun dalam hati aku sudah berkobar-kobar nak cari kitab tu. Tapi risaukan keselamatan kami, aku batalkan niat aku malam tu. Dahla Mak Nah pun tak ada. Kalau terjadinya apa-apa gangguan, jenuh kami nak hadap sendiri.
Malam tu kami tidur seperti biasa, bentangkan toto depan tv, bantal sorang sebijik, selimut rebut-rebut. Maka berdengkurlah Pakjak keletihan. Aku dan Ayie masih rancak bersembang. Jam lebih kurang 12.30 pagi.
Aku: Ayie… ko pernah nampak benda pelik-pelik tak?
Ayie: Kampung aku pendalaman Dan.. Benda pelik-pelik ni aku dah biasa. Tapi aku bukanlah berani sangat.. Kau selalu nampak ke? Ke hijab kau dah terbukak?
Aku: Aku rasa hijab aku tak terbukak kot, ke terbukak sikit.. entahlah aku pun tak pasti. Sebab aku tak selalu nampak. Kadang-kadang ja kalau ada rezki nak nampak. Tapi aku pernah jumpa makhluk yang orang jarang-jarang jumpa.
Ayie: Benda yang orang tak selalu jumpa Dan? Ape? Smurf? Haha (Ayie menahan ketawa)
Aku: Adalah benda yang ko sendiri pun tak pernah terbayang aku rasa. Apa kau rasa smurf tak wujud? Haha. Dunia tuhan ni luas tau Yie.. Smurf tu samala dengan toyol.hahaha
Ayie: Berak lebih la kau..(Penipu la kau ni).. Dalam dunia ni ada binatang, manusia, tumbuhan, jin, malaikat tu je yang aku tahu. Ko nak cakap pulak yang Smurf tu wujud? hahaha
Aku: Lantak ko lah Ayie.. Dahla pegi tido. Esok jom pegi tolong orang kampong sembelih lembu, untung-untung dapat makan free.
Ayie: Woi Dan, cerita la.. apa lagi yang kau share kat Fiksen Sasha tu..(Ayie sebut Fiksen).. Ada cerita pasal aku tak? haha
Aku: Cerita pasal ko nak buat apa.. Fiksyen Shasha tu tempat cerita seram, bukan tempat cerita kisah orang gila macam kau..haha..Nanti ko type la nama Danial, keluar la cerita apa yang pernah aku share. Tapi pasal ko memang tak de lee..
Ayie: Mana lah tahu.. Ko tu bukan boleh harap sangat. Hahaha
Ayie: Woi Dan.. Woi!.. Jangan la tidur lagi..aku tak boleh tido la…
Aku: Dah lewat la mangkuk… Aku mengantuk… Pegi la tido..
Aku buat-buat tidur sebenarnya, sebab aku dapat rasa tak sedap hati dari tadi. Aku tengok Ayie tergolek sana, tergolek sini tak dapat tidur. Pakjak dah hanyut dibuai mimpi dah. Entah-entah mimpi dia jadi Kachak kot.hehe.
Sedang aku cuba lelap, aku tedengar bunyi pintu bilik atas dikuak perlahan-lahan. Dalam hati aku ‘Ahh sudah..puaka ni ada lagi’.. Aku angkat kepala dan jeling ke arah Ayie. Dia dah berselubung dengan selimut, tak bergerak. Aku rasa dia dah tidor la kot. Selang beberapa minit, kedengaran bunyi tapak kaki perlahan-lahan menapak turun di tangga kayu dari tingkat atas. Walaupun malam tu hujan, namun aku rasa panas tiba-tiba. Dah bernafas laju dah fikir benda bukan-bukan nak jadi. Aku capai phone masuk poket, ready nak lari keluar rumah.
Aku beranikan diri untuk tengok ke arah dapur. Lampu dapur aku sengaja buka, sebab dapat menerangi la sikit ruang tamu tempat kami tidur ni. Kurang hajar betul. Keputusan aku untuk lihat ke dapur memang satu keputusan yang salah! Dalam malap-malap cahaya lampu berwarna kuning tu, aku nampak tubuh mirip arwah Atuk aku, berkain pelikat tanpa baju, sedang menuang air kedalam gelas. Dalam hati aku, “Dahaga kau ye puaka, jangan kacau aku sudah…’’.. Aku dah ready nak lari keluar. Lantaklah Ayie ngan Pakjak yang dah tidor ni. Aku jenguk Ayie sekali lagi, kali ni dia jenguk aku balik. Terkejut beruk aku! Aduhh belum tidur rupanya mamat ni.
Ayie: Dan..kau nampak kan..
Aku: Kau buat bodoh je.. Baca apa yang kau boleh.
Ayie: Dan..nak kejut Pakjak ke nak blah?
Aku: Sabar kejap..Bacala apa-apa dulu! (Aku marah secara berbisik)
Aku bukan apa, takut kalau kitorang buat pergerakan yang tiba-tiba, nanti hantu tu menyerang pulak. Takut salah seorang kena rasuk ke apa ke. Aku merapatkan badan aku ke arah Pakjak yang tidur ditengah-tengah. Ayie pun buat benda yang sama… Puaka yang menyerupai arwah Atuk aku tu masih dalam posisi sama, menuang air sambil membelakangi kami. Lama benor dia tuang air ni. Tiba-tiba sahaja puaka itu berpaling perlahan-lahan, berjalan beberapa langkah ke arah kami dan tiba-tiba duduk mencangkung memerhatikan kami dari muka pintu dapur. Jarak lebih kurang 30 kaki dari kami. Aku tak nampak muka. Nampak hitam saja sebab dia membelakangi cahaya lampu dapur. Aku dan Ayie jadi tergamam. Aku gerak-gerak badan Pakjak. Dia saja yang pandai halau benda alah ni. Namun Pakjak ni dah macam kena dadah apa tah, tidur mati tak sedar apa-apa. Hati aku kuat suruh aku lari keluar rumah, namun kaki dan badan aku tak mahu beri kerjasama. Ayie aku tengok dah tutup muka dia dengan bantal.
Tak boleh jadi dengan keadaan macam ni, aku teringat pesanan Him, jangan takut makhluk jahat ni, Tuhan ada, dan Dia lagi berkuasa. Aku mula bertenang dan baca ayat Qursi banyak-banyak kali. Sebab ini bukan pertama kali aku jumpa hantu. Tapi percayalah walaupun banyak kali jumpa, namun setiap kali tengok muka hodoh diorang, perasaan takut dan seram tetap ada. Setelah beberapa kali aku ulang baca ayat kursi, bacaan aku makin lama aku makin kuatkan suara aku. Dan aku ada kekuatan untuk menjerit Allahuakbar! Puaka tadi tiba-tiba melompat-lompat macam katak dan terus meletup dan hilang macam asap.
Ayie tengok je benda tu melompat dengan mata yang terbeliak. Kelakar jugak muka dia ketakutan. Haha. Aku bingkas bangun dari pembaringan dan On suis lampu ruang tamu, On Tv bagi meriah, bukak surah Yassin kat handphone. Tengok jam dah nak pukul 4 dah. Terus segar aku dan Ayie. Hilang rasa mengantuk. Kitorang plan nak pegi lepak mamak. Tinggal ja Pakjak yang tidor macam dah mati tu. Dah bising-bising bunyi Tv dan speaker handphone tu, barulah Pakjak ni bangun dengan mata terkebil-kebil tengok kami dah duduk atas sofa.
Pakjak: Apahal korang tak tido? Dah subuh ke?
Ayie: Haa.. Dah Subuh ni.. Kitorang baru balik dari surau..
Pakjak kalut-kalut capai handphone nak tengok jam.
Pakjak: Korang di dah gile ke? Baru pukul 4?
Aku: Kau tu yang gile.. Tidor tak sedar diri.
Pakjak: Asal? Kena kacau ke? Haha
Ayie: Eeehh..boleh gelak pulak mamat ni. Dah kitorang nak gi mamak ni. Story kat sana…Nak ikut tak? Ke nak tido lagi?
Pakjak: Haa..jap aku nak ikot. Tapi dah alang-alang aku dah terjaga ni, aku nak Tahajud sekejap.
Bagus Pakjak ni. Walaupun perangai gila-gila, tapi amalan dia jaga, suka tolong orang yang susah, pandai mengubat orang, tak penunggang agama macam sesetengah orang tu.. Pakjak dengan selambernye pergi ke tandas yang berada disebelah dapur untuk mengambil wudhuk. Dia tak tahu ada puaka kat situ. Aku dan Ayie hanya memandang sahaja dari sofa.
Selesai semua, kami pun bergeraklah menuju ke Mamak berdekatan. Kat sana kami cerita semua benda yang terjadi kat Pakjak. Dia gelak saja dan cakap kenapa kitorang tak kejut dia. Time dia cakap macam tu, aku dah menyirap dah. Tapi fikirkan nak mintak tolong dia, aku tahan marah aku dulu. Pakjak cakap yang time dia baru sampai kat rumah ni, dia ada scan dulu rumah ni, dan dia nampak ada makhluk macam kerbau kat rumah ni dalam bayangan dia. Makhluk macam kerbau? Adakah makhluk yang sama yang aku pernah tembak kat alam sana tu? Pakjak pun pelik bila kitorang cerita yang kami kejut dia tapi dia tak bangun. Sebab dia bukan jenis yang tidur mati. Katanya, handphone dia vibrate pun dia boleh terjaga. Tapi entah kenapa malam tu dia seperti dipukau dan tidur mati.
Dipendekkan cerita, keesokan harinya, selepas Solat Sunat Aidiladha, aku dengan Ayie memang dah mengantuk tahap gaban dah. Ingat dah malas nak tolong orang kampong sembelih lembu. Tapi memikirkan keterujaan Pakjak dan Ayie serta harapan orang kampong yang nak anak muda ni tolong diorang, aku gagahkan saja. Jarang dah tengok orang muda sekarang ni pegang pisau untuk lapah dan potong daging. Yang ada pun duk tengok dari tepi saja, lepastu geli tengok darah.hmm..
Lepas semua urusan lembu selesai, dan sudah kenyang menjamu selera makanan yang disediakan penduduk kampong aku, aku pun duduk lepak jauh sikit di tepi pokok rambutan untuk hisap rokok. Aku taknak orang kampong nampak yang aku hisap rokok, tambah-tambah anak MakNah tu. Sebab kalau ayah aku tahu aku hisap rokok, memang nahasla aku.huhu
Sedang aku leka menghisap rokok, bahu aku ditepuk dari tepi. Tekejut aku. Ingatkan abang aku dah yang tepuk. Nasib baik bukan. Yang menepuk ni aku kenal. Nama dia Wan Murad, orang tua kampong ni. Umor dah lebih kurang 80 lebih kot. Dia tegur aku.
Wan Murad: Dan! dah besar kau eh sekarang.
Aku: Assalamualaikum Wan Murad! Bile sampai? Tak nampak pun tadi? (Buang rokok ke tepi)
Wan Murad: Baru je sampai ni ha.. Bapak kau tak balik ke?
Aku: Ayah pergi haji tahun ni Wan.. Wan tak tahu ke?
Wan Murad: Laaa tak tahu la pulak. Dia tak bagitahu aku, macam mana nak tahu. Takpelah ni aku nak ajak kau pergi rumah aku lepas ni. Kau datang sorang je tau.
Aku: Ha? Ada kenduri ke Wan? Kenapa sorang? Saya ada bawak kawan saya dari KL dua orang tu.. (Sambil tunjuk kearah Ayie dan Pakjak yang sedang menapau lauk kenduri.)
Wan Murad: Ada la.. kau datang je sorang. Ada hal sikit Wan nak cakap kat kamu. Takpelah Wan nak pergi tolong apa patut ni. Lepas ni pergi ye.. jangan lupa.
Aku: Haa.. yelah Wan.. Pergilah makan dulu Wan..
Bertenaga betul orang tua ni. Dah 80 lebih pun masih kuat nak rewang-rewang. Aku pun tanpa soal banyak. Sambung balik hajat aku yang terbantut tadi. Aku harap siapa yang kenal aku tu, tolong jangan report ayah aku ye.hehehe.
Aku kemudian explain kat Pakjak ngan Ayie yang aku nak ke rumah Wan Murad lepas Zohor. Ada hal peribadi. Nasib baik diorang ok je. Diorang nak pinjam kereta aku nak pergi town, dan diorang drop aku kat depan rumah Wan Murad je.
Sampainya aku kat depan rumah Wan Murad, aku lihat anak gadis Wan Murad yang cantik berpurdah yang bernama Fatihi…Rusuk kiriku bergetar. Takde2. Gurau je..haha. Wan Murad ni tinggal dengan anak lelaki dia Cik Amri namanya(40-an) , di sebuah rumah keluarga diorang. Aku bagi salam.
Aku: Assalamualaikum. Wan Murad.. Ada dalam ke?
Cik Amri: Waalaikumsalam Dan. Naik lah atas. Wan tengah solat.
Aku: Ok.Cik Amri..
Aku naik ke atas rumah dan tunggu Wan Murad di ruang tamu. Isteri Cik Amri yang aku tak tahu namanya datang dan tanya aku nak minum sejuk ke panas. Aku menolak dengan berbasa basi dengan alasan dah minum kat kenduri tadi. Namun isteri Cik Amri hidang jugak tea O panas dan rempeyek. Wan Murad pun keluar dari bilik dia bawak satu buku usang ditangan dia. Buku kecil bersaiz buku latihan sekolah rendah tu. Tapi berkulit keras. Dia letak buku tu atas meja kopi.
Wan Murad: Dah lame ke ko sampai Dan?
Aku: Baru je Wan.. Ada apa Wan panggil saya kesini?
Wan Murad: Kokye pun minum lah dulu air tu. Gelojoh sangat orang muda ni..
Aku: Hahaha. Baik Wan..
Wan Murad: Takde..Macam ni.. Ayah ko ada cerita apa-apa tak pasal Wan?
Aku: Cerita apa eh? Ayah ada pernah cerita yang Wan Murad ni anak angkat Tom Mud kan (Atuk aku).
Wan Murad: Ye memang aku ni anak angkat Tok Mud dan juga anak murid dia.
Aku: Oooo.. (Taktahu nak respon apa)
Wan Murad: Ayah kau ada cerita apa-apa ke pasal Tok Mud kat kau? Ke Tok Mud sendiri pernah ajar kau apa-apa?
Aku: Ayah ada cakap yang Atuk ni pandai berubat orang kena patuk ular la, guru sekolah pondok la..Atuk pernah ajar saya cara mengurut orang Wan. Kenapa Wan?
Wan Murad: Sebenarnya Tok Mud ada banyak rahsia lagi yang ayah kau dan kau mungkin tak tahu.
Wan Murad: Beberapa hari lepas aku ada termimpi arwah Tok Mud datang jumpa aku. Dia minta aku bagi buku ni kat waris dia yang sebenar. Aku nak minta kau bagi buku ni kat ayah kau boleh ye?
Aku: Errr.. Buku apa ni Wan? Buku ilmu-ilmu ke?
Wan Murad: Takde ilmu-ilmu sangat. Ni macam catatan peribadi arwah Tok Mud, senarai harta yang dia ada.. Nah lah aku serahkan kembali kat ayah kau. Tolong sampaikan salam aku kat dia ye bila dia turun Malaysia nanti. Kau jangan nak baca buku ni pulak. Tunggu ayah kau balik dulu. Tanya dia.
Aku: Harta? Harta apa Wan? Banyak ke?
Wan Murad: Ada lah tanah sikit-sikit kat kampong ni. Ni tanah rumah aku ni pun tanah Tok Mud bagi kat aku. Ada la jugak harta ghaib..Nanti kau tanyalah bapak kau (Wan Murad terlepas cakap)
Aku: Harta ghaib? Apa yang ghaib?
Wan Murad: Dahla. Taka da apa-apa. Ingat ye aku pesan ni Dan.. Jangan baca tau. Haaa lagi satu aku ingat. Aku mimpi arwah Tok Mud suruh ayah kau bagitau Him suruh dia bersedia. Kau kenal ke siapa Him tu Dan? Dalam buku tu pun banyak cerita pasal Him tu.
Bila aku dengar soalan tu aku jadi terkejut. Him? Him yang aku kenal tu ke? Apa yang aku nak jawab kat Wan Murad ni. Aku tak boleh nak bagitahu kat Wan yang aku kenal Him.
Aku: Errr.. Him? Saya tak kenal la Wan.. Takpe nanti saya sampaikan.. Ni saya dah kena balik dah Wan.. Saya balik dulu ye. (Suara aku sedikit gementar mungkin).
Aku bingkas bangun dari sofa dan ambil buku tu nak turun dari rumah tu. Mungkin pergerakan aku agak kekok sikit waktu tu. Wan Murad perhati je tingkah laku aku..
Wan Murad: Danial Ibrahim, kamu kenal ye Him?
Aku: Ha?? Apa yang Wan cakap ni..saya tak kenal lah.Siapa tu? kawan Tok Mud ke? Hahahaha.
Wan Murad: Kamu jangan nak tipu aku.. Aku bukan setahun dua hidup Dan… (Wan Murad nampak sedikit tegas)
Aku: Tak Wan, sumpah saya tak kenal siapa Him?(tipu)… Kenapa Wan? Jangan la nak serious sangat. Haha
Wan Murad: Kamu duduk dulu situ.
Aku pun duduk kembali kat sofa tu, sambil aku pegang erat buku arwah Atuk ni. Tak sabar aku nak baca walaupun aku dilarang untuk baca. Dengan tiba-tiba Cik Amri datang dari arah dapur rumah diorang. Cik Amri berbisik sesuatu kat Wan Murad, kemudian dia duduk disebelah aku dan menghulurkan rokok daun serta tembakau. Aku tolak sebab malu.
Wan Murad: Danial, kamu bagitau Wan betul-betul kamu pernah mimpi atau berjumpa dengan orang yang bernama Him?
Danial: Kenapa Wan? Penting sangat ke orang tu?
Wan Murad: Wan tanya dari tadi kamu tak jawab ni..hei budak ni..
Danial: Saya tak kenal. Tak pernah mimpi pun Wan..
Wan Murad: Kamu nak tahu kenapa nama kamu Danial Ibrahim?
Danial: Ayah saya yang bagi la Wan nama tu..
Wan Murad: Nama tu Tok Mud yang bagi. Sempena nama ‘kawan’ baik dia yang bernama Him.
Danial: Ye ke Wan? Tak pernah tahu la pula. Wan saya minta diri dulu lah ye. Kawan saya dah tunggu tu.
Aku bangun dari sofa. Cik Amri menyuruh aku duduk dulu. Kononnya isteri dia ada goreng cempedak kat aku. Aku jadi serba salah dan cuak. Aku taknak la biadap dengan orang tua. Jadi aku pun dengan berat hati duduk balik.
Cik Amri: Dan, betul ke kau tak kenal Him?
Danial: Ok2, kalau saya kenal pun kenapanya Cik Amri, Cik Amri pun kenal ke??
Cik Amri: Pak tengok budak ni Pak..Dari tadi orang tanya tak mahu jawab ye.haha
Wan Murad: Kau jangan takut la Dan…, bukan kita nak makan kau pun… Berapa kali dah kau pernah jumpa dia?
Aku: Banyak kali dah Wan. Dari kecik lagi. Wan pun pernah jumpa ke?
Wan Murad: Aku tak pernah jumpa dia. Tapi Tok Mud selalu cerita pasal dia. Dalam buku tu pun ada cerita pasal dia. Jadinya betul la ni kau pernah jumpa orang beras tu?
Aku: Orang beras?
Wan Murad: Tok Mud gelar dia Orang Beras. Wan pun tak tahu kenapa.
Cik Amri: Jadi dia ni lah Pak? waris selepas Ayah dia?
Wan Murad: Emmm. Yelatu. Aku ingat abang dia.
Aku: Waris apa ni Wan? Ceritalah kat saya.
Wan Murad membalut rokok daun dan mencucuh rokoknya sambil menghirup air teh O panas. Dia senyap sebentar sambil memejamkan mata.
Wan Murad: Macam ni lah Dan, Tok Mud ni berketurunan diraja. Dan, kau cucunya, jadi kau pun sama. Dah biasa anak-anak Sultan ni, bapanya akan simpan harta pusaka untuknya dengan bantuan Jin dana lam ghaib.
Aku: Jadinya Tok Mud tu anak Sultan lah ye? (Aku tahu Atuk aku keturunan diraja tapi tak tahu yang dia putera Sultan)
Wan Murad: Ye..Sultan sekarang ni, datuk dia adalah abang tiri kepada Tok Mud. Tok Mud ni anak rasmi. Tok Mud pulak ada tiga adik beradik. Manakala datuk sultan yang sekarang ni anak salah seorang gundik Sultan dahulu. Sepatutnya abang Tok Mud yang diangkat menjadi Sultan, namun nasib tak menyebelahinya, abang tiri diorang yang diangkat menjadi sultan. Tapi abang Tok Mud dan Tok Mud sendiri tak kisah. Mereka lebih mementingkan ilmu dan agama dari pangkat dan kemewahan.
Aku: Jadinya harta tu sepatutnya diwariskan kepada abang Tok Mud lah kan yang bernama Kashim tu kan?
Wan Murad: Kau tak tahu ke? Arwah Tok Kashim mana berkahwin. Jadi anak Tok Mud lah waris sulung. Dan kau pula pernah berjumpa Him. Jadinya kau lah waris selepas Ayah kau.
Aku: Habistu apa yang istimewanya jadi waris? haha
Wan Murad: Hmmmm… (Sepi tanpa jawapan)
Cik Amri: Macamnilah Dan, harta peninggalan sultan terdahulu tu disimpan oleh jin secara ghaib. Harta tu berupa ketulan emas dan disimpan dalam dua buah peti. Dan setiap peti tu ada kuncinya.
Wan Murad: Satu kunci ada pada ayah kau. Kunci tu adalah keris kesultanan lama. Aku rasa ayah kau masih pegang keris tu.
Aku: Lagi satu kunci ada kat mana?
Wan Murad: Lagi satu kunci berbentuk sanggul emas. Dan katanya disimpan oleh Him. Kena ada dua-dua anak kunci baru boleh membuka kedua-dua peti tersebut.
Aku: Wan tak pernah minta kunci itu kat ayah ke?
Wan Murad: Aku pernah minta Dan.. kat ayah kau. Namun dia tetap berkeras tak mahu bagi. Aku tak tahulah apa sebabnya dia tak mahu bagi. Mungkin bapak kau tu tamak! Sedangkan Tok Mud pernah pesan kat aku yang aku akan dapat sebahagian dari harta tu.
Aku: Wan, sejak dari kecil, keluarga saya hidup sederhana je. Kalau Ayah tamak, dah lama kitorang kaya.
Wan Murad: Suka hati kaulah. Dahla kau pergi balik. Aku nak tido.
Cik Amri: Dan, kami betul-betul perlukan duit sekarang. Kalau boleh, kau pujuklah ayah kau tu.. Minta dia serahkan keris dan sanggul emas tu. Kami akan uruskan harta tu. Semua orang akan dapat merasa. Kami semua dah lama mengharapkan hidup senang sikit dengan harta tu…
Aku: Hmmm. Tak apalah Cik Amri. Nanti saya cuba cakap kat ayah ye.
Aku bingkas bangun dan keluar dari rumah Wan Murad sambil penuh fikiran aku dengan pelbagai persoalan yang belum terjawab. Namun aku rasa gembira sebab aku dah dapat kitab yang Him suruh aku cari.
Lepastu aku call Ayie dan Pakjak untuk ambik aku kat rumah Wan Murad. Diorang datang ambik aku dan kami pulang ke KL petang tu jugak. Kali ni Pakjak yang drive sebab aku ngan Ayie nak tido. Padan muka dia.
Berkaitan dengan keturunan diraja tu. Ya, ini cerita benar. Nama betul aku, ayah aku, atuk aku, ada Tengku didepan. Tapi tak bermaksud aku nak riak ke apa. Bukan juga bermaksud aku nak jual buku ke Zine ke. Cuma sultan negeri mana tu aku tak boleh bagitahu. Top secret benda ni. Sebab belum settle. Dan fasal kitab arwah atuk aku tu. Aku tak habis baca lagi. Sebab tulisan macam jawi kuno. Tapi betullah kandungan dia cerita pasal Orang Beras (Him). Dan ada cerita pasal harta-harta nyata dan ghaib yang dia ada. Lebih kurang macam wasiat la. Bab harta ghaib ni aku tak percaya sangat.Dia lebih kurang macam tarik duit dari alam jin la kot. Aku tak suka bergantung kat benda lain selain Allah lebih-lebih lagi Jin. Sebab apa Ayah aku tak mahu aku ambil tahu pasal Him, pasal harta ni, mungkin sebab satu masa dulu pernah terjadi pergaduhan besar-besaran ahli keluarga aku kerana berebut harta ni. Sampai ada yang kena tikam-tikam dan jadi kes Polis. Tapi masa tu aku kecil lagi, aku tak tahu harta apa yang diorang rebutkan sangat tu. Mungkin sebab tu ayah aku tak mahu aku terlibat dalam benda ni. Dan pasal sanggul emas tu? Mungkin itulah apa yang Elon cakap yang Him nak bagi barang kat aku sebelum dia ‘mati’ di bulan haritu (Kembara Ke Alam Astral: Final Part). Tapi kenapa nak bagi kunci tu kat aku? Aku tak sanggup nak terima bebanan macam ni lagi.
Misi Serang Hendap Markas Makhluk Jahat
Beberapa hari selepas aku pulang dari kampong aku, maka tersebarlah ke seluruh pelusuk orang kampong kuno yang aku ni pemegang ‘kunci’ harta peninggalan turun-temurun. Tidak lain tidak bukan berita itu disebarkan oleh Cik Amri dan Wan Murad sekeluarga. Maka aku berhari-hari ditelefon oleh bergagai-bagai nombor yang aku tak kenal untuk bertanyakan perihal harta yang aku sedikit pun tidak tahu asal-usulnya. Betapa balanya hidup aku, dan konfem lepas ayah aku balik dari Ibadah Haji nanti, aku akan kena cepuk. Bukan sebab kes aku kantoi hisap rokok, tapi kes aku balik kampong tak bagitahu family dan kes bukak cerita pasal Him. Tapi nak buat macam mana, prinsip hidup aku, kalau dah buat salah, ‘Damage has been done, keep on going’.
Hidup aku agak murung la selepas beberapa hari balik dari kampong tu, rasa tertekan dek desakan ahli keluarga yang rakus, rasa takut dimarahi Ayah aku, semua rasa bercampur baur. Aku jadi tertekan sampai aku rasa aku akan gila. Gitulah perasaannya kalau korang nak tahu. Beban menjadi seorang Danial memang begitu hebat.
Akibat kemurungan aku, aku buat solat hajat untuk memohon kepada Allah agar dikurniakan ketenganan buat aku dan bagi aku segala jawapan kepada semua permasaalahan ini. Lepas solat hajat tu, aku rasa tenang amat, dan dah ‘ready’ siap-siap nak tidor. Sesaat saja aku baring atas katil, siling rumah sewa aku bercahaya terang berwarna biru. Dalam hati aku “ Ha.. dah tau aku stress baru nak ajak pergi sana”. Perlahan-lahan badan aku terasa seperti terangkat kearah siling dan menembusi cahaya biru itu, terus ke dunia sana yang aku gelarkan Alam Astral.
Kali ini aku berada di suatu kawasan macam kawasan perumahan lama, rumah dia design macam zaman kolinial British. Ala rumah yang ada cerobong asap tu… Ada beberapa buah rumah yang tersusun dan ditengah-tengah kawasan perumahan itu ada padang lapang. Sejuk betul kawasan ni. Aku tak pernah lagi rasa sejuk macam ni. Sejuk kat Cameron Highland pun aku dah tak tahan. Ini rasanya sejuk menyucuk-nyucuk ke tulang. Di tengah padang lapang tu aku nampak macam biasa, kapal angkasa Him landing kat situ. Aku berlari-lari anak, melompat parit kecil menuju ke arah Him sambil berpeluk tubuh sebab angin sejuk yang kuat meniup kearah tubuh aku, buat aku menggigil-gigil. Kelihatan Him dan beberapa rakan-rakannya berbincang-bincang seakan-akan tak sedar aku ada disini.
Aku: Him! Him! (Aku memanggil Him dengan sedikit tergesa-gesa dek kesejukan)
Him: Ya anak muda.. Sampai juga kau disini.. Mari kita ke dalam (Tunjuk kearah kapal angkasa)
Aku mengikut Him masuk ke dalam kapal, salah seorang anak kapal menyerahkan baju ‘coat’ tebal berwarna biru kepadaku. Mungkin dia tahu aku tak tahan sejuk. Him masih berbual-bual dengan rakannya dengan Bahasa yang aku tak faham.
Aku: Maaf kalau aku mengganggu, tapi aku nak tanya, kita di mana kali ni?
Him: Kau usah gusar, kali ini kita berada tidak jauh. Kita di dunia kau sendiri.
Aku: Ha? Dunia aku? Maksud kau di bumi dan di demensi aku sendiri?
Him: Ya betul itu wahai orang muda.. Ambil senjata kau dan ikut aku ke bawah.
Aku tak bersoal banyak sebab aku tengok muka Him serious betul kali ini. Aku dah tahu kat mana nak ambil senjata dan aku turuti sahaja arahan Him. Aku kemudian mengikut Him ke bawah. Sempat aku menjeling ke arah badan kapal yang berkilat itu. Dari pantulan imej itu, aku dapat lihat, kachak jugak aku berpakaian tentera seperti mereka. Cuma terasa seperti Hobbit pula berdiri disebelah mereka-mereka ni walaupun dengan ketinggian aku 181 cm, kepala aku cuma di paras atas sedikit dari perut diorang.
Kami semua 8 ‘orang’ termasuk aku, mengikut di belakang Him sebagai ketua platun. Aku sempat menoleh ke arah kapal angkasa di belakang kami yang tiba-tiba ‘hilang’ dari pandangan. Mungkin ada teknologi ‘camouflage’ supaya kapal itu tidak dapat dilihat dan di ‘sabotaj’ oleh musuh sepeninggalan kami dari situ. Kami berjalan menelusuri jalan bertanah dan denai-denai kecil. Aku dapat rasakan ini adalah dunia aku sendiri kerana struktur bangunan, dan tumbuhan yang lain dari dunia mereka yang dah biasa aku tengok sebelum ini. Cuma pokok-pokok kat situ seperti pokok-pokok pine yang tinggi-tinggi. Dalam hati aku, kuat aku katakana yang aku kat oversea.Mungkin kat UK, Iceland? Wallahualam. Terima kasih kepada Him kerana bawak aku ke negeri mat salleh yang sejuk itu, yang aku sendiri tak pernah jejakkan kaki. Tapi ini pertama kali aku dapat tahu yang Him dapat menjelmakan diri di dunia nyata kita dengan bentuk asal mereka. Kalaulah NASA jumpa kami waktu ni, sudah pasti diorang cakap kami ni Alien, tak pasal-pasal dengan aku kena cekup sekali.
Setelah beberapa ketika kami berjalan mengikuti denai itu, dan menyeberangi sebuah anak sungai, Him berhenti dan memberi suatu isyarat tangan. Semua ‘orang’ berhenti dan menghalakan senjata mereka ke serata arah seakan-akan sedang menunggu dan bersedia menghadapi serangan hendap. Aku yang tak ada asas peperangan mahupun ilmu PLKN, hanya mengikut saja gerak geri mereka, diorang tunduk, aku tunduk, diorang jalan, aku jalan. Setelah beberapa ketika dalam posisi berjaga-jaga seperti itu, Him mengarahkan seorang anak buah dia untuk pergi ke bawah sebatang pokok di depan kami. Di bawah pokok itu ada satu pintu besi bulat berbentuk seperti cover ‘manhole’ atau dalam Bahasa mudahnya macam penutup salur kumbahan bawah tanah tu.
Anak buah Him buka penutup besi itu dan memanjat turun kedalam lubang itu. Diikuti oleh Him. Aku ditolak dari belakang oleh seorang anak buah Him yang memberi isyarat untuk aku turun sama ke dalam lubang itu. Aku pun bagi senjata aku kepada dia, dan menuruni tangga dengan berhati-hati. Di bawah sana, ada satu bilik yang ada monitor-monitor macam satu bilik kawalan rahsia bagi bangsa diorang ni. Namun teknologi bilik ini sama sahaja dengan yang ada di dunia kita. Tidak terlalu canggih. Aku lihat ada seorang pakar ‘IT’ diorang ni menekan-nekan keyboard sambil diperhatikan Him dengan wajah yang serious.
Setelah beberapa ketika, Him dah berpuas hati, kami semua keluar dari ruang bawah tanah itu, pintunya ditutup kemas semula dan meneruskan kembali perjalanan kami. Aku berjalan betul-betul di belakang Him kali ini. Sempat aku bertanyakan beberapa soalan kepada dia sambil berjalan.
Aku: Bilik apa tadi Him?
Him: Itu pangkalan rahsia kami di Bumi, ada beberapa bilik seperti itu yang dah lama kami bina.
Aku: Untuk apa bilik tu dibina?
Him: Untuk memantau aktiviti musuh disini. Kami dapat tahu musuh sudah dapat mengesan lokasi bilik itu. Jadi kami sudah tetapkan untuk di musnahkan bilik itu seberapa ketika selepas ini.
Aku: Jadinya bilik itu akan musnah atau meletuplah sekejap lagi?
Him: Ya.. Sudah selesai semuanya.
Aku: Jadi kemana arah kita selepas ni? Kenapa tak berjalan kearah kapal?
Him: Kita sedang dalam perjalanan ke tempat musuh yang menceroboh markas kami tadi.
Aku: Masih jauh ke? (Dah penat berjalan dalam keadaan yang sejuk ketulang)
Him: Diam dan ikut aku…
Setelah mendengar arahan Him, aku sepatah pun tak bersuara dah. Dahla aku masih murung waktu itu. Dibawa pula kesini dalam keadaan yang cemas dan terpinga-pinga macam orang bodoh. Rasa macam nak mengamuk ja waktu tu. Tapi aku tetap bersabar menerima arahan, walaupun senjata dah ada ditangan.
Setelah beberapa minit berjalan, sekali lagi Him mengisyaratkan agar kami berhenti dan berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Aku ditarik ke belakang sekali dan aku berjaga-jaga di bahagian belakang. Him memerhatikan keadaan sekeliling dan dia dapat menghidu kehadiran musuh. Dengan tiba-tiba satu dentuman kuat meletus berhampiran kami. Masing-masing sudah bersedia dengan senjata. Kedengaran ada benda besar yang berlari-lari menuju kearah kami. Aku dapat lihat dengan dua biji mata aku sendiri beberapa ekor makhluk besar macam big foot atau mawas yang bermata merah sedang berlari-lari mengelilingi kami.
Him dan tenteranya mulakan aksi tembak menembak makhluk itu. Ada lebih dari 10 ekor aku rasa makhluk yang menyerang kami. Aku pun dengan beraninya mencuba untuk menembak makhluk hodoh itu. Namun tak ada satupun sasaran aku yang mengena. Ada seekor yang sudah berjaya mendekati lokasi kami. Sudah dekat benar sampai aku boleh bau makhluk tu yang busuk. Bau dia aku boleh ingat sampai hari ini. Bau yang hamis, lagi hamis dari kambing.
Salah seorang dari kami diserang dan sedang bergelut dengan makhluk yang menyerang kami itu, tentera yang lain membantu dia. Aku dikawal oleh seorang lagi tentera.Taring binatang yang tajam itu sempat membaham bahu tentera yang diserang itu. Him datang membantu dan akhirnya makhluk itu berjaya ditewaskan hasil ketukan deras di kepala oleh Him dengan menggunakan senjatanya. Dah selesai, akhirnya semua makhluk jahat yang menyerang sudah tewas. Namun kami dapat rasakan ada lebih ramai yang sedang memerhati kami dari jauh.
Walaupun dah selamat, tapi salah seorang dari kami tercedera teruk. Makhluk seperti big foot itu pula penuh bergelimpangan di sekeliling kami, dengan bau busuk yang buat aku rasa loya tekak. Nak muntah rasanya waktu tu. Him kemudian mengeluarkan satu tongkat yang bercahaya di hujung kepalanya. Dia mengangkat dan menghayun tongkat itu, seraya terkeluar satu cahaya putih terang yang menerangi seluruh hutan tersebut.Terdengar dari jauh bunyi jeritan dan raungan seolah-olah kesakitan oleh makhluk jahat didalam hutan tersebut. Kemudian habis berkecai bigfoot2 yang mati disitu hancur menjadi abu. Sungguh ajaib. Ini adalah pengalaman pertama aku tengok benda-benda yang magic macam ini.
Akibat salah seorang cedera dengan agak teruk, Him mengarahkan empat orang, termasuk aku untuk kembali ke kapal angkasa untuk mengambil kapal angkasa dan kembali ke lokasi mereka selepas itu. Kami dengan berhati-hati pulang ke kapal angkasa kerana jumlah kami sudah semakin kecil, risau jika pihak musuh masih mahu melakukan serangan hendap. Namun, semuanya selamat dan kami akhirnya tiba di tempat kapal angkasa yang disembunyikan rapi. Aku sempat jeling ke arah rumah-rumah lama yang ada disekeliling kapal angkasa. Aku nampak ada cahaya lampu dalam rumah-rumah itu, jadinya rumah tersebut ada penghuninya. Namun aku pelik, sebabnya takkanlah penghuni-penghuni rumah ni tak perasan yang ada kapal angkasa sebesar itu mendarat berhampiran rumah mereka. Aku sempat bertanyakan salah seorang dari tentera itu.
Aku: Manusia tak boleh nampak ke kapal yang besar ni?
Tentera 1: Tak semua boleh nampak, namun ada yang mampu nampak kami.
Aku: Jadinya ada orang pernah nampak kamu la sebelum ini?
Tentera 1: Ada. Aku tidak diarahkan oleh ketua untuk bersoal jawab dengan mu.
Setelah aku mendengar jawapan itu, rasa amarah aku makin membuak-buak. Aku letakkan senjata di tempat simpanan senjata dan duduk di satu kerusi dengan perasaan yang marah. Pemandu kapal kemudian meluncur perlahan-lahan melepasi rumah-rumah lama dan hutan pokok pine itu ke lokasi Him dan tentera yang cedera itu. Hutan yang gelap diterangi lampu dan cahaya dari kapal angkasa itu. Him dan tentera-tentera lain dapat diselamatkan dan dirawat didalam kapal angkasa.
Kemudian kami berlepas kembali ke wilayah Him (yang aku gelar Alam Astral) dengan mengambil masa hanya beberapa puluh minit sahaja. Sungguh laju kapal itu, bila kita duduk di kerusi dan walaupun sudah diikat dengan seatbelt apa semua, tapi tetap boleh rasa badan kita seolah-olah tertekap dan ditolak ke dalam kerusi bilamana kapal tersebut sedang bergerak laju. Macam tu lah rasanya.
Sesampainya kami di markas tentera, aku diminta oleh Him untuk pulang sahaja ke rumah. Namun aku menolak permintaannya sebab terlalu banyak persoalan yang aku nak tanya dia. Awalnya Him berkeras suruh aku pulang kerana dia ada banyak hal yang nak dilakukan katanya. Katanya, dia harus ke ibu negara bagi berjumpa dengan Elon. Namun selepas aku terangkan yang aku dah pulang ke rumah arwah Atuk aku dan aku dah jumpa satu kitab peninggalan arwah Atuk aku kepada Him. Him kelihatan gembira, dia mengajak aku ke ruang menara tinjau untuk berbincang disana. Di ruang menara tinjau ni, boleh nampak pemandangan air terjun yang sangat cantik. Kalaulah boleh selfie kat sini kan best. Getus hatiku.
Aku: Aku ada berjumpa dengan anak murid bapa kepada bapaku (Atuk aku), namanya Wan Murad kamu kenal?
Him: Aku tahu siapa dia, namun aku tak mengenali dia. Kenapa kamu bertanya mengenai dia?
Aku: Tak ada apa. Cuma kitab bapa kepada bapaku itu, dia yang serahkan padaku.
Him: Aku tak tahu kenapa kitab itu ada dengannya. Sepatutnya diserahkan kepada bapamu.
Aku: Tak apalah. Sekurang-kurangnya aku dapat la juga baca kitab tu. Kalau bapak aku yang pegang, memang aku tak dibenarkan untuk baca. Aku pun tak faham kenapa bapak aku kata dia tidak kenal dengan kau?
Him: Tidak kenal? Hahahaha. Tidak mengapalah wahai anak muda. Nanti aku sendiri akan tanyakan bapamu kenapa dia berkata sebegitu.
Aku: Lagi satu aku nak tanya, Wan Murad tu ada bercakap tentang harta, lebih tepat lagi harta dari alam ghaib. Dan katanya ada dua kunci untuk membuka peti harta tersebut. Kamu tahu mengenai benda ini?
Him: Hmmmm… (Diam sebentar).. Aku rasa belum masanya kamu harus tahu tentang perihal ini.
Aku: Aku nak tahu! Aku dah tak larat nak hadap serangan dari ahli keluarga aku bertanyakan mengenai hal ini. Aku tertekan. Stress!
Him: Kenapa mereka menginginkan harta ini? Sedangkan ini bukan hak mereka?
Aku: Bukan hak mereka? Diorang cakap harta itu harta pusaka dan milik keturunan kami?
Him: Harta itu memang harta pusaka dari nenek moyangmu, yang kami sendiri serahkan kepada mereka. Namun harta tersebut bukanlah milik peribadi sesiapapun.
Aku: Maksud kau?
Him: Harta tersebut harus digunakan oleh warisnya untuk jalan memerangi musuh Tuhan.
Aku: Siapa waris sebenar?
Him: Warisnya adalah bapamu wahai orang muda.
Aku yang mendengar jawapan dari Him terus tersentak. Memikirkan tentang kaitan ayah aku dengan semua ini. Berapa banyakla harta yang dimaksudkanya itu.Namun, aku masih lagi ragu-ragu. Saat itu hingga kini, aku masih meragui tentang kewujudan Him dan semua permainan ini.
Aku: Him.. Adakah kamu wujud atau semua ini hanya permainan mimpi aku?
Him: Terserahlah padamu wahai anak muda. Tiada yang wujud melainkan Tuhan.
Aku: Hmm.. aku ada terbaca kitab peninggalan bapa kepada bapaku (Atuk aku). Dia ada menulis tentang ‘orang beras’ bernama Him. Kenapa dia gelar kau sebagai ‘orang beras’.
Him: Hahahaha. Itu disebabkan sewaktu pertama kali aku bertentang mata dengannya adalah di tempat simpanan beras miliknya. Mungkin juga rupa aku yang tinggi dan berbaju putih ketika itu menyebabkan dia menggelarku sebagai orang beras.
Aku: Lagi satu aku nak tanya. Kalau kau boleh ke dunia kami, macam yang kau lakukan hari ini kenapa kau tak boleh selamatkan aku bila aku diganggu di rumah peninggalan tu?
Him: Bagaimana kau begitu pasti yang kami tidak membantumu?
Aku: Aku tak nampak pun kamu semua kat sana?
Him: Benda yang kau tak nampak tak semestinya tak ada. Kau ada nampak makhluk yang kau jumpa itu berubah menjadi asap?
Aku: Jadi kau yang tembak dia?
Him: Betul wahai orang muda.. dengan izin Tuhan.
Aku: Kenapa aku tak boleh nampak kau di dunia aku?
Him: Jasad kau berhijab wahai anak muda…
Aku: Hmm.. tak apalah kalau begitu. Aku dah tak tahu nak tanya apa lagi dah. Aku nak balik sekarang.
Him: Orang muda.. Aku tahu fikiran engkau sedang bercelaru. Memikirkan pelbagai perkara yang baru berlaku dalam hidup mu. Namun anggaplah ini sudah takdirmu.Usah gusar… Aku membawa engkau ke sini malam ini disebabkan persetujuan oleh ketua aku dan pemimpin kami, untuk memberikan pendedahan kepadamu, supaya kamu sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Aku: Kemungkinan apa?
Him: Peperangan yang akan berlaku pada bila-bila masa. Aku tahu kamu belum bersedia. Namun aku percaya padamu wahai orang muda.
Aku: Terima kasih bagi kepercayaan kat aku. Tapi aku yakin lebih ramai yang sedia berjuang dan lebih hebat dariku di luar sana. Mungkin kau boleh berjumpa mereka juga.
Him: Tidak. Urusan aku hanya denganmu. Sebelum aku menghantarmu pulang. Aku mahu kau cari (Si Polan) yang berada di (Suatu kawasan di Selangor). Dia juga orang yang ahli. Dia tahu pasal kami. Dia akan membantumu jika bapamu enggan.
Aku: Baiklah.
Aku dihantar pulang. Setelah pulang ke rumah. Badan-badan aku mula sakit. Sampai sekarang badan aku masih terasa sakit-sakit seakan-akan berbisa. Adakah ini kesan akibat kerap kesana? Atau kerana buatan orang? Aku tak tahu. Sejak namaku terpalit isu rahsia harta ni, aku ada banyak musuh. Banyak kali aku mimpi yang bukan-bukan. Namun aku anggap itu semua hanya mainan tidur.
Baru-baru ini, setelah berhempas pulas mencari orang yang Him suruh aku cari, akhirnya atas pertolongan seorang sahabat aku, aku jumpa juga orang yang dimaksudkan Him. Muda lagi orangnya, lelaki, 30-an. Dia pun pernah ke alam sana dan berjumpa dengan makhluk seperti Him. Aku pun buka cerita berkenaan harta pusaka tu depan dia. Dia kata dia pernah dapat satu mimpi, dia mimpi ada satu orang tua berjubah putih dan menunggang kuda putih, menunjukkan padanya satu rumah kayu lama yang usang. Di dalam rumah tersebut ada tersembunyi sanggul emas, iaitu kunci untuk membuka salah satu peti harta. Aku nak cakap percaya tu tak jugak. Sebab aku susah nak percaya orang. Tambah-tambah yang buat duit dengan menipu orang tu. Lokasi rumah tu memanglah aku kena rahsiakan. Sebab aku tahu yang baca cerita aku ni mesti ada bersangkut paut dengan family aku.haha. Tapi rumah itu bukan rumah arwah Atuk aku. Aku pasti. Mungkin rumah Atuk korang?
Ayah dan ibu aku pun baru pulang dari mengerjakan ibadah Haji. Setelah tersebarnya cerita pasal aku, Wan Murad dan harta ni, Ayah aku dah bagi amaran kepadaku untuk tidak percaya kepada cakap Wan Murad dan Cik Amri, dan tidak ikut campur urusan keluarga. Teruk kot aku kena kecam dalam group whatsapp keturunan apa semua. Cakap aku, bapak aku tamak lah apa. Aku nak tamak apanya. Bukan harta tu ada dalam almari aku pun. Mana nak cari pun aku tak tahu. Lagipun Him cakap tu bukan harta diorang, takkan lah aku nak bagi korang pulak kot. Itulah yang terjadi apabila manusia ini dibutakan oleh harta dunia. Tapi nasib baiklah aku tak dicepuknya oleh ayah aku. Kalau tak lagi bertambah murunglah aku.
Tujuan aku bercerita ni bukanlah mahukan kemasyuran dan kemasyukan, tapi lebih kepada berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini. Dan Alhamdulillah, hasil perkongsian ni, aku dah jumpa dua orang yang ada pengalaman lebih kurang sama dengan aku. Ada sorang tu cerita dia lagi pelik dari cerita aku. Dia ada pm FB aku dan aku dah suruh dia share kat FS dah. Tapi dia cakap yang dia belum ada masa. Namun on the positive side, pengalaman ni telah sedikit sebanyak mematangkan aku. Aku jadi tidak takut kepada manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain. Sebab itu aku berani bersuara di tempat kerja. Tak lama lagi mungkin aku naik pangkat jadi manager (Dengan harapan Pakjak dan Ayie baca ni). Hahahaha
Ok-ok last pesanan aku. Kepada ahli keluarga aku yang aku masih gelarkan keluarga, dan bukan setan itu, cukuplah menghimpit hidup aku. Leave me alone. You know who I am. Its not yours. And not Worth it…(Kan dah keluar Manglish)..
Apa-apa pun tunggu sambungan cerita picisan ini bagi yang meminati.. Selagi kisah belum tamat….. Selagi aku masih hidup…..Kisah ini tak akan tamat… Kalau dah lama aku tak sambung tu, korang faham-fahamlah ye…… Sedekahlah Al-Fatihah kat aku..haha.
Peringatan sekali lagi. Ini adalah kisah dongeng. Terpulang kepada interpretasi sang pembaca.
Assalamualaikum.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
danial..mama hang sihatka..hang kan anak mama…lama mama hang x online fb…
Daniel! Kau tak contact aku pun ? Tumbuk kang! Aku pun nak g jugak dunia Him! Bawak la aku! Berbulan aku tidor nyenyak sampai Subuh! Tiba2 rindu nak Astral Projection ?
Hi encik EL…boleh tau x…mcm mana sy nk ctc atau msg encik EL ye? Ada sesuatu yg perlu sy tnyakan kepada encik EL
Aik el pernah pergi ke? Jgn lupe share crite nnt…huhu
Well,harta dunia kan..my family pun bergaduh pasal benda tu.bila tamak menguasai hati..semua tu nak walaupun bukan hak dia..kuatkanlah hati
bila tamak menguasai… harta yang bukan milik kita pun dianggap milik kita..
citer ni pun dah ada iras2 citer ijam dah..ko terkena kenan ijam dah ni..leh jahi anak angkant mama ni..
bro lain kali bawak nset ambil gambar suasana kt sana tau..tido nset letak kt bwh bnatal ko tau
Bro Danial tak pernah menghampakan!
Aku suka!
Let me guess, Sultan Terengganu?
perak state
Welcome back mr detektif…
susah kalau ada polis kat sini.haha
so persiapan apa yang kita kena buat kat dunia?
jap aku confius ni….him dah mati ke belom?
Hahaha danial xhabis2 ko nk Bahan si dia ye.. Dr fb ke fs.. Anyway thumbs up bro, citer ni mmg best.. Br sempat akk baca..
Puteri nur dan bentara 7 pun tulis pengalaman mcm Danial. Ade kene mengene ke.
?
de sambungan x..best giler r story ni
jadi memang ada kaum atalan dkat bulan tu. nasa dduk orbit bulan sebab nak kan teknologi dorg?
terbaeknya stori ni… serius stori danial semua best2 blaka.. saya suka saya suka👍🏽👍🏽👍🏽