Assalamualaikum kepada pembaca fiksyen shasha. Mungkin kisah aku ini tidak seram sangat untuk korang yang penggemar novel seram. Sebelum ini, pernah jugak aku hantar cerita aku kepada admin. Tapi mungkin bukan rezeki aku. Dan sekarang aku hanya cuba nasib sahaja.Jika cerita kali ini, disiarkan aku berterima kasih kepada admin. Kerana bagi peluang kepada aku.
Okey tanpa membuang masa. Aku akan cerita dekat korang pengalaman yang aku alami, semasa percutian di Teluk Batik, Perak.
Pada tahun 2010, keluarga kami mengadakan trip iaitu “Family Day”. Pada hari tersebut, hanya keluarga aku sahaja yang bertolak awal ke Teluk Batik. Sedara-mara aku yang lain, mereka bertolak lepas masing-masing pulang dari kerja.
Jadi nak ceritakan dekat sini, masa itu ada pesta air di Lumut. Jadi orang yang menginap di Chalet tempat penginapan ini, tiada orang langsung. Yang ada hanya keluarga aku sahaja.
Selain itu, nak dipendekkan cerita, lepas je aku dan keluarga aku bersiap dan letakkan barang semua di chalet. Kami pergi keluar makan. Dan waktu yang sangat seram, bila tiba waktu malam.
Pada malam itu, papa menyuruh aku meletakkan air batu di chalet sebelah (tempat penginapan sedara aku). Jadi aku pun mengiyakan sahaja dan kebetulan hanya ada adik aku dan mak aku sahaja. Jadi, aku mengajak adik aku untuk teman aku ke chalet sebelah. Tapi, adik aku ni tak nak sebab dia takut nak pergi luar. Lagi-lagi waktu malam dengan suasana yang sangat gelap. Jadi, aku pun ajak mak aku, mak aku yang temankan.
Aku bukak je pintu, huiisshh.. Dia punya angin jangan cakaplah. Memang sejuk gila, sebab chalet aku ini betul-betul berhadapan dengan laut. Jadi korang boleh imagine dekat mana tempat ini.
Aku pulak memang takutlah nak keluar, sebab petang tadi aku teringat pasal lotong (spesies kira/monyet) duk mencuri makanan ikut tingkap belakang di chalet kami.
Jadi aku dengan mama, dengan selamba keluar dan terus pergi chalet sebelah. Dalam, kegelapan malam, aku nampak samar-samar cahaya lampu kapal yang berlabuh dari arah laut. It’s nice to me. Sebab, kau boleh tengok keadaan yang sangat tenang dan boleh release tension dari kesibukkan kerja di ibu kota.
Berbalik kepada cerita tadi, sampai je depan chalet tuh, aku dah mula rasa lain macam, rasa macam diperhatikan. Yeayh.. Firasat aku sangat tepat. Takde angin, takde ribut, tiba-tiba sahaja pokok yang ada dekat hadapan aku tuh,seperti bergoyang. Dan dari jauh, aku nampak macam ada seseorang duk menenggek atas pokok. Aku bukanlah orang yang boleh tengok hantu ini. Cuma, aku hanya boleh rasa je jika benda itu dekat dengan aku.
Aku pun tak tahu kenapa, sibuk sangat nak pandang. Haaa.. Dengan mata aku sendiri, aku nampak akak pontianak itu, betul-betul rambut berjurai ke bawah dengan baju warna putih yang sangat lusuh. Lepastuh, aku pun diam jelah kan. Sebab dia tak kacau apa pun. Cuma tunjuk yang diri dia pun ingin bercuti jugak macam kita. Hehehe..
Jadi, aku pun ikut menyusul belakang mama masuk chalet. Lepas je keluar dari situ. Aku dah tak rasa apa-apa. Aku langsung tak bagitahu dekat mama dengan apa yang aku lihat tadi.
Okey part yang bagi aku paling seram adalah, masa tuh sedara aku semua baru sampai kat situ. Jadi, macam biasalah lepas dah jumpa sepupu mestilah duduk menyembang sebab dah lama tak jumpa.
Tiba-tiba, sepupu aku iaitu kina, siti dan adik aku, ajak pergi chalet dorang. Jadi, aku pun ikut jelah dorang ni. Masatuh, kita orang pun berjalanlah pergi chalet sebelah. Barisan depan aku dan kina. Barisan kedua, adik aku dan jugak akak sedara aku siti. Tengah leka-leka berborak. Tiba-tiba, dengar suara yang sangat halus dan jauh, suara perempuan. Armmm.. Yang dorang belakang dah berhenti terus lari tinggalkan kami berdua.
Yang tinggal hanya aku dan kina. Kita orang pun jalan jelah. Buat tak tahu je.
Sampai je dekat chalet aku, aku cakaplah dekat nenek. Yang kita orang dengar bunyi macam orang mengilai. Jawapan nenek “yela mana tidaknya, korang tengoklah dah pukul berapa, memanglah dia kacau”. Si kina pun tengok jam. Armm.. Pukul 3:00 pagi. Hahaha.. So yeayhh.. Waktu dia keluarlah cari makan.
Lepas itu, kami pun pergilah masuk tidur sebab tak sabar nak mandi laut dengan selfie esok paginya. Kebetulan pulak time tuh, aku tidur dengan kak siti. Adik aku tidur dengan kina. Tapi tidur satu katil jugaklah. Masa nak tidur tuh. Si kina ni dengar orang panggil nama dia.
“Weyh ierah, ada orang panggil nama kinalah” si kina cakap dekat adik aku. Pastuh adik aku pun terus cakap camnie “tidurlah”. Pastuh masing-masing tidur dalam berpelukkan sampai esok pagi..
Minta maaf jika penulisan aku kurang menyeramkan bagi pembaca, tapi pengalaman pahit manis ini tidak akan aku lupakan… sampai disini saja cerita aku kali ini. InsyaAllah ada masa akan aku ceritaklan lagi kisah yang lain…
Sekian. Terima kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
mcm pernah bace cite ni..
Kannn … dok terfikir gak nie.. dr awal dia cerita .. dah rasa mcm penah baca … huhu
keluar pagi2 buta memanglah ada hantu kacau..apa nak heran..haha
mcm pernah baca tapi tajuk je lain
ulangan.
ter’post’ dua kali ke
cerita ni bukan dh up ke last year…sblm ni sy pernah baca dab bila baca balik cerita,jalan cerita sama
Macam dah pernah baca. Dah ada dalam FS rasanya ni.
cerita ni rasanya dah kali ketiga aku baca.. sebelum ni pon dah penah re-post… hahaha..