Percutian ke Apartment Blue Lagoon, Port Dickson

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca sekalian. Semoga anda semua dalam kerahmatan dan keberkatan ALLAH SWT.. Ini adalah kisah terakhir dari saya sebelum mengundurkan diri untuk fokus pd kesihatan dan perniagaan. Cerita ini br berlaku kira2 dua mnggu lepas ketika saya pergi short vacay bersama keluarga di Blue Lagoon Apt, Port Dickson.

Begini kisahnya yang saya ringkaskan. Kami sampai ke lokasi lebih kurang tgh hari dalam pukul 12pm, namun masa checkin pada 2pm. Oleh itu kami semua ambil keputusan untuk santap bekalan yg di siap masak dari rumah. Setelah selesi makan, masa hampir 2pm dan kami pun ambil kunci dan rehatkan diri sebentar sebelum nak keluar cari makan malam.

Malam itu kami semua pergi ke Umbai makan di Parameswara ikan bakar. Setelah habis mengisi perut, kami bergerak balik ke apt Blue Lagoon dan sampai lebih kurang dalam 10 pm lebih. Yang lain sudah kepenatan, saya keluar naik kereta ke pantai dgn tujuan nak ambil angin malam.

Ketika saya melalui deretan kedai kecil dipantai, alangkah terkejutnya saya. Kerana di atas papan tanda deretan kedai, ada sebentuk makhluk yg menyerupai perempuan hodoh, tua dan menyeramkan sedang bertenggek sambil menyeringai pandang saya.

Kerana semasa itu saya sedang reverse kereta, dek terkejut habis terkeluar makian pada makhluk itu. Saya pandang lagi sekali masih ada, bar nak keluar kereta saja makhluk itu dah hilang dari pandangan saya.

Saya teruskan turun dari kereta lepas parking dan jalan di pantai. Angin sedang kuat dan tercapai hajat saya malam itu nak merasai suasana pantai yg tak dpt time siang. Namun gangguan tadi tak berakhir disitu.

Untuk makluman, apt Blue Lagoon ni byk yg kosong dan tak ada orang ramai booking. Block saya pun hanya ada 3 bilik yang berlampu. Blok2 lain semua kosong dan persekitaran menyeramkan bagi sesetengah orang.

Malam itu sedang saya golek2 di ruang tamu ketika hampir 3pagi, terdengar bunyi orang menangis dan sliding door kaca diketuk. Saya amati bunyi itu beberapa kali untuk dptkan kepastian. Namun masih kedengaran lagi bunyinya, saya yg tak puas hati baca bismillah dan selawat lantas terus membuka sliding door utk ushar apa benda tu.

Bila tengok, takde apa2 malah suasana di luar dah gelap gulita. Saya pun sempat snap pic suasana malam pada blok2 apt yg gelap dan sunyi. Sedang saya snap pic, tiba-tiba ada suara yang memanggil “Abang” sebanyak 2 kali dari arah kiri saya. Padahal sebelah kiri saya tiada orang menginap. Saya beranikan diri nak menoleh ke kiri namun leher saya tiba-tiba terasa kebas.

Saya lafazkan ALLAHUAKBAR dan toleh kiri. Saya cakap “aku bukan abang kau” , boleh berambus. Apa yg saya nampak sekilas pandang adalah susuk seperti seorang budak lelaki yg sedang melambai ke arah saya yang jauhnya jarak 2 lot penginapan.

Saya terus ambil keputusan masuk balik ke apt, tutup sliding door dan wuduk sebelum tidur. Alhamdulillah tiada lg ketukan dan suara menangis sehingga subuh. Maklumlah banyak sejarah kejadian2 yang tak diingini berlaku di apt Blue Lagoon ini mengikut mulut setempat. Sejauh mana kebenarannya, wallahua’lam.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 thoughts on “Percutian ke Apartment Blue Lagoon, Port Dickson”

  1. Sedih pulak tuan cakap ini story yg terakhir. Saya faham tuan ada kepentingan lain. Namun diharap tuan masih sudi berkongsi dengan kami sekali sekala ya. Moga selalu dalam lindungan dan rahmat Allah serta kesihatan yang baik sentiasa.

    Reply
  2. So far sepanjang saya menginap disitu adalah dlm 3-4x alhamdulillah..tiada pulak kejadian2 yg x diingini..aprtment disitu memang kebanyakannya kosong & ada juga untuk dijual

    Reply
  3. Aku tgh duduk kat apartmen blue lagoon port dickson sambil baca artikel ni…ok jer..xde ape2 yg pelik pun…cuma bile siang ada la monyet dan beruk minta makanan dari manusia..baru petang tadi ada spesis tu yg panjat tembok apartmen bilik aku siap lalu kat tingkap dapur lagiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    Reply

Leave a Comment