“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan syaitan-syaitan, dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.” [Surah al-Mukminun: 97-98].
Aku rasa penduduk tempatan kita ni memang dah tak asing lagi dengan jelmaan berkebaya merah. Dari dulu lagi ada terlalu banyak kisah tentang ‘perempuan’ berkebaya merah, dan keluarga terdekat aku sendiri pun tak terkecuali untuk merasai pengalaman yang tak berapa nak indah tu.
Ini adalah kisah benar tapi bukan akulah yang nampak ‘perempuan’ berkebaya merah ni. Sebaliknya, ahli keluarga aku iaitu Mak Usu dan arwah nenek aku yang nampak.
Aku ceritakan yang Mak Usu aku dulu, ya?
Mak Usu aku ni dah lama mendirikan rumahtangga. Boleh dikatakan dia bahagia dengan suami dan anak-anak mereka. Kalau bab-bab konflik dengan orang sekeliling semua tu aku tak tahu. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui, kan?
Nak dijadikan cerita, satu malam tu anak-anak dan suami Mak Usu aku dah tidur pulas. Mak Usu aku pun sama. Kemudian dalam jam 2 ke 3 pagi macam tu, Mak Usu aku tersedar. Berpeluh-peluh. Panas ke apa aku pun tak tahu.
Tapi bila Mak Usu aku bangun, dengan izin-Nya, dia ternampak ada perempuan rambut mengurai panjang berkebaya merah duduk di hujung katil. Dekat hujung kaki suaminya. Muka tak nampak, hanya nampak bahagian belakang sahaja.
Mak Usu aku pandang suami dia dekat sebelah, memang tidur lena beb. Berdengkur lagi. Punyalah nyenyak.
Mulut Mak Usu aku macam terkunci, nak cakap apa pun suara dia tak keluar. Sebab takut punya pasal, Mak Usu aku masuk bawah selimut. Sebelum dia masuk bawah selimut tu, dia sempat nampak ‘perempuan’ tu macam sisir rambut panjang dia perlahan-lahan pakai jari tau. Masa aku dengar cerita ni daripada Mak Usu aku, bapak berdiri segala bulu roma aku weh!
Punya lama Mak Usu aku sorok bawah selimut, memang berpeluh habislah sebab bahang. Disebabkan panas tak cukup udara, Mak Usu keluar dari selimut tu. Bila tengok balik dekat hujung katil, ‘perempuan’ berkebaya merah tu dah ghaib. Dah tak ada beb!
Suara Mak Usu aku ada balik. Dia dah boleh bersuara. Lekas dia kejut suami dia yang tengah tidur tu dan suami dia pun bangun. Mak Usu aku cerita semua dekat suami dia dan suami dia pun macam seriaulah.
Siapa je tak seriau pukul 2 ke 3 pagi bini cerita nampak makhluk halus…
Jadi itulah cerita pasal Mak Usu aku yang ditakdirkan Tuhan untuk nampak makhluk berkebaya merah ni.
Nak tahu cerita perempuan kebaya merah versi arwah nenek aku pula? Komen ramai-ramai. Kalau ramai nak, aku cerita di ‘Perempuan Berkebaya Merah Pt 2’.
Terima kaseh.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
bosan
Tak nak lol
Saya seram teramat sangat.. cerita la cpt pt2..hmm confirm malam ni termimpi-mimpi saya tido.
part 2 wajib kay hahaha