Perempuan Serba Hitam dengan Mata terbeliak

Assalamualaikum kepada rakan-rakan pembaca Fiksyen Shasha. Nama saya Fira. Saya ingin berkongsi pengalaman seram yang pernah terjadi kepada diri ini. Untuk pengetahuan pembaca semua, saya memang ada sejarah di mana saya memang mudah ternampak jelmaan makhluk halus dan saya pernah tengok jelmaan dalam berbagai rupa yang seram dan mengejutkan.
Saya menghadapi situasi ini semenjak di bangku sekolah lagi.

Selamat membaca semua.

Pertemuan Pertama dengan Perempuan serba Hitam

Kejadian ini berlaku semasa saya mula berkhidmat di sebuah sekolah rendah agama swasta di kawasan Subang Bestari, Selangor. Seingat saya itu adalah minggu pertama saya mula mendaftar diri. Seperti yang saya kongsikan pada permulaan, saya memang jenis kerap akan ternampak jelmaan-jelmaan yang ngeri dan menakutkan.

Saya mulakan hari dengan bersemangat dan dalam masa yang sama agak gugup, memikirkan apa yang akan ditugaskan kepada saya pada hari mendaftar diri. Usai mendaftar di pejabat sekolah, saya terus dibawa ke bilik guru sekolah yang berada di aras 4. Buat pengetahuan pembaca semua, sekolah ini terdapat 2 blok yang memuatkan kelas-kelas dan ruangan yang lain termasuk dewan, bilik guru dan perpustakaan.

Pada masa itu saya sibuk menelaah silibus yang akan saya ajar untuk minggu tersebut serta cuba memahami jadual kelas dan pelaksanaan kelas yang tertentu. Memang tiada fikiran yang saya akan mengalami pengalaman seram pada minggu itu.

Setelah hari berganti hari,saya perasan yang badan saya lesu dan seperti mahu demam. Situasi ni kerap berlaku selepas waktu Asar. Saya tidak syak apa-apa yang aneh. Saya fikir mungkin saya ada berjangkit dengan pelajar atau mana-mana guru. Keadaan saya berlanjutan beberapa hari pada minggu tu untuk beberapa hari. Saya ada juga ambil ubatan tapi masih tidak membaik.

Sehari sebelum tu, kami ada perjumpaan rumah sukan. Dan ini merupakan perjumpaan pertama buat saya selaku guru. Semasa perjumpaan berlangsung, saya baru terperasan bateri telefon saya dah low. Kemudian saya minta diri nak ke bilik guru untuk ambil powerbank dan nak ke tandas sekali.

Saya berselisih dengan dua orang guru semasa nak ke bilik guru. Dua guru bertanya pada saya, “ akak nak ke mana?”, tanya mereka. Saya membalas “ Akak nak ke bilik guru ambil powerbank kejap dan nak ke tandas”. Terpampang di muka mereka macam seolah panik atau risau. Mereka kata pada saya” Akak nak naik seorang ke?”. Saya agak pelik dengan pertanyaan tu. Tapi saya tidak tanya kenapa. Saya pun terus minta diri nak naik ke atas.

Saya terus menuju dan masuk ke dalam lift. Lift terbuka di aras 4 dan memang sunyi memandangkan semua murid dan guru ke perjumpaan rumah sukan. Saya baru perasan situasi di situ rasa betul tidak nyaman. Terasa seperti angin memberat. Rasa vibes yang agak pelik dan seram. Saya tak mahu fikir bukan-bukan terus mengenakan selipar dan nak ke tandas apabila saya lalu terperanjat; kerana ada sosok dua orang perempuan. Rupanya tu adalah dua orang guru yang saya berselisih tadi. Mereka kata “Kak, takpe kami teman akak di sini.”. Saya pun terus ke tandas dan selepas itu mengambil powerbank. Kami turun dari aras 4 bersama.
Apa yang terjadi tu menimbulkan seribu tanda tanya buat saya. Kenapa mereka sampai macam tu sekali dan jelas terpampang kerisauan pada riak wajah dua guru tersebut.

Keesokan harinya, saya ke kerja macam biasa. Petang itu semua murid ada aktiviti sukan outdoor. Jadi semua ke padang berdekatan sekolah. Saya meminta izin dari Guru Penolong Kanan untuk tidak terlibat sama kerana badan saya kurang sihat dan saya kena bertugas jaga murid yang tidak sihat di bilik isolasi. Risau nak tinggalkan murid tanpa pengawasan siapa-siapa. Terdengar azan masuknya Asar. Selepas habis azan, saya bersiap nak ke tandas dan mengambil wuduk. Semasa inilah pertemuan ngeri berlaku.

Sedang saya berjalan menuju ke tandas, saya boleh nampak ada sesosok perempuan, tinggi, serba hitam, rambutnya panjang mencecah lantai. Dia sedang memerhatikan saya sambil tersenyum dengan senyuman yang menakutkan serta mata terbeliak. Saya kuatkan semangat, saya buat-buat saya tak lihat dia. Namun bila saya sampai ke depan pintu tandas, saya boleh nampak dia menjengah dan kemudian menyorok, kemudian menjengah balik. Seolah main cak cak dengan saya. Hanya Allah je yang tahu perasaan saya masa tu.

Selepas kejadian itu baru saya mengerti mengapa dua guru yang sebelum ni tidak bagi saya berseorangan di aras 4 sewaktu senja. Dan ada pengalaman dari guru lain diceritakan pada saya. Ada seorang guru lelaki sebelum ni pernah buat rondaan waktu lewat petang di aras 4 dan semasa dia mahu mengambil wuduk sama di tempat kejadian, ada kerusi kayu dari tempat makhluk tu menj
elma dan menjengah itu, kerusi tersebut bergerak dengan sendirinya. Sehingga dia menjerit memanggil nama kawan sekerja lain dalam keadaan cemas. Sebenarnya sehingga sekarang saya masih nampak sosok perempuan serba hitam jika saya ke aras 4 itu.

Harap pembaca terhibur dengan kisah yang saya kongsikan. Terima kasih sudi membaca.

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 36 Average: 4.7]
Maghfirah Tmz

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.