Peristiwa Jamboree

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin FS kerana sudi siarkan cerita saya. Saya memang suka baca cerita-cerita seram di laman FS ni. Ini adalah kali pertama saya menulis kisah saya disini. Saya pun banyak pengalaman dengan benda-benda mistik ni. Dan saya nak minta maaf kalau cerita saya ni tak seram.

Kisah saya ni terjadi pada tahun 1997. Masa tu saya berada di tingkatan satu. Masa sekolah rendah, saya ni kurang minat sikit aktiviti berkhemah ni sebab leceh. First experience camping masa saya darjah 6, lepas exam UPSR. Tu pun camping dalam kawasan sekolah.

Masa saya tingkatan 1, kawan baik saya mengajak saya untuk join Pengakap. Katanya Pengakap ni best dan banyak benda ala-ala survival yang boleh dipelajari. Pada mulanya saya nak masuk Puteri Islam sebab tak ada aktiviti berkhemah. Tapi dah penuh. Aduh! Terpaksa la saya join Pengakap. Saya suka berkawad. Kena jemur tengah panas pun saya tak kisah. Tapi saya kurang sikit la bab-bab camping ni.

Satu hari, cikgu Pengakap cerita la pasal World Jamboree. Semua orang teruja la masa tu. Semua orang nak pergi! Cikgu cakap, ada ujian kelayakan untuk pilih siapa yang layak pergi. Saya masa tu teruja sebab kalau saya tak lepas ujian kelayakan ni, mesti saya tak payah pergi camping. Tapi malangnya nasib saya, kumpulan saya terpilih. (Ujian ni ujian berkumpulan. Semua kawan-kawan sekumpulan saya bertungkus-lumus buat yang terbaik). Maka, terpaksalah saya pergi World Jamboree tu.

Tempat World Jamboree tu di dalam daerah yang sama dengan negeri yang saya tinggal. (Saya sengaja nak rahsiakan, hehe). Kena camping selama 8 hari. Kawan-kawan saya ni memang teruja dari naik bas sampailah ke tempat yang dituju. Diaorang memang beria-ia pasang khemah, buat gajet untuk letak barang-barang masak. Saya masa tu tolong susun beg dan bersihkan tempat khemah je. Tempat kami berada jauh sikit dari tapak khemah lelaki. Ada dua orang cikgu yang mengiring kami; cikgu KH dan Ustazah.

Pada hari yang ketiga, kami kena pakai baju uniform pengakap dengan topi sekali. Saya tak suka uniform ni. Panas. Dah la cuaca masa tu agak panas sebab terletak kat tepi pantai. Oh ya, masa pendaftaran, kami dibekalkan buku kecik. Buku untuk aktiviti sepanjang 8 hari dekat situ. Dia dah tentukan aktiviti mengikut hari dan kena kumpul cop. Bukti yang kita dah buat aktiviti tu. Siapa dapat penuh, dapat la pangkat (lebih kurang macam tu la…dah lupa). 5 muka surat belakang adalah untuk biodata pen-pals.

Saya dan 2 orang lagi kawan berpakat nak pergi naik bukit dulu sebelum pergi aktiviti memanah sebab tempat memanah dekat dengan bukit tu. Kami dengan penuh semangat nak naik bukit. Peraturan naik bukit ni, kami kena naik sorang-sorang dulu dalam jarak yang tak jauh. Lepas tu hanya boleh berjalan berpasangan saja. Kami 3 orang, jadi saya mengambil keputusan untuk naik sorang sebab kat belakang saya dah ada pasangan masing-masing.

Masa tengah seronok naik bukit, tiba-tiba ada sorang budak lelaki pakai baju uniform pengakap (memang semua orang pakai uniform hari ni, kalau tak kena denda) menegur saya. Saya pun borak-borak la dengan dia. Dia banyak cakap. Macam-macam dia tanya. Saya layan je la. Masa tu, saya perasan yang dua orang kawan depan saya menoleh ke belakang beberapa kali. Ah, sudah! Saya teringat pesanan ustazah supaya jaga akhlak. Jangan nak menggatal. Kami ni baru masuk alam remaja, biasalah menggedik kalau tengok jejaka kacak. Haha! Saya pun mula la rasa bersalah. Mesti diaorang akan bagitau ustazah pasal saya dengan lelaki ni.

Bila dah nak sampai dekat tempat ambil cop, budak lelaki ni berhenti. “Awak, saya ni sebenarnya tengah tunggu kawan saya. Sebelum awak pergi, boleh tak bertukar nama dengan alamat?”, dia menghulurkan buku kecilnya.

“Oh, boleh je.” Kami pun bertukar la nama dengan alamat. “Terima kasih.” Ucap saya selepas dapat buku semula.

“Nanti kita jumpa lagi,” katanya. Saya pun beredar dan pergi kat tempat memanah setelah dapat cop. Tengahari tu, kami semua berkumpul kat tapak khemah lelaki untuk ambil makanan. Saya malas nak makan dekat situ jadi saya bawak balik makanan ke tapak khemah perempuan. Makan dekat situ lagi selesa sebab budak-budak lelaki ni kreatif dia ni pelik. Dia jemur spender macam gantung bendera banyak-banyak. Sabar je la!

Lepas makan, saya nampak dua orang kawan saya bercakap dengan Ustazah. Saya dah agak, mesti diaorang cerita pasal naik bukit tadi. Ustazah pun panggil la saya.

“Awak cakap dengan siapa tadi masa naik bukit?”, tanya Ustazah. Nada dia bukan nada yang marah jadi saya berasa sedikit lega.

“Ustazah, budak laki tu yang tegur saya dulu. Saya tak buat apa-apa pun. Betul, Ustazah,” saya rasa jawapan saya lari dari soalan yang diajukan.

“Mana ada, Ustazah. Dia cakap sorang-sorang!”, kata kawan saya. Eh? EH? EEHHHH????

“Tak ada la. Ada budak laki tadi. Kalau tak percaya, saya ada bukti,” saya pun tunjuk la bahagian pen-pals tadi. Ada tertera nama dia (saya tak nak mention dekat sini) siap alamat rumah lagi.

Kebetulan khemah kami dekat dengan khemah satu sekolah di daerah sini. Dan cikgunya pun kawan Ustazah tu. Ustazah tanya la kawan dia ni kot-kot dia kenal nama budak laki tu.

Nak tau apa cikgu tu jawab???

“Budak ni dah tak ada. Dia mati dua tahun lepas, tergelincir jatuh dekat bukit tu.”

Saya tergamam. Kawan-kawan saya dah mula takut. Saya masa tu diam je. Ustazah buat air tawar untuk saya minum kot-kot saya ni lemah semangat. Saya masa tu tak takut cuma terkejut je. Sebab budak laki tu tak nampak macam hantu pun. Siap pakai uniform Pengakap dan borak-borak macam tak ingat dunia. Tak sangka saya jumpa dia dekat situ. Dan tempat yang dia berhenti tu kemungkinan tempat yang dia mati dulu.

Tahun 2009, saya bekerja di daerah bekas tempat World Jamboree dulu. Ada aktiviti naik bukit tersebut. Saya tak naik sebab saya masih ingat kata terakhir dia.

“Nanti jumpa kita jumpa lagi.”

Memang sah la saya takkan naik bukit ni!

#butirstar

18 thoughts on “Peristiwa Jamboree”

  1. Best citer ni. Kdg2 tak fhm knape org yg meninggal tibe2 slalu muncul balik kat tempat die mninggal. Bnyk citer mcmni. Jelmaan jin atau roh dia yg merayau?

    Reply
    • kadang2 qarin yg menyamar utk mengingatkan masyarakat ttg tuannya yg dah tak ada supaya masyarakat tak terus lupakan tuannya seperti mana dia tak dapat melupakan tuannya . kadang2 jelmaan jin yg cuba menabur fitnah kepada manusia yg telah mati…

      Reply

Leave a Comment