Salam semua warga fs. Ini pertama kali saya menulis tentang pengalaman paranormal yang saya lalui sepanjang hidup saya. Saya mulakan dengan kisah semasa umur saya 18 tahun.
Pada umur saya 18 tahun, saya dimasukkan ke ATMA (skrg UPMM). Bukan nak cerita apa yang berlaku di dalam kem sungai besi tapi ini semasa intake saya menghadiri kursus btn di ulu kenas kuala kangsar. Pada masa itu famous gambar 2 org pelawat air terjun ulu kenas dgn entiti. Dan macam-macam cerita yang saya dengar kebetulan saya pun org kuala kangsar. Tapi bagi saya itu tahyul dan susah nak pecaya selagi tak nampak.
Intake saya tiba di pengkarangan kem btn ulu kenas. Saya tengok macam biasa la jer. So malam pertama kami kat sana tak ada apa-apa benda berlaku. Kami menjalankan aktiviti seperti biasa. Malam kedua selepas makan malam dan aktiviti seperti biasa kami balik ke dorm kami.
Malam itu memang pelik sikit sebab ramai yang tidur awal maybe penat aktiviti yang pack. Tinggal hanya dalam beberapa org termasuk saya. Kami pun bukak la game daun masa tu main bluff dan big two. Memang gelak besar la. Sambil main game tu ketua kem kata light off so semua lampu tutup la kami jer yang tak bole tutup.
Sambil main game salah seorang dr kami pun bukak cerita pasal gambar yang famous tu. Tengah cerita tetiba ada bau yang kurang menyenangkan seperti bau kemenyan dan kapur barus yang sangat kuat. Org tua cakap jangan tegur. Tapi kita orang tak ingat apa sebab seronok bermain tertegur bau kentut sapa yang busuk ni? Secara tiba-tiba semua almari kami di gegar dan terbukak. Adoi masa itu semua dah cuak apa lagi capai yasin yang ada dan baca ayat kursi. Lagi kami baca lagi kuat apa lagi semua pakat rapat katil dan pejam mata.
Dalam dorm tu ada seorang jer squad saya yg tak join. Setelah bunyi itu reda kami pun melihat sekeliling. Saya pegi ke dorm sebelah tanya ada dengar tak bunyi almari kena gegar. Pelik apabila squad saya kat dorm sebelah yang tengah buat solat sunat tak dengar apa2. Saya patah balik ke dorm secara tiba-tiba squad saya yang tidur awal itu terapung. Lagi cuak la kita orang terus kita orang baca ayat kursi kuat-kuat dan salah sorang squad saya berlari mendapatkan jurulatih. Sampai jer jurulatih terus dia jatuh balik atas katil.
Kami gerak squad kami itu dia pun menceritakan apa yang berlaku. Tengah dia tidur, datang seorang perempuan yang sungguh cantik. Mati2 dia ingat mimpi. Lepas perempuan itu menyapa dia secara tiba belum sempat dia bangun sedar mulut dia di tutup oleh kain dan dia kata telinga dia pun di tutup jangan bagi dia dengar kami panggil. Dia cuba baca ayat-ayat suci tapi lagi dia baca lagi kuat dia tutup.
Dia cuma sedar apa bila jurulatih kami masuk dan pegang dia. Jurulatih pun mengalihkan semua dalam dorm tu pegi dorm sebelah. Pagi esoknya jurulatih kami senyap dan x cakap apa2 pun. Bila lihat jadual malam ini memamg yang kena semalam x nak join.
Untuk jadi kan dia pendek cerita. Malam tu kami melihat dua buah kubur lama yang terletak lebih kurang 5 km dan kubur ni penuh dengan bahan pujaan. So lepas itu balik dari night walk, jurulatih pun bukak cerita tempat itu. Rupa-rupanya mmg istana lama kat situ adoi dah agak dan malam kita orang kena kacau itu sbb ramai yg ckp besar.
So peringatan masuk tempat org jangan cakap besar or kutip apa-apa tanpa kebenaran. Ok nnt sy akan cerita benda yang saya lalu masa zaman kanak2
Terima kasih
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Macam jilake cita hg ni,bapak pembohong nya terapung bagai. Adoi la pls go back to school
btn tu ape ye?hebat gak leyh terapung