“Dia” datang lagi.

Salam admin dan pembaca setia FS?
Wah,makin banyak cerita seram kena kongsi.Sampai ada yang kena ‘publish’ dua-tiga kali.Tapi memang syok&seramlah?

Ok,Saya SJ.Terima kasih admin jika ‘publish’kan lagi cerita saya??.Sebelum ni saya pernah kongsikan cerita pasal “Disapa 4:00am.Iyalahkan,pelajar tahun pertama lagi masa tu dekat kampus.Kisah seterusnya ni kisah saya masih dekat kampus,dan mula berjinak aktif dalam persatuan yang saya masuk.Masa semester 3,saya dilantik menjadi Exco Teknologi&Multimedia persatuan yang saya masuk tu.Skop tugas macam biasalah,ambil gambar masa program,buat video,montaj,urus audio dan yang berkaitan dengannya..

Semasa semester 3,lepas habis saja ‘final year exam’, saya tidak terus balik bercuti semester,sebab persatuan saya ni ada program yang akan dijalankan pada cuti semester diploma.Seminggu sebelum program saya dan exco yang lain memang bertungkus lumus membuat persiapan program ‘See U di IPT’,dimana melibatkan pelajar sekolah menengah dari daerah yang berdekatan untuk bermalam di kampus saya.Kiranya macam program motivasi gitulah sebelum pelajar sekolah ni menghadapi SPM.

Dalam program tu,saya bukan saja perlu menangkap gambar,buat video,urus audio,saya juga akan ‘incharge’ bahagian disiplin ajk program dan peserta program.First day program,agak lancar saja perjalanan.Selesai saja aktiviti malamnya tu,saya pergi bilik ke bilik peserta untuk membuat rondaan bilik(mahu pastikan peserta tidur malamnya tu).

saya juga akan membuat rondaan di tandas dan bilik mandi peserta(tengok kebersihan).Dan semuanya ok.Sebelum balik ke bilik,saya kembali jalan ke koridor yang menempat bilik peserta perempuan.Tiba-tiba saya ternampak seorang adik duduk mencangkung sambil menangis di luar biliknya.Ops,lupa.Masa tu saya sorang-sorang buat rondaan.Saya pun teruslah menuju dekat adik tu sambil bertanya “dik,napa tdk tido lagi?”.

“Saya tdk dpt tidolah,kak.Saya takut”.Balasnya.
Saya pun terus memujuk adik tu masuk ke bilik dan ‘on’ kan lampu sambil menasihatinya untuk tidak takut.

Selesai memujuk,saya menuju ke bilik tidur ajk yang berada di tingkat dua,manakala bilik peserta berada di tingkat lima masa tu.Sampai saja ke bilik,saya tengok ajk yang lain lena tidur kepenatan.Bagi saya waktu-waktu 2-3 pagi telah menjadi kebiasaan bagi saya untuk berjaga(sebab saya jenis insomnia,lepas jam 12 pagi saja tdk dpt tido)Waktu tu juga saya sempat pergi mandi sorang-sorang,then minum kopi sambil edit gambar dan buat video utk rakaman siang tadi.

Sambil edit-edit gambar,tiba-tiba saya ternampak satu imej pelik berwarna putih,seolah-olah tengah berdiri dalam keadaan bongkok(macam nenek kebayan tu lah)sambil merenung tajam ke arah kamera yang saya shot.

Oya,masa saya ambi gambar tu waktu malam,di luar tandas bilik kuliah.Kalau tdk silap,masa tu saya temankan Mimi ke tandas,sambil ambil ganbar.Time ambi gambar tu,menyempat jugalah saya gurau-gurau dengan Mimi “Mi,kalaulah malam ni tertangkap gambar hantu,saya buat dalam video montaj utk majlis penutupan nanti..hahaha” Mimi hanya memberi senyuman sambil berkata”Kalau berani,cubalah.

Kau tu dah la period lagi..”Balas Mimi.Bila teringatkan perbualan tadi dengan Mimi,saya terus teringat pasal gambar tu,dan mengambil keputusan hanya akan menceritakan pasal tu dalam ‘post mortem’ program.

Sampailah jam 4 pagi tu,saya agak mengantuk dan ingin melelapkan mata sebentar.Time yang saya mau lelap tu adalah timing utk kejutkan peserta-peserta bersiap-siap utk solat subuh,tp utk hari kedua tu saya minta tolong Mimi utk incharge kn sekejap tempat saya.Dalam keadaan saya yang mamai-mamai,rakan saya keluar dari bilik utk jlnkan tugas dan tinggallah saya seorang dkt bilik tu(Nasib mereka memahami).

Belum sempat 30 minit tidur saya terjaga lagi sebab tangan saya yang letak dekat pipi muka seolah-olah ditarik.Pada masa tu agak pelik jg sebab tidak pernah belaku tangan saya ditarik sebegitu.Saya terus bangun dari katil dan menghadap cermin muka.Cermin muka dekat bilik tu akan ternampak imej tingkap bilik dan dkt tingkap bilik tu la saya nampak makhluk ghaib Allah tu sekali lagi.Oya,saya ni jenis yang takut,tapi tk takut sangat(macam 50-50 jk).

Kadang-kadang bila suda nampak makhluk ghaib Allah tu,macam masih tk pcaya lagi-pelikkan.hahaha.

Lepas nampak saja,saya terus bersiap-siap ke pusat islam,yang memang agak jauh dan jalan berbukit jika ke sana.Walaupun saya tidak boleh solat subuh time tu(biasalah,period)saya kena pantau juga disiplin ajk dan peserta masa tu.

Dalam perjalanan saya sorang-sorang tu,macam-macamlah difikir.”wei,program ni ada satu malam lagi,tkkanlah saya kena hadap ‘benda’ tu lagi” menologku.

Tapi alhamdulilah,malam kedua program dan terakhir berjalan agak lancar.Nasiblah kan ‘benda’ tu tdk muncul lg.

Lepas habis majlis penutupan,ada sesi bergambar dengan peserta program.Macam biasalah,tugas saya.Tiba-tiba,adik peserta program yg duduk mencangkung menangis first day program haritu jumpa saya utk bgambar sambil bisik dekat telinga saya
“Kak, ada nampak ‘kakak’ tu masa ronda-ronda?”
Saya terus kehairanan
“KAKAK?!!???
Rupanya itu yang adik tu takut,sebab ternampak ‘kakak’ tu.

Pengajarannya,sebelum gerak kerja program,kena pastikan ada seorang dua yang boleh mengawal keadaan ‘unexpected’/’uncontrol’ situasi.Contohnya macam kes histeria or kerasukan.
Nasiblah dalam program tu tdk ada yang histeria??
And,mulut jangan celupar,walau berada di tempat sendiri???

Miss SJ

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

1 thought on ““Dia” datang lagi.”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.