Rasuk

Assalamualaikum semua…
Kali ni nak sambung cerita air terjun. Sebenarnya, pergi air terjun ni 3 kali saja. Pertama pergi tak jadi apa. Kali kedua, ni la nak cerita. Yang pergi kali ke 3 yang dah cerita sebelum ni dalam tajuk Air Terjun. Beberapa hari sebelum mulakan epskedisi ke air terjun jauh ke dalam hutan tu, kami plan sebaik mungkin sebab kali pertama pergi sebelum ini masa tak izin. Sekejap sangat. Dalam 3 jam saja. Kali kedua nak pergi ni plan nak pergi pagi balik petang sikit. Hampir sepuluh orang semua yang nak ikut serta sebaik tahu kami nak pergi ke sana hujung minggu.

Tibalah hari cuti…ahad. Maka berkumpul dahulu sampai cukup korum 10 orang di dekat dewan tengah hostel pekerja. Sebaik cukup semua, sorang kawan ni yang kebetulan pemandu kereta land rover syarikat merangkap pomen nak ke lokasi air terjun, memang langkah kanan semua naik bucket belakang. Jimatlah masa kami. Tidak perlu berjalan kaki sejam. Air terjun ni merangkap tempat bekalan air untuk hostel pekerja dan kilang. Di sana ada pam air untuk sedut air. Kawan yang pandu kereta land rover yang selia enjin pam air tersebut. Kalau ada masalah dia yang baiki.

Selepas 20 minit turun naik bukit, maka sampailah kami. Semua berkumpul sekejap, beritahu apa yang patut dan patut di buat. Terutama sampah tak boleh buang merata rata. Lokasi pertama di bahagian bawah adalah di mana letaknya enjin pam air. Besar…sama saiz sebiji kereta kancil. Kami berjalan naik ke atas dan ke dalam hutan untuk naik ke muara. Lokasi yang indah. Selepas 15 minit, sampai ke lokasi, semua terpaksa panjat batu besar yang menyambut kami. Sebalik batu besar ni adalah lokasi yang cantik untuk bergambar. Sebaik lepasi batu besar, subahanallah….walau air tak jernih sebab musim hujan, air kecoklatan. Tetap cantik.

Air terjun bertingkat tingkat. Semua buat hal masing-masing. Ada yang mandi manda. Aku cuma berjalan sekeliling. Ambil gambar. Dulu-dulu pakai kamera yang pakai filem tu. Tiba-tiba terpandang satu lubang besar pada sebuah batu sungai. Terhampar luas batunya. Lubang tu betul-betul boleh muat segenggam penumbuk tangan lelaki. Tengah ambil gambar sekeliling, mataku asyik menjeling lubang batu tersebut. Tak sedar kaki melangkah mendekat. Cangkung. Ambil gambar lubang tersebut. “Alaaa masukkanlah tangan kau dalam tu….bukan jadi apa pun!!” Terdengar bisikan dalam kepala. Otak jadi kosong. Tangan hulur perlahan ke dalam lubang. Hati berkata jangan tapi tangan tetap hulur. Sebaik saja tangan kanan berada dalam lubang, teraba-raba. Tiada apa-apa. Sekelip mata badan menjadi sejuk bermula dari kaki merayap ke pinggang perlahan hingga ke ubun ubun. Sentap tangan tiba-tiba dan berdiri. Pandangan menjadi kosong.

Bila sedar, dah berada dalam bilik. Badan terasa sakit. Sakit bagaikan lepas bertumbuk dengan 10 orang. Kakak datang dekat bagitau, aku dah tidur sehari suntuk. Lebih 24 jam.
Tanya apa terjadi. Kakak cerita masa dekat air terjun tu, aku jadi lain. Kawan-kawan ajak mandi semua tak hirau. Asyik duduk dekat batu berlubang. Balik pun kena paksa. Kena paksa sungguh sebab jadi pendiam, nak balik semua budak lelaki tarik paksa. Mengamuk tak pasal tak nak balik. Dah sampai rumah, tiba-tiba lari dalam hujan nak masuk balik jalan ke arah air terjun dalam hutan. Nasib baik ada beberapa orang nampak kejar dan tangkap. Bawa ke bilik.

Masa dalam bilik hostel tu, 6 orang lelaki yang tegap semua terlempar ke dinding masa pegang aku. Patutlah badanku sakit semua. Nak bangun pun tak larat. Masa tengah wrestling tu, imam masjid datang tolong ubatkan. Habis semua aku maki hamun sumpah seranah. Bertukar ganti yang pegang. Sekali je imam tu jentik kat dahi terus terduduk dan baring. Lepas kena ubat tu, baru la reda amukku. Habis berpeluh beberapa orang lelaki tu yang wrestling denganku ….kesian diorang. Bersungguh kakak cerita. Baru ingat mungkin sebab kacau lubang tu. Teringat juga bisikan tu.

Tak pernah pernah aku kena rasuk. Dengar dan nampak orang kena rasuk adalah. Bila kena kat badan sendiri bukan alang-alang sakit badan.

Lepas kejadian tu, abang beri amaran jangan pergi dulu kat air terjun tu sementara. Memang terhenti juga aktiviti kami untuk ke sana hampir setahun.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fozan Hadi
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.