Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum…saya ada kisah benar yang mahu di kongsi kan , kisah yang pernah berlaku pada tahun 1987…Kisah ini adalah cerita pengalaman dari ayah saya yang pernah terjumpa seorang wanita di tengah jalan…
Tahun itu adalah tahun kelahiran saya yang baru berpantang 5 hari di kampung dan ayah kena balik ke kuala lumpur untuk bekerja…
Pada malam itu nenek sudah melarang ayah untuk balik kerana sudah lewat malam , tapi ayah tetap nak balik juga kerana esok pagi nya ayah kena masuk kerja…Kebetulan pula pada hari yang sama , di kampung ada orang yang meninggal dunia…
Dengan berbekal kan rokok yang sudah siap di gulung , ayah pun start motor yamaha RXS dan memulakan perjalanan meninggal kan rumah nenek…
Sampai di simpang tiga , sebelum keluar ke jalan besar ayah berhenti untuk membakar rokok sambil melihat jam di tangan pukul 1:00 pagi…Pada malam itu sunyi sangat satu kelibat kenderaan pun tidak nampak , tiba – tiba lintas sebijik lori dan ayah berkata ya ini lah teman aku…
Ayah mengikut perlahan sahaja di belakang lori itu untuk membuat sebagai teman , yela sorang2 kan bosan jugak…Sepanjang perjalanan tiba-tiba lori itu berhenti di tepi jalan , berdekatan balai polis di sabak bernam…Dalam hati ayah mungkin dia risau pada ayah kerana mengekori nya dari belakang , yela ayah aku dengan jaket hitam nya , motor pun hitam mungkin sebab itu lori itu berhenti…
Ayah pun terus kan perjalanan seperti biasa sambil dalam hati berkata , kenapa satu kelibat kenderaan pun tidak nampak…Dari start bertemu lori , sepanjang perjalanan tidak nampak satu kenderaan pun melainkan lori tadi dengan ayah sahaja…Sehingga lah sampai ke jalan sungai besar dan selepas jalan sungai besar sunyi sangat , tiba – tiba…
Dari cahaya motor yang menyuluh ayah melihat seperti 5 ekor anjing di hadapan , yang pelik nya bila sudah dekat anjing tu hilang…Belum sempat menarik nafas ayah di kejut kan lagi dari cahaya motor yang menyuluh , ayah ternampak seorang wanita berada di tengah jalan…
Terkejutnya ayah entah datang dari mana , tiba – tiba sahaja timbul di hadapan berjalan di tengah – tengah jalan…Dengan keadaan terkejut ayah sempat mengelak sampai ke tepi jalan yang berumput , ayah pulas sahaja throttle motor dengan keadaan melambung – lambung untuk mengawal motor tidak jatuh supaya dapat naik ke lalaun atas jalan balik…
Ayah langsung tidak lihat belakang pulas throttle motor dengan laju , meninggal kan tempat itu dengan cepat…Sehingga lah perjalanan itu sampai di tanjong karang ayah berhenti di satu kedai untuk berhenti minum , zaman tu hanya tanjong karang sahaja yang ada satu kedai buka 24 jam…
Ayah berehat sambil memesan teh dan sambil berfikir , ape yang dia lihat tadi adakah manusia atau hantu…Kalau manusia tidak mungkin waktu di pagi – pagi buta berdiri di tengah jalan , mungkin hantu dalam kata hati ayah…
Sebab dari cerita ayah , wanita itu di tengah jalan nak kata macam sedang berdiri pun tidak sedang berjalan pun tidak sebab tak nampak kaki dia seperti terapung…Membelakang kan ayah , rambut yang panjang melebihi paras pingang dan berpakain warna hijau…
Ayah langsung tidak masuk kerja pada waktu itu , sampai ke petang masih di bayangi dengan ape yang dilihat…Dan ayah pernah kongsi kan cerita itu pada saudara di kampung , rupa – rupanya pak cik aku pun pernah jumpa…Waktu tu pak cik aku dengan kawan nya di dalam kereta , mengelak juga untuk tidak melangar wanita itu dan mereka patah balik untuk melihat tapi, , , tiada. . . . .
So , itu lah sedikit pengalaman ayah saya yang di kongsi kan kepada saya dan saya kongsi pada fiksyen shasha…Ada lagi satu cerita , tapi nanti lah saya cerita itu pun kalau ada yang nak tahu lah 😅…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI