Assalamualaikum wbt, selama ini aku pembaca setia FS. So kali ni aku nak share la sikit pengalaman aku sendiri tapi takdelah seseram mana. Hanya sekadar mahu berkongsi. Tanpa buang masa meh aku start ceritanye.
Pada 2008 camtu, kawasan rumah aku ni di kira kawasan perumahan baru dibuka, bape k***t je yang duduk masa tuh. Kawasan perumahan ni terletak antara Nilai 3 dan Bangi Lama, lampu jalan pon takde lagi memang gelap. Kalau balik malam-malam memang seram weh.
Sampai la suatu hari, jiran aku Encik I mengadu kat bapak aku yang anak lelaki dia 3 tahun tuh selalu cakap sorang-sorang, kalau tengah main macam ade kawan lain, padahal tak ade sape pon. Bapak aku cuba la “mempositifkan” situasi itu, mungkin budak-budak biasala suke cakap sorang-sorang dan ada kawan imaginasi macam tuh. Jiran aku ni terima la statement tuh nak sedapkan hati dan tak nak pikir bukan-bukan. Tapi makin lama makin teruk budak tuh.
Bila senja je die dah mula menangis tak berhenti-henti dengan jeritnya lagi. Kalau bawak keluar rumah meracau macam tak nak berpisah dengan something. Budak tuh mesti jerit “Nak kawan, nak kawan” sambil tunjuk arah ke dalam rumah. Time tuh, bapak die dah syak sesuatu, ni bukan imaginasi friend ni, macam ade bende je kat rumah die.
Sebab dah tak tahan dengan keadaan anak dia, cepat-cepat datang rumah kiteorang
bagitahu pasal anak dia. Kite orang satu keluarga ape lagi kepoci jugak nak pergi tengok rumah Encik I. Kebetulan pulak, jiran rumah sebelah, seorang ustaz mangajar KUIS, dia pon datang rumah Encik I tuh tolong baca ayat-ayat Ruqyyah kat budak tuh sebab masa datang dia tengah menangis teruk, merah mata-mata dia. Budak tuh dah tenang sikit sampai tertidur, mungkin penat sangat menangis.
Bapa aku pulak masa yang sama, terus call kenalan dia, Ustaz J dia ni mahir mengubat orang.
Dalam masa sejam macam tuh lepas isyak, Ustaz J pun sampai, dia terus masuk rumah dan dengar penjelasan bapak budak tuh. Dia minta izin tuan rumah nak periksa satu rumah dari bawah sampai tingkat atas. Tapi bila sampai kat atas, Ustaz J macam lama sangat padahal rumah teres 2 tingkat je bukan banglo. Yang kite orang kat bawah ni tertunggu-tunggu jugak bile ustaz J nak turun ni.
Lepas 20 minit macam tuh, Ustaz J turun ke bawah dan menghampiri tempat kami berkumpul kat ruang tamu. Ustaz J cakap “Encik, rumah ni ade yang singgah, bende “itu” dah suka dengan anak encik dan tak nak tinggalkan anak encik”. Terkejut kiteorang dengar statement Ustaz J. Jiran tuh tanye, mana datang bende “itu”. Ustaz J cakap, bende “itu” penduduk bunian kat kawasan seberang sana. Tak dinafikan, bertentangan kawasan perumahan kami ni, macam mini hutan, semak samun tebal pastu boleh rasa la tempat tuh macam something.
Tapi tak sangka la, ade perkampungan bunian dekat kawasan rumah.
Tanpa buang masa, Ustaz J minta Semua orang dalam rumah tuh keluar and stay kat rumah aku kejap kecuali owner rumah, Ustaz J, Ustaz Kuis dan bapak aku.
Ustaz J minta tolong tuan rumah buka semua pintu dalam rumah tuh untuk proses tangkap bende “itu” nak hantar balik ke kampung dia. Jadi Encik I ni pon pergi la bukak pintu satu persatu daripada bawah sampai tingkat atas. Sampai kat bilik master bedroom yang gelap gelita, dia pon masuk, menghampiri pintu tandas untuk dibuka.
Bila Encik I buka je pintu, terkejut Encik I sebab bende “itu” duduk mencangkung serba hitam, rambut mengerbang macam Hantu Kak Limah sambil pandang Encik I dengan mata dia warna merah.
Apelagi Encik I lari turun bawah tak cukup tanah dengan berpeluh-peluh. Ustaz J senyum je sambil cakap, “dah jumpe ke kawan anak kau?.” Encik I pulak tercungap-cungap, tak habis lagi takut dia. Ustaz J mulakan upacara menangkap bende “itu” di dalam rumah, tangan kiri die pegang botol kaca macam botol kicap tuh. Terkumat – kamit mulut dia membaca dan macam biasa korang tengok cerita hantu kalau ustaz nak tangkap hantu tuh tapi takdelah over sangat sampai ade angin tiup kencang sampai Habis terbang semua bumbing rumah.
Setelah berjaya menangkap bende “itu”, Ustaz J ajak kaum lelaki ni semua pergi hantar bende “itu” kat kampung bunian seberang tuh. Diorang pon pergi, sampai je tempat tuh, ayah aku cakap rasa seram sejuk. Ustaz J keluarkan Botol kicap tuh sambil baca ayat Quran.
Tetiba Ustaz berhenti bacaannye, dan memberitahu dia akan membuka hijab Encik I, Ustaz KUIS dan bapak aku untuk melihat perkampungan bunian sebab nak buat perjanjian dengan ketua kampung Bunian tuh. Ustaz J mulakan bacaan nye dan meniup mata mereka menandakan hijab mereka akan terbuka.
Bapak aku cakap, dia nampak kampung bunian tuh besar, luas dan cantik. Nampak beberapa buah rumah kampung kayu tapi design rumah tuh tak pernah nampak lagi kat dunia kita. Depan mereka ade seorang lelaki berpakaian serba putih dan memohon maaf sebab orang dia kacau rumah Encik I, mungkin dia lah ketua kampung tuh. Ustaz J memberi botol kicap yang berisi orang nya pada ketua kampung tuh.
Kedua- dua belah pihak bersetuju bahawa jikalau orang penduduknya menggangu lagi akan m******h orangnya atau tidak akan pulang lagi ke kampungnya.Ketua kampung bersetuju dan berjanji perkara ini tidak akan berlaku lagi bersaksikan 3 orang. Pertemuan itu sudah pon berakhir, Ustaz J meminta 3 orang ni tutup mata semula dan mulakan bacaan, menghembus angin pada mata-mata mereka menandakan hijab telah ditutup semula.
Alhamdulillah sejak dari itu, tak de dah gangguan daripada mereka, cuma ayah aku cakap kekadang nampak macam ade bende lalu sekilas macam itu, sebab Ustaz J bagitahu laluan depan rumah adelah laluan utama diorang. Kalau ade ternampak buat tak tahu je.
Pengajaran nye, dunia ni bukan manusia je duduk, ade makhluk lain juga yang duduk tanpa dapat dilihat dengan mata kasar kite. So haruslah saling merhormati satu sama lain.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
cam mana baca2 nak bagi nampak tu
baca ayat ni…
“isenng matakaajiii sengggg”
pastu hembus 3x kat muka..lagi mujabarab kalau ludah terus (beserta kahak ijo),kebarangkalian untuk menutup kembali hijab adlh 5% berbanding hembus..
Perghhhh…dia punya 1set memang cun haha
Hahahaha……
ade ayat alquran. cuma tak bape pasti, sebab saya tak ikut masa itu, hnya dengar cerita pengalaman ayah.
MENARIK CERITA NI
terima kasih awak. π
Your story interesting…best …hehehe
alhamdulillah. in syaa Allah ade next story ty π
Good storytelling…atb for your next story.
Ape ke bende nya atb tu?mcm2 lah short form skrg nie
All The Best π
All the best..aku pun tahu lepas Google
..bahaye shortform skrg…hahaha
area bukit mahkota?
sblm ad bangi aveneu,mcd n petronas tu..mmg hutan n ldang kelapa sawit je kn
aah bukit mahkota,, dulu memang sunyi. sekarang alhamdulillah. better sikit
Best! My favourite kalau cerita bunian2 ne.. Share la lagi kalau ada π
Baca kisah ni.. Teringat kisah dekat rumah aku.. Haha.. Sebelah rumah perkampungan bunian, lorong rumah laluan utama, depan sikit hutan, tu istana bunianπ seberang jalan je perkuburan jepun.. Tak termasuk hujung jalan perkuburan pendekar2 zaman jepun duluπ
hebat ustaz J boleh on off kan hijab orang sepintas lalu je.
Kalau apa – apa yang berkaitan J pasti hebat.
perjanjian?!
Sek 5 Bukit Mahkota atau sek 2 ? Rasa 5 kot
seksyen 6
saya suka cerita ini