Perkhemahan Di Terengganu

Assalamualaikum warga FS. Tq kepada admin sekiranya cerita aku dipilih untuk disiarkan. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2007 di mana ketika itu umur aku 18 tahun. Maaf sekiranya cerita aku tidak seram.

Kisahnya bermula apabila aku dan rakan-rakan yang terdiri daripada lima orang (Aku ,Lan, Mat, Man dan Nyal) bercadang untuk pergi berkhemah atas bukit di terengganu. Perjalanan dari bawah untuk ke tapak perkemahan ialah 30 minit. Biasalah, remaja kan, suka berseronok di mana mana sahaja.

Setelah sampai di tapak perkemaham, kami mendirikan khemah dan bersihkan kawasan persekitaran. Entah macam mana salah seorang daripada kami, iaitu Lan mencabut kain yang terikat pada sebatang pokok. Katanya tidak sedap mata memandang. Pada masa tu, kami langsung tak fikir apa apa.

Pada malam tersebut sekitar jam 10 malam, kami lepak lepak di luar khemah sambil makan makan dan cerita tentang kisah hantu. Tiba-tiba, kami terbau sesuatu yang sangat busuk seperti bangkai. Perasaan sudah mula lain. Lan sekali lagi buat silap, dia jerit dan dia jerit “bau apa ni bodoh, busuk la pergi main jauh jauh, kalau nak bergurau bukan di sini, kalau berani tujuk diri “, sambil dia gelak. Kami semua marah kepada Lan kerana mulutnya yang terlalu celupar berkata begitu sedangkan kami berada dalam hutan.

Tidak lama kemudian, angin bertiup dengan kencang seperti ribut, habis khemah kami terbalik di tiup angin dan semua diantara kami terlihat sesuatu berkain putih seperti pontianak yang sedang memerhatikan kami di atas pokok. Aku masa tu dah tak tahu nak buat apa, mulut terkunci dan tidak dapat berbuat apa apa. Kami semua tutup mata dan terasa dia datang dekat kepada kami sambil mengilai. Terasa kain yang putih yang dipakai oleh benda tersebut di hadapan muka kami. Tak lama kemudian, keadaan kembali reda dan kami semua berpakat untuk lari turun daripada bukit tersebut.

Tidak terhenti di situ, kami sekali lagi di ganggu semasa cuba untuk lari daripada kawasan tersebut. Kami cuba untuk mencari jalan keluar, tapi bila berfikir kembali, sudah beberapa kali kami lalu pada laluan tersebut manakala Lan sudah dirasuk benda tersebut. Dia menari nari seperti tarian “Mak Yong” dengan gerak geri yang perlahan dan mukanya seperti marah.

Mat cuba membantu disebabkan dia ada kelebihan, tercungap cungap di mulutnya baca ayat suci al-Quran. Tidak berkesan ayat yang di baca Mat menyebabkan dia menjadi lebih agresif. Kemudian si Lan cengkik tenguk Mat sehingga dia tak terdaya untuk melawan. Aku cuba tarik mat dan dua orang lagi cuba pegang Lan. Kami bertungkus lumus turun dari tempat tersebut dan bawa Lan ke sebuah masjid yang berdekatan.

Hampir kemalangan kami apabila Lan pegang kepala aku yang sedang memandu, nasib baik Nyal sempat tarik hand brake. Mat cuba baca lagi ayat suci al-Quran untuk menenagkan Lan. Alhamdulillah, betjaya dan kami sampai di sebuah surau sekitar jam 3pagi dan ada ustaz di sana yang berjaga malam . Ustaz tersebut suruh kami baringkan Lan sambil dia azankan. Setelah azan, ustaz tercungap cungap baca ayat suci sambil memegang kepala Lan. Lan bangun berdiri semasa ustaz merawatnya dan sekali lagi dia menari dan mengilai.

Dia cuba mencederakan kami semua seolah olah untuk mencakar. Man dan aku diarah untuk menahan Lan daripada menari kerana kata ustaz, dia akan lebih kuat sekiranya dia menari. Tidak cukup untuk aku dan Mat tahan Lan kerana kekuatan dia seorang lebih daripada kami. Nyal datang membantu dengan memegang kakinya. Setelah beberapa minit, Lan muntah yang sangat busuk berwarna hitam.

Kata ustaz, benda yang menggangu kami sebenarnya di ikat di situ dan Lan telah melepaskannya tanpa sengaja lalu telah mencabarnya. Ustaz tersebut masukkan benda tersebut di dalam botol dan suruh kami untuk membuangnya kedalam sungai yang air deras. Setelah peristiwa tersebut, tiada lagi perkara aneh dalam hidup kami . Sekian.

3 thoughts on “Perkhemahan Di Terengganu”

Leave a Comment