Hasad Dengki Manusia

Hai semua pembaca Fiksyen Shahsa. Ini first time aku cuba menulis di sini. Selama ini baca kisah orang lain je. Harini tergerak nak share kisah sendiri pula. Cerita aku ni taklah seram macam cerita orang lain, cuma aku masih tertanya-tanya sebab perkara itu terjadi.

Aku orang yang biasa-biasa, muka pun biasa-biasa je (kalau cakap hodoh macam tak bersyukur pulak kan, tapi aku nak bagitau aku bukanlah cantik), belajar pun biasa je takdelah pandai sampai SPM dapat straight A’s. Cuma Alhamdulillah, berjaya jugak masuk universiti. Keluarga pun biasa je, mak abah aku dan seorang adik aku. Abah aku peneroka Felda je, hidup pun takdela kaya cuma cukupla makan pakai, Mak aku tak berkerja.

Kisah aku bermula masa aku mula bekerja di sebuah syarikat di satu daerah di negeri Pahang. Masa tu aku baru je sebulan dapat keputusan final aku. Dapat kerja dekat dengan kampung dan gaji masa tu RM 1,500.00 je tapi, aku dah gembira sangat. Semuanya okay sampai dah dua tahun aku kerja, gaji aku tak naik-naik. Jadi, aku nekad nak jumpa bos dan nk bincang pasal gaji. Alhamdulillah, bos aku setuju nak naikkan gaji. Alasan dia, dia terlepas pandang nak review gaji aku which is aku rasa sangat tak logik. Tapi takpelah, asalkan gaji naik.Gaji aku naik jadi RM2,500.00.

Start gaji aku naik, aku selalu tak sihat. Takdela sakit kronik, cuma selalu demam dan batuk. Padahal selama ni aku nak demam setahun sekali pun payah. Aku selalu demam lepas asar sampai tengah malam. Pagi esoknya aku boleh pergi kerja macam biasa. Satu hari tu, aku tak tahan sangat sebab aku batuk teruk sampai tak boleh tidur.

Kebetulan masa tu kat kampung, so esoknya mak bawa aku pergi klinik. Aku mkn ubat batuk tu tapi still batuk tak hilang. Cuma, kesan ubat batuk tu akan menyebabkan aku mengantuk so aku boleh tidur malam. Kalau tak, bila baring aku akan batuk sampai tak boleh bernafas. Lama berlalu, sampai aku pergi klinik lagi untuk cek kenapa batuk tak hilang-hilang. Aku pergi klinik yang sama macam aku pergi first dulu. Bila doktor cek, dia pelik kenapa aku batuk tak elok-elok sejak setahun yang lalu sambil refer rekod pesakit. Aku buat tak tau je dengan soalan doktor tu, mak aku pun sama. Akibatnya doktor tu taknak bagi ubat batuk dah (selama ni pun aku beli kat farmasi).

Sampai satu hari aku batuk kat office sampai tak boleh bernafas, jadi macam athsma tu. Badan rasa tak sedap, tak lalu makan. Sebab tak tahan dengan batuk dan dada aku rasa ketat je, aku jolok tekak supaya muntah. Masa muntak tu keluar macam buih warna putih macam sabun basuh baju tu tapi bukan kahak. Aku call abah suruh ambil aku kat rumah sewa. Aku demam selama 4 hari. Sepanjang waktu tu, aku cuma rasa kepala berat, bau diri sendiri busuk dan tak larat nak bangun. Selera makan langsung takde, fikir untuk makan je pun dh buat aku rasa nk muntah. Hari keempat tu masa mandi pagi aku batuk keluar d***h. Aku bagitau mak dan mak syak aku kena penyakit tibi. Tapi makcik jiran aku rasa ada benda tak kena. Dia suruh mak bawa aku pergi berubat. Sebab jiran sebelah lagi tengan kenduri, program nak pergi berubat tu ditangguh ke esok hari.

Pagi esoknya, subuh-subuh lagi makcik sebelah tu dah datang rumah suruh aku dan mak abah bersiap pergi berubat. Tapi, masa tu mak abah aku macam taknak ikut dan saja lengahkan masa sampai makcik jiran aku tu marah. Akhirnya, kami pergi juga ke Johor (makcik tu dah pernah pergi, so dia tau rumah pengubat tu). Masa sampai kat rumah pengubat tu sumpah aku rasa nak lari, aku rasa takut sangat. Rasa macam nanti pengubat tu tahu rahsia aku padahal aku takde apa-apa rahsia pun. Aku baring sepanjang tunggu giliran.

Sampai giliran aku, pengubat tu mintak abah pergi belikan tepung. Bila dah dapat tepung tu, dia bancuh macam nak jadikan doh tu depan kami semua. Selepas tu, dia alinkan tepung tu ke seluruh badan aku. Bila dia pecahkan doh tu, ada d***h dan macam perca kain bertali dalam tu. Aku tak ingat apa yg pengubat tu bagitau mak abah dan makcik tu sebab aku pun macam tak berapa sedar. Yang pasti pengubat tu suruh datang lagi 2 kali.

So, kali ketiga datang tu pengubat tu mintak bawak beberapa benda (aku tak ingat apa). Masa sebelum dia mulakan sesi pengubatan, dia pesan kat aku kalau ada sesiapa datang mintak maaf, jangan pukul orang tu. Marahlah sebanyak mana yang aku nak, tapi jangan sentuh dia sebab dialah orangnya yang berdengki dengan aku. Lepas berubat tu, aku balik dan esoknya aku pergi kerja walaupun macam tak berapa larat tapi sebab fikir dah lama cuti. Mujur aku ada backup MC jugak masa tu.

Hari pertama pergi kerja, masa makan tengahari aku tak tahu kenapa seorang kakak office aku asyik cerita hal-hal santau menyantau. Sampai waktu nak balik petang tu aku pergi melepak kat tempat kakak tu. Borak punya borak, tiba-tiba dia tanya aku, “Haritu balik kampung pergi berubat ke? Orang tu alin tepung seluruh badan eh?” Aku tergamam kejap, tapi BINGO aku dah tau siapa orangnya sebab aku tak cerita kat sesiapa pun tentang apa yang terjadi. Tapi, aku sabarkan diri aku dan fikir mesti sebab kebetulan je ni.

Agaknya aku terlalu ingin tahu siapa yg dengki sampai aku cuba match kan clue yang pengubat tu bagi dengan keadaan sekeliling aku. Selepas tu aku sihat macam biasa cuma penyakit lelah tu kekal ada kat aku. Selalu kena attact sampai orang hospital dah kenal aku bila pergi tengah-tengah malam ambil neb. Namun, aku tetap tak lupa perbualan aku dengan kakak tu sampai bila-bila. Satu hati aku terfikir, mungkin aku ada sakitkan hati sesiapa or ada orang tak senang dengan aku kat office tu dan aku decide nak resign. Kebetulan aku dapat kerja company lain tapi di daerah yang sama.

Sebulan pertama aku kerja office baru, aku okay. Lepas dapat gaji pertama, aku kena athsma attack lagi dan kali ni sangat teruk. Sebab aku pergi hospital yang sama dan banyak rekod aku pergi ambil neb MA/Doktor suggest untuk pergi x-ray sbb takut ada pape dengan paru-paru. Result x-ray okay cuma gambar paru-paru aku dalam filem x-ray nampak macam ada kepulan asap putih penuh dalam paru-paru. Doktor cakap itu angin and nothing serious dan aku boleh balik. Again, kali ni makcik sebelah rumah mak aku suggest suruh pergi jumpa seorang ustaz ni.

Sampai kat rumah ustaz tu dia suruh aku duduk berlunjur dan ustaz tu mula baca ayat-ayat al-quran dengan kuat. Aku takdela meracau ke apa cuma masa tu aku rasa mengantuk yang amat sangat. Dah habis ustaz baca ayat tu, dia cakap, “Awak ni kena racun ni. Awak ada makan benda yang dia bagi. Takpela, kita usaha ubatkan. Soal siapa yang buat ke apa tak perlu tau, jangan berdendam.” Masa tu aku rasa tenang sangat. Lepas dah habis proses berubat tu, ustaz tu cerita. Dia cakap orang tu hantar santau dekat aku melalui makanan sebab dia tak puas hati aku kerja kat situ, tak puas hati sebab bos selalu puji aku (padahal gaji aku ciput je). Ustaz tu cakap lagi, orang tu bukan nak buat sampai m**i pun. Dia cuma nak aku selalu sakit-sakit then tak boleh perform bila buat kerja dan akhirnya aku kena buang kerja. Lepas peristiwa tu aku resign lagi kat company kedua then cari kerja kat negeri lain.

Alhamdulilah, selepas tukar kerja aku dah sihat semula cuma kadang-kadang ada jugak la kena g ambil neb kat hospital sebab lelah (tu pun 2-3 bulan sekali je). Cuma, sampai sekarang aku masih lagi fikir apa yang orang tu tak puas hati sangat sedangkan bos aku cuma selalu puji je pun bukannya naik gaji sampai gaji aku tapau gaji orang lain kat office tu dan position aku bukan best sangat pun. To be surprise, sampai sekarang aku masih lagi berhubung dengan akak office aku yang tanya pasal berubat dulu tu sebab aku memang rapat dengan dia.

Walaupun aku tak percaya 100% apa yang pengubat pertama tu cakap kat aku tapi aku still hati-hati dengan apa yang aku bualkan dengan kakak tu. Cuma aku taknak la memutuskan silaturrahim dan berdendam sebab aku yakin semua orang ada bahagian masing-masing nanti. So, jangan buat kerja Tuhan sebab kita ni sekadar hamba.

Thank you sebab sudi siarkan (kalau tersiar la kan) dan sebab sudi baca.

M**i Kata
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.