Hai assalamualaikum buat semua pembaca FS. Aku Warda (bukan nama sebenar) dan aku seorang yang suka pergi camping masa sekolah dulu. Tapi tengok tempat jugaklah, kalau ibu dan abah aku boleh consider tempat yang aku nak pergi tu, bolehlah aku join. Kalau jauh sangat ke utara atau selatan, memang tak dapatlah.
So dipendekkan cerita, aku join satu perkhemahan anjuran sekolah. Macam biasa, aku pun excited la nak pergi camping ni sebab tempat ni aku tak pernah pergi lagi. Kat mana? Salah satu Hutan Lipur dalam Malaysia ni haha. Kalau ikutkan banyak cerita kat kawasan sekitar ni, termasuklah lebuhraya berdekatan dengannya. Tahu kan? Ok. As usual kalau perkhemahan sekolah, bertolak lepas solat jumaat. Dekat je, tak silap aku perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam je. Masa dah sampai sana tu biasalah, amik gambar, pasang khemah dan kemas-kemas apa yang patut. Untuk bagi korang gambaran, masa tu khemah aku berhampiran sungai dan jambatan gantung yang menghubungkan kawasan tapak perkhemahan dan kawasan orang awam.
Malam pertama kat sana, tak ada apa yang berlaku. Semua aktiviti run macam biasa, dan aku pun seronok sebab dapat ahli group yang best walaupun berbeza umur (kem ni disertai student tingkatan 1 sampai tingkatan 5). Kawan-kawan aku Dila, Amy and Wani pun satu khemah dengan aku.
Masuk hari kedua, banyak aktiviti yang kami buat. Masuk hutan, redah sungai, cari harta karun and segala aktiviti cliche sewaktu perkhemahan haha korang pun tahu kan. Daripada pagi sampai petang, aku seronok dengan semua games yang abang-abang faci bagi. Lepas habis semua aktiviti, kami semua diberi kebenaran untuk bermandi manda dalam sungai. Time tu aku dah start rasa badan aku gatal-gatal. Gatal yang sampai aku tak tahu nak cakap apa. Tiba-tiba rasa nak marah, mengamuk dan menangis sebab aku tak pernah rasa macam ni masa pergi kem-kem sebelum ni. Oh ya, masa kem ni, pertama kali aku pergi kem dalam waktu “uzur”. Selalunya aku suci la daripada darah kotor ni haha. Kebetulan terkena tarikh period, nak buat macam mana.
Bila dah senja, gatal-gatal tu kurang sikit, maybe sebab ibu ada pesan jugak suruh banyak berzikir and lepas tu kita orang pun diarahkan untuk pergi mandi sebab nanti nak solat maghrib berjemaah. Nak dijadikan cerita, tandas dalam tapak kem ni rosak and memang tak selesa langsung untuk digunakan. So kami semua terpaksalah merentasi jambatan gantung untuk mandi and bersihkan diri dekat public toilet kat luar tapak kem. Masa dalam toilet tu, aku dan beberapa student yang “uzur” bagi chance dulu dekat sesiapa yang tak uzur untuk mandi dulu sebab diorang rush nak siap untuk solat maghrib. Kami tak apa la lambat pun.
Lepas 30 minit diorang settle, barulah kami semua mandi secara berjemaah. Badan aku masih gatal-gatal lagi, aku tak tahu kenapa. Nak kata ada buat benda tak elok, tak ada pulak. Pegang-pegang benda tak sepatutnya? Tak ada pun. Masa mandi tu tetibe terdengar abang-abang faci jerit “budak perempuan yang tengah mandi lagi tu, korang tunggu dulu ok jangan masuk lagi kawasan kem. Kiteorang nak “pagar” kawasan. Tunggu sampai kiteorang panggil!”. Maka kami semua pun mengiyakan arahan tu.
Tak lama lepas tu, tengok kat luar dah beransur gelap. Jam dah 7:20 malam. Tak ada cahaya lampu, orang-orang awam yang mandi kat sungai tu pun semua dah balik. Tinggallah aku dengan beberapa budak perempuan yang “uzur” dalam toilet tu sebab kami tunggu abang faci panggil kami. Tapi disebabkan lama sangat, masing-masing pun dah menggigil sejuk, kami decide untuk redah je jambatan tu untuk masuk kawasan kem even masing-masing tak ada torchlight. Kami fikir mungkin abang faci tu lupa kami masih kat sini. Masing-masing pun berjalan berbaris, perlahan-perlahan lalu kat jambatan tu.
Masa sampai dalam kawasan kem tu, kami tengok semua orang dah bersiap-siap duduk atas tikar, bersejadah dan bertelekung. “Dah masuk waktu kot” getus hatiku. Masing-masing balik ke khemah, dan aku pun terus menuju ke khemah aku, tapi sebelum tu aku sempat ‘singgah’ kat kawan sekhemah aku, Dila sebab nak mintak torchlight kat dia. Dalam khemah gelap weh.. Masa tu aku elok je, seingat aku, aku tak ada pun rasa takut atau terfikir benda bukan-bukan. Aku fikir nak rehat-rehat je sementara tunggu diorang semua habis solat sebab penat sangat.
Kalau orang tanya, sampai sekarang apa yang aku ingat, lepas aku on torchlight, masuk khemah, suluh beg nak cari barang, after that “pause”. Aku tak tahu apa jadi dengan aku lepas tu. Tapi based on cerita kawan-kawan, diorang nampak aku duduk tunduk dalam khemah sambil menangis, bila tanya kenapa, aku tak jawab. And aku terus nangis mendayu-dayu. Lepas tu diorang angkat aku keluar and letak aku dalam khemah lain. Masa tu la diorang kata, aku meracau-racau, sampai kawan-kawan aku semua kena sepak, kena cakar, kena hambur semua. Diorang semua terkejut macam mana aku boleh jadi macam tu sebab aku tak ada lah kasar macam tu.
And moment yang aku ingat lepas tu, aku terjaga and nampak kawan-kawan and cikgu-cikgu keliling aku. Aku cakap kat sorang kawan aku ni yang aku lapar sangat (lillahitaala aku ingat masa ni aku memang betul-betul lapar) and diorang bagi aku makan kentang goreng and nugget. Aku sedar lagi masa tu, sebab tu aku tahu aku makan apa. So jangan pelik. Aku sempat tanya dah pukul berapa, time tu diorang kata dah isyak. Pukul 8:45 malam lebih kurang. The moment aku nak makan tu, aku ternampak salah sorang daripada mereka bukan makhluk yang aku kenal. Rambut panjang, tunduk dan masa aku pandang benda tu, benda tu pandang aku semula. Itu pengalaman pertama aku nampak makhluk lain selain manusia.
Lepas tu aku “pause” lagi. Sampai situ je aku ingat. Kawan-kawan aku cakap, yang makan tu bukan aku sebab masa tu diorang tengok aku makan gelojoh gila macam orang tak pernah makan. Masa tu aku tak tahu lah, diorang baca yaasin ke apa and aku sedar balik. Waktu sedar tu aku rasa muka aku macam baru lepas nangis, badan aku sakit-sakit and aku berkhayal kejap. Keadaan reda kejap masa tu dan cikgu arahkan aku untuk masuk dalam khemah aku semula untuk rehat sambil ditemani kawan-kawan sekhemah aku. Masa tu aku dah okay, dah sedar dah pun.
Dalam hati and fikiran aku tak ingat apa yang terjadi sebelum tu. Aku kat mana, aku buat apa semua tak ada dalam kotak fikiran aku. Kawan-kawan aku tak habis-habis tanya aku okay ke tak, sebab diorang macam takut-takut jugak nak sekhemah dengan aku. Aku sendiri pun takut dengan diri sendiri, menggigil sejuk satu badan. While dekat luar khemah, aku terdengar ada pelajar lain pulak yang menjerit. Berlarutan sampai ke tengah malam, sampai terpaksa cancel semua game malam tu. After that aku tertidur, sampailah aku terjaga pukul 3 pagi. Aku tengok kawan-kawan aku semua lena dibuai mimpi, masa tu aku terdengar bunyi seakan-akan ada orang menangis kat luar khemah. Aku baca ayat kursi, 3 kul, and berdoa supaya takda gangguan lagi. Takut tu Tuhan jelah yang tahu.. Tapi
Alhamdulillah bunyi tu tak ‘mengganggu’ aku dan aku boleh tidur semula lepas tu.
Itulah kisah dan perkhemahan terakhir aku sebab ibu abah aku dah tak kasi aku pergi kem lagi. Aku jadi lemah semangat. Aku yakin apa yang terjadi ada kena mengena dengan kedegilan aku dan kawan-kawan untuk redah jambatan gantung masa lepas mandi tu. Mungkin kami semua “langgar pagar” yang dah dibuat oleh abang-abang faci tu. Tak dengar cakap dan tak penyabar. Ditambah pulak dengan keadaan “uzur” kami yang sememangnya menjadi kesukaan para jin dan syaitan. Dan ianya tak berhenti kat situ. Lepas aku balik daripada kem tu, aku selalu diganggu, sampai kadang-kadang aku rasa aku ni gila ke.
Ditambah pulak dengan kelagha-an aku, darah muda yang sentiasa alpa pada Tuhan. Pergi berubat banyak tempat, sampai ada saudara yang bawak aku pergi jumpa bomoh sebab benda ni macam menghantui aku. Konon boleh diubatkanlah. Tapi tak, akhirnya aku jumpa tempat perubatan Islam popular kat Malaysia ni. Tu aku cerita lain kali lah. Itu pun kalau korang nak. Haha. Sekarang ni aku dah okay, solat sebolehnya tak nak tinggal even malas macam mana sekalipun, dah kahwin dan dah ada anak. Lepas aku berubat tu, aku banyak muhasabah diri. Pesan ustaz, siapa yang pernah diduduki jin atau syaitan dalam badannya, maka perbanyakkan amalan. Sebab kita semua ni bekas tempat tinggal lama dia. Kalau tak nak dia menjengah semula, pasangkanlah dinding dan pagar dalam diri. Sorry kalau tak seram. Just share pengalaman aku. Thank you sudi baca!
– Minah Kepala Batu.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
lepas tuh ape jdi? ok lar cite ni cme nak tau gangguan ape lg pas tuh..?
“…Mungkin kami semua “langgar pagar” yang dah dibuat oleh abang-abang faci tu…”
betul ke facilitator yg suruh tunggu.. kot2 benda lain yg bersuara. mmg nak korang stay je dlm toilet tu. kan port dia tu
aah kan.. entah2 bkn facilitater.. kalau dh pagar pun habis tu korang nak masuk mcm mana.. huhu takutnya
Sambunggg plsss.. pe jd lak pastuh?
best…cite la lagi….
ok la.. pengajaran untuk akan datang kan.. kan..
serrremmm . sambung lg pelisss