Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita saya sekali lagi. Terima kasih juga kepada kalian yang sudi membaca.
Saya tahu, ada di antara kalian yang sangsi dengan kesahihan cerita-cerita saya. Tak apa. Terpulang kepada diri masing-masing untuk menilai. Kalau rasa tak betul, tak betul lah cerita saya. Kalau rasa betul, betul lah cerita saya.
Untuk kali ini, saya akan kongsikan dua pengalaman saya. Selamat membaca.
=====================
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya tidak lama dahulu. Ketika itu saya melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di utara tanah air.
Malam itu, saya bersama Nisa, Farah, dan Alin keluar makan di kedai. Alin memandu, Farah duduk di sebelah pemandu manakala saya dan Nisa di belakang.
Hampir 30 minit kami berpusing mencari kedai makan. Rata-ratanya ramai pelanggan.
“Nak makan kat mana?”
Farah bertanya sambil meninjau di depan.
“Entah la. Kami ikut pemandu je.”
Nisa menjawab. Saya hanya tersenyum.
“Alin, hang orang sini kan? Bawak la kami makan kat tempat yang sedap.”
Farah mengalihkan pandangannya ke arah Alin yang sedang tekun memandu.
“Aku nak bawak la ni. Tapi kedai tu ramai sangat orang.”
“Semua kedai yang kita tengok tadi ramai orang. Bawak je kat mana pun. Asalkan sedap dan berbaloi.”
“Ya, baik puan.”
Alin menjawab sambil tergelak kecil.
Kami di bawa ke sebuah kedai makan berhadapan simpang jalan. Kedai itu dibina daripada papan dan simen. Agak biasa jika dilihat. Tetapi pelanggan-pelanggan di situ sangat ramai.
“Ha sini la. Tomyam kat sini padu tau. Kailan ikan masin dia pun boleh tahan.”
Kata Alin sambil memarkir kereta.
“Cepat la. Aku dah lapar ni.”
Dengan pantas Nisa membuka pintu kereta.
“Weh, cepat la. Nanti takda tempat duduk.”
Farah mengajak sambil melangkah laju. Kami mengikut dari belakang.
Nasib kami baik kerana ada sebuah meja kosong berhampiran dinding kedai. Kami melewati sebuah meja yang diduduki oleh satu keluarga besar. Mereka menggunakan dua meja. Digabung menjadi satu.
Kami segera mengambil tempat dengan segera. Kemudian datang seorang pelayan sambil membawa dua keping kertas keras bertuliskan menu lalu diberikan kepada kami.
Selesai mengambil pesanan, pelayan itu berlalu dari meja kami. Hati saya berasa seperti ada sesuatu yang tak kena.
Sejak menjejakkan kaki ke dalam kedai, saya berasa suhu di kedai ini panas lain macam. Bulu roma saya juga merinding.
“Nora. Okay ke? Lain macam je ni.”
Nisa menegur saya. Saya tersenyum sambil mengatakan tiada apa-apa. Kami kemudiannya berbual-bual.
Tidak lama kemudian, pelayan tadi datang membawa talam yang berisi makanan. Mata Nisa tampak bersinar.
“Hati-hati dengan makanan tu.”
Tiba-tiba satu suara perempuan menjengah ke telinga saya. Suara kak Amina.
“Tunggu. Jangan makan lagi.”
Saya berpesan kepada yang lain-lain. Farah yang memegang sudu kehairanan.
“Lailahailla’anta subhanaka inni kuntuminazzolimin..”
Saya membacakan doa Nabi Yunus dan berserah kepada Allah.
Dengan izin Allah, kami dapat melihat makanan saya tiba-tiba berlendir dan mengeluarkan bau yang busuk. Beberapa ekor ulat putih kecil keluar dari celahan makanan saya.
Selera kami terus putus. Beberapa pelanggan berhampiran meja kami berhenti menyuap dengan serta-merta apabila ternampak apa yang terjadi kepada makanan saya.
“Weh, apa tu? Ya Allah. Jom la balik. Hilang selera aku.”
Alin seakan marah lalu bangun dari tempat duduknya, diikuti kami bertiga. Beberapa orang pelanggan juga bangun dari tempat duduk mereka.
“Takpe la. Biar saya yang bayar.”
Kata saya sambil menuju ke kaunter walaupun cuba dihalang oleh kawan-kawan yang lain.
“Takpa dik. Yang tu tak payah bayaq.”
Kakak di kaunter berkata kepada saya dengan reaksi mukanya yang serba-salah. Seorang lelaki separuh umur sedaya upaya menenangkan keadaan di kedainya sambil sesekali memandang tajam ke arah saya.
Kami berjalan ke kereta dengan perut yang berbunyi. Alin, Nisa dan Farah nampak muram. Saya berpaling melihat ke kedai itu sambil membaca ayat Kursi sebanyak tiga kali dan surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali.
Dengan izin-Nya, saya diperlihatkan satu susuk berupa monyet kecil sedang melompat-lompat di atas meja yang tadinya diduduki oleh keluarga besar.
Jin berupa monyet itu secara tiba-tiba memandang saya. Wajahnya buruk. Taringnya panjang. Matanya merah menyala. Bulunya agak panjang dari monyet biasa. Saya kira itulah yang dikatakan sebagai pelaris.
“Nora, cepat la.”
Panggilan Alin mengejutkan saya. Terus saja saya melangkah ke kereta.
“Hmmm.. Makan maggi lagi la malam ni.”
Farah bersuara di depan. Kami semua ketawa.
“Kita pi McD nak?”
Alin memberikan cadangan.
“Macam tak kenyang je.”
Balas Nisa sambil tersengih.
“Kita makan kat mamak la. Takpe. Kali ni semua ditanggung.”
Saya mencelah.
“Weh, betul ke? Mamak mahal kot.”
Nisa seakan tidak percaya.
“Ye betul. Nak ke tak nak?”
“Eh nak la. Haa jom ke mamak!”
–TAMAT–
Tajuk: Hasad
=======================
Sejak dari kejadian malam itu, kami seakan trauma jika hendak makan di luar. Kami lebih banyak makan di kafe. Jika ada pasar malam, kami membeli makanan di sana.
Saya ada juga berkongsi ilmu dan doa yang saya tahu kepada kawan-kawan saya untuk mereka amalkan.
Alin semakin rapat dengan saya. Kalau tidak berempat, kami keluar berdua. Pelbagai ilmu dan cerita kami kongsi bersama.
Kebetulan pula, Alin dari keluarga yang alim. Bapanya seorang ustaz, yang mengajar di salah sebuah sekolah agama. Ibunya pula seorang ustazah di sebuah taska.
Namun begitu, saya juga tidak lupa kepada kawan-kawan yang lain. Saya menganggap mereka semua sama saja. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang.
Nisa, Alin dan Farah, yang merupakan teman serumah saya, telah mengetahui akan kelebihan saya. Tetapi saya meminta mereka mendiamkan hal itu. Biarlah kami saja yang tahu.
Hendak dijadikan cerita, kafe tutup selama tiga hari. Pelajar-pelajar terpaksa makan di luar. Bagi kami yang trauma, keadaan ini sangat merunsingkan kami.
“Jangan pilih kedai yang ramai orang.”
Pesan Nisa. Farah dan Alin ketawa. Saya hanya tersenyum.
Kali ini kami mencari kedai makan yang tak ramai pelanggan.
“Tapi kan, kalau kedai yang tak ramai orang ni selalunya makanan tak sedap. Kalau sedap pun harga mesti mahal.”
Alin bersuara.
“Takpun, mahal dan tak sedap. Habis la, matilanak.”
Farah menambah sambil berpura-pura memicit kepala.
“Eh, tu. Kedai tu. Takde orang. Kita makan kat situ la.”
Saya menunjuk ke arah sebuah kedai makan yang kosong.
“Nak makan kat situ ke?”
Tanya Alin. Seperti ragu-ragu.
“Situ je la. Lagipun macam susah je nak jumpa kedai yang tak ramai orang.”
Nisa membalas.
Kereta diparkir berhampiran kedai.
“Nora, kalau ada apa-apa, tolong ye.”
Alin berbisik kepada saya ketika kami turun dari kereta. Walaupun usianya tua setahun dari kami, dia tidak suka dipanggil kakak. Nampak tua katanya.
Seorang wanita bertudung biru muda kelihatan tersenyum apabila melihat kami berempat mengambil tempat.
Segera dia menghulurkan kertas menu kepada kami sambil menanti untuk mengambil pesanan.
“Korang perasan tak? Kakak tu asyik senyum je bila kita duduk sini. Sambil tulis order pun senyum.”
Nisa bersuara setelah kakak bertudung biru muda itu menghilang ke dapur.
“Dia seronok la tu. Mungkin kita ni pelanggan pertama yang makan kat sini.”
Farah bergurau.
Kemudian kakak bertudung biru itu muncul kembali lalu duduk di meja yang terletak di depan televisyen. Dia mula menulis sesuatu pada buku.
“Toilet kat mana?”
Saya bertanya sambil melihat sekeliling.
“Taktau la. Kat dalam kedai kot. Try tanya kakak tu.”
Alin menjawab. Matanya tertumpu pada siaran di televisyen.
Saya bangun lalu menuju ke arah kakak bertudung biru muda itu.
“Toilet kat dalam. Adik masuk lepas tu belok kiri.”
Dia menunjuk ke satu arah. Setelah mengucap terima kasih saya masuk ke dalam.
Di dalam, para pekerjanya melihat saya lalu tersenyum. Saya membalas senyuman mereka.
Setelah selesai menggunakan bilik air, saya kembali ke tempat duduk. Ketika itu minuman kami sudah dihantar.
Seperti kejadian hari itu, saya berasa tidak selesa dan panas bila di dalam kedai ini. Bila difikirkan secara logik, mana mungkin boleh panas kerana di tempat kami duduk ini tiada langsung dinding. Yang ada cuma bumbung.
Saya mengambil tempat di meja kakak bertudung biru lembut itu. Dia menoleh ke arah saya sambil tersenyum.
“Ya, dik. Ada apa?”
“Kak. Saya nak tanya sikit. Maaf ya. Kedai ni tak ramai orang datang ke?”
Sebenarnya saya takut juga untuk tanya soalan itu. Tapi untuk dapatkan kepastian, saya tanyakan juga.
“Dulu ramai dik. Entah la. Sejak 3-4 malam ni, orang tak mai pun.”
Jawabnya lemah.
Kemudian dia mengenalkan diri. Rupanya dia adalah pemilik kedai makan ini dan suaminya adalah tukang masak. Seorang anak lelaki mereka menjadi pembantu kedai.
“Kadang-kadang akak rasa ada benda yang tak kena dengan kedai ni. Bahagian dapoq tu, selalu panas. Kami pasang kipas pun tetap rasa panas. Sampai berpeluh-peluh.”
Kak Salmiah bercerita kepada saya. Wajahnya muram.
Saya juga rasa suhu yang panas semasa ke berjalan di dapur tadi.
Seorang pelayan muncul dari dapur membawa makanan kami. Kemudian datang suami kak Salmiah duduk berhampiran kami sambil mengelap peluh.
“Kadang-kadang suami kak ternampak macam bayang hitam berdiri tepi dia. Lepas tu hilang. Hari ni, adik dengan kawan-kawan adik tu pelanggan pertama yang mai sini.”
“Kak ada panggil mana-mana ustaz tak? Untuk datang tengok-tengokkan kedai ni?”
Saya bertanya.
“Belum lagi. Lagipun kak taktau nak panggil sapa.”
“Kalau macam tu, biar saya tolong. Saya buat mana yang mampu.”
Saya meminta keizinan sambil melihat kak Salmiah.
“Adik boleh tolong ke?”
“InsyaAllah.”
Kak Salmiah bercakap-cakap dengan suaminya. Suaminya memandang saya.
“Buat la. Kami pun dah taktau nak buat macam mana.”
Suami kak Salmiah memberi keizinan kepada saya.
Saya mula beristighfar. Ketika saya membaca ayat Kursi, periuk-periuk dan alat-alatan di dapur jatuh ke lantai. Kami dapat melihat beberapa kelibat bayangan hitam muncul di dapur.
Apabila saya selesai membaca surah al-Ikhlas, satu makhluk berambut panjang berkain putih muncul secara tiba-tiba seperti hendak menyerang tetapi ia tidak dapat menghampiri kerana saya membacakan;
“Auzubikalimatillahhitammatimin syarrimaholaq”
Makhluk itu berdiri tegak memandang tajam ke arah saya. Saya merasakan yang hanya saya seorang saja yang nampak makhluk itu. Saya cuba berkomunikasi secara batin.
“Assalamualaikum.”
“Assalamualaikum.”
“Assalamualaikum.”
Tiga kali saya memberi salam, tetapi makhluk itu hanya berdiam diri.
“Dari mana kau datang.”
Saya bertanya.
“Aku datang dari sana.”
Makhluk itu menunjukkan ke satu arah.
“Apa tujuan kau datang ke mari? Siapa pengutus kau?”
Saya mengeraskan sedikit suara.
“Aku disuruh untuk merosakkan segala urusan di sini. Tugas aku hampir berjaya. Tetapi, kehadiran kau ke sini telah menganggu tugas aku. Siap sedialah kau wahai manusia bodoh!”
Mahkluk itu cuba menyerang lagi tetapi dia gagal untuk menghampiri saya.
Tiba-tiba makhluk itu membuka mulut seluas-luasnya. Lidah kelabunya panjang terjuntai keluar. Taringnya semakin memanjang. Serentak dengan itu satu aroma busuk terbit dari mulutnya. Aroma itu dapat dihidu oleh sesiapa sahaja yang berada di kedai itu.
Kak Salmiah dan suaminya terpaksa keluar dari kedai. Begitu juga kawan-kawan saya. Makanan di atas meja belum sempat dijamah. Saya hampir muntah apabila aroma itu semakin kuat membusuk. Fokus saya jadi terganggu.
“Cik Nor kena kuat. Ini semua hanya helahnya saja. Ingat Allah, Cik Nor.”
Tiba-tiba suara Kak Amina muncul di telinga saya. Saya terus membaca ayat Kursi dan surah al-Baqarah. Makhluk itu semakin melemah. Akhirnya dia diam tidak melawan.
Saya gunakan peluang ini untuk berunding. Alhamdulillah, selepas 10 minit makhluk itu sudah tiada di kedai. Tetapi suasana di kedai itu masih sama. Tiada perubahan.
Saya membacakan Bismillah 6 dan bertawakal kepada Allah. Tujuan saya membaca Bismillah 6 ini untuk mencari jika ada sesuatu yang ditanam di kedai ini.
“Tengok, kat pasu bunga tu. Ada asap.”
Farah bersuara ketika mereka menunggu di kereta.
Saya menuju ke pasu bunga yang terletak di luar kawasan kedai. Terdapat asap keluar dari dalam pasu. Saya terus membaca Bismillah 6. Asap semakin tebal tetapi barang yang ditanam masih tidak kelihatan. Kali ini ayat Ruqyah pula menjadi pilihan.
Selesai baca, dengan izin Allah, barang yang ditanam itu muncul sendiri dari dalam tanah pasu. Dengan lafaz bismillah, kain bungkusan kecil berwarna merah itu saya ambil dan bakar.
Saya menceritakan segalanya kepada kak Salmiah dan suaminya. Mereka kelihatan gembira dan berkali-kali mengucapkan terima kasih.
Keadaan di kedai itu kembali normal. Tiada lagi rasa kurang selesa suhu yang panas. Pasangan itu tidak mahu mengenakan sebarang bayaran kepada kami tetapi kami tetap berkeras membayar. Akhirnya mereka akur dan menerima wang kami.
Ucapan terima kasih tidak putus dari bibir Kak Salmiah. Sebelum pulang, saya telah ‘memagar’ kedai tersebut. InsyaAllah, selamat dari segala benda yang tak elok. Cuma perlu yakin dengan kuasa Allah.
“Ajar la kami yang tadi tu.”
Farah bersuara sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke hostel.
“Ha, yela. Ajar la kami.”
Nisa menyokong Farah.
“Boleh je nak ajar. Tapi ada syaratnya.”
Saya tersenyum.
“Apa syaratnya?”
Tanya mereka hampir serentak.
“Syaratnya, kena solat taubat dulu. Lepas tu puasa sunat seminggu. Dalam tempoh puasa tu baru boleh belajar.”
“Tapi kita belajar yang basic je tau. Kalau nak yang lebih lagi, kena cari guru.”
Saya menerangkan.
“Baiklah. Kami setuju.”
Nisa dan Farah bersetuju. Saya dan Alin hanya tersenyum kecil.
–TAMAT–
Hanar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Terbaekkk. Teruskan menolong yg memerlukan pertolongan
Best..share la lagi crita
Seronoknye ade kebolehan centu
KEpada penulis, Boleh berikan email tak ye? ada benda saya nak bertanya kepada awak. Terima kasih ^_^
Nanti buat lagi yang cerita cenggini lagi please?
Beruntungnya kawan2 dapat belajar ilmu tu. Bestkan boleh tolong orang buang sihir ni.
Assalam
BEST LA YG NI..PENCERITAAN YG MATANG DAN KEMAS.
Meremang bulu roma baca cite akak ni. pndai arh akak halau jin camtu. untung arr klau dpt kwn ngan akak. hehe..
waaw..sy as a muallaf, byk yg sy belajar melalui cerita ini dgn beberapa petikan doa dan ayat2 suci yg sgt membantu sekiranye mghadap sesuatu yg tak elok..pls share more informations and experiences like this dlm fiksyen shasha..tq..btw, i was curious about kak amina..may i know, who is she??
kak Amina tu penjaga Cik Nor, bunian yg volunteer nak jaga dia. ada cerita-cerita Cik Nor dkt previous posts. search Puteri Bunian Bersepatu Emas, nnt jumpa.
please contact me kalau kenal sesiapa yg pandai perubatan islam….0134349753
Sekiranya ada individu yang ingin berubat boleh hubungi saya 0176797165(al amin centre ukay perdana) InShaAllah ust saya boleh membantu..
Area centre kami di ukay perdana ampang
Xsuka kedai mkn yg ramai org..slalu lmbt sampai makanan.rasa pun biasa je sbb masak nk cepat..
Best
Nk tnya boley tolong ubatkan family spupu sya x?spupu sya da truk kna buatan org..24jam psg quran tp ttap sma ja..
Pernah cuba ayat2 ruqyah tak sis? Sbb kekadang pasang ayat al-quran secara rambang je x menjadi. Suruh try pasang ayat ruqyah bermula dari waktu asar dan sampai habisnya waktu maghrib. Lepas tu suruh puasa sunat hari khamis selama 3 minggu berturut-turut dan hari khamis ketiga seluruh isi keluarga kena solat berjemaah waktu mghrib n buat bacaan yaseen. In sha Allah akan ada perubahan. Tapi kena ada tahap kesabaran yang tinggi pada minggu terakhir sbb akan ada percubaan yang agak banyak.
Ruqyah dorg xtry bt lg.oh ye ke?tq ya info..nnt sya gtau pda sppu sya..
cerita sebelum nie tajuk apa ?
penah kene dh la ramai org n kite tgh sdp mkn kailan ikan masin suami smpai hirop la kuah sayur tu.bila dh nk dkt abs bru pasan disebalik sayur tu ade lipas.maaf ke ape ke xda ganti bru ke xda cuma xpyh byr..kedai plg popular dkt kg baru..geram je aku.bapak aku pon de ckp keda tu perewang kuat gatal lg mkn siu padan muka.
Assalamualaikum kak….boleh tk sya nk belajar ilmu macam akak
Auzubikalimatillahhitammatimin syarrimaholaq, Ayat pendinding..kena yakin dengan allah dan banyakkan zikir dalam hati..ijazah juga ya ?
Saya pun teringin nk belajar
Macam mana sy nk berhubung dgn penulis ye?
Tolong senaraikan cerita2 yang sebelom2 ni…senang nak baca dan belajar mana yg boleh.