PERMAINAN SANTAU

Salam semua. Saya sebenarnya tak tahu nak mulakan cerita dari mana. Sejak dari tahun 2008, emak saya mengalami sakit misteri atau kalau dari mata kasar kita orang panggil permainan santau. Tahun demi tahun sakit itu kembali pulih sedikit demi sedikit. Tapi setelah sakit emak semakin pulih, kami sering dihantui dengan usikan di dalam rumah. Dan pengalaman yang saya dan keluarga saya rasa paling dahsyat kami kena usik adalah pada tahun 2015, iaitu selepas dua minggu umat Islam menyambut Aidilfitri.

Pada satu petang kira-kira pada jam pukul 4.30 petang pada hari Jumaat, saya menerima satu kiriman wasap dari adik perempuan saya. Dia memberitahu saya di depan bilik kami ada SKRU-SKRU bertaburan dan terus di dalam hati saya terdetik YA ALLAH, ‘DIA’ datang kembali ke. Saya terus bergegas balik ke rumah sebab waktu tu orang tua saya keluar sekejap.

Setibanya saya di rumah, saya terus mencari kekuatan dan keberanian untuk naik tangga menuju ke bilik saya tapi langkah saya terhenti bila saya terperasan dalam keadaaan gelap di kawasan tangga macam ada titisan. Saya bukakan lampu tangga agar lebih cerah untuk melihat titisan apa yang ada di atas tangga. Alangkah terkejutnya kami. Rupanya titisan itu merupakan TITISAN DARAH. Langkah saya terhenti di situ dan orang tua saya pun sampai di rumah. Abah saya mematikan titisan darah itu dan naik ke atas dan mengutip skru-skru yang ada di depan bilik saya.

Kami adik-beradik tidak bermalam di rumah kerana pada malam itu mak dan abah akan pergi ke KL atas urusan penting, jadi saya tumapang tidur di rumah adik ipar saya. Keesokan di rumah adik, kami dikejutkan lagi apabila seluar jeans adik perempuan saya ditoreh-toreh sehingga terkoyak. Dan pada waktu tengahari dan maghrib pula, titisan darah terdapat juga di dalam rumah adik di bilik kami tumpang tidur. Mungkin ‘DIA’ mengekori kami sampai ke sini.

Setelah abah dan emak balik dari KL, kami pun kembali ke rumah tapi tiada dari kami yang berani naik ke atas kerana waktu itu masih subuh. Setelah tengahari saya bersama adik perempuan saya beranikan diri naik ke atas dan masuk ke bilik kami. Sedang kami tengah bersiap-siap di dalam bilik, kami terdengar bunyi ketukan dan hentakan sebanyak 3 kali.

Saya cuba sedapkan hati dan berkata pada adik, “rumah sebelah kot bunyi tuuu” walaupun denyutan jantung saya memang sangat laju waktu tu sebab saya tahu bunyi itu di dalam bilik kami. Saya turun tangga mendahului adik perempuan saya dan bila sampai ke anak tangga yang terakhir di mana tempat pertama titisan darah yang kami nampak sekali lagi TITISAN DARAH itu ada di atas tangga. Terus saya genggam tangan adik dan cakap, “pegang kuat-kuat dan jangan lepas tangan saya”. Terus kami turun dengan selajunya.

Usikan itu berterusan hampir setiap hari dan setiap masa tak kira waktu sampai saya dan adik perempuan saya langsung tak berani tidur di dalam bilik kami sendiri, kami berkampung di ruang tamu. Kami mandi pun sekejap jea dan pernahjuga kami mandi tak berkunci pintu sebab pernah waktu pagi saya terlihat JARUM- JARUM bertabur di depan bilik mandi.

Ada satu hari saya bersama dua orang adik saya sedang menonton TV, orang tua saya keluaq sebentar. Saya dah perasan dan terdengar bunyi dari arah dapur tapi saya buat-buat macam tiada apa-apa. Tetapi semakin dibiarkan, bunyi itu semakin dekat dan menghampiri dan semakin kuat hingga kami tiga beradik lari berterabur cuba keluar dari rumah. Tapi bila kami buka saja pintu rumah didepan pagar rumah kami, SKRU-SKRU yang sama berterabur di depan rumah. SERAM waktu tu, ALLAH saja yang tahu macam mana perasaan kami waktu tu. TAKUT.

Setealah beberapa minit abah dan mak balik, abah terus bawa adik lelaki naik ke atas dan masuk ke dalam bilik saya tengok keadaan sekeliling rumah apa yang ada di dalam bilik. Adik lelaki saya dapat melihat benda-benda halus nie. Dalam keadaan bilik yang gelap waktu itu tiba-tiba adik lelaki saya telah dirasuk. Hampir 5 jam kami cuba pulihkan dia tapi mainan nie cukup hebat. ‘DIA’ hanya sedarkan adik tapi seluruh anggota badan adik ‘DIA’ dah pegang. Kadang-kadang ‘DIA’ buat adik tak boleh bercakap, kadang-kadang tak boleh dengar, kadang-kadang tak boleh nampak dan kadang-kadang tak boleh jalan.

Sampai laa kemuncak satu hari, saya balik dari kerja dan naik ke atas dan masuk ke bilik saya. Saya dah nampak titisan darah dari pintu masuk bilik terus ke penjuru bilik. Kali ini titisan darah sangat-sangat banyak, memang menakutkan. Dalam otak hanya fikir, “AKU NAK TURUN BAWAH SECEPAT MUNGKIN”.Percaya atau tidak, ‘DIA’ datang tanpa diundang dan datang dengan secara tiba-tiba dan ‘DIA’ hilang macam tu saja sebelum umat Islam menyambut Aidiladha. Pelik tapi itu laa hakikat dan kenyataan. Selepas itu rumah semakin pulih sampai ke hari ini dan kesihatan mak dan adik juga pulih. Berkat DOA dan PERTOLONGAN ALLAH S.W.T semua nya pulih seperti sedia kala.

Sampai ke hari ini peristiwa itu masih saya ingat dan kadang-kadang bila teringat terfikir di mana datangnya keberaniaan untuk melawan permainan syaitan ini. Semua kekuatan ni datang dari YANG MAHA BERKUASA…

2 thoughts on “PERMAINAN SANTAU”

Leave a Comment