Mana Pakcik Tu?

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Nama saya Along sebab dari kecil memang dipanggil macam itu (hahahaha). Saya sebenarnya nak berkongsi sedikit tentang pengalaman saya pernah mengalami kejadian-kejadian mistik. Kejadian ini berlaku ketika saya masih bersekolah (sekarang dah kerja beb) kira-kira 7 tahun lepas.

Flashback semula waktu kejadian, masa tu saya dan sepupu menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung Kuala Lipis. Memang seronok la kan masa tu. Lepas je selesai solat sunat Aidilfitri, saya dan sepupu terus pulang ke rumah untuk menjamu juadah raya. Selepas itu, saya dan sepupu bergerak berjalan kaki rumah ke rumah untuk kutip duit raya (hahahaaha).

Semasa berjalan beramai-ramai, saya ternampak 1 benda macam patung duduk terpaku keras. Bila tengok pada rupa macam jenglot pun ada. Benda tu diliputi dengan akar-akar pokok/dedaun. Suasana jadi senyap seketika ( cuak la kot). Sepupu saya pun ambil gambar sekeping dua (masa tu pakai henpon daun/sabun). Sebab benda tu pelik la kan so,ambil la gambar. Siap je, kami teruskan berjalan pulang ke rumah. Sampai ke rumah kami pon bercerita la pada ayah ibu masing-masing dan tunjuk gambar tu tapi macam tak nak percaya je. So, takpa lah.

Tiba waktu tengah hari pula, saya ajak sepupu temankan saya pergi ke surau. Masa tu, air di kampung takda. Sakit perut pula masa tu, maklumlah makan banyak masa raya. Surau saya nak pergi tu tak lah jauh sangat. Atas bukit je tapi ibu dah pesan jangan lama sangat kat sana sebab surau tu dah lama tak guna (dah usang). Banyak orang kampung cerita benda tak elok jadi kat sana. Saya masa tu serba salah nak pergi sana atau tak. Tujuan nak lepaskan hajat je. Tapi terpaksa pergi juga la sebab tak tahan. Capai tuala mandi terus gerak jalan kaki bersama sepupu.

Kami ikut laluan sama seperti beraya pagi tu. Sampai je tempat yang jumpa macam patung jenglot, tengok-tengok ‘benda’ tu hilang. Tak jumpa, hilang macam tu je. Kami pun naik hairan la sebab memang ‘benda’ tu kat sini. Tak kan lah salah tempat kot. Kami malas nak fikir lama-lama. Kami teruskan perjalanan ke surau. Penat juga berjalan kaki tapi tak kurus-kurus juga (hahaha). Tiba je kat surau, kami buka pagar dan beri salam.

Saya nampak seorang pakcik berbaju putih berkain pelekat menuju ke tandas. Saya fikir mungkin dia pun nak buang hajat juga kot. Kami menunggu depan tandas sambil sembang-sembang kosong/merapu. Hampir 10-15 minit juga kami tunggu kat luar tandas. Hati saya bersuara “apesal lama sangat pakcik ni?”. Saya pun hilang sabar terus ketuk pintu tandas. Bila saya ketuk je, pintu tandas tu tak berkunci dan paling cuak MANA PAKCIK TU??? Bukan dia ada kat dalam ke tadi?

Hmmmm, sudah. Mana dia keluar eh? Sebab pintu pagar nak masuk/keluar ke surau memang ada 1 je dan depan pagar ni juga betul-betul tandas kami tengah duduk menunggu pakcik tu. Naik hairan juga kepala memikir. Tapi saya tak peduli sangat pasal pakcik tu. Saya teruskan juga untuk tunaikan hajat saya.

Selesai je,saya terus balik rumah. Kami bercerita kat family masing-masing perkara berlaku tadi. Ibu saya dah pesan, jangan pergi ke sana sebab kat sana memang orang kampung tak bagi masuk. Banyak benda mistik berlaku contoh ada orang pernah kena sampuk, nampak kelibat hitam berjalan sekitar surau. Ibu bersyukur sebab tak jadi perkara pelik-pelik kat kami. Cuma saya masih tertanya-tanya sampai ke hari ini, mana patung berupa jenglot tu pergi??? Dan siapa pakcik dalam tandas tu??? Misteri kan. Kepada pembaca FS terpulang pada diri masing-masing mau percaya atau tak. Saya hanya menyampaikan kisah pengalaman saya sahaja.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *