Kondo Port Dickson Tepi Laut yang Berhantu

Assalamualaikum FS. Aku Hairi, berumur 25 tahun. Kejadian ini terjadi tahun lepas.

Aku mengajak seorang rakanku untuk pergi ke Port Dickson untuk bercuti. Aku berdua sahaja. Yelah dah habis exam kat U. Konon nak relakskan minda.

Dari KL kami menyewa kereta Myvi. Dan Lepas sahaja Zohor kami bertolak ke PD. Tanpa persediaan nak menginap di mana. Kami main terjah sahaja.

Sampai di PD petang tu, tak tahu nak menginap di mana. Barulah kami sibuk google nak menginap di mana. Satu-satu tempat kami pergi, semuanya penuh.

Ada hotel yang kosong, tapi rate sangatlah tinggi. Tak mampu kami nak bayar. Hinggalah sampai ke satu hotel yang terletak di tepi jalan je. Kami pun masuk tanya sama ada ada bilik kosong tak. Akak di dalam office tu menyambut kami dengan senyuman. Katanya, nak cek dulu ada ke tak kosong.

Dalam 5 minit menunggu, kakak tu bagitahu yang semua bilik dah full.

“Bilik dah full la dik”
“La ye ke kak. Kami dah pergi hampir seluruh kawasan penginapan kat PD ni macam semua full je.
“yelah dik, datang masa cuti memang selalu macam ni”
“Oo, tak pe lah kak kalau macam tu”

“eh, tapi akak ada kawan yang ada buat pakej penginapan ni, tapi bukan hotel la. Kondo”

Dipendekkan cerita, kami terpaksa mengambil sahaja tawaran akak tadi. Dia tunjukkan peta dan kami sampai ke kondo tersebut.

Dari jalan utama, masuk ke simpang dan turun sikit bukit. Nampaklah kondo tersebut. Waktu tu dah maghrib.

Sampai di sana, kami berjumpa seorang apek katanya kawan akak tadi. Serius, kondo memang nampak usang. kat basement parking, walaupun banyak kereta parking. tetap menyeramkan. Ada juga beberapa kereta nampak dah berhabuk seperti lama terbiar di sana.

Naik lif, sampai ke tingkat yang kami sewa. Bilik jauh sedikit dari lif.Sepanjang perjalanan ke bilik tu, aku cuba melihat pintu-pintu bilik yang lain kot-kot ada yang tinggal. Nampak macam tak ada orang langsung.

Selesai apek tu tunjukkan bilik, kami pun berehat la kejap. Dari beranda rumah tu boleh nampak laut yang luas terbentang. Memang cantik view kondo tu. Dan juga nampak kolam renang. Aku konon beriala ajak kawan tadi untuk tengok kolam tu lepas ni.

Sekitar pukul 7.30 malam. Aku dan kawan tadi cuba turun ke tingkat di mana ada kolam tadi.Nak tengok kolam yang kami nak mandi esok kan. Sebab memang nak turun cari makanan.

Lif berhenti di tingkat ada kolam tadi. Bila pintu life terbuka je, gelap gelita. Cuma diterangi cahaya samar-samar dari lubang-lubang yang terdapat di sekitar bangunan tu. Kami pun tengok la kolam tu dan langsung tak ada lampu. Dengan keluasan macam tu, terasa macam memang bangunan kondo tu terbiar.

Dari kolam tu, aku dongak atas tengok kalau ada orang menginap. Aku cuma nampak ada 2,3 bilik yang berlampu.

Sebab dah rasa seram, kami pun tak jadi nak ronda-ronda kolam. Jadi kami nak turun ke bawah sebab nak beli makanan.

Aku cuba tekan butang lif turun. Tak ada respon. Lama tunggu. Takkanlah lif rosak.Tadi masa turun ok je. Nampaknya tak ada pilihan lain, kami kena turun mmelalui tangga.

Bila aku buka pintu tangga. Ya Allah, gelap gelita. Langsung tak nampak apa. Bila aku on kan lampu hp, nak tengok keadaan tangga tu. Terkejut aku sampah berselerak kiri kanan tangga.

Dahlah nak kena turun tangga gelap, dengan keadaan macam tu. kang ada apa-apa sembunyi kat tangga tu. Tak nampak langsung. Kami tak ada pilihan langsung, nampaknya kena turun tangga juga. Kawan aku berjalan dahulu. Aku di belakang.

Dengan keadaan takut, kami berjalan turun, tiba-tiba terasa ada tangan menyetuh bahu kananku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Apa yang terfikir hanya nak cabut lari. Aku dengan cemas lari sekuat hati. Kawan yang di depan tadi pun ikut cabut.

Sampai di basement, cepat-cepat kami naik kereta nak keluar dari kawasan kondo tersebut.

Semasa turun lari tadi, mata aku sempat menangkap kelibat seperti perempuan berpakaian putih berada di kiriku.

Di luar kondo kami mencari makanan untuk mengisi perut . Selesai makan, jam dah pukul 9 malam.

Aku ajak member tadi balik, tapi dia takut. Aku tak payah nak cakaplah, memang lagi takut.

Ikutkan hati, nak je kitorang blah malam tu juga. Tapi barang-barang masih tinggal kat atas. Nak tak nak kena naik balik ambil.

Sebab kami berdua dah takut nak pergi sana. Kami ambil keputusan untuk tidur sahaja dalam kereta.

Bila dah berada dalam kereta tu,aku cuba google pengalaman penyewa lain yang menginap. Memang kebanyakkanya pernah alami kisah mistik di sana. Ada yang cerita tempat tu ada kes perempuan b***h diri.

Kisah aku ni rasanya tak cukup mistik berbanding dengan yang orang lain alami. Tapi bila dah baca tu, menguatkan lagi perasaan takut kami untuk bermalam di sana malam itu.

Akhirnya, duit burn macam tu je. Tanpa kami dapat tidur pun di sana.

Keesokan harinya, pukul 8 pagi, kami kembali ke kondo mengambil barang. Alangah terkejutnya kami bila lihat keadaan dalam rumah tu seperti ada yang tinggal semalam. dengan cadar dan bantal berselerak sana sini. padahal kami tak sempat tidur pun.

Kami dah ketakutan, cepat-cepat ambil barang call apek tu untuk kembalikan kunci, dia suruh letak je atas meja.

Pagi tu juga kami kembali ke KL dengan perasaan takut. Pengajaran yang aku dapat, kalau nak menginap mana-mana cek dulu background tempat tu..

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.7]

38 thoughts on “Kondo Port Dickson Tepi Laut yang Berhantu”

  1. Macam kejam jer akak dalam office tu… Bri lah cdgan tmpt penginapan yg okey skit.. Huhuhu, walaupun niat baik nak tolong carikan, tpi biarlah yg memuaskan pelanggan.. Huhu.. Kesian plak kne burn duit camtu jer.. ??

    Reply
  2. mayangsari apartment kot..
    sebelah mayangsari resort.. tengok review mayangsari resort pon byk yg ckp mayangsari apartment tu nmpk seram

    Reply
    • nih bukan mayang sari , i think nih sunshine ikot dari ape yg writer tuh tulis (dari simpang , turun bukit sikit , pastu nmpak kondo ), serious tuh sunshine .. sbb sy ddok kat pd

      Reply
  3. Kalau mayang sati mmg berhantu ktorg pnh nmpk mcm org, baju putih berjalan dpn bilik sbb tingkap dia cermin nmpk luar trus terjun bangunan…mlm2 dengar org mencangkul…seram kannn
    Tp dh ttp kan mayang sari tu?
    Tu tapak perkuburan lama,ats bukit dpn tu mmg kaw perkuburan islam hindu cina dn kristian… Tp mna2 pn mmg ada hantu cuma dia ingin kacau kita ke tak itu aja?

    Reply
  4. Ni dekat sunshine ni. Tu je yang kena turun bukit dari jalan utama. Kalau marina tak berbukit pun. Lagipun sunshine je kolam dia bukan dekat ground floor. Writer cakap turun lif dekat level yang ada kolam means bukan ground lah. Kalau tak mesti dia cakap turun bawah terus. Muktamad ni sunshine

    Reply
  5. Memang confirm sunshine laa… Pasti sebab ada basement, kolam kat level lain, simpang utama then turun bukit.. Mana ada hotel lain lagi dari simpang utama turun bukit kan.. Dulu masa sunshine memula bukak, selalu cek in sini bwk family semua.. Time tu org masih ramai lagi. Tp entah xtau kenapa skrg dh makin mundur tmpt tue. X penah tau lak tmpt tue berhantu hehe.. Biase dgr mayangsari je.

    Reply
  6. prtghan thn lps men redah je dtg PD without booking mana2 hotel..smpi2 terus walk-in 3-4 hotel jgk area waterfront dkt2 mekdi tu tp smua dh fullybook

    after lunch try lagi carik area lain pulak..smpilah ke Sunshine Aprtment ni sbb ade sorg mamat bangla pegang iklan kat atas bukit simpang nk masuk aprtmnt tu

    bangla tu kata Sunshine ada kosong n dia bwk jumpe tokey cina kat pagar nk masuk aprtmnt tu

    skali tokey tu kata rm50 je 1mlm utk sebijik aprtmnt

    laki aku kata amatlah x logik harga begitu melainkan apek tu nk menipu kita,xpun hotel tu ade penghuni ghaib

    begitulah al-kisahnya

    Reply
  7. First kitorg pergi shunshine tahun 2008… Tempat tu mmg meriah… 2nd kitorg pergi lg satu family jer la…mmg dah pelik tmpt tu dah kurang org tp kami buat biasa jer…. Next kami pergi lg tahun 2016… Mmg dah tak der org….thun 2017…cuti raya kami pergi lg tmpt yg sama… Mmg kali ni btul2 rasa lain… Tmpt tu dah mula buat kitorg syak sesuatu… Huhuhu dah byk kali pergi baru skrg nk rasa pelik… Ada satu mlm tu husband trun seorg pergi beli Mkn…kitorg mls nk trun…dlm 15mnt hsbn dah pergi tiba2 pintu dpn Kene ketuk kuat2…pastu grill Kene goncang…dlm 40minit hsbn blik… Tnye dia ada naik balik tak…lepas trun td…hsbn ckp tak der….terus kami buat tak tau jer…

    Reply
  8. Assalamuailaikum .
    Sy baru saja balik bercuti dari hotel pd mayangsari .alhamdulillah x da gangguan ..rmai je org yg sewa hotel blok baru ni .siap ada seafood kat hujung blok sampai kul 1 pagi ..mana2 tempat mmg ada penghuni lain .solat la di dlm buat perkara elok .n jaga kebersihan .in sya allah selamat ..

    Reply
    • Betul tu setuju dgn anda…sy pun baru lepas menginap di salah satu condo di PD keadaannya mmg suram…smpi saje kami mengerjakan solat fardu…pd mlm kami bermalam tu terdengar spt org mengetuk pintu dgn kuat sebanyak 3x tp bila sy buka pintu xde siapa pun yg berada didepan pintu…kami tidur disitu dgn selesa hingga lah kesubuh hari…alhamdulillah

      Reply
  9. Fuhh seram gile. Dah rancang dengan member nak p bercuti ramai2 . Memang kena siasat habis ni klu nak sewa hotel ke apa ke..

    Reply
  10. Dr cerita ni sya rasa sunshine bay resort.pernh menginap kat sana tahun lepas.mmg bangunan nmpak seram & terbiar.lif tgkt 5-3 tdk bfungsi tpksa guna tgga.tgga plak gelap.kolam renang kotor byk najis burung even beranda pun kotor.actually sunshine ni view dr aprtment dia cantik sbb mmg btul2 mghadap laut.ktaorg satu fmly msa tu dpt rmh 3blik yg cntik dan bersih even washroom dia pun bersih cuma aircond tak brpa sejuk.

    Reply
  11. setakat ni duduk kat sunshine bay mmg x pernah di ganggu. tp org pd panggil tu lubuk maksiat. mayang sari mmg dah terkena. sunshine mmg nampak seram sikit. tak terjaga sbb owner xnak bayar maintenance fee.

    Reply
    • Better setakat nie sunshine ke mayang sari ker alhamdulilah…. Klu niat baik,baik la jdnye klu niat jahat 2 faham2 jer la… Ade yg x kne 2….sendiri mau igat la ye… Papepun kuatkan iman percaya pada yg 1….in sha Allah semua akan selamat….klu kne kcau jugak hehe(salam perkenalan ler tue)

      Reply
  12. hotel ni tempat aku kerja . sunshine bay resort . tapi alhamdulillah selama aku kerja dekat sini sebagai housekeeping takde pun apa apa gangguan . aku dengan member aku siap mandi kolam lagi malam malam

    Reply
  13. Dari amatan sy sunshine kot sbb Ade apek jaga, Ms sy honeymoon Sana DL, Tanya apek soap taw arah kiblat tu salute LA.. alhamdulillah xde gangguan, Ms tu 2013

    Reply
  14. Mase sye pergi nk tdo pagi2 buta dengar orng mengemas kat atas bising tpi tula pelik tkkn orng mengemas pagi² buta.pastu ade la skali orng ketuk pintu bilik bukk2 tkde orng tu jela.alhamdulillah la xde nmpk bnde bukn²

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.