Kan dah terkena!

Salam sejahtera aku ucapkan kepada pembaca Fiksyen Shasha. Harap cerita yang aku ingin sampaikan ini boleh hilangkan rasa bosan korang.

Seingat aku peristiwa ni sudah berlalu setahun lalu. Waktu itu, kecoh di kampung yang Makcik Azizah (Bukan nama sebenar) ditemui m**i dalam keadaan mengerikan dalam rumahnya.

Badannya terbaring kaku di ruang tamu. Wajahnya hancur macam dicakar binatang liar dan kulitnya pula pucat macam dah tak ada langsung d***h mengalir dalam badan dia. Mata arwah ketika itu terbeliak seakan memberitahu bahawa punca kematian dia adalah disebabkan oleh  ‘sesuatu’ yang menakutkan. Sempat aku lihat ada seorang wanita yang menyaksikan kejadian itu pengsan sebab terlalu terkejut lihat keadaan arwah. Tragik sungguh!

Aku tak terkejut langsung yang dia akan m**i dalam keadaan mengerikan macam itu. Lagipun, aku rasa yang aku sudah tahu kejadian ini angkara siapa. Yalah, dia yang nak sangat nampak ‘benda’ tu. Kan sudah dapat!

Peristiwa yang berlaku dua minggu sebelum kematian arwah bermain difikiran aku. Masih jelas di benak fikiran aku, bangga dan takbur wanita itu memberitahu pada semua orang di gerai makan, tempat dia dan ibu aku bekerja, yang dia boleh lihat benda-benda ghaib.

Aku ketawa terbahak-bahak ketika itu sebab tak percaya yang wanita itu boleh ada kebolehan macam itu. Lagi tak kering gusi aku dibuatnya bila dapat tahu ada manusia yang boleh percaya dengan cerita Makcik Azizah.

Setahu aku, hanya orang yang keturunannya berasal dari orang yang baik-baik sahaja yang ada kebolehan macam itu. Bagi aku, arwah bukan orang yang baik sangat. Sudah berapa orang yang berhenti di gerai makan tempat dia bekerja sebab tidak dapat tahan dengan perangai arwah. Malas aku nak bercerita buruk pasal arwah. Dia dah lama tiada kan. Semoga rohnya ditempatkan beserta orang-orang yang beriman.

Beberapa hari cerita itu tersebar, ibu aku mula mengadu yang arwah langsung tak memandang dia hari tu. Tak berbual malah arwah senyap sahaja sepanjang waktu bekerja di gerai makan itu. Selang beberapa hari itu, kecoh yang Makcik Azizah kata yang ibu aku ada bawa makhluk menakutkan di belakangnya. Kononnya Makhluk itu besar, berbulu dan bermata merah dan dikatakan selalu ada di belakang ibu aku sewaktu dia bekerja. Geram juga aku dengar desas desus tersebut. Sayang ibu lah katakan. Tidak mahu ibu dapat cerita yang bukan-bukan.

Aku tahu yang itu taktik janda itu sahaja untuk buat ibu aku dipecat di tempat kerja. Akhirnya, ibu aku ambil keputusan untuk berhenti di gerai makan itu sebelumdia dipecat.

“Rezeki Tuhan tu luas, Mir.” kata-kata ibu selalu aku pegang kuat hingga sekarang. Aku harap pada masa itu arwah akan dapat balasannya.

“Arghhhhhhhhh…!”

Jeritan Makcik Azizah ketika dia nampak lembaga itu cuba aku bayangkan. Kelakar!

Arwah pernah mengaku yang dia boleh nampak ‘benda’ itu. Kenapa arwah takut waktu makhluk itu muncul dihadapan dia? Kenapa jiran sebelah rumah arwah kata yang sewaktu 3 pagi itu arwah menjerit-jerit macam orang dah tak ada akal? Kenapa m**i? Tak boleh lawankah? Takut? Bagaimana boleh takut? Kata boleh nampak….

Anak arwah ada bercerita pada kami. Waktu 3 pagi itu, arwah ternampak susuk tubuh berbulu di hadapan pintu bilik air. Dia menjerit ketakutan  waktu itu sampai terkencing-kencing dalam seluar. Dia cuba berlari ke luar rumah tetapi kaki dia bagai disentap sesuatu menyebabkan dia jatuh dan kepalanya terhantuk kuat pada rak kayu di ruang tamu rumahnya. Aku yakin, perasaan sakit bercampur takut bukan kepalang itu lah yang buatkan dia meninggal.

Usai habis talkin dibacakan, aku dan ibu aku keluar dari rumah arwah dan mahu terus pulang ke rumah. Sempat aku tercuri pandang susuk tubuh tinggi berbulu yang sedang berdiri di belakang pokok pisang sebelah rumah arwah. Kalau tak kuat semangat, kompom pengsan melihat kehodohan makhluk tersebut.

Dia ada! Arwah nak sangat lihat benda tu. Kan dah dapat! Cepat-cepat aku berpaling arah lain. Aku tak mahu cari pasal. Nanti tidak pasal-pasal aku pula dia nak sakat nanti.

Sampai sekarang, aku masih ingat peristiwa tu. Cerita itu akan sentiasa segar dalam fikiran aku. Jangan mengaku yang kau boleh lihat benda yang kau tak boleh nak nampak. Dia ada! Dia dengar! Sekali dia tunjuk rupa dia di depan kau…nak menyesal pun tak ada guna masa tu. Silap haribulan boleh terkencing dalam seluar sebab ketakutan.

Kalau ada kawan sekeliling aku yang secara tiba-tiba kata yang dia ada kebolehan melihat benda ghaib, aku terus anggap yang dia tak wujud dan aku harap moga mereka tak senasib arwah Makcik Azizah.

Tamat.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

10 thoughts on “Kan dah terkena!”

  1. Ilmu dri mn yg mngatakan,hnya org baik2 je blh lihat bnde hlus ni? Cer prgi tuntut lgi ilmu yg blom mndalam tu,sekiranya kt rjuk perawat yg mlakukan rwtn islam, org yg blh mlihat bnde hlus ni bkn satu anugerah,tetapi dia hdapi mslh,xkiralh kluarga n kturunan dia bela saka ke,dia disihir ke..tetapi dpt lihat bnde halus ni bkn satu anugerah…lainlah sekiranya individu itu seorang perawat.Tak tahulah kisah ni rekaan atau btul tp sgt tidak patut dgn tidak hbs2 mburukkan org yg tlh meninggal…

    Reply
  2. Saya setuju dgn statement awak ni… tok guru mana ntah yg ajar dia,yg hanya org baik2 ja yg boleh lihat benda halus… kawan saya yg agak nakal pun boleh nampak sampai kena rasuk… tu nakal tu..

    Reply
  3. “Setahu aku, hanya orang yang keturunannya berasal dari orang yang baik-baik sahaja yang ada kebolehan macam itu. Bagi aku, arwah bukan orang yang baik sangat.”

    Mohon pencerahan dari mana kajian statement ni? Atau ada fakta?

    Lagi satu adakah ini maksudnya penulis ni mengaku dia orang baik-baik dan mulia sebab boleh nampak makhluk ghaib?

    Reply
  4. Kisah benar @ rekaan ? Waallahualam Bisawaf … tp sendiri kata ” malas nak cerita keburukkan orang sbb dia dh lama x ada..” … tp sebaliknya.. dr awal sampai ahir cerita … buruk nya saja yg aq baca.. maaf klu terasa ..

    Reply
  5. Ayat dia yg berbunyi lbh kurang mcmni hanya org baik2 shaja yg diberi kelebihan utk melihat bende2 mcmtu sbnrnya dia nk tnjuk yg dia tu asal dri org baik2..sbb last cerita tu dia bgtau yg dia smpat melihat bende tu sblm dia blik rmh kan..walhal dia pun bkn org yg baik asyik dok mngutuk org yg tlh pergi..sburuk2 sikap iaah org yg suka mbuka aib org apatah lagi org tu sudah pergi…

    Reply
  6. Maaf kalau sy komen sikit ye. Tak semestinya orang-orang yang baik sahaja yang boleh lihat “jiran” dunia sebelah ni. Yang jahat pun Allah bukakkan hijab dia sekiranya itu adalah petunjuk yang Allah nak bagi pada dia untuk dia berubah. Kun Fayakun sis/bro. Hidayah Allah ni dalam macam-macam bentuk. Tak baik kita bersangka buruk sesama sendiri. Mungkin zahirnya si arwah ada buat kejahatan. Tapi tak salah kalau kita memaafkan antara satu sama lain.

    Reply
    • aku pun bape kali jumpe…10 kali jumpe pun 10 kali seram siak…nk nk mase jumpe pontianak…kiwak tul…menggigil satu badan…al fatihah pun aku bleh lupe…inikan pulak ayat kursi…tipu la kene asal dri golongan baik baik je..aku kije sekuriti kot…bnyk kali jumpe…sume rase nak terkencing…2 kali jela betul terkencing…sbb benda ngikut g pos…aku xnk share…nanti org takut kije sekuriti plak…hahaha…semoga anda bergembira…aku pun hrp ,aku gembira gak kalau boleh da xnk nampak…ni punca pasal keturunan belah bapak aku ler…bela saka punye psl…yg penting…hati mau steady bhai baru dpt gaji….

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.