Tak akan dilupakan

Nama aku Ida. Aku mula kena sakat dengan setan ni waktu 12 tahun. Sekarang aku da 24 tahun. So memang kaw-kaw lah dia kacau. Lagi-lagi masa aku nak ambik UPSR.

Malam tu dua hari sebelum UPSR. Dalam pukol 4 pagi camtu la aku bangun buat solat hajat. Yela, UPSR dah dekat kan. Mesti nk lulus. Lepas aku dah siap ambik wuduk, aku pun pergi kat ruang tamu, buka semua tingkap biar angin sejuk masuk. Sebab abah tak bagi bukak air cond sepanjang masa. Katanya bazir elektrik. Bila ramadan je boleh bukak. Lepas dah rasa angin aman lagi segar masuk, aku pun pakai telekung, ampar sejadah. Haa, waktu ni lah gangguan jilake mula berlaku…

Aku angkat takbir, pintu rumah kena ketuk kuat. Aku tahu memang ada nak buat aku tak khusyuk. Aku pon buat bodoh je. Lepas tu, ketukan tu senyap. Tapi, haa. Dia berani betul! Dia masukkan tangan dalam tingkap rumah aku. Aku dah fikir, nak-nak je aku pergi tutup tingkap. Biar cabut tangan. Tangan dia warna hitam. Kuku panjang jugaklah. Mujur aku tak buka tingkap utama kat sebelah pintu utama. Sebab tingkap tu besar. Budak umor 5-6 boleh masuk. Kalau aku bukak, mahu dia masuk sekali join aku sembahyang.

Lepas baca doa itu ini, aku pun cabutlah telekung apa semua tu. Last2, aku nampak ada kelibat baju warna merah gelap jalan ke dapur. Berderau darah aku! Tiba-tiba, lampu bilik dapur terbuka sendiri! Aku pun dengan berani pergi intai. Ya tuhan! Aku nampak mak aku tengah minum air masak kat dapur. Fuhh, punya lah brdebar. Mak aku pun tegur,

“Long, dah mayang ke?” (Loghat trengganu)

Aku jawab la, “Ho bu. Mayang hajat. Lusa dah nk priksa,”

“Mu dok dengor ke ade setang kat luar tu,” mak aku punya soalan tu menyentap jiwa dan raga. Ingatkan aku sekor je dengar menatang tu buat hal. “Dohlah, dakyoh care mende-mende gitu. Ye nok kacau along je tu,” Mak aku pun masuk bilik balik. Aku pun. Hmm OK. Bila aku baru nak melangkah masok bilik, lemah lutut aku. Setan tu elok je berdiri kat laluan dapur. Okey, okey, tadi tu memang mak aku k. Muka merah menyala. Baju lusuh warna putih. Mata dia terbeliak. Aku pon terus langkah seribu masuk bilik. Esoknya aku demam. Mujur hari UPSR tu aku tak demam. Tapi sampai arini boleh bayang muka dia. Dahlah senyum sampai ke telinga. Bibir merekah hitam. Huhuhu.

Ni kedua punya waktu aku masuk asrama Imtiaz sebab keputusan UPSR aku masa tu agak memuaskanlah. 5E bohh. Tipu je. Ada dalam 4 A dan beberapa B. Entah tak ingat dah. Aku masuk dalam bilik aku, aku nampak Shira, roommates aku, tengah study. Aku pun tegurlah dia. Yang aku peliknya, baru beberapa langkah aku nak pergi tegur, telefon berdering. Berdegup kencang aku bila nampak nama Ashiira kat tefon. Sah! Benda tu nak kacau aku. Aku pon jawab panggilan tepon tu. Tau tak apa Shira kata?

“Wei Idah, aku ngan Mira ada kat surau. Mu gi ane? Puas aku ngan Mira cari. Mu tido ke mende? Derah turun! Ustaz Loh nk mari doh nim”.

Aku toleh ke meja belajar Shira. Ya Allah! Kat tingkap tu ada kepala elok terjuntai. Mata betul-betul tengok aku! Apa lagi, berdesup aku turun. Sampai satu masa, aku tersembam sebab terpijak tali kasut sendiri. Aku boleh nampak setan tu kejar. Tapi slow. Aku pon dengan menangis, mata bengkak lari ke surau. Dan semua nampak aku pelik, muka pucat, mata berair dan paling seram, Ustaz Loh nampak setan tu belakang aku. Eiii, tak takot pulak nak masuk surau. Ustaz Loh tiba2 bangun pergi kat aku, Shira n Mira terkejut. Semua pandang aku saspen. Ustaz Loh baca ayat apa entah pastu tiba2 badan aku rasa panas. PANAS. Aku mengelepar teruk sampai Mira yang berlari kat aku. Aku dan Ustaz Loh ingat dah habis gangguan ni. Rupanya makin teruk!

Aku dah tak sedar tapi Shira kata badan aku bongkok ke belakang then merangkak ke arah Cikgu Fifah. Mira pulak berani pergi kat aku dia kata apa tau,

“Weh Idah! Jangan usik kami camni.”

Mak aih, terlajak brani dia ni. Ustaz Loh tarik lengan dia. Aku waktu tu dah terjerit macam orang sawan. Cikgu Fifah pulak bertempik kuat. Padahal selama ni dia punyalah cikgu paling garang. Paling bahaya, aku meracau sampai langsir-langsir aku tarik cabut. Album yang ada nama ALLAH ngan MUHAMAD aku pecahkan.

Ustaz Loh pun mari kat aku, dia baca ayat, dia tepuk belakang aku. Aku terjelepuk pastu muntah2. Aduhh sian makcik cleaner kena bersihkan muntah aku. Ustaz Loh pun pesan, sapa2 yang datang bulan tolong keluar. (Actually Cikgu Fifah ni tak kira dah, sapa haid ke tak haid ke wajib masuk surau sbb takut ada yang melayang ke mana-mana.) Lepas tu, Ustaz Loh paksa setan tu bincang kalau tak dia bunuh setan tu. Badan aku kembali normal dan aku bersila depan ustaz. Setahu aku apa yang diceritakan Mira, aku cakap camni…

Ustaz: Siapa kau?
Aku (Setan tu): Jin
Ustaz: Kenapa kau masuk dalam jasad ni?
Aku: Aku perlukan jasad ini untuk tuanku
Ustaz: Siapa tuanmu?
Aku: A…amalin
Ustaz: Di mana dia sekarang?

Aku muncungkan mulut aku kat luar. (Maknanya si penyantau tu kat luar.) Serius aku tak sangka dia yang santauu aku.

Ustaz: Aku arahkan kau keluar sekarang!
Aku: Tapi tuanku belum bagi makan.
Ustaz: Kau mahukan jasad ini sebagai makanan?
Aku: Tuanku suruh.
Ustaz: Kalau begitu, keluarlah kau. Aku tidak mahu sesiapa disini menjadi mangsa kau.
Aku: Tidak.
Ustaz:Kalau begitu, aku terpaksa…

Ustaz Loh dia jampi pastu dia bawak keluar ape ntah. Alah yang benda elok letak kat bahu ulama tu. Selempang namanya. Ustaz baca2 last2. ZUPPPP. Libasan perit kena belakang aku. Aku jerit pastu pengsan. Pucat badan aku. Ustaz keluar panggil Amalin. Ustaz tak sangka umur 15 dah pandai santau orang. Amalin kena gantung sekolah sejak itu…

Aku pulih tapi hijab terbuka. So aku cuba berikhtiar dengan mana2 ustaz sekitar sini. Sekian…

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 comments

  1. Gila betul Amalin tu..main dgn setan dr kecik agaknya suka hati dia nk menyantau org..mau benda tu mkn diri dia blk br ada akai

  2. Bosan aku dgn kisah hijab terbukak ni. Nampak setan sikit je terus claim hijab terbukak. Kadang2 tu setan tu sendiri nak munculkan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.