Dia Masih Ada

Assalamualaikum buat pembaca dan peminat cerita seram di fiksyen shasha dan di mana sahaja anda berada.

Nama aku Nana. Aku asal di sebuah negeri di Pantai Timur tanah air. Aku dah pernah tulis cerita ni separuh jalan, tiba-tiba hilang pulak…jadi aku ambil masa sikit type semula..demi penggemar kisah momok dah supernatural..

Aku berusia di lingkungan 30-40an. Kisah yang bakal dikongsi di sini adalah sejarah silamku. Pada suatu ketika dahulu, ketika umurku sekitar 17-20an, aku sering diganggu dengan penampakan makhluk halus. Ketika aku belajar di uni di shah alam,selangor, kerap juga aku diganggu. Tapi di sini aku tak ingin menceritakan kisah itu, di sini aku mahu bercerita tentang kenapa aku diganggu dan macam mana aku dapat menghindarkan diri dari gangguan yang membelenggu diriku selama ini.

Sepanjang aku belajar, semasa tinggal di rumah sewa di sekitar uni, aku seringkali ditindih…boleh kata setiap hari aku ditindih..tapi mujurlah, masa tu syaitan yang mengganggu tu tak menampakkan wajah…kalau tak mau aku hari-hari histeria…asal tertidur tak baca ayatul qursyi, al fatihah dan 3 kul je, aku kena tindih…perasaan masa tu jangan cerita la…mula-mula kena tindih tu aku punya gakut toksah cerita la..berpeluh-peluh..dalam rumah sewa pulak ada 4 orang menyewa sekali tapi aku duduk bilik seorang.. konon-konon nak privacy sangat…kalau kena tindih nk menjerit panggil orang pun tak keluar suara…badan kejang je…selalunya aku cuba lawan, dan dari pengalaman berkali-kali kena tindih, aku perasan, kalau baca ayat suci dalam hati, memang syaitan tu tak lari..jadi aku akan sedaya upaya baca ayat suci sampai terkelur suara…barulah aku akan terlepas dari tindihan. Sebab selalu sangat aku ditindih, sampai satu masa aku jadi marah kerana tidur diganggu dan tidak takut sangat…faktor seram tu takde sangat sebab aku tak nampak benda yang menindih…

Lepas habis belajar di uni, aku kembali ke kampung halaman. Aku mula berkerja di bandar K dan tinggal bersama ibu bapa. Masa ni umur dalam 26 tahun. Mula-mula semua ok, sehinggalah suatu hari masa aku tengah sedap tidur di bilik, aku terjaga dengan tiba-tiba sekitar jam 3.00 pagi…angker sangat kan jam 3.00 pagi ni…kalau ikut cerita conjuring, ada sebab kenapa gangguan start pukul 3.00 pagi…nak tahu kenapa? Kenala tengok cerita conjuring sendiri…tapi bagi aku alasan tu cuma bidaah semata-mata…okla…balik pada topik, aku terjaga pagi tu dengan suasana gelap dan sejuk…dekat pantai timur ni jarang ada anjing liar, kalau ada pun dah lama org kampung buru dan tembak. So kalau ada bunyi binatang pun bunyi kambing je la kut. Ok aku bukak-bukak mata je, korang tau apa aku nampak? Dekat hujung katil aku dekat kaki ada 2 lembaga hitam berdiri. Satu rendah satu tinggi. Diorang tak cakap pape..and aku tak nampak muka makhluk-makhluk tu. Yang aku nampak ialah 2 ekor lembaga hitam cuba kacau aku tido…satu hal je bab aku tido, aku cukup marah kalau ada benda/orang/makhluk kacau……

Aku sebenarnya takdela terkejut sangat tengok lembaga-lembaga tu sebab aku dah biasa kena tindih…tapi esoknya, masa aku di ofis, aku fikir ni takleh jadi…aku kena do something…aku bagitau member aku nama Fini pasal benda ni. Si Fini pulak memang biasa jumpa tok moh dan pakar perubatan sama ada islam atau sebaliknya. Tapi aku warning siap-siap aku tak main bomoh-bomoh ni…

Lepas dia riki-riki, satu hari tu dia bawak aku jumpa sorang ustaz tu. Ustaz tu berubat orang kt rumah dia..jadi kami berdua pun pergi la..sebenarnya tujuan utama gi jumpa ustaz tu sebab masalah si Fini tu dengan jodoh dia..ada orang hantar sihir nak putuskan hubungan dia dengan tunang dia. Dia ajak aku sekali, jadi aku ni asalnya pegi sebagai peneman je. Lepas selesai ustaz tu ubatkan Fini, turn aku pulak. Ustaz tu (aku taknak bagi nama nak panggil ustaz tu je), suruh aku berlunjur depan dia mengadap kiblat. Lepas tu ustaz tu baca ayat-ayat suci…sambil tanya-tanya aku soalan…to be honest aku takde la rasa panas ke, menggelupur ke apa sepanjang ustaz tu dok baca-baca tu…tapi paling terkejut aku bila ustaz tu tanya, “…keluarga awak ada bomoh tak…” Aku dlm hati “…ah shit, macam mana ustaz tu boleh tau…”

Ceritanya macam ni..aku ni ada moyang tok guru silat yang pandai mengubat orang…orang dulu-dulu. Orang panggil dia Tok Yunus…tinggi ilmu silat dan ilmu duniawi…daripada cerita arwah nenek, ayah dia tu ada belaan…harimau atau dipanggil Hala…keturunan kiroang jugak ada lagenda yang mana tok nenek bertukar jadi harimau jadian dan lari ke hutan, belok ke pantai…eh…melalut pulak…
Part lari ke hutan tu betulka…siap ditinggalkan selendang pattern retak seribu utk harimau jadian berkenaan kenal anak cucu…kesahnya…

Tersentak dari backflash, aku jawab ustaz tu “ada ustaz…” Dia angguk je. Faham dah sah dia punya pendapat…lepas tu ustaz tu bukak cerita…” Takde, yang awak nampak tu cuma penjaga awak…turun temurun dari tok nenek..suruh jaga…” Dengan satu lagi, ada orang nak kenakan awak ni…sihir melalui makanan..orang yang awak percaya…kalau tak buang ni jadi penyakit dalam badan…” Tapi ustaz tu tak cakap siapa yang buat…sepanjang mengubat aku, ustaz tu aku dengar bercakap-cakap “…pergilah tinggalkan dia…” Lepas tu dia cakap-cakap lagi macam halau makhluk tersebut supaya nyah dari sisiku…

Lepas habis tu ustaz tu bacakan ayat suci dekat air putih dan suruh aku minum. Sebelum balik ustaz tu juga bagi aku ayat-ayat al -quran untuk diamalkan dan beberapa amalan seperti rebus tangkai itu dan pucuk ini untuk dibuat air minum (yang mana aku tak buat).

Masa perjalanan balik si Fini tu cakap, lama betul ustaz tu ubatkan kau eh…lagi lama dari aku…aku sengih jela..nak cakap apa…

Setelah berubat dengan ustaz tu, alhamdulillah takde penampakan dan kejadian tindih menindih lagi yang menimpa diriku. Tahap kronik aku nye hijab dah tertutup rapat sampai tahap laki aku kena kacau setan macam mana pun, aku tetap tak nampak pape. Ras meremang pun kurang. Tapi aku still percaya diorg ni still out there…cuma aku taklah sengeri dulu.

Ada sekali tu laki aku nampak pakcik tua kat hujung sliding door bucu bilik hotel di langkawi, aku boleh selamba je baca-baca yat suci sikit pastu sambung tido…laki aku tak tido sampai ke pagi…

Sekali je aku rasa benda tu still ada dengan aku, masa aku terdengar musik orang main silat. Masa tu aku ada practice dikir barat untuk persembahan ofis. Tempat aku berlatih tu macam kg kebudayaan gitula…satu hari tu diorang ada buat latihan silat kat situ…pasang muzik silat tu aku tak tau orang panggil apa muzik tu. Jantung aku tiba-tibe berdegup kencang. Badan aku rasa panas…aku semacam nak bangun bersilat kat situ sedangkan pada hakikatnya aku tak belajar silat pun…aku berpeluh peluh melawan perasaa dan debaran memuncak sampaila muzik tu habis…mengucap aku masa tu…dan pada masa tulah, aku tahu, bahawa gangguan pada diru aku tak hilang macam tu je…diorang cuma tunggu masa…

Wassalam…

Salam seram,

Nana

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nana
Dia Masih Ada
8 (80%) 23 votes

One comment

  1. Bab gendang silat tu ada 2 jenis..
    1-ada dampingan..kalau dengar bunyi gendang silat dia akan panas,bukan saja bunga silat yg dibuka tp siap mengamok cabar org lawan..
    2-tindakan refleks..bg yg betul2 hayati seni tari silat dia akan gerak sendiri tanpa sedar(tlalu asyik) bila dengar bunyi gendang silat,biasanya hanya tari/bunga silat saja..tak la sampai mengamok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.