Nenek sapa tu?

hye assalamualaikum.. kalini turn aku nak kongsikan pengalaman aku di Fiksyenshasha untuk pertama kalinya. Cerita ni mungkin seram & mungkin tak bergantung pada pembaca nak bayangkan macamana situasinya nanti. Ok nama aku Duan kisahnya jadi di tahun 2019 tapi kenangan tu masih simpan kemas di ingatan sebagai pengalaman pertama jumpa benda mistik ni.

Kisah bermula masa aku balik kampung di Sarawak atas sebab kontrak kerja dah habis di Selangor jadi, macam biasalah bila dah jadi penganggur ni kerjanya memang merayau je petang petang hari. Pada suatu petang tu, keluarlah lepak di gelanggang takraw sekolah sana & jumpa kawan kawan lama sembang itu ini & nak di jadikan cerita, adalah sorang kawan dari kampung sebelah ni nama dia Aizul dia minta tolong untuk tengok tengokkan rumah dia & rumah tu rumah pusaka keluarga dia. Dia ni nak keluar selama 2 hari di sebabkan dia ada uruskan hal tanah katanya di bandar sana & tak taulah kenapa dia nak juga aku yang dia bagi amanah tu mungkin dia percaya lebih banding kawan dia yang lain yang ada rekod  jenayah tu hahah.

Selang berapa hari lepastu sebelum si Aizul ni bertolak ke bandar dengan bini dia & rumah tu pun di tinggalkan kosong. Lepas subuh lagi dia dah bagi kunci rumah & dia suruh on kan lampu sebelum malam dari lampu depan lampu bawah rumah lah habis segala lampu dia minta hidupkan & juga bagi ayam itik dia makan sebelah pagi sebagai kawan yang baik, aku pun cakap ok jelah memandangkan dia pun banyak sedekah duit masa tengah pokai dulu.

Maka petang hari tu, agak terlambat juga nak pergi rumah si Aizul ni dalam pukul 6.10pm camtu aku dengan tergesa gesanya capai kunci moto cabuk abang aku & berlalu merempit oh yaa kalau di Sarawak ni 6.30pm tu hari memang dah hampir hampir gelap dah. Sampai ja di rumah si kawan ni aku pun parkinglah moto tepi jalan lalu aku pun keluarkan kunci rumah si Aizul ni. Agak banyak juga kunci dia ni semua hampir sama sampai tak tau mana satu kunci pintu depan dia ni tapi ada satu kunci jenis Mortice Key yang memang aku tau ni kunci pintu belakang & sangkaan ku memang betul memang itu kunci belakang pun.

Sampai ja di pintu belakang tu, aku pun buka pintu siap engsel pintu tu berkeriut lagi seolah penambah perisa effect macam dalam filem horror. Berbekalkan lampu flash telefon, aku pun tercari di manalah suis lampu rumah tu dari hujung rumah ke hujung rumah meneroka baru jumpa suis lampu depan & ruang tamu. Biasalah rumah kampung ada yang ikut suka hati dia je merata buat wiring lampu rumah letak suis pintu bilik pun boleh jadi tepi jamban & lampu yang last ni lampu bawah rumah suis betul betul berada di sudut dapur.

Dalam keadaan gelap perjalan menuju ke di sudut dapur tu, mata ni pun melilau lilau sampailah mata ni terpandang ke meja makan sana yang buatkan aku agak tersentak. Dalam samar samar malam tu aku perlihatkan susuk tubuh orang tua berpakaian lusuh yang tengah duduk di kerusi meja makan seolah sedang makan & sedang membelakangi aku. Masa ni aku belumlah rasa seram sangat cuma rasa cuak sikit sikit saja.
dan aku pun tak tahulah kenapa aku cakap macam ni…

“saya nak on lampu? Aizul yang suruh tadi pagi..”

Lalu aku pun tekanlah suis lampu bawah rumah & bila palingkan balik kepala ke arah meja makan tu dengan bantuan flash light hp, bederau derau rasa d***h aku kalini benda tu bediri tegak pula tengah pandang aku. Boleh pulak benda tu senget sengetkan kepala. Kalini memang aku dah tak tahan lantaklah tu manusia ke hantu ke tapi memang aku nak berambus dari rumah tu.

Yang paling bangangnya boleh pula aku berlari ke ruang tamu menuju ke pintu depan. Dalam keadaan panik tu, aku pulas pulas tombol pintu tu memang tak boleh buka lah pintu tu kunci pun tergantung di pintu belakang sana. Kalau nak balik ke pintu belakang sana memang tak lah maunya benda tu terkam ke mengilai ke tak tambah haru jadinya. Dalam keadaan gopoh gapah tu, aku buka tingkap daun yang ada di ruang tamu macam dalam iklan adabi tu.

Dengan tak fikir panjang aku terjun ikut tingkap sampai tersembam muka ke tanah nasib tak tinggi sangat. Dalam berlari terhuyung hayang tu aku capai moto sambil terkinja kinja nak hidupkan moto mana taknya kaki dahlah lenguh terjun tadi. Sudahnya aku sorong moto tu laju laju & masuk gear 1 baru hidup fuhh tarik nafas lega aku.

Dalam perjalan tu aku bemonolog.. siapa orang tu? nenek si Aizul ni dah bertahun tahun meninggal lagi pula si Aizul pun cakap diorang cuma tinggal dua orang ja & si dia pun balik balik mengadu sedih masih berdua belum dapat zuriat walaupun dah 2 tahun kahwin. Ahhh nantilah fikir pasal tu kataku dalam hati yang penting balik dulu hahah.

Sampai ja di rumah aku cuba buat macam biasa ja & aku risau dengan pintu belakang rumah si Aizul masih terbuka tu sudahnya kebetulan ada abang aku di rumah tu aku cakaplah kat dia….

“Bang kau pergi ke rumah si Aizul aku lupa lah nak tutup pintu belakang umah dia tadi tegesa gesa sebab lapar sangat ni tolonglah please malas nak keluar lagi”

sambil aku buat muka bodoh walaupun macam tak logik ja penipuan aku ni, asalkan dia pecaya sambil rasuah dia sikit sikit hehe.

“Ahh!! kau memang semua benda nak lupa bakk! kunci tuu”.

Nak di pendekan cerita, takda pulak abang aku kena kacau apa semua yelah dia tu hati kering sikit. Maka untuk esoknya, aku buat buat demam beli ‘Kool Fever’ tampal kat dahi alasanya malas nak pegi umah tu lagi semua amanah aku bagi dekat abang aku tu bagi ayam itik makan, on lampu. Balik balik juga dia marah kat aku tapi tengah ‘demam’ kan mana boleh marah lebih lebih hahhah.

Di pendek cerita lagi, Aku adalah tanya Aizul ni sikit pasal gangguan di rumah dia tu tapi aku tak cerita ke seluruhan lah nak jaga hati hehe.
Yaa memang ada gangguan tapi sekadar bunyi bunyi jelah tapi yang jadi dekat aku bukan main hardcore pula haihh entahlahh hahah.

oklah sampai sini jelah.. mungkin cerita ni macam ada cerita rekaan & terpulang kepada pembaca tapi cerita ni lah yang betul betul jadi pada aku oklah terima kasih dah baca sampai habis assalamualaikum ciauu!!!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Duan
Rating Pembaca
[Total: 46 Average: 4.4]

3 comments

  1. fuhhh gila seramm wehh… xbleh bayang aku di situasi mcmtu.. dgn senget2 kpala,, sapa tak panik weii…. best lah cerita ni,👍🏽 cuma tu lah,, noktah tadak wei.. jenuh baca xcukup nafas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.