Dendam Dahlia

Salam admin dan pembaca semua. kali ni penulis Ariff Budiman membawa anada ke tahun 1940an. Selamat membaca. Terima kasih admin.

Kisah ini berlaku pada tahun 1940an. Ia di ceritakan di hadapan penulis. Pak Malik hidup bersama isterinya Mak Zainab serta anak tunggal mereka Dahlia. Tugas Pak Malik hanyalah mencari kayu dan rotan-rotan di dalam hutan. Kadang-kadang dia membawa pulang ayam hutan yang di tangkapnya di dalam hutan hasil dari jeratnya. Dahlia merupakan seorang gadis yang tidaklah begitu cantik berbanding gadis-gadis lain di dalam kampung yang menjadi kegilaan anak muda. Badannya sedikit gempal dan pendek. Mungkin di sebabkan tubuh badannya begitu dia sering menjadi ejekkan anak muda
“ Beruang…datang. Lari..lari “. Kata anak muda bila melihat dan bergelak ketawa. Dahlia menyedarinya. Walaupun hatinya pilu tapi dia masih mampu menyembunyikan kesedihannya. Tetapi bila dia berada di rumah, di situlah dia meluahkan segala isi hatinya. Dia menangis sepuasnya.

“ Sabarlah Dahlia. Ibu turut bersimpati terhadap Dahlia. Maafkan ibu “. Terdiam Dahlia bila mendengar ibunya meminta maaf
“ Ibu…Bukan salah ibu mengandungkan Lia. Lia ucapkan berbanyak terima kasih kerana ibu dan ayah telah memberikan kasih sayang kepada Lia. Cuma Lia merasa sedih dengan masyarakat kita. Adakah hina keadaan Lia ini ibu “. Terus Mak Zainab memeluk anaknya. Pak Malik mendengar dari luar. Terduduk dia di pelantar kesedihan mengenangkan penderitaan batin yang di tanggung anaknya. Dahlia cuba bergaul dengan rakan sebaya tetapi bila dia ada bersama mereka, tentu ada saja kerja rumah yang perlu rakan-rakanya lakukan. Dengan tergesa-gesa mereka meninggalkan Dahlia. Dalam kesemua rakan-rakannya hanyalah Bunga yang memahami perasaan Dahlia. Dialah tempat Dahlia meluahkan isi hatinya.

“ Bunga. Apa pendapat ko tentang Megat “. Tanya Dahlia.
“ Kau ada hati terhadap Megat ya “. Usik Bunga dan Dahlia hanya tersenyum.
“ Megat baik orangnya. Dia memang sepadan dengan kau lah Lia “. Gembiranya hati Dahlia mendengar akan kata-kata sahabatnya
“ Betulkah apa yang ko cakapkan ini “. Tanya Dahlia
“ Pernahkah aku persendakan mu “. Akhirnya Dahlia mengalah
“ Aku ingin berkenalan dengannya Bunga. Boleh kau tolong aturkan “. Tanya Dahlia dan Bunga bersetuju untuk mempertemukan Megat dengan Dahlia. Tiba masanya mereka akan berjumpa. Dahlia kelihatan begitu gembira. Sesekali dia menyanyi seorang diri sambil bersiap.
“ Ko nak kemana Lia. Kelihatan gembira sekali “. Tanya Mak Zainab
“ Lia nak berjumpa kawan ibu “. Jawab Lia sambil tersenyum
“ Kawan ko lelaki ke perempuan “. Usik Mak Zainab yang sudah dapat mengagak perubahan anaknya. Ibu mana yang tidak gembira bila melihat anaknya gembira.

“ Ahh…Ibu ni ada-ada saja. Lia pergi dulu ibu “. Kata Lia
“ Yalah Lia. Hati-hati berjalan tu “. Kata ibu dan Lia terus berlalu pergi menuju tempat yang telah di janjikan iaitu di persisiran pantai. Bila Dahlia tiba, Megat sudah berada di sana.
“ Assalamualaikum abang Megat. Sudah lama menanti Lia ke “. Tanya Dahlia
“ Siapa menanti ko. Aku menanti Bunga. Kami berjanji akan bertemu di sini “. Jawab Megat. Kasar suaranya
“ Tapi Bunga sudah atur untuk mempertemukan kita berdua “. Kata Dahlia
“ Dahlia…Dahlia. Siapalah ada hati nak berjumpa dengan ko. Gempal dan pendek “. Perli Megat dan tiba-tiba Bunga berada di depannya.
“ Bunga….Betulkan ko yang atur pertemuan aku dengan Megat “. Tanya Dahlia kepada Bunga
“ Ha..ha. Kau gila ke Dahlia. Aku yang nak bertemu dengan Megat tapi kau mengaku aku yang mengaturkan pertemuan kau dan Megat. Pulanglah perempuan gempal “. Perli Bunga dan Dahlia betul-betul tersinggung.

“ Sampai hati ko Bunga mempermainkan perasaan aku. Aku sangkakan kau sahabat aku tapi rupanya kau menikam aku dari belakang. Aku bersumpah atas nama ibu aku, kamu berdua pasti akan menyesal. Lagi sekali aku ulang kamu berdua pasti akan menyesal “. Terus Dahlia berlari pulang dalam keadaan esak tangis. Dari jauh dia terdengar Bunga dan Megat mentertawakannya.
“ Hari ini kamu tertawakan aku. Kelak kamu pasti akan menangis “. Bisik hati kecil Dahlia sambil berlari pulang.
“ Ibu..ibu….”. Dari jauh Dahlia menjerit memanggil ibunya. Tergesa-gesa Mak Zainab dan Pak Malik keluar. Terus Dahlia memeluk ibunya.
“ Ya Allah…Kenapa ni Lia. Siapa yang buat Lia macam ni “. Tanya ibunya
“ Lia tak mau hidup lagi ibu…ayah. Kejamnya dunia ni. Apa salah Lia. Sebab Lia gempal dan pendekkah maka Lia di permainkan begini “. Pak Malik hanya menunduk. Sedih dan bercampur marah bila anak kesayangannya di permainkan
“ Sabarlah Lia. Allah sedang menguji kamu “. Pujuk ayahnya walaupun hatinya turut terkesan.

Dahlia terus masuk kedalam biliknya. Dia duduk di hadapan cermin lalu diambilnya pisau yang berada di atas almari. Di turisnya lenganya lalu darah meleleh keluar. Di tadahnya darah ke atas tapak tangannya lalu melumur mukanya dengan darah…
“ Aku bersumpah..Aku akan membalas dendam terhadap mereka yang mempersendakan aku. Haha….”. Dahlia ketawa seorang diri di dalam biliknya
“ Abang….Lia kenapa ni. Ketawa seorang diri di dalam biliknya. Tolong tengokkan. Saya risau lah bang “. Kata Mak Zainab kepada Pak Malik. Terus Pak Malik mengetuk pintu Dahlia
“ Lia…Lia..Buka pintu nak. Kenapa ketawa seorang diri ni. Jangan bagi ibu dan ayah risau “. kata pak Malik
“ Lia tak apa. Ayah dan ibu jangan risau “. Kata Dahlia. Ayah Dahlia terus berlalu bila mendengar kata-kata anaknya tapi jauh di lubuk hatinya banyak persoalan sedang bermain di fikirannya.

Esoknya di awal pagi Dahlia telah bersiap-siap. Ibunya risau bila melihat kelakuan anaknya yang begitu serius
“ Ko nak pergi mana Lia. Kan masih awal lagi “. Lia hanya membisu mendengar pertanyaan ibunya.
“ Lia..Ibumu bertanya. Kenapa Lia diamkan diri “. Kata si ayah
“ Lia nak keluar mencari ketenangan ibu..ayah “. Ringkas jawapan Dahlia tapi sudah hilang keceriaan seperti selalu
“ Tidakkah di rumah ini Lia sudah hilang ketenangannya “. Tanya ibu
“ Lia nak berjumpa kawan. Lia pergi dulu ya ibu..ayah “. Terus Dahlia melangkah dengan tergesa-gesa.
“ Abang. Kenapa dengan anak kita ni bang. Nab bimbang la kalau dia melakukan sesuatu “. Kata Mak Zainab
“ Abang pun rasa begitu. Kita tunggu dia pulang nanti “. Pujuk Pak Malik.

Dahlia terus melangkah dengan lajunya. Destinasinya ialah pondok yang terdapat di lereng bukit. Di situlah dikatakan tinggalnya seorang bomoh yang handal. Apa jenis masalah semua penduduk kampung berjumpa dengannya. Dahlia telah bertekad untuk berubah. Dendamnya terlalu kuat. Orang yang pertama ialah Megat dan Bunga. Dalam perjalanan, Dahlia bermain dengan perasaannya sendiri. Terbayang muka ibu serta ayahnya. Terus dia mematikan langkah lalu berpatah kembali. Kemudian dia terbayang wajah Megat dan Bunga terus Dahlia berpusing dan berjalan menuju ke pondok. Terdengar gelak ketawa mereka mempersendakan Dahlia dalam mindanya. Hatinya kembali panas membara. Mereka semua perlu di ajar. Dahlia sudah hilang kesabarannya. Dari seorang gadis yang lemah lembut, Dahlia telah bertukar menjadi seorang pendendam.
“ Kau akan terima balasannya Megat…Bunga “……

Dahlia mempercepatkan langkahnya menuju pondok di lereng bukit. Akhirnya dia tiba di pondok usang..
“ Mak Edah…Oh Mak Edah “. Dahlia memanggil tok bomoh dari luar. Tiba-tiba pintu di buka. Agak gementar Dahlia bila ini pertama kalinya dia menjejak pondok usang ini.
“ Masuk la. Nama kamu siapa dan apa hajat kamu ke sini “. Tanya Mak Edah. Dahlia memperkenalkan dirinya dan menceritakan apa yang berlaku terhadapnya dan tujuan dia datang kemari.
“ Hehe. Jadi kamu mau cantik untuk membalas dendam ya “. Tanya Mak Edah
“ Ya Mak Edah. Saya harap Mak Edah dapat membantu hajat saya “. Jawab Dahlia
“ Hehe..Jangan risau. Mak Edah akan bantu kamu. Mereka akan kagum melihat paras rupa dan badan kamu dan dari situlah kamu membalas dendam kamu. Hehe “. Dahlia mengukir senyuman. Dia sudah dapat bayangkan mereka yang menpersendakannya menanggung derita. Dia sudah mula di resapi hasutan iblis. Dia sudah mula melupai ibu serta ayahnya.

“ Sebelum Mak Edah nak teruskan, Mak Edah hendak bertanya kamu dahulu. Adakah kamu pasti nak meneruskannya sebab bila kamu sudah melangkah, kamu tidak boleh berpatah balik. Itu pantangnya “. Kata Mak Edah. Dahlia terdiam berfikir. Akhirnya Dahlia terus bersetuju untuk meneruskan niatnya. Dia sudah bertekad. Mak Edah terus membakar kemenyan. Semerbak bau kemenyan memenuhi ruang pondok usang. Terdengar jampi mentera dari Mak Edah.
“ Kamu letakkan muka kamu di asap kemenyan ini “. Dahlia menuruti perintah Mak Edah. Terasa pedih serta bahang panas bila asap kemenyan mengenai pipinya. Mak Edah terus membaca jampi serapah. Matanya terbeliak sewaktu menjampi sesekali dengan tawanya.

Selesai jampi serapah, Mak edah memberi Dahlia tangkal untuk di kalung di lehernya
“ Kamu harus ingat. Tangkai ini tidak boleh terkena air wuduk. Jika terkena segala mentera yang kamu amalkan akan makan diri kamu. Mengerti “. Dahlia mengangguk kepalanya tanda faham.
“ Kamu pulang. Bunga-bunga ini kamu guna untuk mandian selama 3 malam berturut-turut. Air ini untuk kamu minum . Dalam masa 2 minggu kamu akan dapat lihat perubahan ini dan Mak Edah minta kamu datang untuk seterusnya sebelum kamu membalas dendam. Ingat pesan ini “. Dahlia menganguk kepalanya sekali lagi tanda faham. Dahlia meminta diri untuk pulang.
“ Bang…Kemana saja si Lia ni pergi. Keluar pagi dan asar belum pulang lagi “. Pak Malik diam sambil kepalanya asyik memerhati keluar saja. Dia juga risau cuma risaunya tidak di tunjukkan kepada isterinya. Dia tidak mahu isterinya terus risau akan anak mereka.

Tiba-tiba Dahlia tercegat di muka pintu tanpa memberi salam seperti lazimnya
“ Kamu kemana Lia. Ibu serta ayahmu risau sekali “. Tanya Mak Zainab
“ Iya lah Lia. Kalau ada apa-apa masalah bawa berbincanglah dengan ayah dan ibu. Jangan bertindak sendirian Lia “. Pak Malik seolah-olahnya dapat membaca sesuatu dari pergerakkan Lia. Lia terus masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu
“ Abang…Ini bukan sifat Lia seperti selalu “. Kata Mak Zainab
“ Abang pun tahu Nab. Tentu ada perkara yang tak enak ni “. Kata Pak Malik. Pak Malik terus bangun lalu mengetuk pintu bilik
“ Lia..Buka pintu nak. Ayah nak berbincang sedikit dengan Lia “. lama juga Pak Malik menanti dan akhirnya Lia membuka pintunya.
“ Lia letih la ayah. Lia nak baring “. Kata Lia
“ Lia..Ayah dan ibu lihat kamu sudah berubah sekarang ini. Kamu tidak banyak berbual seperti selalunya. Kalau kamu ada masalah marilah kita bincang bersama. Jangan di pendam masalah kamu ini. Ia boleh kita selesaikan “. Kata Pak Malik

“ Lia tak apa ayah..ibu. Lia cuma keletihan. Lia nak baring dulu. Nanti kita berbual ya “. Pak Malik akhirnya mengalah bila Lia berkata demikian.
“ Assalamualaikum…..”. Terdengar orang memberi salam dari luar lalu Pak Malik dan Mak Zainab menjawab salam
“ Ohh mak si Bunga. Masuklah. Tentu ada berita yang di bawa “. Kata Mak Zainab sambil bersalaman dengan Mak Kiah.
“ Aku datang ni nak jemput kamu semua ke majlis kenduri kahwin anak aku Bunga “. Kata Mak Kiah
“ Bunga nak berkahwin dengan siapa Kiah “. Tanya Mak Zainab
“ Dengan Megat “. Ringkas jawapan Mak Kiah. Tiba-tiba terdengar sesuatu jatuh dari dalam bilik Dahlia. Rupanya Dahlia mendengar perbualan mereka. Hatinya semakin mendendami Megat dan Bunga. Terus di baling gelas ke dinding dan hancur berkecai
“ Kamu berdua memang sial. Sepeti mana gelas ini berkecai, kamu berdua juga akan berkecai sepeti gelas ini “. Kata Dahlia. Barkali-kali dia menghentak tanganya ke meja.
“ Lia..Tadi ibu terdengar sesuatu pecah di dalam “. Tanya Mak Zainab
“ Ya ibu. Gelas terjatuh tadi “. Jawab Dahlia. Mak Zainab lega mendengar penjelasan Dahlia tanpa mengetahui apa yang berlaku di dalamnya.. Malamnya Dahlia mula mandi dengan bunga-bunga yang di beri Mak Edah. Sambil air jatuh ke badan, Dahlia membaca mentera yang telah di ajarkan. Selesai mandi Dahlia minum air yang telah di baca jampi serapah. Malamnya Dahlia mula dapat merasakan seperti sesuatu bergerak di dalam tubuh badannya. Di biar perkara ini berterusan. Mungkin air mandian dan minuman sudah bertindak balas dan berkesan. Bisik hati kecil Dahlia

“ Lia…Lia. Bangun nak. Sudah masuk subuh ni “. Mak Zainab mengejutkan Dahlia bila menyedari anaknya belum bangun seperti selalunya. Dahlia bingkas bangun bila mendengar ibunya memanggil untuk solat subuh, tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Mak Edah bahawa tangkal itu tidak boleh terkena air wuduk. Dia terduduk kembali.
“ Ibu..Lia uzur ibu “. Kata Dahlia kepada ibunya dan mengertilah si ibu. Dahlia menyambung tidurnya kembali. Ketika sedang menolong ibunya memasak, Mak Zainab bertanya
“ Lia…Kawan baik ko Bunga nak berkahwin dengan Megat. Ko tak nak pergi ke. Ada ke dia jemput ko “. Tiba-tiba dahlia terhiris jarinya. Darah memenuhi jari Dahlia tapi tidak di sedarinya
“ Ya Allah Lia. Ko tak sedar, ko hiris jari ko sendiri. Jauh benar ko mengelamun ni Lia “. Tiba-tiba baru Dahlia tersedar.

“ Ko ni kenapa Lia. Mengelamun sehingga tidak sedar jari ko berdarah “. Tanya Mak Zainab
“ Tak ada apa ibu. Lia cuma terbayang hendak memberi hadiah istimewa untuk Megat dan Bunga “. Kata Dahlia sambil tersenyum.
“ Sudah lama ibu tidak melihat Lia tersenyum. Ehh…baru ibu perasan muka Lia nampak berseri-seri sekali “. Tegur Mak Zainab. Gembira Dahlia bila mendengar kata-kata ibunya
“ Yeke ibu “. Terus dia berlari masuk ke dalam bilik lalu melihat cermin. Tersenyum dia seorang diri..
“ Megat..Bunga…Tunggu hadiah istimewa dari aku “. Kata Dahlia di depan cermin.

Malam kedua dan ketiga, Dahlia masih meneruskan mandian bunga dan minum air jampi serapah. Masuk hari keempat Mak Zainab mula menegur anaknya
“ Lia…Ibu nampak Lia kurus sikit dan muka Lia semakin berseri-seri “. Kata Mak Zainab
“ Yeke ibu. Itulah Lia kurang makan dari selalu “. Kata Dahlia dan ibunya terdiam sambil tersenyum melihat Lia begitu gembira.
“ Ibu. Petang ni Lia nak berjumpa teman jap “. Beritahu Lia
“ Pergilah nak. Hati-hatilah “. Kata ibunya. Petang tu Dahlia keluar menuju ke pondok Mak Edah. Terkejut Mak Edah dengan perubahan Dahlia
“ Kamu sudah banyak berubah “. Tentu kamu ikut segala nasihat yang Mak Edah beri “. Kata Mak Edah

Ini adalah amalan terakhir dan jampi serapah yang perlu di amalkan olehmu. Syaratnya bila kamu berjaya menjalani fasa pertama dan fasa pertama itulah yang kamu telah berjaya lakukan “. Kata Mak Edah
“ Sebelum Mak Edah nak mulakan jampi serapah, Mak Edah nak beritahu kamu sesuatu “. Dahlia menanti dengan berdebar-debar apa yang akan di dengarnya. Mak Edah terdiam.
“ Begini…Kamu terpaksa mengaharungi fasa kedua dan kamu tak dapat berhenti di pertengahan jalan. Itulah janji-janji kamu “. Kata Mak Edah
“ Ya..Saya masih ingat Mak Edah “. Kata Dahlia
“ Selepas ini siapa yang meniduri kamu dan kalau dia tiada mempunyai ilmu ketahanan, esok dia akan pasti mati apabila di sengat oleh kalajengking yang ada pada kamu “. Terkejut Dahlia mendengarnya.

Menangis Dahlia mendengarnya. Dia tidak menyangka sejauh itu risiko yang harus dia hadapi.
“ Kamu menyesal “. Tanya Mak Edah namun Dahlia terdiam
“ Sebab itu Mak Edah tanya kamu sebelum meneruskannya dan kamu bersetuju “. Kata Mak Edah
“ Saya pun tak menyangka sehingga menyebabkan kematian “. Kata Dahlia
“ Kamu tidak mahu membalas dendam terhadap jantan-jantal sial yang telah mempersendakan kamu “. Tanya Mak Edah. Dahlia masih diam. Terus terbayang muka Megat dan Bunga lebih-lebih lagi kawan baik yang menikamnya dari belakang.
“ Baiklah saya setuju “. Kata Dahlia dan Mak Edah terus membakar kemenyan dengan jampi serapahnya. Di mintanya Dahlia berdiri di bawah kemenyan dan terus di baca jampi serapah.

“ Kini sudah selesai tugas Mak Edah. Selepas ini kamu pasti akan gembira sebab siapa yang melihat kamu pasti tergoda. Segala cita-cita kamu akan berjaya. Kamu gunakanlah kecantikkan kamu untuk menghancurkan mereka yang menyakiti kamu “. Kata Mak Edah kepada Dahlia. Dahlia sudah mengorak senyum. Sudah terbayang hadiahnya nanti kepada pasangan Megat dan Bunga…

Megat dan Bunga akan di ijab kabulkan. Mereka berdua terlalu gembira. Mereka tidak pernah terfikir kegembiraan mereka adalah hasil dari airmata orang yang mereka hina iaitu Dahlia. Mereka lupa tentang Dahlia namun Dahlia tidak sekali-kali dapat melupakan apa yang telah mereka lakukan terhadapnya. Memandangkan keluarga Megat agak berada sedikit maka kenduri perkahwinan mereka agak besar jugak. Majlis tarian telah diadakan. Sahabat handai begitu gembira sekali.

Akhirnya dengan sekali lafaz Bunga telah menjadi isteri Megat. Dahlia pula sedang berada di depan cermin. Dia mengenakan baju kurung yang paling cantik baginya. Sekuntum bunga ros di letakkan di atas kepalanya. Sesekali dia tersenyum sambil memusing badannya di cermin.
“ Haha. Megat. Hari ini kita pasti bertemu. Lagu ini untukmu Megat….
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan…haha…

“ Kenapa ni Lia. Sejak akhir-akhir ni ibu nampak Lia gembira saja “. Tanya Mak Zainab
“ Ahh..Ibu ini. Ada-ada saja. Masakan Lia nak bersedih bila sahabat baik Lia akan berkahwin hari ini. Hehe. Tak sabar Lia berjumpa dengan mereka ibu “. Kata Dahlia kepada ibunya
“ Ibu puji sikap kau Lia “. Puji Mak Zainab tanpa mengetahui apa yang tersirat didalam hati anaknya. Dendam yang begitu kuat sekali
“ Ibu…Ayah kemana “. Tanya Dahlia
“ Kamu sudah lupa Lia. Ayahmu kan tukang masak di rumah kenduri “. Terdiam Dahlia. Memang dia benar-benar lupa tugas ayahnya.

Megat dan Bunga sedang bersanding. Ramai yang memuji akan kesepadanan mereka berdua…
“ Kamu berdua bagai pinang di belah dua “. Puji rakan Megat. Megat dan Bunga saling berpandangan bila di puji. Tiba-tiba majlis terdiam seketika. Joget terpaksa di hentikan bila Dahlia memasukki rumah Megat. Penduduk kampung terpegun melihat kecantikkan Dahlia. Mereka tidak menyangka Dahlia secantik ini berbanding dulu. Mulalah lelaki membeliakkan mata mereka. Kalau dulu mereka tidak pernah memandang Dahlia tapi kini mereka terpukau. Tersenyum Dahlia melihat telatah penduduk. Dahlia berjalan menuju kearah Megat dan Bunga.

“ Selamat pengantin baru Megat..Bunga “. Kata Dahlia sambil mengambil tangkai berbunga lalu di celup kedalam wangian dan merenjis mereka. Bila tiba di depan Megat, Dahlia membaca jampi serapah seperti yang telah di ajar Mak Edah..
“ Kaamuuu Dahlia “. Terkejut Megat
“ Kamu cantik sekali Dahlia “. Kata Bunga
“ Haha. Kecantikkanku adalah berpunca dari kamu berdua. Terima kasih aku ucapakan “. Perli Dahlia. Megat bagaikan terpukau melihat Dahlia. Anak matanya sering mengekori kemana saja Dahlia pergi. Sesekali Dahlia menjeling kearah Megat dan memberikan senyuman yang paling manis.

Dahlia sempat mendengar bisik-bisik lelaki ketika melangkah keluar dari rumah Megat..
“ Dahlia begitu cantik sekarang. Kalaulah aku yang menjadi kekasihnya, alangkah beruntungnya “. Tersenyum Dahlia mendengar bisikan mereka.
“ Dahlia…..”. Jerit Megat dari atas pelamin membuat semua orang terkejut. Bunga juga begitu
“ Kenapa ni abang Megat. Biarkan Dahlia pulang “. Namun Megat tidak mengendahkan kata-kata isterinya
“ Jangan pulang lagi Dahlia. Duduklah dulu sehingga majlis tamat “. Kata Megat tanpa segan silu. Tersenyum Dahlia. Jeratnya mula mengena. Dia hanya memberi senyuman manis kepada kepada Megat dan berlalu pergi.

“ Apa kena dengan si Megat ni Lia “. Kata Mak Zainab kepada Dahlia sewaktu berjalan pulang
“ Entahlah ibu. Ahh…biarkan dia ibu. Dulu Lia tidak bererti bagi dia. Di hinanya Lia ibu “. Kata Dahlia tapi di sekat ibunya dari meneruskan kata-kata. Dia tidak mahu anaknya bersedih mengenangkan kisah lalu.
“ Yang sudah tu sudah la Lia. Megat sudah ada isteri. Biarkan mereka bahagia “. Dahlia tersenyum sumbing mendengar kata-kata ibunya. Firasatnya Megat akan datang mencarinya nanti. Petang itu Pak Malik pulang dari rumah kenduri.
“ Tadi ramai yang bercakap tentang anak kita Lia. Mereka terkejut bila melihat perubahan Lia. Dia cantik sekarang “. Mak Zainab tersenyum. Timbul kebanggaan dalam dirinya bila Dahlia kini mula mendapat perhatian.

“ Dahlia…Dahlia “. Terdengar ketukan di tingkap. Dahlia dapat mengagak siapa punya angkara tapi dia tetap bertanya
“ Siapa itu “. Tanya Dahlia
“ Ini Megat. Bukalah tingkap Dahlia “. Kata Megat lalu Dahlia membuka tingkapnya
“ Aku tak dapat melupakanmu Dahlia. Boleh kita berjumpa di pantai “. Dahlia akhirnya meminta Megat ke sana dulu sementara dia bersiap. Bila Dahlia sampai Megat terus menyerbu…
“ Dahlia. Aku begitu rindu padamu. Sudikah kau menjadi isteriku “. Tanya Megat
“ Abang Megat kan baru saja berkahwin “. Tanya Dahlia
“ Aku tidak menyintai Bunga. Cintaku hanya untukmu. Ohh Dahlia “. Dahlia tersenyum. Jeratnya mula mengena.

“ Beginilah abang Megat. Lia sudi menjadi isteri abang Megat tapi dengan syarat abang Megat ceraikan Bunga “. Kata Dahlia
“ Boleh Lia. Abang Megat akan buat “. Kata Megat dengan lancar sekali. Cintanya hanyalah Dahlia sekarang ini tapi bagi Dahlia pula dendamnya hampir tercapai. Megat pulang ke rumahnya
“ Abang Megat kemana “. Tanya Bunga tapi Megat hanya mendiamkan diri
“ Bunga bertanya ni. Abang Megat kemana tadi “. Agak tinggi suara Bunga
“ Aku ke rumah Dahlia. Faham “. Tengking Megat. Bunga begitu terkejut
“ Berjumpa Dahlia..?. Bunga isteri abang. Bukan Dahlia “. Kata Bunga. Esak tangisnya mula kedengaran. Baru siang mereka bergembira. Malamnya mereka bertengkar.

“ Abang tidak cinta Bunga lagi. Mana janji-janji abang akan menjaga Bunga “. Sambil menggoyangkan badan Megat. Megat terus membatu
“ Abang kejam…abang kejam “. Di tamparnya pipi Megat. Megat terus menolak Bunga dan jatuh ke lantai.
“ Aku dah bosan dengan kamu. Aku ceraikan kamu Bunga “. Terkejut Bunga bila Megat menceraikannya
“ Abang kejam. Apa dosa Bunga terhadap abang. Ini tentu kerja Dahlia sial “. Kata Bunga
“ Aku akan mengahwini Dahlia. Aku cintakan Dahlia dan bukan kau “. Kata Megat. Menangis Bunga mengenangkan nasibnya. Siang tadi begitu gembira mereka bersanding. Malamnya dia telah di ceraikan Megat.

Bunga melangkah keluar menuju rumah Dahlia. Begitu marahnya terhadap Dahlia..
“ Dahlia…Dahlia. Buka pintu. Aku nak buat perhitungan dengan ko “. Tengking Bunga. Mak Zainab dan Pak Malik terkejut mendengar suara bising di luar. Terus mereka membuka pintu
“ Ehhh…Kamu Bunga. Kamu tidak bersama suami kamu Megat. Apa hal kamu datang sini malam-malam buta “. Kata Pak Malik
“ Cuba tanya Dahlia. Apa dia sudah buat denga hubungan kami “. Dahlia keluar namun dia sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.

“ Apa semua ini Lia. Apa yang telah kamu buat kepada mereka “. Tanya Mak Zainab
“ Lia tidak lakukan apa-apa ibu “. Jawab Dahlia
“ Kamu tipu Dahlia. Abang Megat beritahuku yang dia bertemu kamu dan kamu akan berkahwin “. Kata Bunga
“ Lia..Apa ini semua. Cuba terangkan “. Kata Pak Malik. Dahlia terdiam
“ Megat datang berjumpa Lia tadi. Dia ajak Lia berkahwin tapi Lia berterus terang yang Lia tidak mahu di madu dan Lia tidak suka. Lia beritahu Megat kalau dia sukakan Lia dia harus menceraikan Bunga “. Kata Dahlia
“ Lia….”.Kata ibunya. Muka ibunya mula kesedihan.

“ Kamu kejam Dahlia “. Kata Bunga. Tersentak Dahlia
“ Apa…Kamu kata aku kejam. Siapa yang mulakan dulu. Kamu lupa Bunga. Kamu telah menikam aku dari belakang untuk mendapatkan Megat. Kamu berdua ketawakan aku. Kamu memiliki Megat atas air mata aku Bunga “. Kata Dahlia. Terdiam Bunga
“ Tapi itu dulu Dahlia. Aku telah melupakannya “. Kata Bunga dan Dahlia tertawa sinis
“ Aku tak pernah melupakan segala perbuatan kamu berdua Bunga. Ia baru bermula sekarang “. Tegas jawapan Dahlia
“ Lia..Apa yang telah kamu lakukan “. Tanya Pak Malik namun Dahlia mendiamkan diri dan melangkah masuk ke biliknya.

“ Kami minta maaf bagi pihak anak kami Dahlia. Kami tidak menyangka begitu kuat dendamnya terhadap kamu berdua “. Kata Pak Malik dengan nada sedih
“ Kamu pulanglah dulu. Sudah larut malam “. Kata Pak Malik dan Bunga pulang ke rumahnya. Di dalam bilik Dahlia berada di depan cermin. Dia tertawa seorang diri melihat dirinya
“ Kamu telah berjaya Lia…Ini baru permulaan. Kamu jangan berpuas hati dengan apa yang telah kamu lakukan. Teruskan Lia “. Kata Lia di dalam cermin
“ Ya..Aku akan meneruskan dendam aku. Megat. Kau akan menjadi milik aku..Haha..
Tuai padi antara masak
Esok jangan rindu-rinduan
Intai kami antara nampak
Esok jangan layu..layuan…Haha….Megattt…..

Sudah seminggu Mak Zainab tidak sihat. Setiap hari dia asyik memikirkan akan anaknya Dahlia……
“ Banggg…Kenapa dengan anak kita bang “. Tanya Mak Zainab kepada Pak Malik
“ Entah la Nab. Abang pun sedang berfikir kenapa Lia menjadi seorang pendendam.
“ Abang tolong nasihatkan Lia. Nab rasa dah tak lama Nab akan bersama abang “. Pak Malik terus mengusap rambut isterinya
“ Jangan terlalu memikirkan tentang Lia. Nanti abang nasihatkan dia. Nab jagalah kesihatan Nab dulu “. Pak Malik mententeramkan isterinya padahal dia juga sedang berduka memikirkan anaknya.

“ Lia….Tolong tengokkan ibu kamu. Ayah nak keluar kejap “. Dahlia terus keluar mendapatkan ibunya. Di urutnya lengan ibunya tanpa bersuara. Dia seperti bukan Dahlia yang sebelumnya.
“ Lia..Ibu nasihatkan kamu buanglah sifat dendam kamu. Ia akan memakan diri kamu sendiri nak “. Namun nasihat ibunya bagaikan mencurah air ke daun keladi. Dahlia diam membisu melayan emosinya. Tangannya masih lagi mengurut ibunya tapi fikirannya jauh melayang.

Setelah dua minggu Mak Zainab sakit, akhirnya dia pergi menemui ilahi. Menangis Dahlia kerana kehilangan orang yang dia sayangi
“ Ibu…Maafkan Lia. Lia telah menyebabkan ibu pergi. Lia tidak boleh berpatah kembali ibu. Lia telah melangkah jauh “. Kata Lia di hadapan jenazah ibunya.
“ Sudah la Lia. Biarlah ibumu pergi dengan tenang. Kita yang hidup ini harus meneruskan kehidupan kita “. Kata Pak Malik kepada Dahlia yang masih memeluk jenazah ibunya. Akhirnya jenazah Mak Zainab telah selamat di semadikan. Dahlia masih berduka di dalam biliknya.

Setelah seminggu Mak Zainab meninggal dunia, datang wakil Megat untuk melamar Dahlia. Pak Malik meminta izin untuk bertanya Dahlia terlebih dahulu.
“ Lia…Megat melamar kamu. Adakah kamu bersetuju menerima Megat “. Tanya Pak Malik kepada Dahlia. Dahlia hanya mengangguk tanpa menunjuk rasa gembiranya. Dia seperti orang bodoh setelah kematian ibunya. Dahlia duduk di hadapan cermin sambil melihat dirinya.
“ Lia…Lia. Apa yang kamu sedihkan lagi. Niat kamu hampir tercapai. Megat telah masuk perangkapmu “. Tersenyum Lia
“ Lia…Bertaubat lah kepada Allah. Jangan di teruskan niatmu. Kasihanilah ibu serta ayah kamu Lia “. Dahlia kembali bersedih.
“ Lia..Kamu yang memulakannya dan kamu harus mengakhirinya. Teruskan niat suci kamu itu Lia “. Akhirnya Dahlia menepuk meja…
“ Megat aku terima kamu. Kamu harus mati di tanganku. Hahaha “. Ketawa Dahlia seorang diri.

Majlis kenduri kendara antara Megat dan Dahlia di adakan secara sederhana. Itu permintaan Pak Malik sendiri. Dia tidak mahu menonjolkan dirinya. Dia baru kehilangan isterinya. Bunga hanya memandang dari kejauhan kenduri perkahwinan bekas suaminya. Dahlia dapat merasai kehadiran sahabatnya Bunga. Tiba-tiba Bunga terkejut Dahlia sudah berada di belakangnya..
“ Hai Bunga. Kenapa berdiri di sini. Jemputlah ke majlis kami yang tak semeriah ini “. Perli Dahlia. Bunga terus memegang Dahlia dengan perasaan marahnya.
“ Kamu akan menerima padahnya Dahlia “. Kata Bunga
“ Aku atau kamu berdua yang akan menerimanya. Haha “. Terus Dahlia berlalu pergi membiarkan Bunga tercegat seorang diri di situ. Bunga menggigit jarinya memikirkan kata-kata Dahlia..
“ Kami berdua akan menerima padahnya. Anih “. Kata Bunga.

Dahlia berpura-pura gembira. Sesekali dia ketawa meraikan kedatangan orang ramai. Sesekali dia mengerling kearah Megat. Dia masih ingat akan kata-kata Mak Edah bahawa siapa yang menidurinya, keesokkan harinya pasti dia akan mati akibat di sengat kala jengking. Dahlia berlari masuk kedalam bilik. Jantungnya bergerak kencang. Tiba-tiba Megat memanggilnya supaya keluar sebentar dari bilik.
“ Hadirin sekelian. Ingin kami ucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin sekelian kerana sudi menghadiri majlis perkahwinan kami. Untuk pengetahuan semua sudah lama saya mencintai Dahlia dan hari ini sah Dahlia telah menjadi isteri saya “. Hadirin bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah.

Dahlia amat terharu dengan kata-kata suaminya Megat. Sekeras-keras hatinya ada jugak sifat cintanya. Terus dia berlari kedalam biliknya. Menangis dia bila memikirkan yang Megat akan mati pada esok hari…
“ Aku tak sanggup meneruskannya. Megat terlalu menyintai aku dan aku juga sudah mula menyintainya “. Kata Dahlia di hadapan cermin
“ Dahlia…Ini bukan masanya kamu menoleh ke belakang lagi. Kamu tidak boleh berpatah kembali Dahlia “. Dahlia menangis semahunya di dalam bilik. Tiba-tiba bahunya di sentuh
“ Kenapa Lia menangis “. Tanya Megat kehairanan sambil menyeka airmata Dahlia
“ Tidakkah Lia merasa gembira kita berkahwin “. Tanya Megat. Dahlia hanya terdiam
“ Maafkan Lia abang Megat “. Dahlia memeluk Megat. Sudah hilang perasaan dendam di hatinya. Entah kenapa timbul pula perasaan cintanya terhadap Megat.

“ Abang Megat. Boleh Lia nak bertemu seseorang. Hanya sekejap saja Lia pinta “. Megat mengizinkan Dahlia keluar tanpa mempunyai perasaan curiga. Berlari Dahlia menuju rumah Mak Edah…
“ Mak Edah…Ada tak caranya Lia batalkan niat Lia. Lia menyintai abang Megat “. Kata Dahlia kepada Mak Edah
“ Sebab itu Mak Edah tanya kamu, adakah kamu nak meneruskan niat kamu sebab jika kamu sudah melangkah, ia tidak boleh berpatah kembali. Sesiapa saja yang meniduri kamu pasti akan mati keesokkan harinya “. Kata-kata Mak Edah membuatkan Dahlia begitu sedih. Dengan langkah longlai dia berjalan pulang ke rumahnya.
“ Kenapa Lia bersedih “. Tanya Megat. Namun Dahlia berpura-pura senyum dan cuba menjauhkan dirinya dari Megat.

Megat menarik tangan Dahlia dan akhirnya Dahlia tewas. Dahlia menangis seorang diri bila melihat Megat tidur dalam keadaan kaku. Dia menggerakkan Megat namun tiada tindak balas.
“ Kamu harus ingat. Siapa yang meniduri kamu pasti akan mati di sengat kala jengking “. Menangis Dahlia bila mengenangkan kembali kata-kata Mak Edah
“ Maafkan Lia abang Megat. Dendam Lia telah membuat ramai jiwa yang merana tapi Lia tidak boleh berpatah kembali “. Dahlia terus menangis. Akhirnya Dahlia tertidur.

Dahlia terjaga dari tidur dan terus memegang Megat. Betul akan kata-kata Mak Edah. Megat sudah tidak bernafas lagi
“ Ayahh…..”. Dahlia memanggil ayahnya
“ Kenapa Lia “. Tanya Pak Malik
“ Abang Megat..”. Kata Dahlia
“ Kenapa dengan Megat “. Terus Pak Malik menerpa masuk kedalam bilik anaknya
“ Inna Lillahi Wainna Ilai Hirojiun “. Kata Pak Malik sambil terduduk
“ Bersabarlah Lia. Berat betul ujian untukmu “. Kata Pak Malik kepada Dahlia.

Ramai penduduk kampung datang menziarahi jenazah Megat. Mereka semua terkejut mendengar kematian Megat. Ramai yang tertanya-tanya sebab kematian Megat. Ada yang berkata sesak nafas tetapi akhirnya doktor mengesahkan yang Megat mati akibat sengatan binatang berbisa.
“ Kamu puashati sekarang Dahlia. Dendam kamu berjaya “. Kata Bunga kepada Dahlia namun Dahlia hanya mendiamkan dirinya.
“ Sudah-sudah la kamu berdua bergaduh Bunga. Mayat masih ada di dalam “. Kata Pak Malik kepada Bunga
“ Dahlia penyebabnya pakcik. Dia dah beri amaran kepada kami “. Kata Bunga
“ Sudah la Bunga. Jangan kamu mengeruhkan lagi keadaan “. Kata Pak Malik. Dahlia terus merenung tajam Bunga.

Cepat-cepat Pak Malik menepuk bahu Dahlia membuatkan Dahlia tersedar. Setelah mayat di mandi dan di kapankan, akhirnya Megat telah selamat di semadikan. Tinggal Dahlia keseorangan memikirkan nasibnya..Belum sempat penduduk kampung hilang rasa terkejut dengan kematian mendadak Megat sekali mereka, sekali lagi mereka telah di kejutkan dengan berita meletusnya perang dunia kedua dan dengan sepantas kilatnya pihak Jepun telah mendarat di Tanah Melayu melalui Kota Bharu Kelantan.Masing-masing sudah tenggelam punca dan tidak tahu apa yang mereka akan hadapi nanti…

Dahlia bertambah sedih bila ayahnya Pak Malik telah di di bawa askar jepun untuk membina landasan keretapi maut di Kanchanaburi. Kini hidupnya sebatang kara. Tiada langsung perkhabaran tentang ayahnya. Tiada lagi tempat dia berbual. Kecantikkan Dahlia membuatkan tentera jepun mula mencarinya. Mereka menangkap lalu memperkosanya tapi natijahnya keesokkan harinya tentera jepun pasti mati. Ramai juga yang mati hasil dari perbuatan mereka. Walaupun Dahlia di pandang hina oleh sesetengah masyarakat sebab dikatakan sebagai perempuan murahan menjadi pemuas nafsu serakah tentera jepun, namun Dahlia hanya pekakkan telinga saja. Sekurang-kurang sudah ramai tentera jepun yang telah mati hasil dari tubuh badannya. Apa yang mereka buat untuk tanah air tercinta. Hanya mempersalahkan nasib yang telah menimpa seseorang. Tentera jepun mula gerun terhadap Dahlia. Gambar Dahlia telah di edarkan di segenap ceruk kampung. Dia telah di pertanggungjawabkan di atas kematian beberapa orang tentera jepun. Sesiapa yang dapat membawanya kepada tentera jepun akan di berikan ganjaran lumayan. Apalagi riuh juga keadaan kampung mencari Dahlia. Akhirnya Dahlia menonjolkan dirinya di khalayak ramai…
“ Kamu semua tidak payah mencari aku. Sekarang aku sendiri berdiri di hadapan kamu. Tuntutlah ganjaran kamu. Aku di pandang hina oleh kamu semua tapi sekurang-kurang sudah ramai tentera jepun mati di tanganku. Kamu….Apa yang telah kamu perjuangkan. Uwang. Kamu semua begitu hina dari pandangan mata aku. Kamu semua dayuss… .”. Kata Dahlia namun ia tidak sedikit pun meningglkan kesan kepada penduduk.

Dahlia di bawa kepada tentera jepun. Dengan begitu cepat sekali Dahlia telah di jatuh hukuman pancung kepala. Tidak nampak reaksi takut di wajah Dahlia. Baginya lebih baik dia mati. Sudah puas dia menderita. Dahlia di bawa pergi dengan sebuah lori untuk di pancung kepala. Tiba-tiba lori berhenti dan terdengar bunyi tembakkan. Dahlia telah di selamatkan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang di ketuai oleh Rusdi. Dahlia di sembunyikan di dalam hutan. Rusdi sering merawat Dahlia dan memberinya ubat-ubatan. Tempat itu di kawal ketat oleh rakan-rakan Rusdi agar pihak jepun tidak dapat menceroboh.

Rusdi merupakan ketua kumpulan untuk membebaskan tanah melayu. Dia bukan calang-calang orangnya. Ilmu batinnya terlalu hebat. Sebab itu tentera jepun tidak dapat menangkapnya. Dia di katakan mempunyai ilmu senafas iaitu dia dapat menahan nafasnya lalu berjalan di celah-celah tentera jepun dan menghilangkan diri.
Akhirnya timbul perasaan saling mencintai sesama mereka. Rusdi berterus terang terhadap Dahlia yang dia akan memperisterikan Dahlia. Begitu gembira Dahlia mendengarnya sehingga dia lupa akan kisah silamnya.
“ Abang Rusdi..Lia ingin berterus terang dengan abang tentang kisah silam Lia “. Kata Dahlia namun cepat-cepat di potong oleh Rusdi
“ Kisah yang lalu jangan di kenang lagi. Lia tutup saja buku itu. Kita akan buka lembaran baru “. Dahlia akur akan kata-kata Rusdi dan terus melupakan niatnya untuk berterus terang.

Kisah Rusdi akan menjadikan Dahlia isteri mulai hebuh di kampung. Ada yang telah memberi nasihat kepada Rusdi agar berhati-hati dengan Dahlia. Siapa yang menidurinya pasti akan mati pada keesokkan harinya. Rusdi tidak memperdulikan nasihat orang kampong. Cintanya terhadap Dahlia terlalu tebal. Mereka di lihat sering bersama dalam perjuangan. Kini gambar Dahlia dan Rusdi telah di sebarkan. Mereka menjadi buruan tentera jepun. Pak Malik entah hidup atau mati. Dahlia tidak dapat mengesannya lagi. Mengikut pengetahuan Rusdi ramai yang telah mati akibta menderita menjadi buruh paksa membina landasan keretapi maut. Ramai yang telah mendapat demam kepialu. Dahlia begitu sedih mendengar cerita Rusdi namun dia tetap berharapan tinggi agar ayahnya masih selamat.

Akhirnya tiba hari perkahwinan antara Rusdi dan Dahlia. Ia di buat secara sederhana memandangkan mereka berdua menjadi buruan tentera jepun. Dahlia terlalu gembira. Baginya penderitaannya bakal berakhir bila Rusdi menjadi suaminya. Dia telah melupakan kisah silamnya. Di malam perkahwinan mereka, Dahlia begitu takut untuk bersama dengan Rusdi. Tiba-tiba dia terkenang masa lampaunya, bekas suaminya Megat dan beberapa orang tentera jepun. Rusdi memujuknya agar tidak takut akan perkara itu. Rusdi sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan. Dia tidak akan tidur. Dia akan melihat sendiri apa yang berlaku.

Selepas mereka bersama, Rusdi tidak terus tidur. Dia ingin melihat apa sebenarnya yang terjadi. Rusdi terkejut bila melihat seekor kala jengking keluar dari celah kain Dahlia. Terus Rusdi mengambil pisau dan membunuh kalajengking itu. Sehingga pagi Rusdi tidak melelapkan matanya. Dahlia terkejut bita terjaga dari tidur dan melihat suaminya masih hidup.
“ Syukur abang Rusdi masih hidup “. Dia memeluk suaminya. Rusdi diam membatu.
“ Abang tidak menyangka rupanya selama ini Lia mengamalkan ilmu hitam. Abang telah mendengar banyak cerita dari penduduk kampong akan kisah Lia. Pada mulanya abang tidak percaya tapi malam tadi abang telah saksikan sendiri. Lia tipu abang selama ini “. Kata Rusdi. Dahlia terus menangis.

“ Lia minta maaf abang Rusdi. Memang Lia hendak berterus terang tapi abang Rusdi menghalangnya. Kata abang Rusdi kisah yang lalu usah di kenang lagi. Jadi Lia mendengar kata-kata abang Rusdi. Maafkan Lia “. Mendayu-dayu Dahlia menangis. Entah kenapa Rusdi seperti sudah hilang sifat lelakinya. Tiada pertimbangan dari Rusdi untuk memahami situasi Dahlia. Bagi Rusdi Dahlia telah menipunya. Bermula saat itu Rusdi sering menjauhi Dahlia dan Dahlia dapat merasainya.

Lebih menyakitkan hatinya bila Rusdi telah berkawan dengan gadis lain. Hilang rasa kagum dan hurmat terhadap Rusdi. Dulu Rusdi merupakan lelaki yang Dahlia kagumi. Dia seorang pejuang tanah air. Kini bagi dahlia Rusdi adalah jantan seperti jantan yang lain. Sepatutnya Rusdi membimbing Dahlia tapi kini Rusdi telah menyemarakkan lagi dendamnya. Dendam terhadap jantan….
“ Inikah yang kau dapat Lia “. Kata Dahlia pada dirinya sendiri di depan cermin
“ Aku tetap setia pada abang Rusdi “. Kata Dahlia
“ Haha. Setiaa..? Semua lelaki sama saja. Wanita tetap di katakan lemah. Mereka yang hebat. Tunjukkan kehebatanmu Lia “. Kata Dahlia..

“ Ya lelaki tak guna harus di ajar. Dendammu harus di teruskan Lia..”. Kata Dahlia. Dia terus menggengam tangannya. Wajah Megat, Rusdi adalah sama. Mereka harus di ajar barulah mereka tahu jangan memperkotak katikkan wanita. Mak Edah lah tempat Dahlia mencari penyelesaiannya. Dahlia terus ke sana. Dendamnya kembali membara.
“ Hehe..Suami kamu ni bukan calang-calang orangnya. Ilmu batinnya tinggi “. Kata Mak Edah
“ Tapi..Haha..Sehandal-handal lelaki, dia akan tewas kepada wanita “. Kata Mak Edah. Dahlia tidak faham akan maksud Mak Edah.

Mak Edah terus menjampi serapah. Kadang dia ketawa dan kadang-kadang dia terlalu marah. Selesai menjampi serapah…
“ Dahlia. Barang ini kau campurkan dalam makanan suami kau. Nasi yang dia makan harus di letakkan di celah kangkang kamu sambil membaca jampi. Dia akan tunduk pada kau Dahlia “. Kata Mak edah. Dahlia tersenyum. Di bawanya pulang apa yang di beri Mak Edah. Di masaknya malam itu untuk suaminya lalu di buat apa saja arahan yang telah di ajar Mak Edah.
“ Jemput makan abang Rusdi. Lia masak khas buat abang “. Kata Dahlia.
“ Lia tak marah abang lagi “. Tanya Rusdi
“ Ahh abang ni. Masakan Lia boleh marah sama abang “. Kata Dahlia dengan penuh lemah lembut tapi di dalam hatinya penuh dengan api dendam membara terhadap lelaki.

Tiga hari Dahlia melakukan upacara ini, segala apa yang di katakan Mak Edah sudah nampak kesannya
“ Abang. Malam ini abang jangan keluar. Lia tidak izin “. Kata Dahlia kepada Rusdi
“ Baik Lia “. Balas Rusdi ringkas. Dahlia tersenyum puas. Rusdi sudah menjadi miliknya. Sudah hilang kejantanan Rusdi. Dia telah menjadi lelaki yang mengikut telunjuk seorang wanita. Kemana saja mereka pergi Dahlia yang akan membuat keputusannya dan Rusdi akur saja. Rakan seperjuangan Rusdi mula menjauhkan dari Rusdi. Rusdi banyak berubah.
“ Kenapa kau begini Rusdi. Dulu kau begitu lantang memperjuangkan kemerdekaan “. tanya rakan-rakan kepada Rusdi
“ Aku yang tidak benarkan suami aku keluar. Benarkan abang Rusdi “. Rusdi hanya diam membisu. Rakan-rakan Rusdi terus keluar. Mereka telah kehilangan seorang ketua tinggi ilmunya tapi tewas akhirnya di tangan seorang wanita.

Pihak jepun telah mendapat maklumat yang Rusdi berada di rumah. Mereka telah membuat serang hendap lalu menembak Rusdi. Rusdi meninggal di situ sementara Dahlia ketika itu berada di luar. Dahlia terus melarikan diri. Keesokkan harinya dia mendapat berita suaminya telah meninggal dunia terkena tembakkan jepun. Dahlia terus pulang ke rumah keluarganya. Pak Malik terus hilang tanpa berita. Di situlah Dahlia tinggal. Akhirnya dia jatuh sakit. Badannya semakin kurus. Dia sudah tidak bermaya lagi. Ketika dia berada di muka pintu, Dahlia melihat Bunga sedang berjalan. Terus di panggilnya Bunga. Terkejut Bunga melihat perkembangan Dahlia.
“ Kenapa dengan kau Lia “. Tanya Bunga
“ Inilah dosa-dosa yang aku lakukan semua ini. Aku minta maaf pada kau Bunga. Aku bersalah pada kau sebab merampas suami kau Megat “. terbatuk-batuk Dahlia berkata-kata.
“ Kau tidak bersalah Dahlia. Akulah puncanya kau berkeadaan macam ni. Aku terlalu cemburukan kau “. Kata Bunga dengan esak tangis dan akhirnya mereka berpelukkan.

Menangis kedua-dua mereka. Sudah lama mereka tidak berbual dan berpelukkan seperti ini.
“ Bunga. Boleh tak kau bawakan Pak Kiai. Aku ingin mendengar ayat-ayat Allah “. Kata Dahlia. Dia sudah dapat merasakan hidupnya tidak lama. Bunga terus pergi mendapatkan Pak Kiai. Sekejap saja Pak Kiai datang
“ Pak Kiai. Boleh tak tolong perdengarkan bacaan ayat suci Al Quran. Lia ingin mendengar sebelum Allah cabut nyawa Lia. Lia banyak doa Pak Kiai. Adakah Allah akan ampun dosa Lia “. Tanya Dahlia kepada Pak Kiai
“ Allah maha pangampun anakku. Mohon bertaubat dari apa yang pernah kita lakukan sebelum ini “. Kata Pak Kiai
“ Ya Allah. Kau ampunkanlah dosaku. Terlalu banyak dosaku terhadapmu “. Dahlia menangis sambil berdoa. Bunga juga begitu.
“ Bunga. Ampunkan dosa Lia. Lia bersalah padamu “. Bunga terus memeluk sahabatnya Dahlia. Menangis Bunga

“ Lia. Maafkan aku. Akulah penyebabnya kau jadi begini “. Bunga menangis
“ Nakk…Ucaplah Laaila Haillallah…”. Kata Pak Kiai kepada Dahlia. Akhirnya Dahlia terus kaku dan menghembuskan nafasnya yang terakhir
“ Maafkan aku Lia. Aku yang berdosa Lia “. Bunga terus memeluk tubuh Dahlia yang sudah kaku. Agak riuh jugak penduduk kampung bila mengetahui Dahlia sudah meninggal dunia. Sebelum jenazah Dahlia di semadikan, Pak Kiai berpesan…
“ Peristiwa ini kita jadikan ia sebagai satu ingatan. Jangan suka menghina peribadi seseorang sebab kita tidak tahu hayat kita di masa akan datang. Sama-samalah kita berdoa semoaga Allah terima Dahlia dan di tempatkannya di sisi Allah “. Tunduk semua penduduk kampun mendengar kata-kata Pak Kiai sebab mereka juga mainkan peranan apa yang berlaku terhadap Dahlia. Moga cerita ini menjadi iktibar dari kita semua.

Terima kasih.

 

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Ariff Budiman
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

24 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.