PERNAH DIGANGGU

Terima Kasih admin sudi approve kisah saya.

Hai, saya terpanggil untuk berkongsi kisah saya yang pernah diganggu. Bukan hanya dalam satu hari atau satu cerita saja, lain2 waktu dan masa. Saya gabungkan je ye. Saya ni nak cakap kuat semangat tu tak, tapi mungkin jenis cepat lupakan kisah tu kot.

1. Pengalaman Di Rumah Atok
Masa tu saya seorang penuntut di University di Bangi. Parents saya dan adik2 saya tinggal di kedah. Saya ada mak cik yang tinggal di kajang. Kebetulan haritu hujung minggu, saya balik ke rumah mak cik saya dan makcik ajak pergi balik kampung di Perak. Hari jumaat senja tu kami pulang ke kampung. Dalam pukul 10 mlm jugak kami sampai di Perak. Biasalah bila dah sampai kampung tu bukannya kita terus masuk tidur kan. Borak2 dulu dgn atok&nenek, makan2 dulu. Masa tu saya tengah tengok tv. Sambil saya tengok tv, saya ketip kuku. Mmg kusyuk saya ketip kuku. Then lepastu kami semua decide masuk tidur. Jam pun dah pukul 12 mlm macamtu. Rumah atok ni ada 3 bilik, bilik depan mak cik dgn family dia tidur situ, bilik tengah bilik atok n nenek dan saya tidur sorang dalam bilik belakang.

Rumah atok ni seram jugak, biaselah rumah kampong, belakang rumah pon pernuh pokok pisang semua. Paling seram jamban kat luar weyh sampai sekarang. Huhu. Okey masa tu saya baru je baring atas katil, lampu semua dah tutup. Bilik yg aku tidur tu dinding tepi dia tak tutup sampai atas tau. Tepi bilik tu ade shower, n boleh nampak la lampu shower tu tutup ke bukak. Then masa tu saya baru nak tutup lampu, tiba2 saya dengar org ketip kuku kt dapur. Kirenye dapur ni tengah2 di antara tiga2 bilik ni. Lepas tu aku tak sedap hati. Mmg jelas sgt bunyi ketip kuku tu tapi dalam keadaan yg slow motion. Satu2 dia ketip. Aku tak senang duduk, aku tengok lampu shower tu tutup je yela mane tau itu bunyi orang pergi shower ke apa. Tapi aku still dengar lagi. Then aku intai kat bawah pintu, aku tengok dapur gelap je. Menggelabah la aku kan. Aku pun baca2 then takut punya pasal aku pun tertidur sampai la esok pagi.

2. Rumah Sendiri
Kan saya ada cakap yg family saya tinggal di Kedah. Okay nak dijadikan cerita, saya balik Kedah waktu cuti sem. Masa tu dah lewat malam. Rumah saya ni rumah taman tapi seram jugak. Sebelum nak sampai ke rumah saya ni, misalkata dari kedai, kena lalu semak samun, dewan kosong and satu pokok besar ni ade kt tepi longkang. Pokok tu org cakap berhantu. Entahlah. Malam tu saya keluar nak ke kedai dalam pukul 9,10 malam macamtu. Mak pesan belikan ubat nyamuk. Saya pun pergi kedai naik motor berseluar pendek. Masa otw nak balik kerumah balik, kena lalu pokok besar tu. Tiba2 ade kain batik yg buruk sangat tersangkut kat kaki saya. Saya mmg rasa kain tu tersangkut tapi bila saya tengok belakang macam takde pape. Saya pun tak fikir ape2 then balik la rumah. Masa kat rumah tu saya cerita kat mak, takut la jugak kan. Mak suruh kami adik beradik pergi kunci pagar, tapi sorang pun tak berani nak kunci bila dah dengar cerita saya ni. Lagipun kawasan rumah mmg gelap. Depan rumah tepi rumah semua hutan. Then nak tak nak, mak la yg pergi kunci pagar. Masa mak pergi kunci tu, mak ade terbau satu bau yg macam busuk sgt. bau mcm bangkai, mak tak sedap hati n baca ayat kerusi. Mak cakap camni masa kt luar tu, ‘aku tak kacau kau,kau jgn ganggu keluarga aku’. Kirenya mak cerita balik la ape yg dia rasa malam tu pd keesokkan harinya. Okay habis part kunci pintu rumah mak pun masuk tidur mcm biasa. aku ni tak tidur lagi, duduk kt ruang tamu tengok tv. tiba2 aku terdengar macam satu gegaran kat sliding door. Sekali je gegarnya. Aku yg gatal tangak ni pergi tengok la kat luar. Selak je langsir aku tengok macam pontianak tinggi sampai ke atas syiling luar tu. muka tak nmpk, mmg rambut je ke depan dari atas kepala tutup sampai ke kaki. Aku pun ape lagi menggelupur lari masuk bilik mak ayah, then cerita kat dorang. Mak aku ni berani sikit lagipun malam tu ayah demam. Tapi ayah gagah jugak keluar kt ruang tamu n laung azan. Malam tu aku tidur ngn mak n ayah dan pagi esoknya aku pun demam. huhu

Pengalaman Masa Kecil

Masa tu aku darjah 4 atau 5 macamtu. Mmg kecik lagi. Kat rumah aku ni, petang2 selalu nya mmg kosong. Biasela rumah kampung, petang2 pergi main kat padang, mak ayah pun selalu lepak2 petang dengan jiran2. Masa tu dalam pukul 6 ptg. Aku baru lepas main kat padang, lepas tu aku macam nak terkencing n haus sgt. Aku pun berlari balik umah. Aku nak pergi toilet kat dapur. Masa aku dah masuk umah, lalu ke dapur. Aku nmpak mak aku ada kat meja makan. Dia tengah sapu peanut butter kat roti. Dia sempat pelawa aku roti tu, tapi aku tolak aku cakap taknak. Nak terkencing. Aku pun masuk toilet lepaskan hajat. Bila aku keluar je toilet, aku tengok mak aku kt meja makan tu dah takde. Aku pun tercari2 la mak aku. Aku masuk bilik dia, takde. Sampai keluar aku cari. Yg pelik tu, atas meja makan semua dah kosong. Roti ke peanut butter ke semua takde. Masa aku otw nak ke padang tu aku ternampak mak aku tergelak2 tengah berborak dgn jiran. Aku ape lagi pergi dekat dia n cerita apa yg aku nampak. Mak aku cakap dia dari pukul 5 tadi dah ada kt depan umah jiran aku. Cuak la aku. Bile dah maghrib tu kitorang balik rumah, mak aku cakap jgnkan peanut butter, roti pun takde kat umah. Haiih.

Itu jela kisah aku. Ikutkan banyak lagi.
Terima Kasih Sudi Membaca

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “PERNAH DIGANGGU”

  1. hahahhahah, usahkan kata peanut butter, roti pun x de, hahhahaha

    Reply
  2. Senang kena kacau ko ni.. Pegila jumpa ustaz. Sebab bab ketip kuku pun aku kena. Ustaz bgtau, benda tu ikut dari ofis. Lps baca beberapa ayat quran untuk halau jin tu, baru takde dah. Seriau beb sbb bunyi dia kuat gila.. KETIP SATU..SATU..

    Reply

Leave a Comment