pertama kali dalam hidup

Allahummasollialamuhammad. apa khabar para pembaca? shahira harap kamu semua dalam keadaan yang baik baik belaka. shahira nak kongsi pengalaman shahira yang shahira rasa sangat mustahil untuk dilupakan. shahira mula.. ya?

6/01/2026 , selasa , 19:34 malam. waktu tersebut shahira turun ke lobby asrama sebab shahira nak study untuk subjek business mathematics oleh kerana esoknya ada test untuk subjek tu. sebelum shahira mulakan study, shahira pergi singgah beli air dekat tapak jual jual dan balik ke lobby asrama semula. shahira masa tu seorang diri sebab shahira jenis yang suka buat semuanya menyendiri. shahira duduk dekat meja lepastu shahira mulakan study. shahira habis study dalam pukul 22:50 dan naik bilik dalam pukul 22:55. shahira masuk bilik lepastu berborak dengan roommate sekejap lepastu shahira pergi ke bilik sebelah sebab nak bincang jawapan dengan classmates dan lepastu shahira masuk bilik semula.

mahu dijadikan cerita, shahira duduk santai borak borak dengan roommate lepastu shahira sebenarnya dah rasa lain tau masa tu tapi shahira taknak bagitahu roommate sebab taknak mereka tahu, jadi shahira diam. mata shahira dah mula terbeliak dan melilau kawasan bilik sebab shahira memang rasa yang itu memang dah bukan diri shahira. roommate shahira yang nama zaza (bukan nama sebenar), zaza ni dia pandang locker dekat bahagian hujung bilik kami dan dia nampak ada satu benda hitam duduk atas locker sambil tengok kami semua dan start pada masa itu zaza dah lain. lepas je zaza nampak benda tu zaza alihkan pandangan dan dia tengok shahira lepastu dia terus selubung diri dia dengan rambut dia dan dia gelak. lepastu zaza ni angkat kepala dia dan tengok kami semua sambil mengatakan yang dia okay tapi sebenarnya dia tak okay.

Roommate yang lain dah buka langkah untuk bergerak lari ke bilik sebelah sebab mereka dah rasa yang shahira dengan zaza ni dah macam tak betul. zaza terus sedar lepas sahaja roommate yang lain dah berdiri dan zaza ni tarik baju auni (bukan nama sebenar) dan auni pun tarik zaza untuk lari bersama. mereka lari tinggalkan shahira yang dalam keadaan bukan shahira. masa tu shahira gelak gelak dan nangis. shahira ada cakap dalam bilik tu “aku tahu kau ikut aku” lepas sahaja shahira cakap macamtu, shahira terus gelak dan masa tu roommate bilik sebelah jenguk shahira dari luar dan mereka ada tanya yang shahira okay ke tapi shahira tak jawab, shahira gelak je sebab shahira rasa kelakar bila mereka tanya macamtu.

Lepastu mereka lari sebab dah takut shahira gelak sambil mata terbeliak. masa tu shahira dah separuh diri yang asal, shahira bangun lari keluar tapi shahira mencangkung sebab benda tu nak masuk dalam badan tapi takboleh nak masuk sebab shahira lawan. shahira gelak, tapi gelak tu bukan diri shahira. shahira nangis baru la itu diri shahira yang sebenar. bertukar tukar tau kejap gelak kejap nangis. masa tu ada roommate yang lain dekat aras dua tu nak approach tapi shahira terus pandang belakang shahira cakap “jangan dekat dulu jap”. lepastu shahira bangun masuk bilik balik sebab nak cari minyak bidara tapi tak jumpa, shahira keluar bilik pergi bilik yang semua roommate shahira berkumpul sebab nak mintak minyak bidara. lepas dapat minyak bidara shahira terus sapu dekat tengkuk sambil mulut terkumat kamit membaca apa yang patut. lepastu shahira baca alfatihah supaya shahira dapat lawan lagi benda tu. dia memang berlawan dengan shahira sebab dia memang nak masuk dalam badan shahira. rasa dia macam magnet yang berlawanan arah. benda tu memaksa tapi pada masa yang sama shahira tolak. lepas sapu minyak tu shahira dah slow slow okay.

Lepastu ada warden yang pandai berubat ni datang sebab nak tengok keadaan shahira. bila warden tu masuk dalam bilik kami, warden tu cakap bilik kami panas dan benda tu ada duduk kat locker yang zaza nampak ada benda tu. warden cakap bulu roma dia naik masa dia menghampiri locker tersebut. lepastu dia ada baca baca nak halau benda tu. lepastu semua dah makin reda. shahira pun dah pulih zaza pun dah pulih. roommate pun dah semakin okay. benda ni habis pukul 3 pagi. kami pun tidur dalam bilik tu tapi sambil pasang albaqarah.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

shahira

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.