Assalamualaikum admin fiksyen shasha dan para pembaca yang saya kasihi , saya jugak salah satu perminat pembaca kisah kisah seram, Kalini saya nak bercerita kisah seram yang saya sendiri alami, banyak benda yang pernah jadi dalam hidup saya , inshallah selepas ni ada rezeki saya akan cerita lagi.
Saya ingin berkongsi satu pengalaman seram yang saya alami ketika saya duduk di rumah sewa kami sekeluarga di sebuah flat yang mana tempatnya saya rahsiakan, Nama saya rina kini saya berumur 21tahun.
flat ni sampai skrg saya masih diami . daripada umur saya 5 tahun lagi saya menetap disini tempat yang saya tinggal ni ada 5 flat . so nama flat dia kira A-E , semua flat ibu saya pernah sewa , dan macam macam rumah kena pindah , ada yang tuan rumah nak jual , ada yang rumah tandas rosak , ada yang elektrik putus kena curi. dan akhirnya kami sekeluarga menetap di block B tingkat 3.
Kisah ni berlaku pada suatu pagi , Seingat saya pada tahun 2015 masa tu saya berumur 11tahun, malamtu saya tertidur , dan terjaga pada pukul 3.30am , masa tu mak dan abang saya semua masih tidur . yee rumah saya ada dua bilik , bilik dpn saya duduk dgn mak saya , bilik belakang pula abang abang saya tidur , saya teringat akan kerja yang diberi oleh cikgu math pg tadi di sekolah , besok cikgu minta siapkan kerja sekolah untuk disemak kalau tak akan kena rotan , “ni kalau aku tak siapkan sakit nanti kena rotan gan cikgu ” detik dlm hati aku masani aku terus ambik beg sekolah dan keluarkan buku math untuk di buat aku taknak buat didalam bilik risau akan ganggu mak aku yang sedang tidur . “Buat dekat depan pintulah sejuk sikit kena angin luar ” bisik hati aku.
Aku sejenis suka duduk depan pintu rumah , rumah sewa aku ni pun ada pagar , pagar tu jarang mak aku mmg tutup pagar tu separuh guna kain langsir supaya cahaya matahri tak terlalu masuk kedalam rumah,
mak aku memang tutup bahagian atas sahaja so kalau orang lalu lalang memang akan nampak kaki.
nak dijadikan cerita , masa tengah buat home work tu aku terdengar bunyi sesuatu yang diseret dari jauh, aku ingatkan orang lalu ” ada jugak orang lalu pagi pagi buta macam ni ” detik hati tapi masa bunyi tu hampir dekat mata aku terus memerhati siapa yang lalu , rupa-rupanya aku nampak peti besi simpan mayat tu ya . aku tengok peti tu lalu depan rumah aku dan aku terbau kapur barus yang kuat , aku tengok tiada kaki hanya peti besi mayat tu sahaja , ” ya allahh ‘ aku terus rasa tak cukup nafas waktu tu , aku terus bangun dan tutup pintu dgn kuat. sambil istifar dalam hati.
Mak aku terjaga sebab aku tutup pintu dengan kuat ” kakak , kenapa ? aku jawab ‘ tak ada apa mak tertutup pintu kuat pulak ‘ pagi tu aku takboleh nak lelap mata , perasaan aku terus dihantui dgn rasa takut , jam 630 pagi , aku tengah siap siap nak ke sekolah pagi tu , alang alang abang aku nak pergi kerja sekali la hantar aku pergi sekolah , meja mekap aku ni membelakang dgn tingkap bilik tau , Tingkap rumah akuni ada yang banyak pecah disebabkan kucing selalu keluar masuk ikut sana.
Tengah aku nak siap pergi sekolah tu aku ada nampak orang intip aku dari cermin tingkat bilik aku , ye aku nampak mata merah . lama aku cuba tenungkan benda tu melalui pantulan cermin mekap aku . benda tu seolah olah tinggi , sebab tingkap aku yang pecah adalah yang paling atas , jatuh aku berdegup kencang , perasaaan takut tu semakin tebal di dada aku, aku terus pejamkan mata ” ya allah apa aku nampakni .
“eh cepatlah ! jerit abang aku , kerana dia sudah lambat nak pergi ke kerja , Aku menyahut ” ye sekejaplah nak pakai tudung jeni . dalam perjalalanan nak ke sekolah aku masih tergiang-ngiang apa yang lalu depan rumah aku pagi tu , dan siapakah yang intip aku waktu tu , Haihhh berdebar jantungni bila teringatkan balik . sampai sekarang aku tak cerita dengan siapa siapa, Aku hanya memendam perasaan aku sehingga harini. Aku percaya dalam duani bukan hanya manusia yang wujud .
Masa tahun 2020 barulah aku pindah ke flat yang lain sebab rumah yang lama tu nak renovate sebab bumbung dah rosak . now aku masih duduk di flat yang aku dikacau tu lagi tapi sekarang aku tinggal di rumah yang paling bawah. Doakan aku semoga dapat pindah kerumah yang lain suatu hari nanti.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit