Pintu Hotel

Assalammualaikum semua.. tiba tiba aku rasa terjebak nak menulis kat ruangan FS ni.. terima kasih pada FS kerana sudi publish kan cerita aku ni dan terima kasih juga untuk pembaca setia FS sudi baca, walaupun tak seseram mana bagi korang, tapi bagi aku yg merasainya, memang seram sejuk la di buatnya.. hehehe… Nama aku wawa. , cerita ini adalah benar dan bukan rekaan semata mata. Ok, kejadian ini berlaku pada tahun 2012, dan benda ni bukan berlaku kat Malaysia, benda ni jadi kat sebuah Hotel kat Medan, Indonesia nama hotel terpaksa di rahsiakan. Masa tuh aku tengah bercuti dengan officemate aku dan benda ni happened pada malam kedua kami kat sana, pada malam pertama kat sana kami dok hotel lain, malam kedua ni dok hotel yang berhantu tuh.

Nak di jadikan cerita, kitaorang cek in malam tuh lewat, dalam pukul 10lebih mcm tuh la.. Aku duk sebilik dengan sorang kakak ni, kak Ina nama dia.. masa otw nak carik no bilik, kitaorang membebel sebab dapat bilik paling hujung sekali selang 3,4 bilik dari bilik member yang lain. Hasihhh! Buat hal betul lah dorg ni bg kitaorang 2 perempuan bilik jauh dan hujung sekali. Masa tuh dah malas nk mintak tukar bilik sebab dah penat sangat. Pasrah jelaaaa…

Masa kitaorang bukak pintu bilik hotel tuh dan bagi salam, biasa la kan kalau masok tmpat orang semestinya lah akan bagi salam dulu. Tapi masa bukak je pintu tuh, terasa macam ade aura lain macam. Rasa suram je bilik tuh. Takpela, ketepikan segala perasaan tuh. Ok, kisah dia bermula kat sini, dah settle semua letak luggage, Kak Ina ni dia tgh “cuti solat”, so dia mintak mandi dulu nak bersihkan badan so aku pun rileks lah kat atas katil sambil tgk TV. Tengah syok layan sinetron, tiba tiba aku terdengar pintu bilik air tertutup, so aku ingat kak Ina dia baru nak tutup pintu bilik air tuh selepas 3minit dia masok toilet.

Tak lama tuh kak Ina bukak pintu bilik air, sambil marah2 aku “wa! Ape main pintu ni, akak nak mandi pun tak senang” aku kat atas katil terpinga pinga bila dia cakap mcm tuh. Aku pun balas lah balik “mana ada saya main pintu toilet tuh. Saya tengah tengok tv atas katil ni ha” malas nak Panjang kan cerita, dia pun teruskan mandi, sambil tutup rapat pintu tuh & kunci. Aku pun malas nak pikir sambung tgk TV laaa..

Tiba-tiba aku dengar kak Ina mintak tolong sebab pintu bilik air tuh tak boleh bukak..
Knock! Knok! Knok! “Waaa!! Tolong akak wa.. pintu bilik air ni tak boleh bukak.. tolong wa” haaa!! Sudah.. dah kenapa tak boleh bukak pulak. “akak.. tunggu japp. Saya pergi panggil dorang yang lain tolong. Tombol tu rosak kot” masa tuh aku memang gelabah gila, pastu dengar pulak kak Ina dah menangis dalam tuh.. “waa! Tolong akk.. janagan pegi tinggalkan akak sorg2.. akak takut” aku sedaya upaya berusaha pulas tombol pintu bilik air tuh sambil baca ayat kursi dan segala ayat aku baca, nak pergi panggil kawan2 lain tak sampai hati nak tinggal kan dia sorang sorang.

Masa tuh tak terpikir nak kol sesiapa pun. Blank! bulu roma ni tiba tiba rasa tegak je kat tengkuk. Lebih kurang dalam 10minit kak Ina dalam toilet tuh, tiba tiba pintu bilik air tuh boleh bukak.. Ya Allah! Pucat gila muka dia, dia terus peluk aku sambil menangis. “sabar kak. Esok kita bagitahu Cik Su (manager opis kitaorang) akak rest la dulu”

Masa dah menunjuk kan jam pukul 12tgh malam, kteorang masih tak dapat tidur terasa macam ade sesuatu tengah tengok kitaorang kat penjuru sebelah tv tuh.. tiba tiba kak Ina bersuara “wa.. malam ni kita tido satu katil la” aku pun tanpa berfikir panjang “ok la kak.. saya pun rasa mcm tak sedap hati. Rasa mcm ade….” Belum sempat aku habiskan ayat, kak Ina p****g. “dah.. jom kita tido esok kita nak balik Malaysia dah, kang lewat pulak” aku pun akur. Tapi seriously, malam tuh tak lena sangat tido. Pertama sebab tido tak tutup lampu (takot punya pasal) hahahah! Kedua sebab memamng terasa sangat ada org tengah dok perhatikan.

Keesokan hari nya, kecoh jugak sebab bilik lain budak tuh kene kecau. Nama budak ni farah, roommate dia sorang lagi malam tuh pergi merayap, bila balik nak masok bilik dia lupa bawak card hotel, so tak boleh la nak masok bilik. Ketuk punya ketuk budak tuh tak buka pintu. Kol banyak kali pun tak jawab. Ketuk pintu tuh mcm nak roboh sampai kawan kat bilik sebelah semua keluar. Bila dorg decide nak pergi panggil management utk mintak tolong bukak kan pintu bilik , tiba tiba Farah ni bukak pintu macam tak ada pape berlaku dan dia ckp “ kak fiza bila keluar? Tadi akk kat dalam bilik tengah bersiap cakap nak jalan2 ngn farah.

Farah masok toilet jap, bila keluar akak dah takde” semua tergamam dengar apa yang budak tuh cakap. Dan kitaorg pun cerita lah kejadian kejadian yang kitaorang alami ni pada pakcik tour guide tuh, dan dia pun cerita lah sebenarnya belakang hotel ni ade kuburan lama, dan bilik hujung yg aku dgn kak Ina duduk tuh sbnarnya mmg dah lama tak de org duduk, sebab bilik tuh menghadap hutan & kubur tuh. Oleh sebab dah kehabisan bilik, dorg terpaksa lah bagi bilik tuh kat kami. Dan nasib tak baik pulak bilik tuh kami yang dapat. Haisshhh! Nasib baik lah tkde apa yg teruk berlaku, ni cuma salam perkenalan pada kitaorg kot, nak pulak masa tuh kak Ina tgh ‘cuti’ mmg suka lah dia mengusik.

Sampai sekarang kejadian tuh masih lagi aku ingat. sejak dari kes tuh, bila aku borak ngn kak Ina dia sendiri pun masih trauma dengan kejadian terkurung dlm toilet tuh.
Sekian cerita dari aku, maaflah kalau apa yang aku sampaikan ni tak seseram yang korang rasa. Semoga terhibur.

Terima kasih.

Bebas Berlari
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

15 thoughts on “Pintu Hotel”

  1. sama dgn sya sis,tpi ni kat 1 hotel kat jogjakarta.mula2 masuk hotel tu mmg seramla sebab byk patung2 hindu kan.Bila masuk bilik lagi seram…suram je rsa.part mandi jugakla dia kacau,1 blik 3 orang.sorang mandi sya n sorg lain tgh baring2 tgok sinetron sorg lagi mndi. bila keluar blik air sebok kata kat kitaorg awat panggil2 nama dia.nak ape korang. kitaorg mcm terpinga pinga. tu belum lagi kes tengah2 malam bilik atas pindah perabot.3 malam kat situ malam2 pindah kerusi meja semua. tak tau la kol 3 pagi buat ape pindh2 barg.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.