Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera
Dulu memang tak suka cerita hantu, tak pernah saja-saja nak dengar kalo orang cerita pasal hantu, kalau movie pun harammmm takkan tengok punya. Kalau tengok pun mesti yang hardcore gila-gila semua orang duk sembang; contoh macam Ju-on, The Ring, Pee Mak, Long Kong ke apa namanya. Selain tu, taknak tengok. Orang putih kata ‘I don’t believe in spending money to scare myself’.
Kecik-kecik dulu pun mak ayah tak pernah dedahkan atau takut-takutkan pasal hantu. Pernah tanya mak ayah, betul ke hantu tu wujud, tapi mak ayah cakap hantu tu takde, yang ada hanya syaitan dan iblis. Jadi kami adik beradik emang dari segi disogok macam tu, jadi tak pernah heran dengan cerita hantu. Takut tu memang la takut, tapi kalua dengar orang cerita ke memang dalam akal duk fikir mesti ada penjelasan lojik di sebalik cerita tu.
Panjang intro heh, bukan apa nak cerita supaya korang kenal sikit background akak, moga menambah pemahaman la ye. Baideway akak bahasakan diri akak ni akak la ye. Tidak muda, tapi tidak la tua. Ikutkan dalam FB, dorang kata pompuan akan terpaling cantik time ukur akak ni (tahun 2018). Kehkeh.
Okay kisah pertama. Mungkin ada kisah-kisah seterusnya, so akak namakan kisah ini kisah pertama.
HISTERIA SEWAKTU PLKN
Kejadian berlaku tahun 2004, tahun pertama PLKN. Yes, akak adalah golongan pertama terpilih ke PLKN yang nun jauh di utara. Boleh agak la kan akak ni umur berapa. Akak duk pantai timur, tapi kena PLKN kat utara. PLKN time tu buat dekat kem, akak sejujurnya lupa nama kem tu tapi nama daerah dia akak ingat la. Dah nama pun kem kan, memang dalam hutan. Tidur pun dalam khemah. Buat aktiviti pun masuk hutan bagai. Tapi dalam sebulan tu takde dengar cerita hantu, kalau ada pun cerita yang tak hardcore, biasa-biasa yang kita duk dengar je. Sampailah satu malam tu, ada Malam Kebudayaan.
Kesahnya pada malam tu, semua kena berkumpul di Dewan Makan. Pakai baju cantik-cantik. Masing-masing pakai baju kebudayaan masing-masing, baju kurung baju melayu cheongsam saree chee chong fan. Hehe. Bukan chee chong fan naa, itu bukan baju tu. Untuk malam tu, kami kena buat persembahan mewakili kumpulan masing-masing dan pemenang akan dipilih. Lupa dah time tu, kumpulan tu kita panggil company kot. Ikut gaya askar gitu. Akak dulu Charlie. Ada Alpha, Beta, Charlie dan D apa tah lupa. Short term memory betul kehkeh. Delta kot kalo ikut phonestics.
Ok malam tu lepas dinner, bersiap cantik-cantik semuanya berkumpul kat dewan. Time tu malam, hujan start turun renyai-renyai. Tapi dalam pada hujan renyai tu, sekali ada petir menyambar. Kuat. Terkejut semua orang. Akak time tu dalam satu khemah akak ada dalam 8 orang gitu kalau tak silap. Semua melayu, sorang ja india. Ada sorang melayu ni, kitorang semua memang pangkah dia sebab gediks nak mamp.
Gedik yang amat, di mana time kilat tu dia duk dengan marka dia. Bila kilat menyambar, memang dia gi peluk marka dia tak lepas-lepas. Marka dia pun apa lagi, naik syok la. Duk berpeluk merenyam padahal time tu baru sekali je bunyi kilat, dan belum malam sangat pun lagi time tu, kira nampak cerah lagi la tak takut. Banyak lagi kes gedik yang minat ni buat, kalau akak cerita memang korang akan cakap dia ni ‘whore’ gitu. Serius cakap.
Ehh okay sebenarnya minah ni takde kaitan pun dalam cerita ni. Tetiba teringat sebab kami semua satu khemah tu duk peratiiii ja kat perangai dia. Kehkeh.
Back to the story. Malam makin gelap. Lepas solat (ada yang tak solat sebab solat sendiri-sendiri dalam khemah), kitorang semua berkumpul dekat dewan. Acara dah nak bermula. Hujan semakin lebat. Dalam duk seronok-seronok, tetiba petir sambar menyambar. Kuat. Sampai kan petir panah ada satu speaker sampai meletup, kemudian blackout. Keadaan tetiba jadi huru hara tak terkawal. Bayangkan tengah seronok-seronok semua pakai cantilk padahal selama ni pagi petang malam duk pakai baju celoreng je, tetiba dalam masa tak sampai 5 minit keadaan jadi gelap gelita petir berdentum pump um gitu.
Budak perempuan apa lagi, terus menjerit. Ada 2 3 orang hysteria, jatuh pengsan. Dalam kelam kabut, pelatih PLKN cuba kawal keadaan. Kerusi meja dialihkan ke tepi, semua duduk dalam 2 kelompok. Satu kelompok lelaki, satu kelompok perempuan. Mana yang pengsan tadi dialih ketepi sikit, bagi ruang sambil kipas-kipas dengan tangan. Time tu mana nak cari kertas ke pebenda weh nak kipas, tak jumpa. Kalau ada pun kipas pakai selipar jepun je. Gelap! Tengah-tengah hutan dalam kem pulak tu, memang takde lampu apa semua.
Pada mulanya ada dalam 2 3 orang je hysteria, dalam masa yang sama kilat sabung menyabung nonstop. Memang cuak gila time tu, bising hiruk pikuk orang menjerit menangis. Akak time tu sejenis blur. Tak nangis, takde perasaan takut sebab dah bagitau tadi yang akak ni sejenis yang fikir lojik. Orang ramai, biarpun gelap, akak duk tenang je hihi. Bukan berlagak ye, memang akak sejenis gitu dulu. Dulu la, sekarang akak tenang juga cuma ada beberapa kejadian yang membuka mata akak bahawa ada benda yang berlaku depan mata tanpa lojik akal, so akak percaya sikit-sikit pasal benda misteri ni. Bila tengok akak sorang tak nagis time tu, kawan-kawan sekhemah akak yang lain semua berpegang kat akak. Bayangkan dalam 8 orang, tolak sorang yang gediks dan sorang lagi akak, maka 6 orang duk peluk akak sorang-sorang. Semua menangis.
Ohh lupa nak inform, time tu dah ramai gila pengsan dan hysteria. Orang sekeliling kami kiri kanan depan belakang rebah pengsan. Lagi kuat la kawan-kawan akak ni nangis. Time tu india ke cina ke melayu ke siam ke, semua hysteria. Akak time tu baru tau kiranya hysteria ni tak mengenal kaum, selama ni ingat orang melayu je hysteria. Fasilitator PLKN – kami panggil cikgu, semua dah taktau nak buat apa. Akak tak boleh bergerak time tu sebab semua duk pegang peluk-peluk. Dalam huru hara tu, tetiba bertambah kecoh sebab ada sorang mamat ni tetiba bangun bersilat!
Yang bestnya, mamat tu patah kaki. Dekat tapak kaki dia tu berbalut, patah dekat bahagian arc tapak kaki tu. Memang sepanjang PLKN tu dia bertongkat, real punya patah sebab dia kawan kepada kawan khemah akak. Tapi malam ni tetiba dia bangun bersilat, tapi tak nampak lawan dengan apa.
Dan yang paling best, akak memang tak nampak dia bersilat sebab akak tak boleh bangun kena peluk kuat-kuat dengan 6 orang yang duk nangis ni 0____0
Tapi ramai la yang nampak mamat ni duk bersilat. Lepas kejadian tu dengarnya mamat ni memang ada keturunan boleh ngubat orang, gitu je lah kesahnya.
Tengah mamat tu bersilat, ada seorang fasi suruh baca apa-apa surah yang ingat ramai-ramai. Time tu baru la tersedar yang kita ni dari tadi blur takde baca surah apa pun. Baru la pakat baca ayat qursi la apa la, itu pun mengikut je suara yang baca. Tak boleh ingat langsung ayat time tengah huru hara macam tu.
Sambil baca tu baru lah suasana jadi reda sikit, hujan berhenti dan kilat pun stop. Orang bersilat pun dah stop, waktu tu malam lagi tapi suasana dah cerah sikit. Mungkin awan dah tak lindung bulan waktu tu, bayangkan satu kem tu blackout memang gelap sangat. Budak yang hysteria semua masih pengsan, tak lama kemudian datang ambulan. Seingat akak ada dalam 4 biji ambulan kot datang malam tu. Tapi memang sikit la nak dibandingkan dengan jumlah orang yang pengsan. Sampai ke pagi ingatnya kami duk kat dewan.
Lepas kejadian tu yang bestnya akak masih lagi blur kehkehkeh. Lupa dah lepas tu apa yang berlaku, tapi seingatnya memang lepas tu malam-malam buat baca yasin kat surau lepas maghrib. Sapa-sapa yang sebelum tu tuang solat pun tobat dah, solat cukup waktu. Tak ingat ada tak pihak pengurusan panggil ustaz ke apa ke, tapi lepas tu kitorang ada buat jugak malam persembahan antara company, tapi dengan kadar sederhana je la, sekadar buat syarat sebab benda tu macam requirement untuk markah gitu. Sepanjang PLKN tu seingat akak tu la satu-satunya kejadian angker yang berlaku, kalau ada pun time tu akak sejenis yang tak ambil port sangat tu yang jadi ingat-ingat lupa
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ko sebenarnya nak citer apa nih kak? asik blur jerrr…
anyway, akak cumellll…
Love, Diva.
hmmmmm mkcik blurr bca cita kau nakk..adoii.
#cumel..
hmmmmm mkcik blurr bca cita kau nakk..adoii.
#cumel…
best baca sbb detail. boleh bayangkan suasananya.
D tu delta…sy dulu company delta kat kem plkn ayer keroh melaka.hehe
best
not bad😊
nice..hehe
Spesis gedix nk mamps😂😂😂 yg tu lawak
Alpha Bravo Charlie and Delta laa hakak oii😂♥️
kem plkn nun jauh di utara… Perlis la kot noh.. kem mn kakak?? sy kerja ngan kontraktor kem plkn kt Perlis. Ketiga tiga kem owner yg
sama😅😅