PLKN Segari

Salam kepada pembaca FS. Aku ingin berkongsi kisah benar yang pernah terjadi di depan mata aku sendiri sewaktu menjalani PLKN pada tahun 2006.
Aku ditempatkan di kem yang terletak di Segari, Lumut. Aku merupakan seorang bekas wirawati dari kem itu, ye la, perempuan mestilah ditempatkan dalam golongan wirawati kan. Aku gambarkan keadaan di sana dahulu supaya mudah untuk memahami cerita ini, ya. Kem tersebut berhampiran dengan pengkalan Lumut dan juga di sekitar kawasannya adalah hutan yang berbukit.

Banyak kisah yang terjadi sepanjang 3 bulan aku di sini. Aku ceritakan apa yang aku ingat dahulu. Petang itu kami lakukan aktiviti riadah, dalam pukul 6.30pm, tiba-tiba aku ternampak wirawati ni (Ayu), melilau matanya sambil tengok ke hutan yang berbukit tu. Terus aku beritahu jurulatih, sebab nampak dia gelisah dan kadang-kadang senyum sesorang. Ketika jurulatih sedang berbicara dengan dia, Ayu tetiba berlari untuk masuk ke dalam hutan, nasib baik peserta yang lain a.k.a yang kuat lari, sempat kejar dia, memang suasana masa tu seram bercampur panik, keadaan dia masa tu, memang meronta . Ayu ni, kecil molek je orangnya, tapi masa kejadian tu, ramai yang pegang dia hampir tumbang atau terlepas dari pegangan, tak tau benda apa yang merasuk dia, kuat betul tenaga dia.

Akhirnya, hampir setengah jam baru Ayu kembali tenang setelah dirawati seorang Ustaz. Ayu menceritakan kepada kami rakan se-Dorm dengannya, waktu tu, dia ternampak seorang perempuan cantik di lereng bukit tu, berbaju kebaya kekuningan, melambai-lambai ke arah dia. Kemudia Ayu tergerak hati ingin pergi dekati β€œDia”. Tanpa Ayu sedar, rupanya waktu tu dia bukan berjalan, tapi berlari ke hutan yang berbukit itu. Setelah ditahan, dia nampak perempuan yang cantik tu, berubah menjadi nenek tua yang sangat bengis wajahnya sambil memegang tongkat. Selanjutnya, dia tidak dapat habiskan cerita sebab dikhuatiri diri dia akan diganggu lagi.
Kes kedua pula terjadi pada jurulatih perempuan sendiri. Masa tu dia masih bujang, kejadian ni berlaku di dalam Dorm wirawati, bilik jurulatih tersebut. Aku namakan dia Cikgu Ain. Cikgu ni sangat tegas dan mulutnya sangat pedas sebab pedih telinga bila dia tegur kami. Ada aje yang tidak kena. Suatu malam tu, Cikgu Ain mengamuk di dalam bilik dia, sambil melemparkan barang-barang yang ada di sekitar dia. Kami diberitahu bahawa Cikgu Ain telah mengalami beberapa kecederaan dan terdapat kesan cakaran di tangannya. Hal ni disedari penghuni di dorm tersebut termasuklah jurulatih wanita yang lain. Waktu tu sudah pukul 10pm. Dengan pantas, semua wirawati diarahkan berkumpul di dewan makan dan tidak dibenarkan keluar dari kawasan tersebut. Hanya yang tinggal Cikgu Ain, jurulatih-jurulatih yang lain serta beberapa orang ustaz.
Tak pasti apa yang terjadi sepanjang tempoh rawatan tu, akan tetapi, kami semua dapat mendengar suara yang bermacam-macam dari dorm terbabit seperti suara Cikgu Ain teriak kuat, suara lelaki yang sangat kuat tapi tidak jelas kata-kata nye, suara harimau mengaum, bunyi burung dan macam-macam bunyi pelik. Hampir 2jam kami di dewan, dengan mata aku tahan mengantuk, memang hilang rasa seram sebab rasa mengantuk lagi lebih pada masa tu. Kemudian beberapa orang jurulatih lelaki datang ke dewan untuk tengok keadaan kami, dan aku terdengar mereka berborak dengan pakcik dan makcik kantin tu, ada makhluk alam ghaib ingin berkahwin dengan Cikgu Ain. Salah seorang ustaz yang merawat tu boleh melukis bentuk makhluk tersebut di lukisan. Dan sebelum lukisan tersebut dibakar, jurulatih sempat melihat lukisan tersebut. Terdapat beberapa ekor makhluk di dalam tu, ada yang menyerupai seperti seorang putera raja tapi berbadankan kuda, ada makhluk yang hodoh, ada yang seperti harimau dan seorang nenek tua. Suara-suara yang kedengaran kuat tu dapat didengari dengan jelas semasa lukisan itu dibakar. Kejadian ni berlaku semasa bulan ke-3 aku di kem tersebut.

Malam itu juga, kami dimaklumkan bahawa Cikgu Ain tidak dapat meneruskan tugas dia di sini sehingga tamat program atas dasar keselamatan dia. Akhirnya hampir pukul 1 pagi, kami dibenarkan pulang ke dorm masing-masing setelah kawasan itu di pagar. Memang seram juga sepanjang perjalanan kami untuk ke dorm tersebut, angin kuat semacam je. Sampai ke harini, aku tak tahu keadaan Cikgu Ain macam mana. Harap-harap dia menjalani kehidupan dengan aman dan damai bersama keluarga.

β€˜-@3ly3@-β€˜

8 thoughts on “PLKN Segari”

  1. ya.. bercakap pasal plkn segari..saya berada disini sekarang.. kerja kerja membaiki tiang telko.. seram jugak siang2 kt sini..huhuhuhuhu

    Reply
  2. pengalaman yang menarik,tapi tula aku tak dapat PLKN sebab time sekolah aku kena pergi kem bina semangat hahah macam apa entah masa tu..anyway cerita best sambung la lagi ya πŸ™‚

    Reply
  3. Aku pon PLKN Segari 2012. Malam terakhir kat situ, aku ternampak perempuan berbaju kuning ni jugak. And pernah jugak ternampak ‘benda’ dalam dorm bravo (wirawati) masa tengah bertugas malam. Yang peliknya bila suluh takde, bila tak hala lampu suluh ‘benda’ tu elok je kat situ. Aku datang dekat, takde. Bila aku tengok dari jauh, aku nampak ‘benda’ tu.

    Reply
    • 2012? kumpulan berapa tu? sy kump 1. alhamdulillah tak pernah nampak or berlaku benda pelik sepanjang bertugas malam. tapi kawan pernah cerita. dia nampak benda dekat dorm belakang. tak ingat apa nama dorm tu. and pernah ada sekali kawan histeria kt dalam surau masa maghrib. masa tu keadaan menang sangat seram. hujan lebat, angin kuat. perghh.

      Reply

Leave a Comment