Pocong Kecil Bilik VIP

Hai pembaca semua. Sebelum ni aku tak tahu pun akan kewujudan fiksyen Shasha ni dan bila suami aku kenalkan aku dengan page ni dalam awal tahun ni, aku jadi minat. Semua cerita yang ada aku baca. Tapi sebagai silent reader jer, sebab aku minat baca kisah-kisah mistik ni, tapi penakut. Hehehe. Kali ni aku terpanggil nak bercerita kisah aku. Mungkin bagi orang lain tidaklah seram mana, tapi bagi aku yang pertama kali dalam hidup nampak depan mata, memang ambil masa jugalah nak pulihkan semangat. Mungkin bahagian intro panjang sikit, tapi bertujuan untuk menjelaskan situasi yang berlaku.

Kejadian ni berlaku pada penghujung tahun 2016. Aku dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur (lokasi dirahsiakan). Masa proses pendaftaran masuk, suami sudah request untuk bilik single sebab senang lepas pembedahan, suami yang uruskan keperluan aku kalau apa-apa yang aku perlukan. Tapi disebabkan pada masa tersebut tiada bilik yang kosong, aku ditempatkan dahulu dalam bilik dua (ada bilik single sepatutnya discharge petang tersebut, tapi pesakit tu keluar makan dan mohon untuk keluar keesokan harinya).

Sehinggalah waktu berganjak pukul 10:30 malam, aku masih belum dapat bilik single. Aku dan suami dah bising-bising dekat nurse yang bertugas. Sebab aku terpaksa berebut toilet dengan pesakit katil sebelah (masa tu aku dan pesakit sebelah diberi ubat untuk cuci usus sebelum pembedahan dilakukan.. memang tak dapat nak tahan berulang alik ke toilet). Untuk pengetahuan pembaca, semasa doktor sarankan aku untuk menjalani pembedahan, aku dah maklum kepada doktor dan pembantu doktor untuk bilik single dan pembantu doktor akan maklumkan kepada kaunter. Akhirnya suami pulang disebabkan bilik dua tak boleh orang stay jaga.

Akhirnya dalam pukul 11:00 malam, nurse datang dan maklum yang aku akan dipindahkan ke bilik VIP dahulu yang mana bilik tu terletak di hujung wad dan berdekatan dengan pintu kecemasan. (Bayangkan, bilik tu berada di hujung sekali. Kena tolak pintu kecemasan baru jumpa bilik VIP belah kiri dan depan ada tangga kecemasan. Bilik tersebut terasing dari wad yang lain dan jauh dari kaunter nurse. Kira kawasan tu hanya menempatkan bilik VIP tu sahaja).

Masa aku masuk, tiba-tiba tergerak hati aku mengatakan, “macam ada yang tak kena dengan bilik ni.”

Bila nurse beredar, aku call suami untuk datang dan mengatakan aku sudah dapat bilik. Keadaan bilik VIP ni, masuk je dari pintu utama belah kanan ruang tamu siap ada sofa dan TV. Belah kiri pintu ke bahagian dapur. Bertentangan pintu masuk ada satu lagi pintu menuju ke bilik yang menempatkan bilik pesakit dan juga bilik air. Dalam pukul 12 lebih, suami aku sampai dan masa tu aku dah mula mamai disebabkan ubat penenang yang doktor bagi untuk aku bertenang sebelum pembedahan keesokanya. Jadi, malam pertama tiada gangguan. Selamat.

Esoknya, pukul 7:30 pagi, aku dah ditolak ke bilik pembedahan dan alhamdulillah, pembedahan aku berjalan dengan lancar. Untuk malam kedua masih tiada apa-apa yang berlaku atau aku yang tak sedar sebab aku masih mamai akibat pembedahan. Aku betul-betul sedar pagi keesokan harinya.

Malam ketiga aku di hospital (Khamis malam Jumaat 30/12/17), selepas keluarga dan kawan pejabat aku balik dari melawat dalam pukul 11:00 malam, masa tu aku masih layan berborak dengan suami sampai pukul 12:00 tengah malam. Aku dan suami bersiap-siap untuk tidur. Lampu bilik ditutup dan biarkan lampu bilik air dan lampu dari ruang tamu yang dibuka (suami suka tidur dalam gelap). Aku cuba tidur mengiring belah kiri mengadap suami yang tidur atas sofa yang ada dalam bilik sebab otot kanan dan belakang sakit (suami aku maklum masa aku ditolak keluar dari bilik pembedahan badan aku mengiring ke kanan dan masa aku dalam bilik tak sedar aku banyak telentang tak bergerak).

Semasa aku dah dalam keadaan nak hampir-hampir terlelap, tiba-tiba aku rasa ada benda yang menghimpit perut aku (tempat jahitan) bila aku bukak mata depan mata aku ada pocong tengah sedap landing (kepala dia betul-betul depan kepala aku. Kaki dia belakang badan aku. Kira bersilang), dengan kain lusuh. Masa tu seakan-akan warna pink cair ke coklat. Pocong tu kecil, seakan-akan budak umur enam atau tujuh tahun (aku selalu bayangkan pocong saiz orang besar, tapi ini saiz budak-budak, sebab selalu cerita di TV atau buku akan menggambarkan pocong dewasa). Masa tu memang terkejut hanya tuhan je yang tahu. Pertama kali dalam hidup nampak depan mata (memang kepala dia yang berbungkus tu dekat depan mata aku je, Jarak beberapa inci dengan kepala pocong yang elok berbungkus tu. Nasib baik nampak bungkus jer dia tak tunjuk muka. Kalau tak, mahu pengsan).

Masa tengah menggelabah tu, alhamdulillah aku masih ingat ayat Qursi. Aku baca ayat tu dan masa aku mula baca ayat tu dan kuatkan suara aku nampak suami aku bangun panggil aku, “ayang,” dari sofa tempat dia tidur tapi tak bangun hanya panggil. Aku baca lagi seronok benda tu hindik-hindik badan aku. Ayat terakhir dari ayat Qursi tu baru pocong tu lari. Lepas benda tu lari dan aku terus bangun mengejut lari ke suami. Masa tu dah tak pikir luka jahitan (nasib baik drip air dah dicabut) terus aku lompat baring sebelah dia.

Selepas tu suami bertanya kenapa tapi aku mendiamkan diri untuk bercerita sebab takut masih menguasai diri dan lepas dari tu baru aku rasa perit pedih dari luka pembedahan. Masa tu suami dah bukak lampu tidur yang ada dalam bilik tu. Jam 1:20 pagi dan pada waktu tu jugalah aku pujuk suami untuk teman aku tidur di atas katil tapi suami enggan disebabkan saiz badan dia yg XXL dan saiz aku yang S akan membuatkan tidur tak selesa. Suami pujuk aku tidur atas katil dan bukak TV. Kebetulan TV Al-Hijrah ada siaran bacaan ayat Al-Quran dari Mekah. Aku pun bangun dan menuju ke katil semula dengan harapan ayat suci Al-Quran ada, mesti benda tu tak kacau. Remote TV aku letakan di atas kepala dan suami tutup semula lampu dan hanya cahaya dari TV terpasang.

Masa aku hampir terlelap, tiba-tiba TV terpadam sendiri dan masa tu suami menjerit, “ayang!” terus aku tersedar dan capai remote yang ada di atas kepala dan buka TV semula. Masa tu aku dah nak menangis, aku pujuk suami untuk teman aku tidur di atas katil. Akhirnya suami aku bangun dan teman aku tidur di atas katil. Masa tu aku sempat tengok jam di dinding hampir pukul 3 pagi. Dengan keadaan tak selesa berhimpit tidur atas katil dan sakit dari luka pembedahan tapi disebabkan takut aku terpaksa juga. Selepas itu, aku dan suami tak tahu bila tv terpadam sendiri dan sedar-sedar dah pukul 6:00 pagi, nurse datang check tekanan darah dan pukul 7:30 pagi doktor datang buat lawatan dan cuci luka pembedahan.

Doktor memaklumkan bahawa aku boleh balik tengah hari tu dan selepas doktor beredar aku mula cerita pada suami ape yang terjadi. Suami memaklumkan bahawa pada hari pertama dia tidur di ruang tamu, dalam pukul 2 lebih dia terjaga dan kebetulan dia mengadap ke dapur dia perasan seolah-oleh ada benda terhenjut-henjut seolah-olah nak mengintai ke dalam bilik tempat aku diletakan (setiap pintu wad ada tingkap atau kaca yang boleh dilihat ke dalam). Tapi disebabkan letih suami aku berangapan ianya hanya khayalan dan sambung tidur semula. Sebelum aku keluar ada budak penghantar makan bertanya kepada aku beberapa kali semasa menghantar atau mengambil makanan “akak ada tak petang ni”. Ia membuatkan aku pelik dan berpikir mengenai bilik ini. Aku pun bercerita mengenai kejadian tersebut dalam group whatsup keluarga dan semua tak percaya dan mengangap bahawa ianya kesan dari ubat bius. So, aku berfikiran positif mungkin kesan ubat.

Selepas aku sampai dirumah, suami terjumpa pakcik dia yang kebetulan bekerja maintanance di hospital tersebut dan beliau memaklumkan bahawa bilik tersebut memang ada dan selalu nurse memaklumkan kepada beliau yang benda tu akan muncul di belakang sekiranya nurse ingin mengambil stok ubat tetapi tidak kacau hanya memunculkan diri. Mengenai tv pula bergantung kepada remote tv on off pada remote dan tiada had masa dan ini bukti yang menguatkan bahawa apa yang berlaku bukanlah kesan dari ubat. Memang vip sangat aku dapat bukan setakat layanan yang first class tapi siap ada “adik” lagi yang menunggu.. Memang aku akan tolak awal-awal kalau dapat lagi bilik tu. Seminggu selepas tu aku ada rawatan susulan akibat luka pembedahan. Masa jumpa doktor aku menceritakan kejadian tersebut dan pembantu doktor memaklumkan bahawa bilik tersebut memang “ada” dan dorang gelarkan ianya hantu budak-budak tapi tak kacau hanya munculkan diri. Tapi bagi kes aku dia siap baring..nurse memaklumkan bahawa mungkin dia ingin berkenalan dan berkawan..ceh!!tak nak aku kawan dengan dia.. cukup kawan-kawan aku yang ada..Selepas dari hari tu, bila setiap kali temujanji hospital, doktor akan ingat pocong bila nampak aku.. Manakala suami aku pulak boleh set nama aku kat handpone dia “my sweetheart” tapi gambar pocong..hampeh…

Ok, itu sahaja cerita dari aku. Maaf la kalau pengalaman aku ni tak seram tapi bagi aku yang nampak depan mata memang aku berdoa agar tak nak nampak lagi cukup sekali walaupun ianya kecil seakan budak-budak. Maaf juga kalau ayat aku tungang langang sudah lama tak buat karangan dan bila aku mengarang pengalamaan ni pun buat bulu roma aku naik.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

31 thoughts on “Pocong Kecil Bilik VIP”

  1. “Malam ketiga aku di hospital (Khamis malam Jumaat 30/12/17), selepas keluarga dan kawan pejabat aku balik…”

    Ni cerita masa depan ekk, heehehhehehe…
    Typo ko buat akk berpikir ehhh skrg ni tahun 2018 ke…????

    Amendelaahhh beria bebenor penjaga nk tdo mase jge pesakit…
    Sampaikan bilik wad kena bergelap sbb penjaga suke tdo dlm gelap…
    Akk selama tggu org sakit, even blk single pon xde nk tdo beria…
    Sanggup tdo duduk kt kerusi kepala sebelah pesakit sbb akk takot nnt pesakit nk pape akk x dgr…

    Dengan intro yg berkali2 mentioned betapa korg berkeras nk blk single, buat akk sebeellll lhoorrr annoying dgn karenah pesakit camni…
    Akk rase nurse mmg sengaja bg ko merasa dok blk VIP tu sbb diorg dh muak dgn sikap berkeras korg berdua…
    Mmg kita bayar…
    Mmg kita berhak ats perkhidmatan yg ada…
    Tp toleransi perlu ada dlm hdp, bkn kita sorg jer pesakit yg ada…

    Sorrylaahhh…
    Kemuakan yg akk rase buat akk ilang keseraman bace cerita ni…

    Reply
        • Emangnya gue sebel amet lhoorrr ama orang kayak gini…

          Nk sgt blk single, nk sgt sedap tdo kan…
          Amik..siap pakej bantal pelok die bg…

          Reply
      • Lebih ke arah saket hati…
        Seolah2 xleh nk paham situasi yg ade…
        Klu blk single tu ade, xdelah nurse tu buat derk xnak bg kat die kan…
        Takkan disbbkan die dh mention awal2 nk blk single, makanye nurse nk kena halau pesakit lain demi die…
        Org sakit admit unexpected, bkn mcm booking hotel, unless ko mmg super vvip mmg blk khas xde org lain leh msk…

        Reply
    • Tapi memang betul, penulis patutnya redhoo aje pada awalnya. Sama kes macam kalau kita nak check in kat hotel. Kalau hotel tu orang cakap penuh, jangan la paksa2 nak jugak. Nanti tiba2 staf hotel akan cakap ada bilik kosong dan bilik tersebut opkos la yang berpuaka. Tu sebab diorang dah tak tahan kena paksa2.

      Reply
    • Alamak Kak Yulie marah…sabar akak,sabar itu kan separuh daripada iman?😬Bertenang..tarik nafas..lepas…tarik nafas..lepas…tarik nafas…lepas…😌

      Reply
  2. bolehlah tahan tahap keseramannya. Diva malas nak kritik-kritik orang nih sbb Diva mmg penyayang orangnyer. Lagipun malam ni Malam Jumaat… tetibeeeeeeeee

    Diva dgn bangganya memberikan penulis ini 3 bintanggggg!!! (pose tabur bunga rampai)

    Reply
  3. BEST!😊

    Teruskan berkarya!

    TO:NOOR REHAN
    Kak Noor baru pertama kali menulis kan?Selamat datang ke dunia penulisan!Jangan risau,cerita akak menarik dan dalam setiap rangkap penuh dengan informasi.Ini yang membuatkan cerita mudah difahami!Kalau ada kelapangan,kongsilah lagi kalau ada cerita yang terlintas di fikiran ya? Keep going on!

    Waalaikumussalam

    Reply
    • itu saya tak pasti juga,lagipun saya belum pernah kena tahan dekat hospital. 🙂 Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan daripada-Nya.

      Reply
    • hahaha..mungkin la..sbb pesakit asek mintak je..nk diam kan pesakit die bg je la bilik yg ade..tapi kesian jgk kt writer..bayar mahai2 dpt bilik berhantu plk..kikikiki

      Reply

Leave a Comment