Pocong Mengekoriku

Assalamualaikum semua.
Ini pertama kali aku hantar pengalaman yang aku alami beberape tahun yang lepas(Aku tidak ingat tahun bila).Maaf juga Jika tidak seram tapi bagi aku yang melalui nya seorang diri ia sangat seram.
Banyak juga pengalaman jumpa mahluk-mahluk Allah,Jika kerajinan itu sampai untuk menaip akanku kongsikan.itu pun kalau cerita ini di siarkan .

Aku merupakan seorang wanita berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Oleh kerana desakan kerja, kami sekeluarga tinggal di ibu kota.

Pagi itu, aku dikejtukan dengan panggilan daripada ayah di kampung mengatakan atuk (perempuan) telahpun pergi menghadap illahi.

Kampung ayahku terletak di Pontian. Setelah kemas apa yang patut, kami sekeluarga pun balik ke Pontian, dari highway masuk ke kawasan kampung.

Syukur alhamdulilkah, aku sempat melihat jenazah atuk sebelum dikebumikan. Selepas pengurusan jenazah selesai, mak jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Niat hatiku ingin ikut sekali ke tempat pengembumian, namun anakku merengek dan aku terpaksa tinggal sahaja di rumah menidurkan anak. Cuma suami yang ikut sama ke sana.

Aku duduk berseorangan bersama anak kecil ku sementara menunggu yang lain balik dari tanah perkuburan. Entah kenapa waktu itu, aku sudah mulai merasa tidak sedap hati. Tidak dapat aku ungkapkan bagaimana perasaaan itu. Seakan ada benda yang tak enak akan terjadi.

Dalam pukul 3:00 petang, semua yang berada di tanah perkuburan pun kembali. Niat dihati ingin bermalam dahulu, akan tetapi suami tidak mendapat cuti dan harus pergi berkerja keesokan harinya.

Selesai solat asar, kami pun berangkat balik. Suami berada di depan memandu, aku pula duduk di belakang dengan anak kecilku.

Sambil menikmati pemandangan kampung sebelum keluar ke lebuh raya, aku teringat kenangan-kenangan waktu kecil bersama arwah atuk ku.

Kereta menderu laju membelah jalan kampung yang menghijau. Sedang aku melayan perasaan, aku tersentak dengan sesuatu!

Aku ternampak sosok seakan pocong berada di atas atap sebuah rumah yang ada di tepi jalan. Elok berdiri tegak berbungkus kain kafan berwarna putih.Mukanya gelap. Aku seakan kaku. Aku fikir ia hanya khayalan. Aku menggosok-gosok mataku, berharap ianya hanya ilusi. Tapi, ia tetap utuh disitu.

Dan lagi membuatkan aku terkejut! Rupanya bukan satu pocong yang ada! Baru aku perasan,  di setiap rumah yang ada di tepi jalan itu kelihatan kelibat pocong berdiri di atas rumah. Ada rumah yang ada seekor pocong, ada juga yang dua ekor pocong.

Ingin sahaja aku teriak dan beritahu suamiku yang sedang memandu, akan tetapi risau nanti konsentrasinya terganggu ketika itu.

Pocong-pocong itu pula seakan sedar akan kehadiranku, kerana muka-muka mereka mengikut kemana arah kereta bergerak.

Aku mengalihkan pandangan ke hadapan tanpa mempedulikan apa yang ada di tepi jalan berkenaan. Aku cuba membaca ayat-ayat Al-Quran berharap agar benda itu akan hilang. Dalam keadaan aku melihat ke hadapan, anak mataku masih melihat ‘objek-objek putih’ tersebut.

Sedar tak sedar fajar pun menyingsing. Suami berhentikan kereta untuk solat maghrib di sebuah surau yang terletak di tepi jalan.

Dengan keadaan takut, aku turun dari kereta sambil melihat sekeliling. Kot-kot kelibat itu masih ada. Syukur alhamdulillah. Dah tak ada.

Aku pergi ke kawasan wudhu wanita.Aku melangkah dengan berhati-hati kerana jalan ke tempat wudhu telahpun ditumbuhi rumput-rumput. Tempat mengambil wudhu terletak di belakang surau. Dan di belakang surau ini adalah sebuah kebun yang terbiar tidak diusahakan.

Sambil aku mengambil wudhu, mataku melilau sekeliling. Selesai memgambil wudhu dan membaca doa, aku ternampak di sebalik pokok , ada sesuatu . Karung guni? Ya, pada mulanya aku ingkatkan hanya karung guni lama yang terbiar tegantung di dahan pokok. Tapi, apabila aku teliti betul-betul.Ternyata tekaanku salah. Itu adalah pocong!

Aku tahu benda tu mengekori aku, aku bernasib baik sebab ada membawa sekali air “tawar” dari seorang pengamal perubatan Islam.Lalu aku selawat dan sapu air ke muka.alhamdulillah tiada lagi penampakan pocong lagi.

Sebelum bergerak balik dari surau berkenaan baru aku cerita dekat emak,Dan emak memberitahu itu mungkin adalah Qarin.

Waallahualam……

Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai “kembaran setiap manusia.”

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Pocong Mengekoriku”

Leave a Comment