Pontianak?

Assalammualaikum kepada pembaca setia fiksyen shasha.

Saya ingin berkongsi sebuah pengalaman yang masih segar dalam ingatan, walaupun peristiwa ini sudah 11 tahun berlalu. Sesungguhnya tiada kuasa yang melebihi kekuasaan Nya.

Namaku Umairah. Kejadian seram ini berlaku ketika umurku 14 tahun. Ayahku bekerja di sebuah hospital di selatan tanah air. Kami sekeluarga menginap di kuarters yang disediakan pihak hospital. Kuarters tersebut terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu bahagian ruang tamu, bilik dan dapur. Bilik air terletak di luar rumahku, berhadapan dengan pintu dapur. Kuarters yang sederhana besar itu cukup selesa buat kami, 5 sekeluarga.

Bilikku tidak mempunyai pintu, ibuku hanya memasang langsir sahaja, bagi menggantikan pintu. Untuk pengetahuan, kain langsir tersebut terbelah kepada dua bahagian, dan di ikat di kedua belah tepi. Di dalam bilik, hanya aku dan adik perempuanku sahaja,kerana kuarters tersebut hanya mempunyai satu bilik. Oleh kerana kami berdua anak perempuan,kami di beri keutamaan untuk tidur di dalam bilik. Manakala ibu,ayah dan adik lelakiku yang masih kecil, tidur di ruang tamu. Di dalam bilik, kami mempunyai dua katil. Katilku di bahagian kanan pintu masuk, di pisahkan dgn sebuah almari, dan katil adikku di sebelah almari.Kedudukan katilku bertentang dengan pintu bilik.

Pada suatu malam, ketika aku ingin melelapkan mata, tidak semena-mena langsir di bilikku bergoyang perlahan. Mustahil kerana angin kipas, kerana bilikku tidak mempunyai kipas syiling.Yang ada cuma kipas meja yang anginnya yang tak berapa nak ada. Dalam keadaan berbaring, aku hanya melihat langsir tersebut bergoyang tanpa memikirkan hal-hal yang mistik.

Dalam kelekaanku melayan mata untuk tidur, muncul seseorang di depan pintu,yang pastinya bukan ahli keluargaku. Seorang wanita yang tidak aku kenali.Rupa parasnya sangat cantik,berambut hitam pekat, panjang rambutnya melebihi pinggang. Dia berpakaian serba putih. Aku seakan terpaku melihatnya.Mataku ralit melihat kecantikan wanita itu. Dia hanya tersenyum memandangku. Tanpaku sedari, bibirku juga menguntumkan senyuman kepadanya. Aku seakan terlupa siapakah gerangan wanita itu.

Dalam keadaan masih berpandangan, badanku seperti terkunci. Aku tidak dapat menggerakkan badanku, waima jari sekalipon. Hanya mataku yang berkedip memandang perempuan itu. Aku ingin menjerit memanggil ibu dan ayahku, tetapi suaraku hanya tersekat di kerongkong. Bibirku juga terkunci untuk melontarkan suara. Dan ya, wanita itu masih berdiri di situ, sambil matanya tidak jemu memandangku. Situasi itu berlarutan sehingga aku sendiri tidak pasti bila masanya aku tertidur.

Keesokan harinya, aku bangun daripada tidur beserta 1001 persoalan. Adakah aku bermimpi? Wajah wanita yang memandangku sambil tersenyum itu masih segar dalam ingatan. Aku meredakan perasaan berkecamuk ini, dan menganggap ianya hanyalah sebuah mimpi semata. Tetapi ternyata sangkaanku meleset.

Pada malam kedua, wanita itu muncul lagi. Petanda sebelum kedatangannya ialah, langsir di bilikku akan bergoyang perlahan seperti di tiup angin. Hadir bersama sosok tubuhnya di depan langsir itu. Pada kedudukan yang sama seperti malam sebelumnya, memerhatikanku sambil tersenyum. Badan dan suaraku juga sepert malam sebelumnya, tekunci rapat. Dan aku akhirnya tertidur sendiri.

Pagi itu, aku mengambil keputusan untuk memberitahu ibuku perihal dua malam berturut itu. Pada mulanya ibuku tidak mempercayainya, dan beranggapan ianya hanyalah sebuah mimpi sahaja.

Aku juga mahu hakikatnya seperti itu,tetapi malangnya tidak. Pada malam ketiga, wanita itu muncul lagi dan kelakuannya masih sama. Memerhatikanku sambil tersenyum. Akal dan jasadku tidak menidakkan kehadirannya. Kerna itu, aku yakin bahawa aku tidak bermimpi. Wanita itu datang 5 malam beturut-turut.

Malam ke-6, wanita itu muncul lagi. Tetapi malam itu bukan sebuah senyuman yang di berikan kepadaku seperti selalu. Wanita itu menangis. Ya ,… menangis. Dia menangis tanpa mengeluarkan sebarang suara, tetapi cukup membuatku tersentuh hati, sehingga aku juga turut sama menangis.

Aneh bukan? Tapi itulah yang berlaku. Aku juga tidak mengerti mengapa aku turut sama menangis. Mungkin kerana melihat tangisan yang tidak bersuara itu, menyentuh perasaanku. Seperti selalu, aku tertidur sendiri.

Keesokannya, aku bangun daripada tidur dan mendapati mataku bengkak. Mana tidaknya, semalaman aku menangis. Menangis bersama ‘dia’. Hari itu aku tidak ke sekolah kerana aku mengalami demam panas.

Aku bersungguh-sungguh menyakinkan ibuku kejadian yang menimpa diriku, dan menyangkal ianya hanyalah sebuah mimpi. Oleh sebab itu juga, aku mengalami demam panas. Ibuku mula percaya dan segera memaklumkan kepada ayahku. Aku takut akan tibanya hari malam. Takut ‘dia’ akan datang lagi. Benar tekaanku, tetapi lainnya malam ini dia menggerakkan tangannya seperti mengajakku mengikutnya. Aku kaku di tempat tidurku.

Lama aku merenungnya. Aku seperti di pukau. Aku perlahan-lahan menuruni katilku dan berjalan mengikutinya. Hatiku berkeras tidak mahu mengikutnya, tetapi kakiku tetap berjalan menuruti langkahnya. Sesuatu yang di luar kawalanku.

Sewaktu aku berjalan di ruang tamu, ayah menegurku dan bertanya mengapa aku tidak tidur lagi pada waktu begini. Aku mengatakan ‘dia’ mengajakku ikut bersamanya. Ayah terus menarik tanganku dan menyuruh kembali ke dalam bilikku. Aku bangun keesokan harinya dan mengingati kejadian tadi malam. Aku tidak dapat dapat membayangkan apakah nasibku jika ayah tidak menahanku daripada mengikutnya.

Ayah dan ibuku segera membawaku berubat. Pengamal tersebut mengatakan jelmaan wanita tersebut adalah pontianak. Tambahnya lagi, aku bernasib baik kerana dia menjelmakan diri sebagai wanita cantik, dan bukan sebaliknya. Pengamal itu juga memberitahu, makhluk itu mengikutiku daripada sekolah. Meremang bulu romaku mendengarnya.

Pengamal itu menasihatiku agar menjaga solat. Sentiasa mengamalkan ayat kursi dan membaca al-quran. Semua itu untuk menjadi pendinding buatku. Sebaik-baik pertolongan , ialah daripada Allah s.w.t. Aku di beri air penawar yang di bacakan ayat suci al-quran untuk di buat mandian bagi memulihkan semangatku kembali.

Alhamdulillah selepas berubat dan dengan izin Nya, aku tidak lagi di datangi oleh makhluk itu. Mulai daripada saat itu, aku lebih menjaga ibadahku. Solat di awal waktu, dan mengisi masa terluang dengan berselawat dan berzikir. Walaupon begitu, adakalanya aku akan terbayang wajah ‘dia’, dan senyuman itu. Aku akan segera beristifar dan membaca ayat kursi.

Terima kasih kepada pembaca yang sudi meluangkan masa membaca pengalaman saya ini. Sama-sama kita peroleh pengajaran daripada kisah saya ini. Insyaallah jika ada kelapangan masa, saya akan berkongsi lagi pengalaman saya yang lain. Sesungguhnya yang baik datangnya daripada Allah , dan yang buruk datangnya daripada saya yang khilaf ini.

~umairah~

29 thoughts on “Pontianak?”

      • Woi Pengamput..Ko ni sgt memalukan..Sy harap pontianak datang kpd kau,biar ko mati tekejut..dasar gila seks!

        P/s: Utk pengetahuan para pembaca PENGAMPUT mean GILA SEKS, AMPUT mean BUAT SEKS ok..kick out pengomen mcm ni..Memalukan Sabahan.Dasar pendatang ic ciplak!

        Reply
    • Tqsm cikmaya. In shaa Allah sy akn kongsikn kisah yang lain pula. Sepanjang usia 25 thn ni, macam2 pengalamn seram sy alami. Sy akn kongsikan ye. Tujuan nya supaya kita sme2 amik pengajaran dlm setiap kisah yg sy akn kongsikan nt.. =)

      Reply
  1. seram plak aku baca..dh la baru habis keje je ni dalam kete plak bergelap tmpat parking smbil dgr radio..bace lak citer ko meremang je rase..jom blah balik dulu..kipidap..bye2

    Reply
    • Tqsm zaza sudi baca kisah sy. Nantikan kisah sy yg seterusnya ya.
      Hati2 blk keje , make sure lock kete dlu k before nk buat anything else dlm kete. Sbb nowadays kite xtahu mcm2 bole jadii kan.. =)

      Reply
    • Tqsm nurra,, sudi baca kisah sy. In shaa Allah sy akn kongsikan lg ya. ‘Dia’ menjelmakan diri sebagai wanita cantik. Rupa parasnya sy still ingt smpai saat ini. Tersangat cantik , dan kulitnya putih pucat. Rambutnya hitam panjang mengurai. Senyuman ‘dia’ akan buat kita terleka dengan kecantikan nya. ‘Dia’ sederhana tinggi..Pertanyaan nurra buat sy terbayang-bayang wajahnya. Bila mengingatkan yg ‘dia’ tu pontianak, meremang bulu roma sy. Hope mlm ni ‘dia’ xdatang la..huhuhu

      Reply
    • Tqsm cik peah sudi baca kisah sy. Alhamdulillah ibu ayah sy cept bwk sy pegi berubat. Mlm terakhir tu ‘dia’ pksa sy ikut ‘dia’. Klau sy xberubat mungkin sy akn jd lebih teruk, kne rasuk ke. Bila ingt balik, bersyukur sgt2 sbb ‘dia’ xberjaya buat sy ikut ‘dia’. Alhamdulillah, sekarang sy da pindah kuarters baru, ada kisah lain pula. Benda tu dh xkacau dkt pintu , tp dkt tingkap. Sbb kedudukn katil sy sebelah tingkap besar. Bukan entiti yg sama, mungkin sepupu sepapatnya barangkali..hihihi . Sy akan kongsikan kisahnya. Nantikan…… =)

      Reply
    • Tqsm kakakku. Sepanjang menghasilkan penulisan sulong ini, selalu memberi kata2 semangat. Amat membanggakan penulisan kisah benar ini, di terima team FS. Semoga tak pernah lelah menyokong minat adikmu ini. lap you =)

      Reply
  2. yup,ap yg semua komen(kecuali si pengamput tu) bg cik umairah kata2 semangat utk sambung tulis cerita2 pengalaman cik umairah…btw,simple,pack and detail story…keep it up sis

    Reply
    • Tqsm D sudi baca kisah saya.. thanks again sbb bg kata2 semangat utk sy terus berkongsi pengalamn sy yg lain. Saya suka bercerita dan menulis. Hope pembaca enjoy dan amik pengajaran dalam setiap kisah yg saya akn kongsikan nanti ya.. See you again in my next story.. =)

      Reply
  3. Cik umairah, saya teringat kawan pena citer kawan dia tengah bersolek depan cermin tetiba kak pon jelma perempuan cantik sangat n senyum kt dia. Dah la masa tu orang tu pregnant terus kenan kt anak.. rmbut hitam panjang kulit putih mcm kak pon yg menjelma depan cermin tu.. sy nantikan cerita cik umairah seterusnya

    Reply
    • tqsm Puan Dani sudi baca kisah sy. Sbb tu org tua2 pernah berkata jgn tgk cermin pkol 11 mlm ke atas. Mungkin utk elakkan daripada ternampak bnde2 yg mcm ni. Sme2 kite berdoa semoga kite sentiase dalam lindungan Allah s.w.t. In shaa Allah sy dalam proses utk mengarang kisah ke-2… =)

      Reply

Leave a Comment