Pontianak Paku Lima

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan warga FS. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin FS kerana telah publish cerita aku tentang Prep Malam dan juga warga FS yang sudi baca cerita tu.

Aku Chemas. Untuk cubaan kali kedua, izinkan aku menceritakan suatu kisah tentang kejadian di sebatang pokok yang agak mistik di taman perumahan aku. Okey cukuplah bermuqaddimah. Mari mulakan cerita.

×××××××

Sebelum tu biar aku terangkan plan taman aku ni dulu. Bila masuk taman, dekat depan tu ada church. Jalan masuk sikit lagi ada pokok paku lima dan sebuah klinik dekat dalam taman aku. Jalaannnn lagi, then belok kiri baru la jumpa rumah-rumah. Haa kiranya sebelum nak jumpa rumah-rumah tu, kena lalu dekat pokok paku lima dan klinik tu dulu.

Kejadian ni berlaku pada tahun 2007 semasa aku masih menetap di Kulim. Aku ada seorang jiran yang boleh dikira agak rapat dengan keluarga kami. Aku gelarkan dia Abang Man sajalah ya. Abang Man ni dia selalu keluar lepak malam dengan member-member dia dan pulang ke rumah sekitar pukul 2:00 atau 3:00 pagi. Biasalah budak muda lagi waktu tu.

Pada suatu malam kira-kira pukul 12:15 a.m, Abang Man baru pulang seorang diri dari melepak dengan kawan-kawannya di kedai mamak. Entah mengapa suasana pada malam itu agak suram dan lain dari kebiasaannya. Abang Man menunggang motosikalnya sambil bernyanyi kecil. Sebaik sahaja dia memasuki taman perumahan, dari jauh kelihatan sebatang pokok paku lima yang besar dan rendang yang telah berada di situ buat sekian lamanya.

Kalau orang lain,semestinya mereka akan memecut sebaik sahaja tiba di pokok tersebut. Tetapi, lain pula Abang Man yang beriak selamba bagai tiada apa yang perlu ditakutkan kerana baginya, jikalau dia tidak mengganggu mereka, mengapa mereka hendak mengganggunya? Dia terus bernyanyi dengan riang meskipun kedudukannya dari pokok tersebut hanyalah sekangkang kera.

“Sejarah mengajar kita menjadi lebih–”

Nyanyiannya terhenti tatkala mendengar tawa yang sangat halus dan perlahan datang entah dari mana. Dia melihat sekeliling kalau-kalau masih ada kanak yang bermain di sekitar tempat itu.

Kosong.

Mana mungkin ada kanak-kanak yang masih bermain pada jam begini. ‘Mungkin salah dengar kot,’ bisik hati kecilnya. Dia menyambung kembali nyanyiannya yang tergendala akibat ‘iklan’ tidak berbayar tadi.

“Heeeeee… He Heee…”

Ya! Memang tidak salah lagi. Itu memang bunyi gelak tawa! Abang Man memperlahankan motornya sambil lihat ke kiri dan ke kanan. Tetapi sama sahaja. Masih tiada walau seorang manusia pun berhampirannya.

“Dah lain macam ni…”

Peluh di dahinya semakin banyak. Badannya juga menjadi sejuk dan menggeletar. Tiba-tiba, Abang Man mengambil keputusan untuk toleh ke belakang sebagaimana yang terlintas di fikirannya.

“Ya Allahhhh..!!!!!”

Alangkah terkejutnya Abang Man apabila mendapati ada seekor puntianak yang terbang mengekorinya dari belakang! Tiada apa yang mampu dia lakukan selain memecut laju berharap agar puntianak itu penat mengejarnya. Tubuhnya berasa seram sejuk tatkala mendengar hilaian sang pontianak.

Abang Man cuba membuka mulut untuk membaca ayat kursi. Namun hampa kerana bacaannya menjadi tunggang langgang kerana perasaan takut yang menyelubungi diri.

“Hee heee heee heeee…”

Puntianak itu ketawa seolah-olah mengejek manusia yang menjadi mangsanya ketika itu. Abang Man semakin memecut laju motosikalnya apabila mendapati jarak antara dia dan rumahnya semakin dekat. Faktor keselamatan sudah tidak penting baginya. Puntianak itu masih tidak berputus asa.

Sesampainya Abang Man di depan rumahnya, dia turun dengan tergesa-gesa menyebabkannya motornya jatuh manakala dirinya mengalami luka kecil. Tidak jauh darinya, kelihatan puntianak tersebut sedang terbang ke arahnya. Abang Man terus berlari ke rumahnya lalu mengetuk pintu dengan sekuat hati, mengharapkan ahli keluarganya yang masih belum terlelap untuk membuka pintu.

Bayangkan! Jarak puntianak yang semakin dekat dengan dirinya,namun pintu masih belum terbuka! Tak percaya bukan? Tapi kena jugak percayaaaa!!!!

“Ibuuu!!! Abbaahhh!!!”Jeritnya dengan air mata jantan mengalir di pipi.

BAM!

Abang Man yang bersandar di pintu jatuh terjelepuk apabila pintu dibuka secara mengejut oleh adiknya.

“Tepi!! Bagi aku masuk cepatt!!”

Dia masuk ke rumah lalu mengunci pintu. Dengan perlahan-lahan, dia bergerak ke arah tingkap dan menyelak langsir. Sedikit demi sedikit. Di hadapan rumahnya, kelihatan puntianak tersebut sedang bertenggek di atas pokok cempedak sambil merenung ke arahnya. Dia cepat-cepat menutup langsir tingkap itu semula…

“Abang, kenapa abang—”

“Sshhh… diamlah. Pi masok tidoq. Esok sekolah.”

***

Lepas kejadian yang menyeramkan itu, Abang Man diserang demam terkejut selama beberapa minggu. Setelah dia sembuh, alhamdulillah, dia masih keluar melepak dengan kawan-kawannya. Tapi dia akan pulang ke rumah sebelum pukul 10:30 malam.

Tamat.

P/s: Hai, terima kasih sebab sudi baca. Cerita ni dicerita 100% oleh pemiliknya sendiri. Namun, nama sebenar dirahsiakan atas permintaannya sendiri. Actually banyak lagi kisah mistik terjadi kat pokok ni. Tapi lain kalilah. Haha. Kata pemilik cerita, terpulanglah nak percaya atau tak. Ini cuma secebis dari pengalaman hidupnya.

Extra: Setelah selesai sesi bercerita, kami pulang ke rumah masing-masing. Sewaktu aku berbual bersama-sama keluargaku, aku baru tersedar satu perkara. Rumah Abang Man bernombor 20. Bermakna, dia hendaklah melepasi rumahku terlebih dahulu sebelum tiba di rumahnya. Aduh, dahlah aku selalu duduk kat luar rumah. Huhu

22 thoughts on “Pontianak Paku Lima”

  1. Rasanya nama pokok tu pokok pukul lima kot sebab bila petang daunnya akan menguncup.banyak kat tepi jalan.
    apa pun,cerita memang best.ada unsur seram kelakar.hehe

    Reply
    • Rasanya Maine Coon prnh nmpk kot pkok ni..Tapi mngkin nma pnggilan pokok ni lain2 kot setiap orng.Sorry Xtau nk desc mcm mna rupanyaa😅

      Reply
  2. Huishhh…mau x demam berminggu2…kalau kene kat dri sdri mmg x kan kuar lepak dh memalam…best cara penceritaannya…cerita lah lagi pengalaman seram yg ada…

    Reply

Leave a Comment