Proses Rawatan Keluargaku Oleh Darussyifa

Salam Warga FS,aku seorang lelaki yang sudah berumah tangga.

Aku cuma nak kongsi pengalaman aku yang tak seram ni..tapi apa yang aku tulis ni nak kata macam ala-ala confession pun ada jugak..ntah la..terima kasih kalau FS menyiarkan cerita aku yang tak seberapa ni & terima kasih jugak pada korang semua yang sudi membaca, sebab macam panjang sikit pun ade, harap-harap tak berterabur sangat..

Seriously aku memang tak suka lansung sebenarnya layan kisah-kisah seram ni..filem-filem hantu lagi la..macam filem Munafik, Jangan Pandang Belakang, Sundal Bolong, Rasukan Ablasa, Nang nak & seangkatan dengannya..memang aku anti terus bebbb..tengok poster dia pun aku tak nak..bukan sebab apa pun..sebab tak berani la..nanti aku suka imagin macam-macam..tambah-tambah bila sorang kat rumah..

Tapi bila start aku baca kisah Ustaz Malik pasal Tajau kat Sarawak tu.. pastu pasal kes kehilangan Acap lagi baru-baru ni..dalam masa sama ramai pulak orang yang share pasal benda-benda mistik nikan, aku dah start jadi berani sikit-sikit nak ambil tahu pasal benda-benda ni..bukan aku tak percaya lansung, aku percaya dengan sepenuh hati dengan benda-benda ghaib ni..yakni segala jin, syaitan & iblis juga adalah penghuni di muka bumi ni..cuma aku tak pernah nampak lagi la depan mata & aku mintak simpang sangat-sangat la moga Allah jauhkan aku dari perkara ni..sebab aku memang betul-betul penakut..silap-silap boleh pengsan aku kalau terserempak depan mata..hahaha.. pastu nak jadi cerita, dalam proses aku dok explore pasal benda-benda ni, aku terjumpa la dengan blog FS ni..dah lama wujud rupanya page ni..aku dah jauh ketinggalan sangat.. beratus2 page kot.. jenuh nak khatam semua.. ok, cukup mukhadimah kat sini..

Sekarang aku nak ceritakan tentang pengalaman aku..bukan berjumpa depan-depan dengan makhluk ghaib ni, tapi dapat merasakan tentang kewujudan makhluk ghaib ni betul-betul rasa ada dekat di sekeliling..kejadian ni berlaku dalam tahun 2012..kira 7-8 tahun lepas..semasa proses rawatan Islam dari Darusyifa sedang dijalankan di rumah datuk & nenek belah wife aku..jauh di utara tanahair sana nuu…

Rumah datuk & nenek aku ni jenis setinggan je..design rumah kampung lama..rumah pun biasa-biasa ja.. 2 tingkat..bawah batu atas papan..jarak rumah antara jiran tetangga tak la jauh sangat.. lebih kurang dalam 5 ke 6 meter macam tu ja..view depan rumah bole nampak jalan besar yang tak berapa sibuk..depan lagi lintas jalan ade sawah padi terbentang luas..kalau waktu siang memang syahdu habis, kena pulak dengan angin sepoi-sepoi bahasa..kalau relaks-relaks & baring-baring santai kat luar rumah, sedar-sedar dah terlelap 1-2 jam..serius memang layan..tapi masalahnya bila malam menjelma, kawasan kampung ni memang nampak seram & menggerunkan..ada la lampu jalan TNB tu bagi cerah sikit..tapi jarak antara tiang ke satu tiang lain boleh tahan jauh, jadi kecerahan tu nampak suram sikit..lagi menambahkan tahap kegerunan orang yang lalu-lalang kat situ..nak jadi cerita kebetulan pulak ada tanah perkuburan Islam lebih kurang 50 meter dari rumah datuk & nenek aku..kalau aku sebut nama kampung ni, confirm pembaca-pembaca yang familiar dengan kawasan ni boleh dapat tangkap kat mane lokasi aku cerita ni..jadi bialah rahsia ye….

Berbalik kepada cerita perubatan Islam Darussyifa tadi, tujuan rawatan sebenarnya sebab nenek aku selalu kena kacau..bila maghrib je ada dengar bunyi orang cakar-cakar dinding kayu rumah..bukan kucing yang cakar..sebab pakcik makcik aku semua dah banyak kali confirmkan dengan nenek.. sebab benda-benda macam ni bukan boleh buat mainkan..dia punya bunyi cakar ni bunyi lain macam..pastu kadang-kadang bila tengah malam ja ada bunyi ketuk-ketuk pintu rumah dari luar & ketuk-ketuk cermin tingkap nako dari luar jugak..kadang-kadang tu pulak bunyi orang berjalan kat atas rumah..sebab lantai tingkat atas kayu je..kalau ada orang berjalan memang confirm ada bunyi lakan..bunyi jarang-jarang sekali takpe, ni kerap sangat kot..padahal takde sapa-sapa pun kat atas rumah..datuk aku pun perasan benda ni, cuma dia jenis malas nak layan sangat..buat tak tahu je..ayat yang dia selalu kata..alaa..dia nak mengusik ja tu..hahahaha..nenek aku jugak yang stress..

Bila dah jadi kes berat macam ni, pakat-pakat balik berkumpul habis la semua cucu-cucu anak beranak kat rumah datuk & nenek ni..kira berkumpul masa weekend la..dah semua orang cutikan..kebetulan pulak aku anak-beranak pun balik umah parents mentua masa ni.. so memang aku pun ada sekali la kat tempat kejadian..bila dah alang-alang ramai berkumpul apa lagi, buat sekali la kenduri tahlil..tapi buat secara kecil-kecilan & makan adik-beradik je..jemput pun jiran-tetangga tepi rumah je..walaupun berkumpul adik-beradik saja, rasa-rasanya dah boleh sampai 50++ orang lebih..memang ramai & meriah..

Berbalik kepada tujuan asal semua berkumpul ni, yakni bagaimana nak setelkan masalah nenek aku yang selalu dok kena kacau ni..bila semua dah bersidang, maka perbincangan pun bermula..rupa-rupanya ada jugak sorang dua makcik aku ni terasa tak selesa sejak dua menjak ni..contohnya macam selalu bermimpi binatang berbisa & mimpi-mimpi seram ni..pastu selalu jugak la jadi susah nak tidur & dalam masa sama selera makan pun hilang, jadi tak berapa lalu nak makan..benda ni pun dah berlarutan berbulan-bulan, cuma dorang dok rasa mungkin sebab faktor umur kot, tu yang tak cerita kat orang..at last, setelah mencapai kata sepakat, maka masing-masing pun bersetuju untuk membuat rawatan..kebetulan ade perubatan Darussyifa dekat area-area sini..takkan nak cari bomoh pulakkan..jadi pakcik aku terus pegi ke ofis Darussyifa tu..dekat je, dalam 3-4km je..bila dah jumpa ustaz kat situ, pakcik aku ceritakan semua masalah dari A-Z & alhamdulillah ustaz tu bersetuju untuk datang ke rumah untuk membuat rawatan pada malam tu selepas Isyak..mungkin kebetulan dorang free kot malam tu..

Malam yang ditunggu telah pun tiba..semua budak-budak aka anak-anak cucu-cucu pakat balik ke rumah masing-masing..takut-takut jugak kalau ade side effectkan..yang tinggal hanya golongan-golongan si hero tua & remaja ni yakni semua bapa-bapa saudara & sepupu sepapat aku..kononnya sebagai persediaan andaikata berlaku benda-benda di luar kawalan..padahal semua bukan main penakut lagi..hahahaha..lebih kurang dalam pukul 9 malam ustaz dari Darussyifa tadi dah pun sampai depan rumah..pakcik aku yang buat appoinment siang tadi pergi sambut..aku nampak sebijik keta je & ustaz bawak geng 4 orang..semua nampak muka macam ustaz, maybe ustaz jugak la kot..bila dah masuk rumah, sebelum memulakan rawatan, ustaz buat sedikit tazkirah & sedikit penerangan tentang cara rawatan yang akan dijalankan nanti..yang aku perasan, dorang ade bawak sekali beberapa biji timba, beg plastik besar & ada benda dalam beg galas tepi dorang..sorang ustaz je bawak beg tu, tapi ntah le apa yang ada dalam tu..

Maka semua mak sedare aku yang rasa macam ada terkena gangguan tadi ustaz suruh duduk sebelah-menyebelah dengan yang lain..termasuklah nenek & mak mentua aku..kaki semua kena membujur ke depan..pastu aku tengok semua timba yang ustaz bawak tadi diisi dengan plastik besar & diletakkan di sebelah sorang satu..belakang setiap seorang diletakkan bantal sorang satu jugak..incase terpengsan kot, nanti tehantuk pulak kepala ke lantai..kami yang geng hero tua & remaja ni duduk di satu penjuru ruang tamu, yakni tempat rawatan dijalankan sebab ruang tamu ni nampak luas sikit kot..masing-masing pakat taknak duduk kat depan, semua terperosok ke belakang..dah nama pun penakutkan..datuk aku ja relek duduk sorang-sorang di satu sudut yang lain..sambil dok balut rokok daun..

Proses rawatan pun bermula..tiap-tiap seorang ada sorang ustaz yang handle..aku tengok tangan kanan ustaz tu diletakkan kat atas kepala pesakit lalu dibacakan ayat-ayat Al-Quran berulang-ulang kali..aku rasa ayat-ayat ruqyah kot..ustaz suruh makcik-makcik aku pejam mata & hayati..tak payah ikut pun bacaan, biar ustaz je yang baca..dalam 15 min pertama aku tengok macam takde apa-apa yang berlaku pun..ustaz-ustaz tak henti-henti membacakan surah-surah Al-Quran ni berulang-ulang tanpa jemu..kami geng-geng hero ni tiba-tiba rasa semangat pun ada, seram sejuk pun ada..sebab malam tu memang sunyi betul kat sekeliling are tu..kereta kat jalan pun jarang-jarang sekali lalu..

Tak lama lepas tu, tiba-tiba sorang makcik aku ni jadi lembik & terlentang ke belakang..mujur ada bantalkan..dalam 5 minit lepas tu pulak sorang lagi makcik aku ikut sama..jadi lembik & terlentang ke belakang jugak..ustaz biarkan dulu, sebab nak pastikan yang lain ok & bebas dari gangguan..dalam setengah jam lebih macam tu, yang mana tak nampak apa-apa kesan, ustaz suruh duduk tepi..mungkin bebas gangguan kot..mak mentua aku ok..termasuk sekali dengan nenek..mungkin sebab dorang selalu baca Al-Quran & rajin solat sunat kot..sebab salah satu sebab Islam suruh perbanyakkan amalan sebab nak elak dari gangguan syaitan la..sihir ni kan permainan syaitan jugakkan..

Lepas tu kesemua ustaz cuma fokus kat dua orang makcik aku yang pengsan tadi..diaorang semua sama-sama membaca ayat-ayat Al-Quran beserta ayat-ayat ruqyah sekali lagi..berulang-ulang tanpa henti..dalam 10-15 min baca masih tak nampak apa-apa perubahan..setelah agak lama alunan ayat-ayat Al-Quran berkumandang di segenap pelusuk ruang tamu, tiba-tiba kayu scoop kepunyaan datuk aku bergerak-gerak dengan sendiri..kayu scoop ni sekali tengok macam tombak pun ade..kayu panjang, di hujung dia ada besi tajam macam tombak..orang kampung guna untuk cucuk kelapa..selalunya kelapa tua yang luruh la..cucuk kelapa tu untuk senang nak baling ke tempat lain, tak gaduh nak tunduk kutip satu-satu..sebab memang penat & lenguh belakang..kayu ni datuk aku sangkut kat atas siling ruang tamu sebab siling ruang tamu ni rendah..orang yang tinggi sikit nak masuk ruang tamu ni confirm kena tunduk sikit..kayu scoop tu bergerak macam ade orang pegang & goyang-goyang kan..makin lama makin kuat dia bergerak..para ustaz pun makin kuatkan lagi bacaan..aku rasa dorang pun perasan kot tentang kayu yang bergerak ni..kena pulak lokasi datuk aku sangkut kayu ni betul-betul kat atas port kami geng-geng hero tua & remaja ni duduk..kesemua kami terkelu & diam..semua pakat tunduk ke bawah, sambil masing-masing membaca ayat-ayat Al-Quran yang diingati sebagai pendinding diri..masa ni jugak la aku merasa bulu roma kat tangan aku berdiri tegak, rasa seram sejuk kat tengkuk pun ade jugak..mungkin ini agaknya orang dok kata meremang bulu roma bila makhluk halus ada berdekatan kot.. pastu dengan tak disangka-sangka boleh pulak sorang pakcik aku ni pegi tegur..’sapa-sapa pi ubah sat kayu tu, jatuh ataih kepala panjang ceqita pulak.. dah la tajam benda tu’..tetapi semua buat tak peduli dengan teguran tu, masing-masing masih tertunduk ke bawah sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu..bila pakcik aku perasan yang kayu tu bergerak sendiri atas dasar mistik, maka dia pun turut mengejoinkan diri dengan kami, yakni tunduk ke bawah ketakutan..sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu jugak..mungkin dia tertidur masa rawatan baru bermula tadi kot..hahaha..

Dalam lebih kurang 15-20 minit macam tu tiba-tiba kayu scoop tu berhenti bergerak & dua orang makcik aku yang pengsan tadi dah sedar..elok-elok ja duduk dorang terus mencapai timba di sisi & muntah..aku tak pasti muntah banyak ke sikit, tapi dok uwekk uwekk tu bukan main lama..teringin gak aku nak tengok ape ada dalam baldi tu, tapi tak berani..selepas dah tak rasa nak muntah, ustaz bagi minum air sikit..mungkin air ruqyah kot..lepas tu ustaz baca ayat Al-Quran sikit, pastu diorang stop..aku assume rawatan dah selesai kot..expectation aku akan ada dialog antara ustaz tu dengan jin kat dalam badan makcik-makcik aku tu..dalam dok takut-takut ni teringin jugak nak tengok live depan matakan..tapi takde pulak..hahahaha..pastu ustaz keluarkan barang-barang dari plastik tadi..rupanya batang-batang kayu yang diasah tajam di hujung & dibuang sikit kulit kayunya di tengah-tengah..aku tengok ustaz tulis ayat Al-Quran kat atas kayu-kayu tu, sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu..pastu ustaz & the geng keluar sama-sama..takde sorang pun dari kami yang berani nak join..pakcik aku kata ustaz tu nak pagar rumah..sebab masa dia pegi jumpa kat ofis dorang siang tadi, dia ade mintak tolong pagarkan rumah sekali..dalam 15 min lepas tu semua ustaz tu masuk balik dalam rumah & dia panggil semua orang duduk sekali sebab nak bagitahu sesuatu..rupa-rupanya ada orang hantar sihir..aku dah lupa sihir jenis ape, tapi tujuan sihir dihantar atas sebab tidak puas hati..segala bentuk gangguan cakar-cakar rumah la..ketuk-ketuk pintu la..semuanya berpunca dari sihir ni..mungkin nak buat bagi orang yang disihirkan jadi takut kot..ustaz tak bagitahu pun sape orang tu, cuma ustaz bagitahu kami sangat2 kenal dengan orang tu..ustaz pesan jangan berdendam & suruh banyak berdoa agar orang itu mendapat hidayah..satu lagi ustaz pesan suruh bersyukur banyak-banyak sebab sihir tu tak sempat nak mudaratkan diri lagi..mungkin penghantar sihir tu masih berhati perut kot..tak sampai hati nak buat teruk-teruk..dalam masa sama aku tengok pakcik-pakcik & macik-makcik aku pandang antara satu sama lain..reaksi muka dorang macam dah dapat agak benda macam ni akan jadi..bila dah setel semua, kami sempat menjamu ustaz & kawan-kawan beliau dengan mee kuah tulang beserta air teh o panas..sampai licin dorang makan..mungkin sebab pakngah aku yang buat..sebab pakngah aku ni dikenali ramai sebab kepakaran kulinari dia setanding chef-chef tanahair..ewahh..tapi serius, memang sedap dia masak..selalu kenduri or majlis buka puasa kat masjid rumah dia, pakngah aku la chef no1..orang lama la katakan..

Lebih kurang dalam jam 11 malam macam tu, ustaz pun meminta izin untuk mengundurkan diri..kali ni kami beramai-ramai escort ustaz ke kereta..macam dah jadi berani sikit..hahaha..dalam masa sama aku dok curi-curi pandang jugak la tepi-tepi rumah, nak tengok kat mana ustaz paku kayu tadi tu, tapi agak gelap, memang tak nampak..elok ja ustaz gerak, semua makcik-makcik & pakcik-pakcik aku kembali bersidang kat dalam rumah sebab nak bincang tentang hal tadi..aku & sepupu aku yang lain hanya berada di tepi dinding sambil menikmati lebihan mee kuah tulang & air teh o panas, sebab segan nak makan dengan geng-geng ustaz tadi..

Rupa-rupanya dalam beberapa bulan sebelum tu, nenek aku ada buat satu pembahagian harta hasil dari penjualan tanah sawah padi kepada kerajaan..dapat dalam ratus-ratus K jugak la..so tiap-tiap anak dia dapat sorang berapa aku tak pasti, cuma ada isteri kepada bapa saudara aku sorang ni macam tak puas hati tentang amount yang dapat tu..dia la banyak dok komplen kat belakang..nenek aku pun penah cerita yang bapa saudara aku ni selalu datang jumpa untuk mintak duit lebih..nak beli itu la, ini la.. nak expand dapur rumah la..macam-macam.. tapi nenek aku tak bagi, sebab nenek aku pun tahu bukan anak dia sendiri yang mintak, tapi isteri dia..bapa saudara aku ni macam ikut ja cakap isteri dia..suruh buat ape pun buat je..aku sendiri pun nampak macam dah jadi pak turut..ntah le..ketara sangat..tapi husnuzon jela..mungkin memang dia sayang sepenuh hati kat isteri dia kot..wallahua’lam..

Satu yang aku sangat respect kat family belah mak mentua aku ni, dorang punya bonding ni tersangat-sangat lah kuat..walaupun tahu & yakin diaorang teraniaya oleh darah daging sendiri, tapi diaorang still buat macam takde ape-ape..siap pegi ziarah rumah bapa saudara aku tu macam biasa..tahap kemaafan diaorang memang power la..aku sendiri tak tahu boleh sampai tak tahap tu kalau terkena kat diri aku sendiri..lepas tu dah takda benda-benda yang dok kacau dah macam sebelum-sebelum ni sampailah ke harini..nenek & datuk aku pun dah menghadap Illahi..nenek aku pergi dulu, pastu datuk aku pulak..selang beberapa minggu je..Allah permudahkan segalanya untuk mereka..yang aku ingat, masa datuk aku arwah, ramai orang yang datang ziarah..sampai kena buat 3 kali trip solat jenazah..memang ramai..mungkin sebab dia dikenali ramai di kawasan tu..pastu mungkin sebab sikap suka menolong orang sama kot..hubungan antara adik-beradik belah mak mentua aku ni semakin hari saban tahun semakin akrab..sampai la ke hari ni walaupun ada sejarah hitam pernah tercalit..cuma aku jarang jumpa sepupu-sepupu aku yakni anak kepada bapa saudara aku yang bermasalah tadi..cuma tahu dia keja mane, dah kahwin ke belum, anak berapa orang, tapi tak pernah berjumpa lansung.. cuma yang aku harap takda sesiapa yang masih simpan dendam atau tak puas hati dengan benda ni..aminn..

Pengajaran dari cerita ni sangat-sangat simple, belajarlah untuk memaafkan orang lain..inshaAllah Allah akan permudahkan segala urusan kita..Selamat Berpuasa ye…

p/s : Apa lagi ceta-ceta yang best dalam Blog FS ni ye?Ceta best yang aku dah setel macam ceta Maya, ceta dari Edi, pastu ceta adik dia yang terbuka hijab tu..kakak dia nama kak yong tak salah aku..semua aku dah bace & best..
Harap korang dapat listkan ye ceta-ceta best yang lain..TQ..

Pirlo Utara.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Proses Rawatan Keluargaku Oleh Darussyifa”

  1. Cerita yang menarik.Tak sangka pula sihir.Saya sangka gangguan biasa.
    Cerita yang best bagi saya kat FS ni cerita-cerita dari Nasa Yusuf dan si celupar.

    Reply
  2. terbaik lah cerita ni. pengajaran yang sangat bermakna , InshaAllah. sama2 kita muhasabah diri bulan yang mulia ni . moga kita semua terhindar dari hasad dengki manusia dan sentiasa dalam lindungan Allah. aminnn

    Reply
  3. scroll…. ijam kacak, M, butirstar, nasa yusof, carlito, kucing kelabu, syed as sadiqq, rumah D13…….. yang lain pun ok. suka je baca semua cerita. they have effort to write so we support with reading.

    Reply
  4. Citer dari Wdi smpai dah buat jual buku terus kat page dia..sbab penulisannya memang superb..stiap entrynya mesti ada lucunya

    Boleh juga ke page facebook Edi Arjuna utk layan penulisnya..hehe

    Ok done promote utk encik Edi

    Reply
  5. Dlm fs ni bnyk categori cerita. Ada cerita seram terserempak bagai. Perubatan islam, pasal sihir, pasal dunia lain(yg ni aku paling suka, n aku rasa penyingkap misteri alam ni ramai yg dh mati), n mostly semuanya ada pengajaran n amalan yg bley kt grab utk diri sendiri.

    Reply

Leave a Comment