Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali aku ingin memohon maaf sekiranya penulisan aku kurang menarik atau membosankan kerana ini pertama kali aku menulis kisah seram untuk berkongsi kepada semua pembaca fiksyen shasha.
10 tahun yang lalu,
Kehidupan aku yang serba sederhana sudah cukup membuatkan aku sekeluarga bahagia . Kisah seram aku bermula apabila abah aku membelikan sebuah kereta proton saga baru tetapi edisi lama . Kereta ini sangatlah cantik dan selesa kerana berwarna merah yang cukup memikat hati sesiapa yang melihatnya .Kalau dilihat dari segi mata kasar semuanya indah , cantik dan sangat2 selesa untuk kami.
Tetapi,
Pada suatu malam , kami sekeluarga hendak pulang ke kampung . Sebelum itu kami singgah di kedai makan untuk makan malam .Selepas selesai order makanan , adik aku hendak ke tandas . jadi aku temanlah adik ke tandas .Tetapi , nak dijadikan cerita waktu kami berjalan keluar dari tandas untuk ke meja makan yang umi dan abah kami duduk ,semua mata mata yang ada disitu memerhatikan kami . sampaikan kami pun hairan .
Sewaktu mereka melihat aku dan adik berjalan, mereka macam sekejap tengok adik sekejap tengok kereta sampailah kita orang duduk. Aku pun tanya umi ” kenapa semua orang tengok kakak dengan adik?” Sampaikan orang yang duduk dekat meja depan kami terus cakap dekat pelayan restoran ” dik, kalau belum masak kitaorang nak cancel order ” . keluarga depan meja kami nih dah macam tak senang duduk sebab diaorang ada anak kecil smpaii menangis nangis budak tuh.
Jadi ,umi dan abah pun peliklah. Bila dah jadi mcam tu , kitaorang pun pandanglah kereta sebab nak tengok dah kenapa semua orang asyik pandang sana . Memandangkan umi dan abah aku nih ada anugerah yang diorang nih kadang-kadang buleh nampak dan rasa benda-benda ghaib nih. Bila umi aku pandang je kereta terus terkejut then , cakap dekat abah ” abah nampak tak apa umi nampak? ” abah aku pun mengiyakan.
Aku dengan adik nih duk tertanya tanya nampak apa . umi cakap ” dekat kereta tuh ada budak muka sebijik macam adik ” . fuhhh sampai sekarang aura seram tuh masih terasa .kau rasa ? ada budak kut duduk dekat belah tempat penumpang pastu letak muka dekat dashboard . Allahu sebijik macam adik aku dengan gaya rambut semua . since adik aku kecil lagi , dia memang suka duduk depan dengan umi aku . jadi , korang boleh bayang tak budak-budak yang duduk atas riba mak dia dekat depan tuh ? haa macam tulah keadaan benda tuh duduk .
Jadi , umi aku cakapla sebabtu orang pandang kut . Mungkin mereka pun hairan asal la umi abah aku tinggal anak dalam kereta, ataupun asal muka budak yang duduk dengan kitaorang nih sama dengan dalam kereta …. wallahualam tak tahula apa yang diorang nampak . Kitaorang nih dah cuak gile macam mana nak masuk kereta jap lagi . Habis ja makan apa semua, abah cakap jap lagi jangan masuk terus bukak dulu semua pintu kereta kononnya nak bagi benda tuh keluar dulu.
Lepas 5 minit macam tu , abah dengan umi baca baca la doa sikit . Kitaorang pun masuk laa dalam kereta, ingat dah okey, korang tau apa jadi ? Masa tuh adik aku duduk depan masih dengan posisi dia yang sama macam benda tuh . Lepas je kereta nak bergerak badan adik aku menggeletar weh satu badan , bergoyang kereta. Kau rasa ? aku yang duduk sorang kat seat belakang nih Allahu ….Umi aku apa lagi gelabah la dia ” adik ya Allah kenapa nih? cakap dekat umi kenapa ? “.
Umi aku terus baca ayat kursi lagi mengeletar tau badan adik aku . Adik aku nih menangis tak kira dah sebab terlalu takut . Kitaorang satu kereta baca ayat kursi , selawat ,al fatihah semua kuat kuat . dengan bukak tingkapnya masa tuh .Lepastu aku suruh adik duduk belakang dengan aku sebab nak tenangkan dia . Gilerr kau sekali dengan aku menggeletar. Kau boleh bayang tak betapa kuatnya badan dia menggeletar ? Nasib baik tak kena rasuk ke apa Allahu. Aku apa lagi selawat kuat-kuat sampai peluk adik aku.
Umi aku terus decide suruh pergi jumpa orang yang pandai berubat dekat dengan kampung kitaorang , kitaorang panggil dia ‘ tok Ad ‘ . Abah aku cakap sebelum pergi sana kena ambil atuk aku dulu . Sebab abah cakap risau jadi apa apa dekat aku dengan adik . Kalau ada atuk aku boleh la atuk tolong tenangkan kitaorang yang takut nih sebab abah nak drive ke rumah tok Ad tuh ambil masa la jugak . Waktu adik ubah duduk belakang dengan aku abah cakap dia nampak dekat ‘ rear view mirror ‘ yang benda tuh duduk belakang abah maksud duduk sebaris dengan kitaorang dekat seat belakang. Dia siap duk tendang-tendang kerusi abah lagi.
Lepas kitaorang ambil atuk , terus pergi rumah tok Ad tuh. Tok Ad tuh buat laa apa yang patut . Aku pun dah tak ingat dia buat apa yang aku tau ceritanya . Tok Ad tuh cakap kereta nih lepas accident , diorang tak bersihkan betul-betul . Lepastu , dekat dashboard tuh dulu mungkin diorang letak tokong . Katanya india yang guna kereta nih dulu, benda tuh merupa jadi adik aku sebab nak bagitau kehadiran dia tuh . Jadi , tok Ad tuh ada bagi air kapur ka apa tah untuk sembur dekat kereta tu . Adik aku pula tok Ad tuh bagi air yang dia dah baca dengan ayat-ayat suci untuk pulihkan semangat dia sebab terlalu takut .
Lepastu , bila abah aku check betul-betul kereta tuh memang nampak macam ada kesan darah yang dah kering dkt seat pemandu . lepastu abah aku memutuskan jual balik kereta tuh dekat tempat yang abah aku beli tuh dan cerita semuanya dekat tuan tuh . Dia cakap memang betul pun kereta tuh bekas accident dan memang ada kesan kemik accident tapi diorang dah cat dengan warna merah tu yang tak nampak sangat. Tuan tu tak sangka pulak nak jadi sampai macam nih sekali . Jadi , dia okey sajalah dan ambik kereta tuh .
Keluarga kitaorang dah kembali tenang macam dulu tanpa ganguan . Sebenarnya , sebelum kisah kedai makan tuh memang banyak lagi kejadian-kejadian pelik yang jadi untuk tunjuk kehadiran dia . Lepas nih memang kitaorang akan lebih berhati-hati lah . Sumpah cakap walaupun cerita nih dah lama sampai sekarang aku masih ingat sebab jadi depan mata kau Allahu . Jadi , moral of the story , kalau korang nak beli apa apa pun check betul-betul dulu barang tuh dari mana , ada kesan apa-apa tak sebelum apa-apa yang jadi . Jangan tengok rupa jer cantik dalam tuh pun penting , kalau tak makan diri beb! kalau cerita aku nih dapat sambutan dan korang suka dengar cerita-cerita aku , nanti aku ceritakan lagi okey .
Thankyou.
Hantart kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Kereta tu accidentkat mana?
Byk sgt ‘tuh’ adik oii
boleh plak kete tu jual semula kt used car. biasa used car xnk amik dah.
Kalo hutang, boleh je.