Puaka SM Teknik

Assalamualaikum and salam sejahtera salam cium tangan ibu bapa. Hahahaha.

Hai korang. First of all, thanks FS kalau publish kan story yang ini. And thanks reader untuk feedback cerita ‘MIMPI’ yang lepas. Macam yang aku warned awal-awal, mimpi tu bukan aku yang mampu kawal. Aku tak minta. So bila ada yang bertanya itu ini, aku tak reti nak terangkan dengan details. Sebab aku dibagi tahu sekadar yang aku perlu tahu. Gittew. And Alhamdulillah, manusia berubah setiap masa, berturutan masa. Sama macam aku. Bukan secara mendadak menjadi solehah dijanjikan syurga terus tapi sekadar cukup melunaskan yang wajib.

Okay cukup pasal yang dah lepas tu. Biarkan sana. Kali ni aku nak cerita pasal satu asrama teknik kat Malaysia ni. Teknik mana, biar lah rahsia. Siapa yang tahu, tahu lah. Siapa yang tak tahu, cuba lah bertanya yang tahu tapi yang pasti jangan tanya aku. Eh poyo lahai perempuan ni. Let’s start!

Macam yang kita semua sedia arif, setiap sekolah berasrama ni ada macam-macam cerita. Ada je lah cerita hantu mistik yang nak jadi. Aku pun tak faham kenapa. Kisah hantu kira pelajar then dia kata haa, yang tu belum tidur lagi tapi jangan pura-pura tidur, hantu teman belajar kat bilik prep, hantu dalam locker (mati lemas) and banyak lagi. Kali ni aku bawakan kisah hantu ni sepanjang aku belajar kat teknik tersebut.

Kisah 1 :

Masa aku form 5, ada satu kejadian hysteria kat dewan sekolah. Tapi yang hysteria tu bukan perempuan tau, lelaki. Kita panggil dia Leman lah. Sebab aku lupa nama sebenar dia.

Ketika kejadian, kami, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya, tengah mengadakan jamuan kat dewan tu. And suasana petang tu redup semacam. Suram. Dengan langit gelap nak hujan. Pernah tengok Harry Potter and the Order of Pheonix? Yang starting filem dia duduk kat buaian tu? Macam tu lah suasana dia. Sunyi even kami ni ramai and suara bertingkah-tingkah. Plus kebetulan minggu melawat so ada je parents yang datang jenguk anak and bersantai kat area dewan tu.

Tengah kami ni makan-makan, si Leman ni jadi lain macam. Dia start menggumam and pandang semua orang dengan pandangan pelik. Kebetulan pengerusi kami ni, pandai bab-bab hantu setan so dia arahkan kami yang perempuan ni keluar dari dewan. Tinggal budak lelaki je kat dalam and semua pintu ditutup. Si Leman ni dah dibaringkan kat tengah-tengah dewan sambil dikelilingi budak lelaki lain. Kami yang perempuan intai je kat pintu.

Aku tengok pengerusi tengah sibuk berinteraksi dengan Leman. Sekejap sekejap si Leman ni meronta. Jenuh juga lah budak-budak lelaki lain tu pegang. Dalam 15 minit macam tu, Leman dah stabil. Dah boleh duduk and sedar. Kami yang kat luar ni gigih lah mengetuk pintu nak masuk, nak tahu cerita. Kata pengerusi, penjaga Leman tu marah kami ni berkawan dengan dia. Eh sesuka hati dia je nak tentukan Leman tu kena berkawan dengan siapa.

Sekarang ni tak tahu lah apa cerita si Leman. Dapat kahwin ke tidak dia. LOL.

Kisah 2 :

Kejadian ni jadi kat cikgu@warden blok lelaki. Untuk sekolah kami, warden kami adalah cikgu yang mengajar kat sekolah kami juga. So yang kena dalam kisah ni, Cikgu Ali.

Cikgu Ali ni jenis lembut sikit tapi mulut dia kemain berbisa tahap terbakar gegendang telinga kalau dia start memerli. So masa kejadian tu, lepas waktu prep. Around 11 pm. Dia cerita, macam biasa dia akan ronda kawasan untuk tengok kalau-kalau ada students yang masih berkeliaran. Blok asrama Cikgu Ali dengan blok asrama aku ni, bertentang je. Sebelah-sebelah, senang cerita.

Masa dia tengah meronda, dia nampak ada perempuan tengah duduk kat tangga paling bawah kat blok aku. So dia assumed itu student blok aku lah. Dari blok dia, dia dah jerit suruh naik tapi ‘perempuan’ tu buat tak tahu je. So dia pergi lah kat tepi pagar yang betul-betul dekat dengan tangga tu. Senang lah dia nak tengok muka perempuan tu so dia boleh sound kat sekolah je esok. Tapi sayang, sekelip mata ‘perempuan’ tu ghaib. Dia apa lagi, terus balik rumah dia.

Kisah 3 :

Yang kena ni, member sebelah dorm aku. Ila nama dia. Jenis Ila ni, ganas and brutal. And dia suka bangun mandi awal pagi around 4 am macam tu. Sebab dia tak suka berebut bilik air.

Sebelum aku teruskan cerita, aku nak describe kan dulu susunan katil and locker setiap dorm senior. Selepas buka pintu utama, akan jumpa deretan locker belah kanan. And belah kiri, katil 1 tingkat yang bersambung dengan rak 1 tingkat untuk memudahkan senior simpan buku and study (Ho lah sangat study). Setiap katil disusun sebaris, 4 katil and ada 3 baris. Menjadikan 12 katil kesemuanya ye teman-teman.

And katil kat tepi pintu masuk bilik Ila ni, kosong. Masa ni junior belum masuk so banyak je katil kosong. Cerita Ila, masa dia dah siap mandi, dia masuk bilik lah semula. Bila dia buka je pintu, dia nampak ada perempuan tengah duduk berlunjur atas katil kosong tu sambil pandang dia. So Ila ni tahu lah itu bukan dorm mate dia sebab muka tak kenal langsung. And dia memang menggigil. Takut weh kata dia. Nak tak nak dia kena lalu katil tu juga untuk ke katil dia. Tahu apa yang dia buat? DIA MERANGKAK! Ye, dia merangkak sebab tak lalu nak berjalan.

Masa dia merangkak tu, dia tetap tak lepas pandang perempuan tu. And guess what, kepala perempuan tu tetap lah mengikut pergerakan Ila. Mata dia still pandang Ila ni ha. Sebaik je sampai ke katil, terus dia berselubung and tak ingat apa-apa dah. Tahu-tahu je member dorm dah bersiap nak ke surau untuk solat subuh.

Kisah 4 :

Yang ni terjadi kat aku sendiri. Masa form 4, aku duduk dorm junior. Untuk dorm junior, semua katil double decker. And aku duduk katil atas.

Malam tu entah kenapa aku payah nak tidur. Rasa panas berbahang. Tapi sedaya upaya aku try lelap mata. Entah pukul berapa aku tak sure, aku terdengar macam ada orang bercakap dengan aku. Dia tanya, kenapa tak tidur lagi? And suara tu betul-betul tepi telinga aku. Macam terasa bahang hembusan nafas. Aku buat diam je and tutup muka pakai bantal. Kalau ikut logic akal aku yang tak berapa nak pintar ni, dah boleh tahu lah apakebenda tu. Takkan gigih sangat dormmate aku nak panjat katil semata-mata nak berbisik tanya kenapa tak tidur lagi. Jerit kan aje, kan senang.

Masa form 5 pula, katil sebiji sebiji. Katil aku tepi tingkap koridor. Bila aku tidur, kepala aku akan menghadap pintu balcony belakang. Tingkap belakang tepi ampaian terbuka masa tu. And aku terbangun entah sebab apa, tak pasti. So aku terpandang tingkap tu. Naa, tu dia. Baik punya posing puaka tu kat situ. Dia macam usha dalam dorm. Then dia blah. Tahu-tahu je dia dah ada kat tepi tingkap atas kepala aku. Dia boleh menangis berlagu sambil ketuk tingkap tu. Nak masuk gamaknya. Dengan sepantas kilat aku tidur bermandikan peluh. Dah tak hirau kan kepanasan semasa masa tu. Lantakkan kau sana.

Kisah 5 :

Ada sorang ustaz kat sekolah aku ni yang pandai berinteraksi dengan makhluk halus. Selepas kejadian-kejadian pelik yang jadi, ustaz ni pilih untuk bercakap dengan makhluk tu. Dialog antara ustaz dengan makhluk tu, lebih kurang macam ni :

Ustaz : Kenapa suka ganggu anak-anak ni? (Pelajar-pelajar perempuan blok aku)
Puaka : Anak-anak ustaz nakal-nakal. Tapi anak-anak aku lagi nakal.

Maksudnya, benda tu banyak. Kata ustaz, benda tu langsuir. Rambut dia panjang. Kalau dia duduk bertenggek kat bumbung bangunan blok aku (3 + 1 tingkat), rambut dia sampai mencecah tanah.

Lepas daripada kejadian berdialog tu, dah kurang gangguan sampai lah kami habis sekolah. So lepas-lepas tu, tak tahu lah ada gangguan lagi ke tak. Tapi macam biasalah, urban legend asrama sentiasa ada, tak pernah mati.

Bye korang!

22 thoughts on “Puaka SM Teknik”

  1. dan saya dah submit part 2 kisah “aku masih mencari mu…”. dah dekat seminggu dah but belum dipublish lagi la nampaknya. but yet admins here publish lagi cerita yg dah pernah keluar dulu. hmmm

    so jangan kecam kata saya tak tulis sambungan cerita tu. cuma tak tahula apa polisi FS ni. btw sambungannya saya dah publish on my blog. so,silalah ke sana jika sudi nak baca

    thanks for your kind attention

    Reply

Leave a Comment