Public Phone di hujung kampung

Hai Semua. Yui Bersiaran. Kali ini, aku berkongsikan cerita yang pernah terjadi kepada abang aku.

Dalam tahun 1997 gitu (Aku di tingkatan 2) manakala abang aku sudah menginjak ke usia 17 tahun (tingkatan 5). Biasalah, darah muda. Dia pun dah ada awek. (Padahal spenda pun mak ayah belikan lagi…) Okay, setiap Jumaat malam Sabtu, memang abang aku suka keluar malam. Abah aku strict sikit. Memang tak benarkan anak-anak keluar tanpa izin dan sebab munasabah, munasarawak, munapahang, dan lain-lain muna. Akan tetapi, abang aku ni sejenis makhluk degil acah-acah macho yang suka sneak out, dan akhirnya melantik aku sebagai ‘tukang buka pintu tak bergaji dia’. Mujurlah kau abang aku.

Kisahnya, kalau abah dapat tahu abang keluar malam melepak dengan kawan-kawan, selain kena bebelan, libasan, maka satu lagi hukumannya adalah.. TIDURLAH KAU DI LUAR RUMAH, BIAR HANTU CAKAR. Abang aku ni, pelik pun ada. Bukan tak pernah kena dengan abah, dan bukan tak tahu natijahnya sangat terkesan kepada diri. Tapi dia nak juga keluar. Sebab paling utama, nak gunakan Public Phone di hujung kampung bergilir-gilir. Selain itu, aku syak dia dah mula pandai hisap rokok. Masa tu, siapa yang hisap rokok dia macam Faizal Hussein la macho dia tu.. Hahahahaha…

Okay, satu malam tu abang aku curi-curi keluar. “Weh, balik nanti abang ketuk. Ko bukak pintu. Siap ko kalau tak bangun!”. Ewah, berserta amaran manja diberikan. Kalau aku tak buka pintu, dia nak ronyokkan baju sekolah dan tudung yang aku iron, atau tiba-tiba dalam kasut sekolah aku ada katak. (Aku dah la memang geli habis!!) Aku pun angguk. Aku jenis tidur, tapi senang jaga dengar bunyi-bunyi pelik. Abang aku siap demo, cara ketukan pintu kalau dia balik.

Tuk..tuk…tuk…tuk (b.u.k.a)

Tuk…tuk..tuk..tuk…tuk (p.i.n.t.u)

Ada kod okay. Cara ketuk aku dah lupa. Tapi dia ajar aku kiraan tu lah. Sebab tu aku tahu jebon tu balik dari melepak call awek dia. Heleeeehhh!! Dia akan mula aktiviti pukul 10.30 malam, kadang campur berbual, apa bagai…jam 1/2 pagi sampai rumah. Satu malam tu, aku dengar orang ketuk pintu. Berterabur ketukan dia. Macam orang nak tercirit. Jadi aku ni was-was. Abang aku ke….

Aku biarkan.

Tak lama, lagi kuat dan deras ketukan bertalu-talu. Habislah, abah bangun la ni karang. Aku pulak masih berbelah bahagi. “Aloong.. Ko ke tu?” Aku sehabis bisik kat celah daun pintu, nak memastikan itu along aku.”Bukaklaaaa cepat.” Aku dengar suara kat sebelah sana menjawab. Macam suara along, tapi apasal bunyi menggeletar, macam orang ketap mulut. Dan lagi, ada bunyi macam tahan nangis. Eh, tak boleh jadi. “Kalau betul, bagi password.” Haaa..bijak tak aku? Ini back up aku yang tetapkan syarat kat along. Takut aku buka pintu kat sapa entah.

Naya!

“Ish..bukak la BODOH!” Hahahaha… Kwan aja.. Itu bukan password yang aku minta. Tapi sebab ada tekanan suara di situ. Dan lagi perkataan tu memang abang aku selalu guna kalau dah habis geram kat aku, maka sahih lah dia yang mengetuk. Aku pun buka selak.

“Kedegang!”

Sebaik sahaja selak aku buka. Berhambat abang aku masuk rumah. Tutup pintu, terketar-ketar. Aku nak tercampak ke belakang dah, dek rempuhan dia yang kuat sangat masa nak masuk tu. “Ko apehal long. Kalau jatuh tadi, habis abah bangun. Masak kita.” Aku dah marah. Tapi berbisik lagi. “Diam lah ko!!” Along aku punya mengamuk, cemas, entah apa lagi. Beria-ia dia tutup, kunci pintu atas bawah. Kunci lagi pulak kat tombol tu. Zaman tu, bukan tombol macam sekarang. Pintu zaman tu, macam pemegang tu kan. Dah kunci, dia intai kat celah daun pintu. Aku diam je lah. Pelik! Lepas tu dia check balik, betul pintu dah kunci ke belum. Dia goyang-goyang sikit daun pintu. Bila dah ok, abang aku tadah tangan. Dia macam baca doa. Paling tak bijak, aku la. Tak tahu apa, nampak dia tadah tangan, aku pun ikut aminkan. Hahahaha. Habis tu, dia hembus-hembus pintu rumah. Aku pun ikut juga hembus belakang dia.

“Ko dah kenapa?!!” Eh, dia marah aku pulak. “Dah, along baca doa. Orang aminkan la.. Hembus-hembus, orang ikut.” Aku terpinga-pinga menjawab. Dia muka bengang pandang aku. Tapi angguk kepala beberapa kali. “Haaa elok lah ko baca….” Tak habis lagi ayat along aku ,mulut dia nganga. Melopong. Mata bulat tengok belakang aku. Ah sudah! Aku pulak cuak. Aku pun tak fikir panjang, toleh ke belakang! Nah kau!!!!!!! Sosok abah aku, siap tali pinggang kat tangan bercekak pinggang. Terus aku bergenang air mata. Habislah!! “Ini kerja korang? Sejak bila ko buat perangai gini long?” Aku dengar macam petir suara abah. “Ni lagi sorang! Sejak bila jadi tali barut??!” Abah soal aku.. Ini aku takut. Abah aku garam…eh, garang!
Kalau bab disiplin, ko jangan main-main. Mujur tak masuk tentera, kalau tidak lagi kental abah punya undang-undang aku rasa.

Sekarang, giliran aku sekali menggeletar dengan abang aku kat sebelah. Dia punya pasal, dengan aku sekali kena.. Dipendekkan cerita, derita la malam itu berbirat kaki kena libasan abah. Berserta soal-jawab macam pesalah juvana. Malam itu juga, pertama kalinya aku tengok abang aku macam anak-anak tahfiz yang sungguh baik budi pekerti, berjubah dan berserban. Dia punya insaf, sukar aku gambarkan. Aku? Walaupun kena sekali sebab jadi ‘tali barut’ tapi aku syukur sangat. Jawatan Tukang Buka Pintu tanpa gaji, berjaya aku lepaskan. Phewwww… Tidak lupa, sesi memohon ampun dan maaf ala-ala hari raya. Mak? Saksi kejadian, dan saksi janji-janji manis kami.. Esoknya, bila bangun tidur tu. Lepas sarapan, aku dapat tahu abang demam. Aku pun cepat jenguk dia. Memang panas badan, meracau-racau. Ada la abah panggil ustaz bagi air penawar, baca ayat quran pulih semangat.
Aku pelik. Bukan tak pernah kena dengan abah, takkan malam tadi punya hal sampai demam? Aku akan siasat.

Rupanya, lepas 4 hari demam elok. Aku tanya dia. Malam tu, masa dia tengah bergayut (telefon) awek dia dekat public phone dan bergurau senda. Ada sesuatu ganggu dia dan kawan-kawan. Tengah giliran dia tu, tiba-tiba public phone bergoncang. Dia ingatkan kawan main-main. Dia tegurlah. Lama-lama makin kuat! Dia bengang, letak phone dan nak jerit kat kawan dia. Sekali tengok, kawan-kawan dah berhimpun, menggigil berjemaah, siap dah nak cabut lari. Dia tanya pasal apa. Kawan tunjuk kat atas public phone. Sekali abang aku toleh, tengok atas.. Nah kau!!! ‘Kak pon’ tu elok bertenggek atas bumbung public phone tu, pandang dan renung dia dengan kawan-kawan. Tak fikir banyak, motor, basikal apa semua tinggal. Diorang cabut lari. Masa lari tu, siap ada suara mengilai-ngilai. Bayangan ikut diorang lagi terbang dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa. Mengilai tanpa henti. Tu sebab abang aku balik terketar-ketar, ketuk pintu macam nak roboh! Kecoh juga lah penampakan bagai kat hujung kampung tu. Ada juga pakcik rajin keluar subuh nak pergi berniaga, benda tu ikut ‘race’ sebelah pakcik tu naik motor.

Yang abang aku ingat, rambut panjang kusut, mata merah, baju buruk macam carik-carik kot. Lain-lain dia tak daya nak tengok. ‘Lawa bebenor’. Kawan-kawan geng dia malam tu pun demam meracau-racau khabarnya. “Dah waktu dia. Korang je tak reti bahasa. Keluar melepak sampai tengah malam. Mana lah tak jumpa segala mengarut tu!”
Itu ayat ringkas abah aku mengulas kejadian tersebut. Habis je kecoh-kecoh, abang aku tak serik. Keluar gak lepak malam dengan kawan-kawan. Tapi lepas tu, dia dah pandai bawa kunci rumah sendiri. Sebab aku malas layan, aku cakap nak bilang abah, kalau dia paksa aku lagi bukakan pintu. Hahahaah

Sampai hari ini, kalau aku cakap dengan abang aku hal ni. Punya dia geleng kepala. Seram gila katanya tengok tu sampai macam kena paku kaki. Tapi, hasilnya. Abang aku dalam kategori berani hati kering.. Haaa..gitulah..

Sekian..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

6 thoughts on “Public Phone di hujung kampung”

Leave a Comment