Pukul 3 Pagi

Okay kali ni turn aku pulak nak bukak cerita-cerita yang pelik yang pernah jadi kat aku time study UUM dulu. Baru sekarang aku berani cerita sebab dah habis 7 sem kat situ huahuahua.

Kisah 1 ( MASA KEJADIAN : SEM 3 , BILIK : ARAS 4 )
Kisah aku ni tak la berapa nak takut sangat macam cerita sebelum ni. Tahap yang biasa je. Time tu aku baru masuk sem 3, dari tingkat 2 aku kena pindah pergi tingkat 4. Sadis weh, dah la tempat penginapan kat UUM semua tak ada elavator. Tapi bersyukur tak pernah lagi kena tukar sampai tingkat 5. Redho je la. Nak dijadikan cerita, sejak pindah kat bilik baru tu, aku selalu sangat dengar orang atas tarik kerusi dia kuat-kuat. Kadang-kadang dengar alih meja lah, katil lah, almari ( sebab almari tu kayu je time tu so dengar la bunyi kena seret tu ). Time tu dah pukul 2 – 3 pag , akak roommate aku kadang2 ade, kadang2 tak sebab dia selalu melepak kat bilik kawan dia. Aku pulak memang spesis burung hantu, susah nak tidur malam. Kalau tak sebab assignment, sebab drama Korea hehe.

Kalau dengar bunyi2 macam tu usually aku biarkan je la. Aku ingat orang atas memang jenis suka alih perabot macam aku, jenis tak boleh tengok perabot kat tempat yang sama in long term. Tapi heran jugak almost everyday aku dengar bilik atas ni alih perabot dia, bebal aku kekadang tak boleh nak tidur nyenyak sebab senang terjaga bila terdengar bunyi. Dah la kuat. Sekali dia seret kerusi, ‘sreeeeeeeeeeeeeeet’. Macam orang stress buat assignment pun ada. Terkejut aku. Benda ni berlanjutan dari awal sem sampai pertengahan sem.

Lepas cuti midsem tu, aku balik awal sikit dari akak roommate. So malam tu aku tidur sorang. Tapi dalam pukul 11 malam lebih macam tu, aku dengar kucing-kucing jantan tingkat atas duk gaduh. Aku ni pulak acah nak jadi penyelamat nak leraikan pergaduhan diorang tu. Kalau tak buat macam tu, bising kot. Aku pun naik la tingkat 5 sorang diri, tengok koridor semua gelap. Lampu tangga yang aku naik tu memang tak pernah on. Nasib ada lampu bilik air blok tu. Lepas halau kucing-kucing tu aku pun perhati la bilik atas aku ni, takde selipar. Satu koridor semua takde selipar. Aku pun hudznuzon la dalam hati, “hmm mesti kakak-kakak sem atas ni tak balik UUM lagi. Syok bercuti kot”. Aku pun turun bawah balik, get ready nak tidur sebab esok kelas pukul 8 pagi.

Lepas tutup lampu semua, aku landing atas katil. Aku main phone kejap sementara nak tunggu mata terlelap (aku memang suka tidur dalam gelap walaupun roommate tak ada dalam bilik sebab tak boleh tidur kalau ada cahaya ). Dah tu bila dah terlelap kejap, sikit lagi nak lena, tiba-tiba orang atas seret kerusi, ‘sreeeeeeeeeeeeeeet’ KUAT GILA. Aku terkejut, terbangun. Aku dah macam, “pehal ko ni nak alih-alih perabot pulak malam-malam”. Bebal kejap, lepas tu teringat, “eh, orang atas mana balik lagi “.

Jengjengjeng. Ah sudahhhhhhhhh. Aku rasa macam nak nangis je malam tu. Time tu aku dah start berzikir baca doa apa semua.Tengok jam phone pukul 3 pagi. Nak bukak lampu time tu tapi takut. So malam tu aku tidur ngadap dinding, tutup kepala dengan bantal sambil dengar lagu phone aku kuat-kuat sampai aku tertidur balik. Esok tu akak roommate aku balik, dia tanya aku okay tak. Sebab kelas pagi tu aku terlepas, tak boleh bangun sebab letih sangat. Aku pun okay kan je. Petang sikit lepas balik kelas aku cerita kat dia. Dia cakap dia perasan dah bilik kat atas ni memang takde penghuni pun dari awal sem. Means satu aras 5 kat block aku memang takde orang daftar masuk, dia dah tanya orang pejabat. Aku dah macam, okay. OKAY.

Start dari haritu, aku tidur pasang lampu meja, mengadap dinding sambil dengar lagu pakai earphone. Masa tu aku taktahu, kalau dengar bunyi-bunyi macam tu maknanya ada gangguan. Sebab tu aku boleh duk buat rilek je. Waktu kat matrik ke apa tak pernah pulak jadi macam tu . Tapi besides than bunyi kerusi/guli/orang alih perabot kat tingkat atas, aku pernah gak terdengar bunyi orang tutup bukak lampu kat bilik sebelah waktu final. Padahal dua2 jiran sebelah dah blah sebab exam diorang habis awal, aku je terkandas kat situ sebab gap antara exam aku panjang. Aku macam lantak ko la cetan janji tak kacau aku sudah. Ada jugak pintu bilik kena ketuk, bila bukak takde orang. Aku hudznuzon lagi, “maybe orang yang ketuk tu salah bilik kot”. Berapa banyak dah aku try hudznuzon sebab nak pujuk hati suruh tabah.

Tapi alhamdulillah, masuk sem 4 aku kena tukar bilik paling bawah sekali aras 1. Lega. Dengar jugak bunyi-bunyian tu kekadang tapi time tu aku dah tak kisah sebab aku tahu bilik atas ada orang duduk. Lantak ko la nak main guli ke congkak malam-malam. Aku hudznuzon je. Tapi yang bestnya roommate aras 1 ni aku pernah sekali tegur malam tu, “dengar tak bunyi kat atas tu ? Kuat kan? Ishh”. Lepas tu dia senyap. Taktahu la dia terkejut ke mamai ke apa  Aku pun cakap la, “ha’ah dengar. Takpe dia stress kot”. Padahal dalam hati Tuhan aje yang tahu.

Kisah 2 ( MASA KEJADIAN : SEM 5 , BILIK : ARAS 1 )
Part 1
Okay yang ni dah masuk part yang seram sikit dari kisah 1. Kenapa ? Haa jap aku nak cerita.

Kan tadi aku mention aku kena tukar gi bilik bawah aras 1 sem 4? Haa, time ni dapat bilik baru, roommate pun baru sama baya. Sebab waktu tu ada renovation tukar perabot baru, sebab perabot DPP kitaorang memang dah usang. So block yang aku duduk tu tak boleh guna. Memang banyak gila manusia kena apung gi DPP lain. Aku antara yang terselamat yang still dapat menghuni kat DPP tu.

Nak dijadikan cerita, waktu sem 5 aku terkena gangguan sikit. Peha belah kanan aku lebam teruk, ni bukan lebam yang sikit-sikit tau, ni sampai hijau habis peha belah kanan aku. Aku ingat aku ada terlanggar perabot tapi bila ukur ketinggian dengan perabot baru semua rendah-rendah, tak pun effect buat exercise ke apa sebab peha kanan aku terasa sakit sangat. Bila check, haa mak ko hijau. Tapi aku admit , few days before aku realise pasal lebam-lebam tu, aku dapat rasa badan aku letih sangat. Petang after asar tu aku terlelap sampai maghrib. Lepastu malam susah nak tidur. Sumpah time tu aku ingat “maybe effect diet kot”, “maybe penat kot assignment banyak” sebab aku jenis tak ambik sarapan, terus lunch takpun makan time pukul 6 lebih sekali breakfast, lunch dengan dinner semua     (Tak sihat, ye tahu).

Aku pun call la mak aku, dia cakap tu la selalu tidur petang. Aku cakap sebelum ni kalau tertidur petang ke apa lebam la jugak sikit-sikit. Takat 1-2 tu biasa.Tapi ni dah macam kena gigit buaya aku cakap. Aku pun send gambar kat mak aku, plus cousin perempuan aku sebab makcik aku ni dia bab2 ni dia berilmu sikit. Malam tu mak aku call, “kakak, makcik cakap ko ni dah terkena gangguan. Bilik ko tu gelap dia cakap. Tak bercahaya”. Zzzzuupp berderau darah aku dengar. “Makcik cakap ko kena selalu solat, buat bacaan yassin apa semua”. Muka aku dah pucat dah. Aku pun iyakan jel. Dah tu cousin aku whatsapp aku, “Ibu cakap bilik tu kena selalu baca yassin. Nanti lepas solat, bukak pintu, ajak kawan ramai2 baca yassin. Bilik tu macam gelap, tak ada cahaya” . Dalam hati aku macam nak tercabut jantung.

Make sense, sebab sejak sem 4 aku pindah bilik baru ni aku rasa bilik aku ni sejuk and tenang semacam. Roommate pun perasan. Kawan roommate, kawan aku yang datang singgah bilik aku pun selalu perasan. Mana tak, waktu sem 4 tu cuaca tengah panas sangat (Usually Feb-June memang cuaca panas kat Sintokyo tu). Kawan-kawan lain selalu complain panas lah, bilik berkuap la. Aku dengan roommate rilek, siap boleh berselimut lagi tidur waktu tengahari.

Aku pun whatsapp kawan-kawan rapat satu course, ajak datang bilik baca yassin semua. Bila diorang tanya kenapa aku pun cerita sikit-sikit benda yang jadi. Kebetulan one of them kenal dengan orang yang pandai berubat. Maka aku pun pergi la berubat kat surau baru buat tu. Bila jumpa, “oh kenal rupanya”. Pastu dia time berubat dia ada la cakap , bilik aku tu memang laluan “dia”. Nak alih memang tak boleh dah . Plus, “ada” yang berkenan. Huaaa takut kot. First time jadi macam tu. Agaknya takda boyfriend sampai sekarang tu sebab benda lain duk berkenan la kot :'(

Pastu orang ni baca la beberapa bacaan kat aku. Dekat mata aku ni berdenyut-denyut, makin lama dia baca tu makin bendenyut mata aku. Pastu orang tu cakap la, dah lama ada benda hinggap. Oh no, lepas satu-satu aku dapat tahu pasal benda ni :'(. Lepastu dia “keluarkan” benda tu, ada la aku rasa macam ada benda ghaib kena tarik masa dia baca ayat-ayat ruqyah tu kat aku. Tapi alhamdulillah, takde la histeria ke tiba-tiba pengsan ke apa. Habis berubat aku pun buat la bacaan yassin kat bilik aku tu. Pagi-pagi lepas Subuh aku baca yassin, after maghrib pun baca.

Bila fikir balik, ada hikmahnya jadi macam tu. Sebab kalau tak sampai sekarang aku tak tahu. Sebab mata aku kadang-kadang selalu sakit. Dah la rabun, bila pakai spect pun still tak nampak lagi. Takpun time gosok gigi / mandi kat tandas tiba-tiba blackout kejap. Orang cakap tu lintasan benda tu. Sebelum jadi benda macam tu kat aku aku taktahu apa-apa pasal benda macam ni. Tak minat nak baca kisah-kisah mistik ni apa semua, takut nanti aku jadi penakut. Sebab tu cerita-cerita hantu keluar kat wayang semua aku tak tengok .

Haa habis dah part 1 , ada nak sambung sikit part 2.

Bilik yang sama. ( Dari sem 4 ke sem 7 aku memang duduk bilik aras 1 tu je, although dah jadi macam tu aku still taknak mintak pindah ke apa. Sebab bilik tu memang dah strategik sangat-sangat. Dekat dengan cafe , bus stop , and parking kereta . Senang nak tengok kereta aku kalau jadi apa-apa )

So benda ni aku perasan bila dah masuk sem 7. Aku ni kan jenis yang suka tidur lambat, maka bangun pun lambat. Kadang-kadang aku tak perasan roommate aku ni dah keluar ke tak. ( Disebabkan kes yang jadi waktu aku sem 3 tu , aku dah immune dengan bunyi. So bila terdengar bunyi orang tendang pintu pun aku buat bodoh and tidur je ).

So dipendekkan cerita, aku pun tidur la macam biasa after satu malam aku berjaga. Macam biasa, bila aku terjaga the first thing aku akan tengok phone dulu. Masa tu pukul 10 lebih. Main la aku dengan phone sambil menghadap dinding. Sebelah katil aku ada letak kerusi, sebab bantal aku banyak sangat so kadang-kadang bila aku rimas aku letak atas tu. So penglihatan aku kat katil sebelah terbantut sebab ada kerusi dengan bantal. Aku ingatkan roommate aku still tidur kat katil sebelah tu, sebab aku dapat rasa macam ada kat orang sebelah. Takde pulak dengar bunyi orang keluar ke apa, aku assume memang dia ADA dalam bilik tu sebab tengok katil pun macam tak kemas lagi. Aku pun buat bodoh, main phone pastu tertidur balik. Pukul 11 lebih macam tu aku terjaga, sebab roommate aku bukak pintu. Aku pun tengok la dia, “eh..gi mana?”. “Keluar jap tadi gi makan”.

“Oh yeke”. Pastu aku diam jela malas nak tanya apa2 dah. Based on apa yang aku tengok, dia bersiap tu bukan bersiap yang biasa. So dalam tempoh 1 jam tu takkan la aku tak dengar langsung dia duk bersiap. That means dia memang dah keluar lama dah. And tu bukan first time jadi macam tu, sebelum ni pun pernah gak tapi aku ingat aku mamai. I was so sure roommate aku duk “tidur” kat katil sebelah, tapi tengok-tengok dia balik from somewhere. Aku pulak duk ingat roommate aku ada dalam bilik hahaharu. ( Part ni hampa dah boleh relate dah kot apa yang jadi kat part 1, dengan part ni ).

Tapi memang jenis aku tak suka bukak cerita. Takut dia takut, dengan aku2 takut. Tapi one day roommate confront dengan aku…

“Tadi Twinkle Bell keluar lama dah ke?”
“Haah. Since pukul 5”
“So means dalam pukul 6.30 lebih memang takde dalam bilik la?”
“Haah. Nape ?”
“Tadi Peterpan mati2 ingat Twinkle Bell ada dalam bilik.”

Dia pun cerita la apa yang jadi . Sama gak kes macam aku cerita tadi, cuma dia jadi waktu petang, aku pulak pagi. Petang aku keluar kadang-kadang, hantar orang. Lepastu roommate pulak kadang-kadang tertidur sebab penat kan. Aku pulak bukak lampu meja, tutup lampu utama so that tak kacau dia tidur. After dia cerita tu meremang gak la. Aku cakap la, sebelum ni pun pernah jadi kat aku banyak kali tapi aku ingat aku mamai. Lepastu dua2 tengok masing2.

Aku cakap la, “benda macam ni biasa la Peterpan. Asalkan dia tak kacau lebih2 sudah”. Ayat sedap hati, tapi takut jugak sebenarnya. Dalam hati aku macam, “Habis selama ni yang aku tidur bangun lewat tu berteman la ye. Aku ingat aku sorang je suka bangun lewat”, haha.

Tengah duk share story dengan roommate , tiba-tiba bunyi kunci masuk tanda ada orang nak masuk bilik. Aku tengok roommate , roommate tengok aku. Dalam kepala otak aku time tu dah pikir nak lari je. Yela , siapa je yang ada kunci bilik ni selain aku dengan roommate? Kalau yang nak masuk tu roommate aku , habis yang aku tengah cakap ni dengan sape? Time tu dah maghrib. Lampu utama pun tak bukak lagi .

“knock knock”

Aku pun gi la bukak pintu. After bukak tu macam nak luruh jantung aku. Bukan roommate aku pun, kawan dia hahahahaha. Ngek. Boleh pulak main usik2 macam tu. Dah tu dua2 gelak macam apa lagi sebab masing2 ingat kitaorang tengah cakap dengan “orang” lain.

Tapi alhamdulillah, sepanjang aku study and menginap kat DPP Muamalat, tak pernah lagi la nampak benda2 ghaib ni although suka gi tandas pukul 3 4 pagi. Satu je, hati ko kena kental. Buat tak tahu je eventho ko tahu benda tu duk usik-usik ko. Takut sikit2 sudah. Benda-benda ghaib ni lagi ko takut lagi tu dia suka usik2. It’s normal.

So tu jela aku nak cerita, bosan la sikit tapi bersyukur la UUM tak se creepy yang korang sangka. Share la lagi korang teringin gak nak tahu cerita-cerita lain, sebelum ni dengar kat orang lain je kan. Siapa yang kena sambung / still study kat UUM tu bertabahlah ye :’)

8 comments

  1. Banyak kisah UUM yang tak keluar lagi ni. Aku ni kalau ada masa, Insha Allah akan menyumbangkan idea idea sumbang aku.. Haha..

  2. Sy duk study uum. Pernah duk di kolej eon dan yab. Mmg byk dgr cerita mistik pasal uum tu. Ada 2 org kwn sama kolej, dia diberi kelebihan dan kekuatan utk lihat ” something. Mmg kwsn sintok tu “keras” lebih2 lg di bukit kaci

  3. Pergh..muamalat mmg sbelah hutan je. YAB pon sama. Msalahnya bebudak kt muamalat xreti serik kot dok huhahuha lagi pkol 1 pagi kat taman bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *