#PULANGKAN : Masa Sekolah

Post pleaseeeee ……. ??? Huhuu. Thanks admin, kau siarkan jugak cerita aku tajuk PULANGKAN tu. Thanks jugak kepada para pembaca yang memberi komen2 positif, akak2 tu thanks sebab bagi kata2 semangat. Ada yang tanya boleh nampak lagi ke tak, sekarang ni dah kurang dan mungkin takde langsung. Sebabnya rumah pun dah pindah tinggal dengan kakak. Rumah lama tu dah jual dekat tuan tanah sebab asalnya memang sewa je tanah cuma rumah je sendiri, cukup tempoh kita pindah la. Tapi lepas berubat tu masih boleh rasa dan nampak lagi. Cuma bila dah ada bekas ‘dia’ agak susah la kita nak elak dari nampak dan rasa, kan.

Satu keistimewaan yang aku dapat selepas buang penyakit ni, bila aku sentuh seseorang yang bagitahu sendiri dekat aku dia nampak benda2 pelik, aku boleh describe satu persatu apa yang orang tu nampak. At the same time, aku pun takut. Silap hari bulan diingatnye aku ni tok bomoh tak ke naya aku haha. Aku memang tak amalkan keistimewaan aku tu sebab aku takut, so aku biarkan je. Tapi lepas mak aku tahu, dia suruh ustaz tutupkan hijab aku. Alhamdulillah. Walaupun sekarang ni tersentuh orang tak ketara sangat, cuma biasa2 je. Boleh tak kalau nak cerita yang kat sekolah menengah pulak?? Izinkan aku ye.

Eh, sebelum tu nak cerita masa aku darjah 6, sekolah selepas sakit. Dalam kawasan sekolah aku ada perkuburan sebelah surau. Besar jugak kuburnya. Kubur ASKAR JEPUN. Aku pernah dengar cerita ada seorang cikgu yang sengaja pergi petik bunga kat tepi kubur tu kena rasuk. Tak tahu betul ke tidak sebab aku lama tinggal sekolah, masuk2 je orang duk cerita pasal cikgu tu. Tak lama lepas tu aku alami sendiri waktu siang hari dan jugak malam (waktu malam tu sebab budak2 UPSR tusyen nak exam kan). Siang hari biasanya kalau waktu rehat aku dengan kawan2 selalu beli makanan dan pergi makan dekat meja batu depan dewan kayu lama yang digunakan untuk majlis tertentu je. Bangunan dewan dengan kantin memang belakang sekali.

Dewan tu betul2 berhadapan dengan pagar kubur jepun dan antara dewan dengan tempat kerusi batu ada taman permainan kecil di tengah2. Selalu main situ lepas makan sementara tunggu masuk kelas. Aku selalu perasan setiap kali aku pandang ke kubur tu, aku akan nampak sorang kanak2 lelaki dengan pakaian sekolah, baju putih (lusuh), seluar pendek, ada rambut, cuma dahi dia berdarah sampai ke baju, mata dia merah kalau pandang tepat ke arah aku. Sorang akak ni jiran aku, jarak usia 3 dia tahun dengan aku. Dia cerita, dulu pernah sorang budak lelaki bunuh diri kat salah satu bangunan sekolah tu. Budak tu katanya ada masalah mental yang tak dapat dikawal dan tu sebab dia bunuh diri.

Wallahualam aku pun tak tahu sahih ke tidak. Jalan menghala ke padang sekolah pulak kena lalu surau yang berada kat tepi kubur tu, lepas surau ada lagi blok kelas untuk pelajar tahun 2 kalau tak silap aku. Blok tu betul2 tepi kubur. Selalu kalau ada aktiviti sukan peringkat sekolah, kelas2 tu akan digunakan untuk letak makanan. Tapi aku tak tahulah kenapa aku jadi berat hati nak pergi kelas untuk ambil makanan. Hati aku macam dup dap dup dap setiap kali lalu tepi kelas tu. Pernah sekali sorang budak perempuan tiba2 heret tangan aku ajak teman dia pergi kelas katanya nak ambil beg tapi dia takut sambil nangis2. Kesian, aku pun tanya:

Aku : dik kenapa takut sangat ni sampai nangis2?
Adik : adik takut sebab ada budak perempuan selalu tengok adik kat tingkat hujung belakang kelas..(pelat dia).

Aku pun pusing nak tengok…jeng jeng jeng…betul2 eye to eye (ketar lutut aku) uolls. Cepat2 aku tarik budak tu lari ke padang, nasib baik muka aku tak pucat teruk masa tu. Masa tuisyen malam lagi best dorang main. Selalu budak kelas depan yang kena sebab kelas tu berdepan tengah2 kubur. Tengah elok duk fokus dengar cikgu mengajar, tiba2 dengar orang menjerit. Sah! Dia buat dah (dalam hati). Aku terus baca doa apa yang patut, lepas tu berderet keluar kelas nak pergi tengok.

Kawan aku yang sorang ni pulak punya la penakut aku nak buat apa pun tak boleh, kemas betul dia pegang tangan aku sambil nangis, aku dah risau dah dia pulak yang nangis ni karang kena dia pulak naya aku nak hadap. Fuhh, nasib baik tak kena. Selalu bila waktu malam kalau kawan aku ajak aku lalu kelas depan tu memang aku elak la. Tak gila dowh nak eye to eye waktu malam macam tu. Kadang terpaksa lalu, aku mesti jadi robot tak pandang kiri kanan, lepas je lalu baru aku jadi manusia balik toleh kiri kanan hahaha. Selalu aku pesan kat kawan, mulut jangan celupar. Alih2 aku geleng kepala, degil kan mendapat la. Okay cukup yang sekolah rendah.

Masa di sekolah menengah, awal2 masuk f1 lagi ‘dia’ dah gurau. Bukan dengan aku, ‘dia’ gurau dengan pelajar perempuan. Huhu. Sekolah aku sememangnya ada asrama. Dari f1 sampai f5 benda sama nak kena hadap. Tapi aku tetap amik peduli, yelah karang buat2 kebal kan aku pulak yang tersadai. Selalu bila ‘dia’ nak start, dari kelas ke kelas. Lepas 2@3 orang kelas ni, maka kelas lain pun akan ikut sama. Lepas tu tingkatan ke tingkatan. Disebabkan aku ni terlajak baik dengan cikgu dan jadi orang kepercayaan cikgu masa f3, aku terpaksa kejar sorang budak ni kena rasuk, habis satu sekolah dia tawaf, tambah pulak hari tu hari rabu, pakai baju kokurikulum makin laju dan luas la langkah dia, penat dowh kejar manusia dua alam ni (masa ni pengawas sekolah pun takleh harap, penakut). Habis tong sampah dia baling, tak cukup baling dicampaknye ke bawah, nasib baik tak kena orang. Kesian jugak kat makcik2 cleaner kena bersihkan balik sampah2 tu.

Tak cukup dengan tu habis kasut stokin dia cabut baling merata, eh2 dah kenapa nak jadi ayam pulak ke. Lepas tu ni memang dah melampau, tudung pun dia bukak baling entah ke mana. Aku naik geram dah time ni, aku pakat dengan kawan2 kepung dia dari tangga ke tangga biar aku je follow dia. Last2 aku dapat jugak tangkap. Mula2 nak melawan, siap marah2 aku lagi. Aku pegang tangan dia, aku silang, aku cakap, “kalau kau melawan aku bunuh kau”. Eh2 tahu pulak takut siap menangis lagi. Aku heret terus bawa pergi surau. Kat surau pulak boleh tadah air mata sorang2 bagi cukup 7 tempayan air mata anak dara. Haha. Dah la tu ramai jugak cikgu panggil ustaz ustazah dari sekolah agama datang sebab tak cukup korum nak lawan.

Tengah aku duk ralit tolong ustazah ubatkan budak ni, datang pulak sorang ni tiba2 peluk aku dari belakang marah2 aku. Memang bengang betul aku. Aku berdiri terus pegang belakang tengkuk dia baca ayat kursi. Eh2 , tak jadi. Nak bersilat pulak. Hahh, apalagi duk pusing2 cara orang nak bersilat la jawabnya. Sorang ustaz ni follow aku dari belakang, dia cakap jangan takut lawan je. Bila dia bukak langkah nak serang aku, aku ready nak patahkan serangan dia. Lama jugak, jenis tak nak mengalah. Dia jatuh aku bangun, aku jatuh dia bangun. Last2, aku pegang jari tangan dia eye to eye lagi…. aduhh sedihnya. Aku tahan dia sekuat tenaga aku sampai ustaz habis baca terus rebah. Macam nak putus nyawa aku. Pengawas sekolah?? Tak payah cakap kalau yang perempuan tu terus tarik bendera putih. Aku ingat dah setel, eh belum lagin ustaz nak aku ber’communication’ pulak dah. On jelah.

Aku : dari mana asal usul mu?
Dia : eh2 bangun menari pulak macam dalam pontianak harum sundal malam tu , aku pemilik tanah yang korang tinggal itu.
Aku : kenapa kau mengganggu mereka?
Dia : perjanjian. Mereka telah membuat perjanjian untuk memberiku makan setiap tahun, malangnya telah diingkar janji itu. Aku menuntut janjku!!!
Aku : siapa berjanji padamu?
Dia : hehehe dia gelak then rebah.

Aku bukak mata tengok dia duk tenung aku dalam2 marah gamaknye. Lepas tu ustaz pulihkan aku. Dia tak boleh buat apa2 dah sebab ustaz2 lain duk pegang dia. Fuhhh, letih kau main benda ni, tobat dah aku taknak lagi. Nasib baik dia tak tunjuk muka buruk dia, kalau tak mau aku sekali pengsan. Settle pasal tu boleh fokus study untuk PMR.

Masuk pulak tingkatan 4&5. Tapi yang ni aku tak ingat f4@5. Yang aku ingat hari rabu je. Memang minat hari rabu ke apa benda ni. Time tu baru habis waktu Pendidikan Agama Islam (PAI) ustaz kena keluar awal sebab satu sekolah duk menjerit, and kiteorang dilarang keluar kelas. Masing2 bukak yassin baca ikut speaker. Ada cikgu PJK relief masa tu. Aku pulak tiba2 nak terkucil, so mintak izin pergi tandas. Tandas pulak bawak sekali bangunan untuk pelajar tingkatan 4&5. Sampai je kat pintu tandas aku tengok ada beberapa orang pengawas sekolah lelaki tengah tunggu kat depan pintu, aku tanya kenapa, dorang cakap ada budak perempuan kena rasuk duk menangis dalam tandas tak nak keluar. Aku pun masuk dalam tengok 2,3 orang budak perempuan duk kepung dia.

Aku tanya kenapa tak heret, ada ke patut jawab takut , padahal ramai kut. Aku nak ‘cici’ pun tak jadi, terus heret tangan budak tu bawak pergi surau. Yang lain follow belakang. Sampai je surau, muka cikgu sengih2 tengok aku. Dah tau dah. Masuk surau tu, ustazah suruh aku jaga budak yang aku bawa tu sebab ada sorang tu dah tak sedar terus, teruk kena rasuk. Budak ni pulak tak keruan dah nampak. Kejap tengok kiri kejap tengok kanan. Aku suruh dia belunjur kaki (mujur dengar kata) aku baca ayat kursi sambil tangan sapu atas belakang dia. Tak lama, kejap je aku baca terus mengerang kesakitan. Ustaz yang tengok tu datang tolong aku (handsome bak hang) haha. Okay2 sorry2, ampunn. Bukan ustaz sekolah aku.

Aku duduk belakang dia duduk depan sambil pegang ibu jari kaki budak ni. Makin mengerang sakit dia. Dia rentap kaki nasib baik tak kena terajang je ustaz yang duk depan tu. Aku cepat2 pegang tengkuk dia, baca ayat kursi kuat2, badan dia masa tu melenggok tahan sakit. Tak boleh bangun sebab aku dah pegang sebelah tangan dia. Lepas tu dia pengsan. Ustaz cakap dia pura2 je. Aku panggil pengawas usung bawak ke tengah. Tak sempat letak dia lompat nasib baik tak jatuh, kalau tak entah boleh beranak ke tidak budak tu haha. Dia nak lari, aku peluk dari belakang, ustaz tu datang baca doa kat telinga dia. Sakit dowh tangan aku kena cekam, nasib tak patah je. Biru lebam semua ada. At last budak tu okay.

Huhhh, maaf la ye panjang sangat. Aku tengah menaip ni pun rasa lelah dalam dada ni sebab duk ingat balik apa yang jadi dulu. Kira famous la, bila ada je orang kena rasuk, cikgu2 pakat cari aku huhu. Aku malas nak sambung2 nanti korang boring. Admin pun tak penat mata nak post yang aku punya dua tiga kali kan. So, guys thanks a lot sebab bagi aku peluang menjadi salah sorang penulis di page FS ni. Sejujurnya aku minat sangat2 dengan penulis2 yang famous kat page ni. Sekian…assalamualaikum.

5 thoughts on “#PULANGKAN : Masa Sekolah”

  1. Tingat zaman study dlu…
    Di mane ade histeria, di situ ade hakak…
    Satu sbb hakak mmg kuat bab2 pegang org ni, dua akk ni berani dlm penakot, tiga dh hakak mmg wakil pelajar soo mmg manusia pertama kena panggiller klu ade kes2 camni, hmmm…
    Kdg smpi semalaman x tdo handle case…
    Kdg nk exam x dpt nk study sbb time exam ler kes2 camni sllu timbul…
    Study tu kan ibadah, sooo deme2 mmg x sukeler…

    Kelakar part bukak kasut sume dh nk jd ayam plak ke, hahahahaha…
    Pastu nk g minang Puteri Gunung Ledang ekk tadah 7tempayan airmata dara tu,heheheheh…

    Dik…
    Hakak rase deme suke menyerang time hari Rabu ade koko sbb Rabu kan baju memsg lelain sbb pki uniform kelab/persatuan…
    Tu die sukeee ingtkan ade halloween soo Nk join sekali…

    Reply

Leave a Comment