Pulut Kuning Untuk Siapa?

Kisah yang akan aku ceritakan ini mungkin kisahku sendiri, mungkin juga bukan. Cuma ku harapkan pembaca semua mengambil iktibar atas cerita ini. Cerita tetap juga cerita, mungkin ada yang benar dan ada yang ditokok tambah sebagai penambah perisa dan penyedap cerita. Namun, apa yang ingin ku ketengahkan adalah intipati dan pengajaran melalui cerita ini. Itu yang paling penting! Kita mungkin ada mengalami peristiwa misteri, samada ianya benar ataupun khayalan. Tetapi, aku ada suatu yang nak diceritakan..

Aku merujuk kepada pencerita.

Teringatkan zaman kecilku dahulu. Terdapat banyak perkara yang aku lihat, tetapi tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata.

Semasa hayat Opahku masih ada, Opah sekeluarga sering mengadakan kenduri. Setahu aku, itu kenduri doa selamat. Juadah yang aku selalu nampak ialah pulut kuning dan telur rebus (telur rebus itu disusun di tengah-tengah pulut kuning), kadang-kadang ayam panggang dihidang cantik dalam talam besar. Lauk-lauk biasa yang lain pun ada, tapi ini yang paling “rare”.

Selain itu, wajib bagi mereka menghidang Bubur Merah Putih (seperti Bubur Sumsum tetapi mempunyai tekstur yang pekat seperti bingka). Aku pun tak pasti nama lain bubur ini. Tapi kalau anda Orang Jawa, anda mesti tahu. Bubur ni wajib ada setiap kali mereka buat kenduri ni. Seingat aku, jika kenduri menamakan anak, akikah atau cukur jambul, orang-orang Jawa akan menghidangkan bubur ini. Lain pula bagi keluarga Opahku. Selepas itu, Bubur Merah Putih itu akan diagihkan pada tetamu untuk di bawa pulang. Macam door gift gitu. Kenduri tu hanya orang-orang terdekat sahaja yang dijemput. Lagipun kawasan kejiranan Opah adalah sanak saudara dan adik-beradik dia juga. Selang beberapa jauh dari situ baru ada rumah orang-orang kampung yang lain. Bagaikan berpuak-puak pun ada. Tapi memang begitulah keadaannya.

Jarang sekali aku nampak orang-orang kampung menyinggah ke rumah Opah. Keluarga Opah boleh dikatakan agak berada (orang ada-ada). Banyak harta, rumah sewa, tanah kebun, tanah dusun dan lain-lain. Diceritakan, Arwah moyang belah Atukku adalah saudagar dari tanah Arab, Yaman. Sebab itulah raut wajah Atuk seakan-akan orang Arab. Kulit putih, hidung mancung dan tubuh yang besar, tinggi. Anak-anaknya ada juga yang mengikut jejaknya. Macam aku punya keturunan Syed dan Syarifah dari kedua-dua belah keluarga, walaupun rupaku tidak seperti orang Arab (berharap sajalah).

Sewaktu kecil, tiap kali musim cuti sekolah, aku akan pulang ke kampung dengan kakakku selama mana yang mungkin. Aku punya sepupu (empat orang adik-beradik, dua lelaki dan dua perempuan) yang tinggal bersama opah dan menjadi teman sepermainanku tiap kali pulang ke kampung. Umur kami lebih kurang sama, jadi kami memang akrab sejak kecil. Kami memang jenis lasak. Pagi-pagi dah lesap main di luar rumah. Setakat main masak-masak, kahwin-kahwin, rumah-rumah tu dah biasa. Kami jenis kreatif, budak kampung yang lasak. Kalau main masak-masak, bahan-bahan mainanan akan kami cari keliling kampung. Masuk keluar hutan dan kebun tu memang kebiasaan kami. Nama je perempuan, tapi main mengalahkan jantan. Haha.

Rumah atuk dan opah memang dikelilingi kebun getah dan dusun buah-buahan. Baru beberapa tahun ini, orang kampung mula menanam sawit. Sebelum ni memang macam kawasan hutan simpan. Ada juga perkampungan orang asli di kawasan kampung dalam.
Pernah suatu ketika, kami main sorok-sorok di belakang rumah. Masa tu tengah hari panas terik. Tapi disebabkan pohon merimbun, kami selesa bermain di luar. Waktu tengah main-main tu, sepupuku aku menjerit melihat sesuatu di belakang parit tak jauh dari rumah Opah. Aku bertanya, Kau nampak apa? Sepupuku dengan cemas berkata dia nampak buaya. Buaya? Kau ni betul ke? Biawak kot?

Tapi dia tetap menegaskan yang dia terlihat buaya. Mungkin umur kami di darjah 5 itu tak tahu membezakan biawak dan buaya. Bila diceritakan ke Opah, Opah tak cakap apa. Dia menyuruh kami semua mandi.

Di petang-petang hari sewaktu hari nak hujan akan terdengar bunyi-bunyian unggas dan kera. Tu perkara biasa, nama pun kampung. Opah juga pernah terkena serangan kera sehingga mendapat beberapa jahitan oleh kerana digigit.

Ada suatu petang kami terdengar bunyi pelik yang masih ku ingat sampai sekarang. Bukan bunyi kera dan unggas. Ia seakan-akan burung kuang-kuit yang menyanyi sendu. (pernah dengar tentang burung ini? ke tak tahu jugak). Orang tua-tua kata, kalau burung ni berbunyi alamatnya ada orang nak meninggal. Bunyi itu terlalu kuat sehingga kami yang duduk berkumpul bermain teka-teki terus terdiam. Masing-masing terkedu dan berasa seram. Waktu itu sudah menjelang senja. Terus kami berlari mendapatkan atuk yang terkejut melihat kami berlari ke arahnya. Bila diceritakan padanya, atuk cuma berkata itu cuma bunyi burung.

Pernah suatu malam, sedang kami main permainan Nama-Negeri, kami dikejutkan dengan bunyi kuat seperti suara orang tua yang batuk berkali-kali. Bunyi itu begitu kuat sehingga masing-masing terdiam. Atuk cuma berkata, itu kan cuma bunyi burung hantu. Dan sewaktu aku menunggu giliran untuk mandi kerana hari hampir gelap, aku ternampak Opah di tepi tangga seperti berkata-kata dengan seseorang. Tetapi tidak dapat kudengar dengan jelas. Lalu aku terlihat Opah menuding-nuding jarinya ke arah pokok durian tua yang terletak di belakang rumah, tak jauh dari parit yang kuceritakan itu. Terus aku jadi takut dan tidak berkata mengenai perkara itu pada sesiapa pun.

Teringat aku bila giliran aku untuk mencabut uban opah. Opah sempat bercerita kepada kami semua. Opah kata, di belakang tu ada kawasan air. Jangan main di situ, tak kisahlah pagi atau petang.

Guess what? Tempat itulah yang kami tuju.

Pada suatu petang, kami berenam pergi ke kawasan parit tu… seakan lupa pada pesanan Opah. Sepupu juga sudah lupa tentang buaya yang dikatakannya itu. Kami buat pertandingan kumpul batu cantik. Rupanya parit yang kami sangka bukanlah parit, tetapi lombong tinggal. Banyak batu-batu cantik kami jumpai untuk dibawa pulang. Sedang elok kami mencari batu, tiba-tiba sepupu lelakiku menjerit menyuruh kami semua balik. Aku tak pasti kenapa, tapi masing-masing berlari bagai lipas kudung tanpa menoleh ke belakang. Habis tertinggal semua batu yang kami kutip. Kami berlari sehingga salah seorang dari kami terjatuh dan terseliuh. Namun, tak seorang pun berani bercerita kepada Opah.

Teringat lagi, sewaktu kami keluar masuk bermain di kebun (suka hati je main kat kebun orang), pernah seorang pakcik menegur perihal kami yang menjerit-jerit, bermain dalam kawasan kebunnya. Pakcik itu menegur dan ingin memarahi kami tapi membatalkan hasratnya selepas dia tahu kami cucu kepada atuk dan nenek. Ini bukan sebab hormat, ini lebih kepada takut. Patutlah tiap kali aku pulang, seakan tiada kanak-kanak lain bermain di kawasan kami. Dan patutlah bila kenduri cuma orang sekitar rumah sahaja yang datang, bukan orang-orang kampung yang lain. Rupanya mereka sudah tahu sejarah keluarga opah.

Pernah suatu pagi aku terdengar opah marah-marah. Masih aku ingat setiap bait kata-kata opah. โ€œAkuย ada bela apa? aku bela ayam, bela kucing, bela arnab.” (terngiang pulak suara dia).

Masa itu seingat aku ada orang kampung cakap opah ada membela โ€˜sesuatuโ€™.

Pernah diceritakan oleh saudara belah atukku yang datang beraya di rumah atuk. Masa nak pulang dari rumah atuk, dia ternampak seekor harimau besar di seberang jalan, memerhatinya. Mau tak terkejut beruk! Tapi bagi mereka yang tahu, mereka cuma mendiamkan diri sahaja. Pelik, mungkin juga benda-benda yang kami nampak itu hanya khayalan. Bila ditanya tetap tiada jawapan.

Atukku adalah salah seorang askar British di masa Jepun menyerang tanah melayu dahulu. Perkara ni selalu dia ceritakan di waktu santai. Atukku juga pernah mengajar silat, tapi tak pernah mengajarkannya kepada kami. Atuk bukan seorang yang garang. Tapi jika dia marah, boleh jadi demam dibuatnya. Dan aku pernah bermimpi ada harimau besar mengejar aku dan sepupuku yang lain. Harimau itu melangkah memijak lantai sehingga lantai itu menghimpit kami yang bersembunyi di bawahnya. Aku mengigil ketakutan sehingga tersedar dari tidur. Sangat real ok!

Sehinggalah aku dewasa dan memahaminya sendiri. Kami pergi berubat di pusat perubatan Islam kerana sakit misteri. Dari perubatan Darul Syifa ke perubatan Darussalam, sehinggalah para ustaz persendirian. Kami dapat tahu yang atuk dan opah memang ada mewarisi saka dan mereka menyambung ritual syaitan itu. Aku tak nak menuduh sesiapa, tapi inilah jawapan yang kuterima selepas bertahun-tahun mengunjungi pusat rawatan Islam.

Antara yang baru ku tahu, rupanya Ibu kepada atuk (moyang) adalah seorang bidan yang mempunyai ilmu kebatinan yang hebat dan disegani di kampung itu. Orang kampung memanggilnya dengan nama Opah Tuo. Diceritakan juga, moyang lelaki (ayah atuk) hilang tidak dijumpai dipercayai diculik kerana hartanya yang banyak. Patutlah aku tak pernah dengar cerita mengenai moyang lelaki itu.

Seorang nenek jiran opah pernah bercerita, seminggu selepas moyang (perempuan) meninggal, mereka masih melihat kelibat moyang merayau-rayau di sekitar kampung dan mengganggu orang kampung sehingga mereka ketakutan. Ibu masih kecil lagi waktu itu. Moyangku itu juga dikenali kerana sikapnya yang kerap menyiksa kucing. Ada sahaja kucing mati kalau terserempak dengannya. Kejam betul. Aku tak pernah melihat moyangku, tetapi mengikut kata makcik-makcikku wajahku ada iras Moyang. Patutlah aku juga diganggu.

Dahulu aku sendiri pernah bermimpikan seorang perempuan muda persis wajahku, tetapi punya rambut yang panjang mencecah lantai, kadang kala disanggul rapi macam sanggul orang Indonesia tu. Tapi aku tak kenal siapa dia dan aku tak faham akan mimpi itu.

Opah pergi dahulu meninggalkan atuk yang sakit nyanyuk. Lama juga opah terlantar. Bangun tak mampu, tapi makan mengalahkan selera orang sihat. Tak lama selepas opah, atuk juga meninggal dunia akibat sakit tua. Akuk menghidap nyanyuk dan sering keluar malam sehingga terpaksa dihantar pulang oleh orang kampung yang menjumpainya berlegar-legar kepenatan tanpa tujuan. Sehinggakan ibu saudaraku yang menjaganya sentiasa menyorokkan kunci rumah, bimbang atuk keluar rumah tanpa pengetahuannya.

Masihku ingat, kejadian malam pertama bacaan Yaasin dan tahlil di rumah atuk. Ibuku membasuh pinggan di paip luar dek kerana banyak pinggan mangkuk kotor selepas kenduri. Semasa itu, rumah atuk dan nenak sudah direnovasi, bukan seperti rumah lama sewaktu kecilku dahulu.

Sedang kami berkumpul bersembang di dapur, ibu masuk dengan keadaan terkejut dan pucat lesi, tetapi tidak berkata apa-apa. Pulang ke rumah, ibu mula demam. Ibu seperti tersampuk. Seminggu ibu bukan seperti dirinya sendiri; meracau dan demam panas. Alhamdulillah, ayah dapat merawat ibu sendiri. Ibu pulih seperti sediakala. Bila dah sihat, Ibu menceritakan kembali. Semasa dia tekun membasuh pinggan, dia dikejutkan dengan penampakan makhluk hodoh yang bermata merah di hadapannya, seakan marah.

Kemudian perkara itu berlarutan kepada adik-adik ibu yang lain. Tak lama selepas atuk dan opah meninggal, masing-masing terkena penyakit misteri. Adik-beradik ibu sudah tidak bertegur sapa akibat perbalahan harta pusaka. Ibu memang tak ambil port pasal harta pusaka miliknya atas pesan ayah.

Kini ayah pun sudah meninggal dunia.

Beberapa tahun kemudian, adik perempuan ibuku meninggal dunia kerana sakit yang tiada ubatnya. Kami memang tak pernah berjumpa sudah agak lama kerana banyak perkara. Tetapi tetap pulang untuk menziarah kali terakhir. Terkejut melihat jenazah waktu itu. Badan Arwah yang dahulunya besar kini tinggal kurus melidi. Rupa tak tumpah seperti wajah opah, padahal pada masa hidupnya wajah arwah agak berlainan dari opah. Diceritakan oleh anaknya (sepupuku), ibu mereka menderita beberapa tahun tak boleh menelan makanan sehingga kurus melidi. Mereka juga sudah puas berubat sehinggalah Arwah menghembuskan nafas terakhir.

Adik-beradik Ibu juga sudah jauh berbeza berbanding dulu. Masing-masing berwajah lesu. Wajah ibuku nampak lebih muda berbanding adik-beradiknya.

Salah satu sebab mereka menyisihkan ibu kerana ibu tidak turut serta menyambung ritual yang opah sering lakukan dahulu. Ibu memang tak tahu pasal perkara itu. Kebiasaanya ibu sering disisihkan kerana ibu tak berpendidikan tinggi seperti adik-adiknya, lagipula ibu bukan anak kesayangan opah walaupun ibu adalah anak sulung. Ibu tidak sekolah kerana bekerja di kebun dan menjaga adik-adiknya seramai sembilan orang. Kini semuanya melupakan jasa ibu hanya kerana ibu tidak menerima saka belaan opah.

Rupanya pulut kuning dengan telur rebus dan ayam panggang itu adalah makanan yang dipersembahkan pada syaitan belaan itu. Katanya, tiap bulan mereka akan adakan kenduri dan sajian itu akan diletakkan di busut, tak jauh dari pokok durian tua belakang rumah. Tempat di mana aku sendiri menyaksikan opah seperti berbicara dengan seseorang waktu senja lama dahulu. Aku tak pasti wujud lagikah pokok tua itu.

Oleh sebab itu jugalah adik-adik ibu menyalahkan ibu kerana tidak mahu menerima saka belaan itu dan mengikut perubatan Islam sehingga mereka kononnya terkena sumpahan “benda” itu. Selepas opah dan atuk meninggal, mereka tetap mengadakan kenduri itu, tapi ibu sudah tidak turut serta kerana ayah melarangnya. Kalau turut serta pun, kerja ibu cuma memasak dan basuh pinggan di dapur. Syukur pada Allah kerana kami punya ayah yang pandai ilmu perubatan Islam dan sering mengingatkan kami agar tidak bersekongkol dengan syaitan. Sejak dari itu, adik-beradik Ibu jauh dari kami sehinggalah sekarang.

Aku juga sudah tidak berhubung dengan sepupuku yang akrab semasa kecil itu kerana pergolakkan ibu bapa kami. Sekarang pun masing-masing sudah dewasa dan berumah tangga. Itu pun hanya melihat dari media sosial sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

Tetapi tak dinafikan yang aku tetap rindu pada suasana dahulu. Zaman di mana kita bebas untuk bermain bersama, berani berdepan macam-macam perkara, tulus ikhlas menyambung kasih sayang sesama keluarga. Namun sayang, semuanya dah hilang. Inilah permainan syaitan sehingga hubungan silaturrahim pun terputus. Allahuakhbar.

Di bulan Ramadhan ini, aku cuma berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa kaum keluargaku yang sudah menghadap penciptaNya. Khusus buat Allahyarham Ayah, Allahyarham atuk dan Allahyarhamah opah di kedua-dua belah ayah dan ibu, bapa dan ibu saudara yang sudah tiada. Semoga Allah tempatkan mereka bersama golongan hamba-hambaNya yang soleh. Yang sudah berlalu biarlah berlalu. Marilah kita mencorakkan kehidupan kita dengan mengharap redha Allah. Tinggalkan kerja-kerja syaitan ini. Mari kembali ke jalan Allah.

Ada banyak perkara yang terjadi, namun tak dapat aku kongsikan dalam entri ini. Ada rezeki akanku coretkan di entri yang lain. OK!

Salam Ramadhan

26 thoughts on “Pulut Kuning Untuk Siapa?”

  1. ceria ni bagi aku entah lh.. hmm.. tak tak nak ckp apa.. best ke seram ke atau cuma cerita bias2 je ke..aku pn tak tau nak komen ape sebabbbbb masa aku vat komen ni pun aku still belum bace cerita kat atas ni.lol.so mcmana aku nak komen kn u oltzzzzzza..

    Reply
  2. sape ade bace story yang abg die meninggal naik moto lepastu mak die x dpt terima hakikat..selalu masuk bilik abg die bawak cuka limau..selalu denga pintu bilik abg dia terbukak pukul 3am sebab arwah dulu selalu balik 3am…siapa ade bace tlg bagitau tajuk..tak abis baca dah ilang cerita tu

    Reply
  3. Tetiba teringat..peristiwa nk sunat ank perempuan kita kt bidan..bidan tu suh bwk pulut kuning ng telur rebus, trus rsa mcm terpinga2..laju je bidan tu ckp kata nk bg kt org masjid…

    Balik umh cita kt mak..mak ckp, msa kitorng kecik2 x payah pn benda tu semua..hati pn rsa x sedap..knp nk kne bwk pulit kuning plk kn…last2 cwncel nk g sunat ng bidan tu..bwk ank suant kt klinik je….tenang hati๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    Reply
  4. bagi aku jalan cerita dia best sbb sama jalan cerita keluarga kawan aku, dimana keluarga diaorg terikat denga janjji syaitan masa zaman nenek moyang mereka

    Reply
  5. Kemas dan menarik. Yes, kerana tak teruskan ‘tradisi’, hubungan kekeluargaan boleh retak walaupun sendiri tahu yg perkara tersebut adalah tidak baik. 7/10.

    Reply
  6. best part zmn kecik2 dpt luangkan zaman kanak2 di kg. tersentuh hati.. bila dah besar, masing2 buat hal sendiri lbh2 lagi bila ade pergolakan antara ibubapa.

    Reply

Leave a Comment