Pusak-Alam Yang Terhijab

Dup dap dup dap!

Berantakan kereta kuda di medan perang! Pedang bertemu pedang! Percikan api dan bunyi besi bagai irama yang meraikan peperangan antara tiga puak!

Zakir di tengah-tengah medan. Berbusana Melayu dan berbaju besi. Tanjak merah menjadi pilihannya. Percikan peluh membasahi wajahnya. Rambutnya yang panjang sudah tidak terurus. Matanya melilau kiri kanan melihat tiga puak itu bergelutan untuk meraih kemenangan.

Zakir sesuai dengan namanya, berzikir di mulut tanpa henti. Sempat jam Gshock dikerling. Ah. Rosak!
Tapi pasti, sudah pun masuk waktu Zohor.

Tiba-tiba..

Datang perempuan tua berkudakan ular Kobra hitam gergasi menerpa ke arahnya. Berbaju serba hitam dan berambut masai seperti dawai serta tongkat kayu buruk di tangan kanannya yang kurus kering.

Zakir melompat! Mengelak dari dipatuk Kobra gergasi. Sempat kaki kiri menendang kepala Kobra. Terjatuh si nenek tua!

‘Bangsat!’ Hatinya menyumpah.

Nenek tua perlahan berdiri membaca mantera.
Kobra menerpa kembali. Laju nya seperti halilintar.

Ahhhhhh!

Zakir terbangun dari tidur. Peluh membasahi baju singlet Crocodile nya. Seluar hitam senteng yang sering dipakai para tabligh jugak terasa basah. Tercungap-cungap Zakir. Penat lesu semua ada!

Ini sudah kali ke berapa entah bermimpi puak puak berperang. Zakir bangun dan mencapai rokok Rave.

Di beranda rumahnya duduk menghembus perlahan asap rokok bersama Nescafe panas. Dia tinggal bersama makciknya di Kuching. Maknya dikatakan hilang. Bapaknya pulak meninggal semenjak dia kecil. Di hirup Nescafe yang mulai sejuk.

‘Siapa aku?’

Satu soalan yang sering bermain di fikirannya sejak dia berakal lagi. Tak banyak informasi mengenai dirinya. Cukuplah dikatakan dia yatim piatu. Mak ciknya pulak penyayang orangnya. Kakak kepada bapaknya yang dara sehingga 50an dah umurnya kini. Bukannya makciknya tak cantik, cantik! Tapi entahlah, makciknya ditanya bab jodoh, hanya senyuman yang dibalas. Kata orang, kena sihir, ada kata makciknya kecewa di permainkan dan merajuk tak nak kahwin. Ah! Macam-macam spekulasi.

‘Dah nak masuk waktu dah’ getus hati Zakir.

Takbir dilaungkan. Zakir menunaikan solat Subuh dengan sayunya. Setiap bait Fatihah di sebut perlahan dan dirasakan hubungan surah itu pada setiap inci badannya. Usai solat, Zakir mengambil tuala dan mandi. Ketika mandi, terfikir nasi lemak Mak Yah di hujung lorong. Fuh. Jarang tak habis kalau 2 bungkus sebab sedap sangat.

Baju putih plain dan seluar tabligh hitam yang d******g paras betis menjadi kegemaran Zakir. Pagi Sabtu itu, cuaca sejuk semenjak dia terbangun pukul 3 pagi tadi. Ex5 dipanaskan enjinnya. Rokok dinyalakan, jaket Alpha hijau disarungkan. Nak beli nasi lemak Mak Yah kena awal, kalau tak nangis tak berair mata sebab banyak pembelinya.

“Mak Yah! Assalamualaikum”

“Waalaikumssalam! Haa..kau Kir! Mok nasik ka? Hehe”
(Waalaikumssalam! Haa..kau Kir! Nak nasik lemak ke? Hehe)

“Hehe..macam sik biasa kitak Mak Yah..3 bungkus!”
(Hehe..macam tak biasa la Mak Yah ni..3 bungkus!)
Sambil jari nya menunjuk 3 jari tanda 3 bungkus nasi lemak.

RM5 dihulurkan kepada Mak Yah. Mak Yah memulangkan baki 50 sen namun ditolak Zakir. Sedekah katanya. Orang Sarawak kalau hadiah ke sedekah, sedekah jugak namanya. Kebanyakannya begitu, kecuali yang faham beza hadiah dan sedekah.

“Assalamualaikum” Zakir mengucap salam sebelum masuk ke rumah.

Pintu rumah terbuka. Oh, Umi dah bangun. Makciknya di panggil Umi walaupun bukanlah ibu kandung tapi kasihnya kepada Umi tak berbelah bagi. Yela, sapa lagi yang menjaga nya sejak kecil.

“Umi! Nasik lemak!” Senyum sendiri Zakir.

Uminya rupanya menyapu rumah.

“Paduhal, patut nangga kau sikda dalam bilit tek”
(Rupanya, patut la tengok kau takde dalam bilik tadi)

Bungkus plastik hitam berisi nasi lemak 3 bungkus diletak atas meja dapur. 2 cawan kosong diambil dari rak dapur dan dituangnya teh o panas yang Umi baru saja buat. Uminya pulak ke belakang rumah, mencari Oren, kucing gemuk kesayangannya. Zakir pulak takut kucing. Haha.

“Bujang, dah mandik kau nak?”
(Bujang, dah mandi nak?)

“Dah mi” Zakir menyantap nasi lemak 2 bungkus didalam piring. Sebungkus memang dibelinya untuk Umi. Bujang menjadi gelarannya di rumah dan dikalangan yang rapat dengannya.

Umi duduk memeluk Oren. Oren yang mukanya grumpy menjeling Zakir. Menyakitkan hati jugakla jelingan tu. Haha.

“Umi..”

“Malam tadik mimpi sama gik..Bujang heran juak mi..kenak oh? Kedak mena jak mimpi ya”
(Malam tadi mimpi sama lagi..Bujang hairan jugak mi..kenapa ye? Rasa macam benar je mimpi tu) Tanya Zakir kepada Uminya.

Umi hanya membisu sambil menggosok-gosok perut si Oren. Oren masih menjeling si Zakir.

“Zakir!”

Tersedak Zakir!

“Uish. Sapa nunggah aku tek?”
(Uish. Sapa panggil aku tadi?)

Berdiri Zakir menoleh kiri dan kanan mencari suara yang memanggil dia.

“Apa kenak kau Jang?’
(Apasal kau Jang?) Tanya Umi.

“Aaa..ada orang nunggah kamek tek Mi”
(Aaa. Ada orang panggil saya tadi Mi) balas Zakir.

“Kau tok demam kali nak? Hish. Dahlah..umi nak carik barang dapur”
(Kau ni demam agaknya? Hish. Dahlah. Umi nak cari barang dapur) Umi sudah pun menghilang.

Oren masih menjilat-jilat tapak kakinya dan menjeling Zakir. Zakir pelik melihat Oren.

‘Oren ke tadik?’ Bisik hatinya.

Zakir menampar mukanya sendiri. Permainan minda agaknya! Lantas Zakir bangun dan balik ke bilik. Oren pula masih di situ. Oren mula tinggal bersama mereka sejak tahun lepas. Tiba-tiba memunculkan diri di halaman rumah kawasan Taman Sukma.

Zakir baring dan zzz. Handphone di tangan terlepas. Game Pubg terabai. Terlelap.

“Zakir…zakiirrrr”

“Ahhh? Sapa?” Balas Zakir yang separuh sedar. Matanya masih berat.

Ada perempuan berbaju putih buruk berambut panjang. Mukanya tidak jelas kerana dikaburi rambut panjangnya. Kukunya panjang dan tajam! Zakir tak boleh menggerakkan badannya. Makhluk tersebut menyeka rambutnya untuk menunjukkan mukanya kepada Zakir. Macam pontianak! Hodoh separuh dan cantik separuh!

Pontianak pun terbang perlahan ke arah Zakir. Zakir zikir qalbi. Hanya mampu berserah kepada yang Haq. Hanya pesan guru saja yang berada diminda.

Allah! Allah! Allah! Seiring degupan jantung dia berzikir di hati.

Pontianak berhenti. Menoleh kiri dan kanan. Seakan mencari bunyi zikir hati Zakir! Lidahnya memanjang dan Potianak mulai takut.

Datang makhluk lain menendang pontianak! Rupanya seperti kerbau bertanduk dan berbadan manusia. Langsuir menyeringai menahan sakit!

“Budak itu milikku!” Kata si kerbau tersebut. Berbulu badannya, malah saiznya besar. Kalau kena tendang memang patah tulang rusuk. Haha.

Langsuir menerpa Kerbau. Mereka bergelut. Zakir sudah boleh bergerak. Zakir cemas. Kekuda di bukak tanda bersedia. Sebelum ni pernahla jugak gaduh budak kat sekolah. Boleh menang. Ni kerbau dengan langsuir, macam mana nak belasah?

Pammmmm!!

Pecah pintu bilik Zakir! Ada halilintar yang memanah biliknya!

Rupanya perempuan tua bertongkat!

‘Eh? Macam dalam mimpi perempuan tua tok”
(Eh? Macam dalam mimpi perempuan tua ni)

Ya! Memang dia! Zakir gementar! Tiga makhluk berbeza bergaduh sesama sendiri!

Nenek tua tersebut memukul tongkat ke kepala Kerbau! Kerbau menoleh dan melibas ekor nya! Nenek tua terjatuh di libas ekor Kerbau. Sakit p******g si nenek! Pontianak ambik peluang mencekik Kerbau. Begitulah mereka bertiga, mencari peluang untuk menang!

Zakir melompat dari katil dan berlari keluar bilik tanpa perlu dibuka daun pintu. Pintu dah pecah kot! Haha.

Dia mencari Umi!

“Umii!!” Teriaknya. Khuatir akan keselamatan Umi.

“Umiiii..” Di dapur. Tiada kelibat Umi.

Tiba-tiba..

Tangan Zakir ditarik kuat oleh seseorang dan di lontarnya jasad Zakir.

Zappppp!!

Siapa yang menarik dan melontarnya? Sudah pasti kekuatannya luarbiasa dari kekuatan manusia normal!

Bammm! Tersembam Zakir jatuh!

Di tanah! Aik? Tanah yang di duduknya sekarang agak berlainan dengan tanah biasa. Aura sekeliling tenang dan berbeza. Zakir melilau cemas!

“Dah! Kau selamat!”

Zakir mendongak ke atas. Seorang pemuda yang sebaya 20an dengannya. Pemuda tersebut tidak berbaju dan hanya berseluar serta kain samping yang di ikat kemas. Umpama pendekar! Rambutnya panjang ke bahu dan berikat semutar kuning.

“Siapa kau??” Tanya Zakir.

“Aku? Pastok kau tauk!”
(Aku? Pasni kau akan tahu!) Balas pemuda tersebut sambil tersenyum.

Pemuda tersebut agak sasa dan kacak. Pemuda tersebut berjalan laju. Di sampingnya tersisip parang yang cantik bertulis jawi. Zakir lantas mengikut jejak langkahnya sambil melilau sekeliling. Hutan tebal dipenuhi pokok-pokok semuanya besar saiznya. Alam sekeliling kelihatan tenang dan mendamaikan. Monyet yang bermain-main di pokok kelihatan lain sedikit. Kabus tebal sejuk di hutan tersebut di iringi sahutan haiwan-haiwan yang berzikir. Seolah dia berada di alam lain.

‘Alam yang terhijab?’ bisik hatinya.

Setelah agak-agak 15 minit menempuhi hutan tersebut, sampailah ke gerbang istana besar. Istana tersebut berwarna kuning putih. Ada beberapa pengawal bertombak berperisai penuh dan bertanjak mengawal dari pintu gerbang hingga ke pintu utama yang saiznya besar luarbiasa. Wajah mereka bersih suci tapi serius.

Pintu istana dibuka, terasa sedang bermimpi Zakir. Ditampar mukanya sendiri. Sakit! Bukan bermimpi!

Si pemuda tadi hanya tersenyum melihat Zakir yang dibelakangnya. Pengawal berbaris panjang seolah membuat laluan kepada mereka berdua. Singgahsana sudah pun nampak!

Ada kucing putih keemasan bersaiz harimau duduk di atas singgahsana! Ada tiara dikepalanya. Cantik kucing tersebut. Apatah lagi disinari cahaya berkelipan.

‘Pusak?’
(Kucing?) Terkejut bukan main kepalang Zakir.

“Aok. Pusak”
(Ya. Kucing) Balas kucing tersebut seolah mendengar hati Zakir berbicara.

Zakir hanya ternganga. Kucing tiba-tiba berubah menjadi wanita cantik!

“Kitak??”
(Awak??)

……

SyafiqFathi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

10 thoughts on “Pusak-Alam Yang Terhijab”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.