Cadangan Saodah ditolak oleh Aiza dan Mikael tapi jelas di wajah mereka, mereka juga meinginkan pekara itu berlaku. Mereka berkata tidak mungkin saja kerana malu.
Saodah berkata lagi, “macam nilah, Kamu berdua balik dulu, hal-lain lain biiar mak yang uruskan.”
“Tetapi macam mana?” Tanya Aiza
“Serahkan saja pada makcik. Kamu berdua jangan risau. Tunggu saja dirumah sampai mak balik” jawab Saodah sambil memandang anaknya Mikael.
Ragu-ragu mereka bergerak tapi setelah dipaksa oleh Saodah, mereka meninggalkan rumah agam itu.
Setelah 3 hari selepas kejadian itu baru lah Saodah sampai dirumah. Mikael yang perasan mak nya balik, segera dia mendapatkan Saodah.
“Lama sangat kenapa mak? Risau kami dibuatnya.
“Bukan senang nak buat Haikal percaya tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar”
Lega hati Aiza mengetahui hal itu.
Malam tu Aiza termenung keseorangan fikirkan tentang kerana Haikal lah abangnya mati dan kerana Haikal juga lah dia membunuh seluruh kampung. Dia tidak tahu sama ada Haikal yang kejam ataupun dirinya.
Saodah perasan Aiza termenung atas anjung rumah lalu Saodah mendekati dan menegur Aiza.
“Apa yang dimenungkan tu Aiza? InsyaAllah, hal ni dah selesai. Kamu pun dah tahu hal yang sebenarkan. Anggap saja ini ketentuan Allah untuk hambanya. Jangan kita mencari alasan untuk menyalahkan diri sendiri.”
Jelas kata-kata Saodah itu membangkitkan semangat dalam diri Aiza.
“Kalau boleh mak nak Aiza jadi menantu mak.” kata Saodah memecah kesunyian malam.
Merah muka Aiza dibuatnya.
“Terpulang pada Mikael selanjutnya, saya turut saja mana yang baik” kata Aiza sambil melangkah kebilik sambil hatinya berbunga-bunga bak taman yang mekar.
Minggu tu mereka sibuk dengan hal perkahwinan mereka, tiada bencana yang menimpa. Semuanya seakan mudah bagi mereka.
Mereka juga merasa tenang dan aman selepas hal yang terjadi di rumah agam itu.
Setelah setahun perkahwinan mereka, Aiza buat keputusan untuk kembali duduk di rumah agam itu. Hajat dihati ingn membawa Saodah duduk sekali dengan mereka.
Mula nya Saodah agak keberatan tetapi setelah dipujuk oleh Mikael, Saodah bersetuju.
Setahun rumah itu ditinggalkan dan Aiza kembali lagi kesitu. Rasa mengharukan hati apabila Aiza melangkah masuk kerumah agam itu.
Semua nya nampak kukuh seperti dulu cuma keadaan dalam rumah yang berhabuk dan diluar pula penuh semak samun. Maklumlah dah setahun ditinggalkan.
Tiga hari juga masa yang diperlukan untuk mengemas semula keadan rumah agam tersebut, itupun tak semua bilik yang mereka bertiga mampu kemas.
“Cukup dulu lah kita mengemas ni. Bilik lain pun bukan kita guna pun kan. Lain hari boleh buat” kata Aiza kepada suaminya.
Malam tu, mereka semua tidur awal kerana keletihan. Tambahan pula keadaan tengah hujan lebat, lagilah mereka tidur dalam keadaan amat selesa lagi.
Seperti biasa Mikael adalah orang yang paling awal bangun, Semasa dia menyediakan sarapan untuk ibu dan isterinya, Aiza menghampiri Mikael.
“Kenapa tak kejut saya?”
“Awak kan penat, tak apalah. Sarapan ni bukan susah pun nak buat”
Gembira hati Saodah melihat kemesraan anak dan menantunya.
Saodah lambat bangun pagi tu, kelihatan masih penat. Duduk saja di kerusi sebelah Aiza, Aiza menghulur secawan Milo panas padanya.
Selepas menghirup air di cawan, Saodah mula besuara “ apa rancangan kamu berdua selepas ni?”
Aiza membalas “Aiza ingat kan mak, tanah belakang ni kan luas. Apa kata kita buat sesuatu atas tanah tu.”
“Maksud kamu?”
“Yelah, kita kan jual bunga masa duduk di rumah lama, apa kata sekarang kita tanam bunga, kita buat kebun bunga besar dan cantik. Tak semua kawasan lah kita tanam bunga, kita bahagikan dua, sebelah bunga dan sebelah lagi kita buat kebun sayur.”
Panjang Aiza memberi idea.
“Hasilnya nanti kita boleh jual pada semua penduduk bandar. Dekat pasar pun sekarang ni kekurangan bekalan sayuran kan” tambuah Mikael.
Saodah setuju dengan cadangan itu cumanya dia dah tua untuk bercucuk tanam.
“Mak dah tua, takut tak larat nak kerjakan semua tu”
“Kami tak minta mak yang buat, mak berehat saja, biar kami yang buat semua tu”Balas Aiza semangat.
“Mana boleh macam tu, apa kata kalau mak meniaga nasi lemak di simpang depan rumah agam ni. Jalan depan ni pun dah mula ramai orang lalu, sekurangnya kita boleh dapat cari duit lebih sementara kamu berdua usahakan tanah belakang tu” cadang Saodah”
“Aiza boleh tolong mak” balas Aiza.
“Kejap, kejap. Maknanya Mikael seorang lah yang kena kerja kan tanah tu? Kalau Aiza tolong mak, saya macam mana?” keluh Mikael.
Mereka tertawa bersama.
“Nanti lepas siap tolong mak, Aiza tolong abang lah dekat belakang tu.” jawab Aiza sambil tersenyum.
Hari pertama Saodah beniaga, jualan nya habis cuma panas kerana tempat jualan Saodah tiada pondok atau payung untuk berteduh. Dia meminta Mikael buat satu pondok disitu untuk mengelakkan kena panas dan hujan dikemudain hari.
Ketika Mikael sedang memasang tiang di tapak Saodah Berniaga, tiba-tiba dia disapa oleh seorang wanita cantik berbaju kurung,
“Makcik jual nasi lemak semalam dah tak niaga ke bang?”
“Eh, jual. Ni nak buat pondok untuk meniaga lah ni, kesian mak kena panas kena hujan kalau tak buat pondok” balas Mikael
“Oh, mak abang ya, sedap nasi lemak dia masak.”
“Mak buat sambal, nasi pula isteri saya yang masak dan saya pula tukang bungkus. Terima kasih ya kongsi rezeki dengan kami” Jawab Mikael dengan senyuman.
“Oh, abang dah kahwin. Ingatkan bujang, baru nak ngorat abang yang kacak ni” kata wanita tu
“Gatalnya…”Bisik hati Mikael sambil berpaling dari wanita itu meneruskan kerjanya.
“Bila mak abang niaga semula?” soalnya lagi.
“Esok lusa dah siap lah pondok ni, lepas tu dah boleh niaga dah” jawab Mikael ringkas.
“Yelah, apapun nama saya Hanum, selamat bekenalan ya abang. Nanti bila dah niaga semula, saya datang beli lagi ya” Jawab wanita itu sambil berlalu.
“Tak tanya nama pun”bisik lagi hati kecil Mikael dengan sedikit perasaan menyampah.
Balik tu Mikael menceritakan apa yang berlaku kepada isterinya, berdekah gelak isterinya mendengar.
“Boleh tahan juga gatal kan dia bang” kata Aiza sambil ketawa lagi.
“Tapi mungkin dia nak bergurau je kot. Nak beramah mesra” sambung Aiza lagi.
“Macam tak kena tempat je nak beramah mesra” balas Mikael mencuka.
“Mak mana? Tak nampak dari tadi”…
“Ada dalam bilik, Mak baru lepas tolong Aiza letak pasu-pasu dekat belakang. Dah cakap tak payah, Aiza boleh buat seorang. Dia nak tolong jugak. Kepenatan lah tu. Biarlah dia berehat dulu”
Aiza mula melangkah kedapur untuk menyiapkan makan malam untuk mereka sekeluarga. Sedang asyik Aiza memotong bawang di dapur, Aiza dikejutkan dengan suara jeritan dari bilik Saodah. Bergegas mereka berdua berlari ke bilik Saodah untuk mengetahui apa yang dah terjadi.
Nasib baik pintu tak berkunci, Aiza dengan cemas terus ke Saodah
“ kenapa mak?”
Saodah cuma tersenyum kelat.dan menjawab ringkas “Mak ngigau Aiza”
Berdekah Mikael mendengar.
“Tulah, orang kata lepas asar tak elok tidur.hahaha” sambung ketawa lagi, tak tahan dengan gelagat ibunya itu.
“Ish abang ni, tak baik tau ketawakan mak, mak penat tolong Aiza tadi. Maafkan Aiza ye mak”
“Tak apa, dah biasa dengan perangai laki kamu ni Aiza.” Saodah juga turut ketawa bersama.
Eosk paginya Mikael mengajak Mak dan isterinya untuk melihat pondok yang hampir siap itu, tinggal sikit saja lagi kerja disitu maka siaplah pondok tu. Mereka pun bersetuju memandangkan badan Saodah masih bisa-bisa akibat kerja kebun bunga semalam.
“Assalamualaikum…” sedang asyik mereka mengemas di pondok itu, Hanum datang dengan wajah ceria.
“Nilah perempuan semalam yang abang cakap tu” bisiik Mikael pada Aiza.
“Waalaikumsalam” balas mereka bertiga.
“Wah, dah nak siaplah pondok ni. Laju betul buat kerja, tak lama lagi saya dah boleh makan nasi lemak yang kamu semua jual. Kata Hanum.
Saodah cuma tersenyum. “Insyaallah dalam dua tiga hari lagi dah niaga semula. Esok kami rehat dulu” jawab Aiza sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Kakak ni mesti isteri abang ni kan” soal hanum.
“Mana tahu?” jawab Aiza dengan soalan mudah.
“Sebab lawa.hehe.”
Tersenyum Mikael terdengar kata-kata Hanum itu.
“Saya Hanum kak. Nasi lemak akak buat sedaplah. Tu yang hari-hari lalu sini nak tengok dah niaga ke belum”
“Saya Aiza, ni Mikael suami saya dan ni mak mertua saya, Hanum dari mana ni? Duduk kawasan sini juga ke?
“Aah kak, sebenarnya saya duduk dekat rumah tu je” sambil menunjuk rumahnya yang berada di simpang berdekatan rumah agam Aiza.
“Oklah, taknak kacau korang. Hanum balik dulu ya.” Hanum beredar sambil melambaikan tangan kepada mereka.
“Ramah juga budak tu.” Kata Saodah
“Macam tak berapa betul je budak tu” balas Mikael menyampah.
Dibalas dengan ketawa oleh aiza “hahaha, tak baiklah abang ni. Baguslah orang ramah dengan kita, kita dapat kawan baru kan”
Petang itu setelah siap pondok dibina, mereka berjalan sekitar situ sambil betegur sapa dengan jiran-jiran nya yang lain. Sejak seminggu yang lalu mereka belum lagi beramah mesra dengan jiran-jiran nya di kawasan itu.
Mereka disambut baik di kejiranan itu, ada yang mengenali Aiza, ada juga yang tidak mengenalinya, mungkin juga mereka baru berpindah ke situ baru-baru ni.
Ketenangan dan kedamaian mereka bertiga tidak kekal lama
setelah mereka ternampak kelibat Haikal di halaman sebuah rumah di hujung jalan. Dan mereka nampak, Haikal berjalan kearah mereka.
Bersambung…
kepada pembaca. nak minta jasa baik korang untuk follow saya ya. semoga semua pembaca dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.cm/submit