Put, Cha dan Syam

Dear admin dan peminat setia FS sekalian, assalamualaikum dan hai! Hari ni, tatkala aku throwback gambar-gambar zaman sekolah menengah di laptop, tetiba aku teringat kisah-kisah seram tak seram di sekolah itu. Dan terdetiklah dihati ingin berkongsi kisah seram yang aku dengar sepanjang 5 tahun aku bersekolah di sekolah itu. Sekolah aku merupakan sekolah menengah harian biasa, bukan sekolah tip top, terletak jauh sedikit daripada bandar. Nama dan tempat sekolah dirahsiakan, (sebab aku tahu ada alumni daripada sekolah ni yang juga pembaca setia FS haha). Jadi biarlah sekolah ini menjadi misteri kepada pembaca muahaha. K. Sebelum mula, ingin aku ingatkan bahawa nama-nama dalam cerita ini hanyalah nama samaran.

Dari form 1 hingga form 5, aku pernah kena kacau sekali je. (Alhamdulillah.) So cerita yang aku bakal sampaikan ni, adalah cerita berdasarkan cerita member, cerita sepupu aku yang duduk asrama, dan junior-junior aku. Terpulang pada pembaca, nak nilai cerita ni betul atau tak, kerana watak aku di sini hanyalah sebagai pencerita. Dan maaf kalau ada tertambah garam, terbubuh kicap dan sebagainya dalam cerita ini kerana sekolah menengah telah 3 tahun ku tinggalkan. Sekolah ni agak luas jugak. Ada 6 blok untuk pelajar, blok AB 2 tingkat, blok CDEF 3 tingkat. (Sekarang blok dah bertambah.) Tak campur lagi kuarters guru kat belakang, padang dan astaka yang luas, blok aspura dan aspuri dan banyak lagi, so memang luaslah sekolah tu. Dan luas jugak misteri yang tersembunyi dalam sekolah tu.

Typical School Hostels Ghost Story of Malaysia of course lah, cerita perempuan mengandung m**i kena kunci dalam locker. Yep, cerita tu memang legend kat sekolah aku. Tapi aku percaya cerita tu sebab tu aku m**i-m**i tak nak masuk asrama hahaha. So, al-kisahnya, nama perempuan tu Ros (nama-nama bunga ni memang clishe). Lagenda mengatakan bahawa 3 kali kau sebut nama dia, dia akan muncul. Well aku bukan ghost hunter so of course aku tak pernah cuba panggil dia. Takut weh.
Aku dalam percaya tak percaya je benda ni sebenarnya. Tapi, kepercayaan aku makin kuat bila aku bertemu dan berkawan dengan manusia yang ditakdirkan hijab mereka terbuka 100%. Aku gelar mereka Put, Cha dan Syam.

Cerita bermula apabila aku dan geng jemah aku menyertai satu pertandingan choral speaking. Ada dalam 30 orang peserta satu team. Aku form 5 masa tu. Jadi, masa tu kitorang turun practice waktu pagi. Jam 10 rasanya, kat dewan besar. Practice-practice, conductor kitorang iaitu Cha, suruh kitorang rehat. Yalah duk melalak tak henti-henti penat jugak. Tipikal dewan, ada pentas, so aku pun duduk atas pentas tu dengan seorang junior lelaki. Yang lain duduk kat bawah, ada yang keluar, ada yang entah ke mana.

Budak tu aku tak pernah nampak kat sekolah, jadi aku syak dia budak baru. Lagipun dia budak kelas pertama sebab uniform dia bukan uniform budak sekolah menengah biasa tapi ala-ala steward gitu. Sebagai senior yang peramah, jadi aku pun bertanyalah, berkenal-kenalan kununnya. Nama dia Syam, form 2. Rupanya dia baru berpindah ke sekolah ni 3 bulan yang lalu. Dulu dia sekolah menengah Sains, tapi ada sebab tertentu dia terpaksa pindah ke sini. Budak tu kecikk je, sumpah aku fikir dia form 1 kot. Aku tanya dia tinggal mana, dia cakap dia tinggal dekat estate entah apa nama, yang memang jauh bukan main daripada sekolah ni. So aku tanyalah, “duduk asrama lah ni?” Dia angguk. Aku pun ohhh 5 harokat.

Lepas tu aku saja nak takutkan dia, “Eh dik, tak takut ke duduk asrama sini? Cousin akak duduk asrama, banyak cerita seram dia cerita kat akak tau. Heheh.” “Haha, tau kak. Cerita pasal Ros tu ke? Laa, bukan setakat dengar, jumpa pun dah.” Tercengang aku dengar jawapan dia. Aku yang, eh eh budak ni, aku nak takutkan dia, aku pulak yang kena. Aku fikir dia main-main. Terus dia buka cerita.
“Dia m**i sebab kena kunci dalam locker kan, kak? Masa cuti sekolah. Kesian dia. Tapi dia baik, kak. Cantik.” Aku dah start meremang. Dia pandang je aku.

“Mesti akak tak percayakan? Hahaha. Saya boleh nampaklah kak. Saya dah nampak semua benda yang ada kat sekolah ni, sejak hari pertama saya jejak kaki kat sini.” Budak tu senyum je. Aku naik seram jugak tapi, sikap ingin tahu aku tu membuak-buak. Nak jugak aku tahu apa benda yang ada kat sekolah ni. Aku ada dengar cerita je, alami sendiri tu Alhamdulillah tak pernah. So aku pun tanyalah. Nak confirmation, kot-kot dia tipu aku ke. Dengan penuh eksaitednya dia buka bicara.

Cerita pertama: 3 Orang Budak di Tiang Bendera. (Diceritakan oleh member bernama Pau yang menjadi fasilitator Campboree kat sekolah)

Malam tu Pau jadi fasilitator untuk aktiviti Pungguk Rindukan Bulan. Bagi yang tak tahu game ni apa, game ni ialah semua peserta akan ditutup mata mereka menggunakan kain, dan setiap seorang akan diletakkan di kawasan-kawasan berbeza, bersendirian. Dalam perkarangan sekolah jugaklah. Tanpa dibekalkan apa-apa peralatan. Peserta akan stay je kat tempat tu dan dilarang lari walau apa jua ribut taufan melanda. Tujuan game ni adalah untuk menguatkan semangat yang tinggal sekerat, memantapkan iman yang tak kuat.

Macam biasa, fasilitator kerjanya adalah untuk memantau, dalam masa yang sama menyakat peserta-peserta yang memang dalam ketakutan. Tapi malam tu Pau tak join geng menyakat, dia meronda je. Dia ronda semua tempat, lalu dia berlalu menuju ke padang di mana Ia menjadi markas mereka.
Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Pau menuju ke padang, tak ada sesiapa di situ. Fasilitator lain pergi meronda dan menyakat lah tu. Tetiba dia terpandang ke arah 3 tiang bendera yang terletak dekat padang. Pou berjalan melintasi tiang bendera itu, tapi matanya setia memandang ke arah itu. Dia nampak ada 3 orang budak, mata ditutup dengan kain, dan yang peliknya tangan mereka terikat ke tiang bendera tu.

Pou hairan, tapi dia tak terfikir apa-apa mistik masa tu, dia fikir budak-budak tu pun peserta Campboree yang diletakkan oleh fasilitator lain di situ. Pou mengomel dalam hati, “Teruk jugak fasi ni, takyah nak over sangat kot sampai kena ikat segala.” Tepat pukul 2, semua peserta dibebaskan dan dikumpulkan di padang. Adalah wajib untuk roll-call setiap kali habis aktiviti, untuk pastikan bilangan peserta cukup. Pou memerhati setiap wajah peserta yang ada, tapi dia tak nampak pun 3 orang peserta yang terikat di tiang bendera tadi. Pou jadi hairan. Pantas dia mendapatkan fasi yang in-charge untuk kira bilangan peserta malam tu.

“Eh Ali, cukup ke peserta semua?”
“Cukup je. Kenapa?”
“Eh kau biar betul? Tak kurang?”
“Tepat-tepat bilangan peserta kita malam ni. Dah 3 kali aku check.”
Pou makin hairan. Dia memandang ke arah tiang bendera tu sekali lagi. Ali pun turut pandang.
“Kau pandang apa?” soal Ali.
“Aku cukup pasti aku nampak ada 3 orang budak, mata kena tutup, tangan kena ikat kat tiang bendera tu.”

Usai berkata demikian, wajah Ali terus berubah. Ali merupakan senior yang dah lama tinggal di asrama sekolah tu. Terus dia percepatkan urusan dan meminta semua orang masuk khemah dan tidur. Ali meminta Pou untuk berehat sekali dan aktiviti subuh ditunda ke esok harinya. Pou berasa hairan, lalu dia meminta penjelasan daripada Ali. Rupa-rupanya…

“… yang kat tiang bendera tu bukan peserta Campboree kak. Tapi hantu gula-gula. (cik lompat-lompat). 3 orang adik-beradik menghuni tiang bendera tu. Masa saya masuk ke sekolah ni, itulah benda pertama saya nampak, kak.” Fuhhhh, meremang kauu. Terasa segala bulu-bulu comel di tengkuk dan tangan menaik. Dewan yang tak ada aircond pun tetiba rasa sejuk. Aku telan liur. Cerita member aku rupanya betul. Cuma member aku nampak versi ‘manusia’, manakala Syam nampak bentuk sebenar mereka. Huhuhu (okey sis meremang masa menaip ni fuh.)

“Ada banyak benda kat sekolah ni kak. Masa saya pergi kantin sekolah, saya nampak kat tengah-tengah kantin tu ada nenek kebayan. Lepas tu, kat laluan area kelas 5 Arif, (iaitu kelas aku masa tu), saya lalu tempat tu waktu petang, saya nampak ada 3 bebola api tengah terbang-terbang kat situ. Kat menara jam tu pun ada, perempuan penunggunya. Itulah sebabnya menara jam tu walaupun dah uzur dan tak boleh guna, pihak sekolah tak boleh robohkan. Dan kalau akak tengok betul-betul, menara jam tu senget sedikit, tak tegak.”

Aku agak terkejut macam mana dia boleh tahu cerita menara jam tu, dan juga cerita-cerita seram kat sekolah tu. Aku ambil masa 5 tahun jugaklah baru dapat kumpulkan cerita seram kat sekolah ni. Tapi budak ni, 3 bulan je, dia dah tahu semua.

“Cerita Ros tu, betul ke?” Aku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Betul kak. Saya pernah jumpa dia.” Aku macam, kau biar betul dik?
“Bukan saya je. Abang Bebeh pun kenal Ros. Boleh bercakap dengan dia lagi.” Aku pernah jugak dengar kisah abang bebeh ni dari member aku tapi aku yalah, tak percaya. Member aku ni budak asrama, dia cerita kat aku.

Masa tu pelajar sesi pagi dah habis waktu sekolah. Abang bebeh ni form 6, member aku dan kawan dia seorang ni form 5. Dorang gerak sama-sama nak ke dewan makan, waktu tu tengah hari. Tengah-tengah jalan tu, tetiba abang bebeh ni angkat tangan kanan dia sambil melambai, “Eh haii Ros. Jalan-jalan ke? Nak ke mana?”. Member aku dan kawan dia ni pun berpandangan. Dorang pandang abang bebeh. Siapa yang dia lambai tu? Ros mana? Padahal masa tu, memang dorang bertiga je ada kat situ.

Tetiba semerbak wangi bunga. Meremang member aku dengan kawan dia. Kepala dorang dah start fikir ‘Ros’ yang dorang duk dengar sepanjang kat asrama. Terus abang bebeh cakap, “Jangan takut. Anggap je dia macam kawan. Kau tak cari hal dengan dia, dia takkan cari hal dengan kau.”
So, di sini, aku mula dapat kaitkan semua cerita yang aku dengar, dengan cerita budak Syam ni. Aku macam tak percaya tapi cerita dia semua ada connection dengan cerita-cerita yang aku dengar selama ni.

Tetiba “Bangggg Bukk!!!”. Terkejut bukan kepalang aku jadinya. Hampir nak keluar ilmu taekwondo nenek moyang. Macam bunyi ada orang lempar kerusi meja kat belakang pentas. Serentak semua pandang ke pentas, hanya ada aku dan Syam kat atas pentas tu. Suasana jadi senyap. Aku pandang Syam, aku nampak dia duk pandang ke tepi pentas yang gelap tu. Tetiba kondukter kitorang, Cha, tegur. “Eh, Sher. Korang cerita apa hah kat atas tu?”

Aku pandang Cha, Cha tengah bercekak pinggang macam mak tiri. Semua orang pandang kitorang, kecuali Put, dia duk tunduk main phone. Aku pandang Syam, senyum. Aikk, seram jugak budak nii.
“Kau tau tak, benda tu suka bila kita cerita pasal dia. Dia datang dekat kita.” Aku telan liur. Shit. Apa benda yang dorang nampak sebenarnya kat belakang tu huhuuhuu. Terus Cha suruh kitorang buat practice macam biasa dan jangan gelak kuat-kuat, jangan kuat main. Cha tetiba jadi lain macam pagi tu. Kitorang berlatih menghadap audience, Cha kondukter kitorang, so maksudnya dia akan sentiasa pandang ke pentas. Dan aku perasan, dia selalu tunduk tak pandang kitorang. Muka dia berkerut-kerut. Dan aku tak tahu apa benda dia nampak kat belakang tu.

Selesai practice dalam pukul 11.30 macam tu, kitorang lepak kejap kat pondok sebelah dewan yang berhadapan asrama puteri. Kelas sesi petang mula jam 12.45 tgh hari, kitorang sesi pagi dapat pelepasan untuk tidak hadir ke kelas waktu tu. So boleh lah balik pukul 12.30 tgh hari haha. Sambil tunggu waktu sesi persekolahan tamat, kami pun bercerita kat pondok tu. Dan tak lain tak bukan, cerita hantu. Syam suruh kitorang dengar sebuah lagu hantu, “menanti kekasih” (yang nak tahu sangat lagu ni dan kalau berani silalah dengar ye. Tapi nasihat saya bagi yang tak berani, jangan pernah cuba test try.)

Dan yalah, remaja, sikap ingin tahu mengatasi segalanya. Kami pun dengar lah lagu tu. Fuh, awal-awal lagi dah dengar suara mengilai. Lirik pun seram siak. Aku tak dengar habis, aku tak nak sebab aku rasa seram sejuk dah masa tu. So, aku, Cha, Put, Syam, dan ada lagi 2/3 orang member duduk satu group. Manakala satu group lagi tengah buka youtube dengar lagu setan tu. Aku duduk membelakangkan dewan, belakang dewan tu hutan dan ladang kelapa sawit. Dan aku sebagai pengawas sekolah cukup tahu bahawa belakang dewan itu adalah kawasan larangan keras bagi pelajar. Kami pengawas pun dilarang sama sekali meronda ke belakang dewan tu. Aku tak tahu kenapa, tapi itu arahan pihak sekolah.

Hanya aku duduk membelakangkan dewan. Yang lain duduk menghadap aku. Syam buka cerita. Rupa-rupanya, sebab utama kenapa pelajar tidak dibenarkan ke belakang dewan ialah sebab terdapat ‘something’ kat belakang tu. Sama juga dengan dewan. Lalu aku bertanya, “Eh Cha, apa kau nampak kat belakang pentas tadi? Aku nampak kau resah semacam je.” Cha pandang Put, Put pandang Syam, lalu semua memandang aku. “Aku nampak… ada lembaga berbulu lebat, warna hitam, badan besar, mata merah sedang merenung ke arah korang berdua tadi. Dan dia stay kat pentas tu, sampailah kita habis buat practice.”

Damnnn… Jadi sepanjang latihan tadi kita ada penonton tak di undang lah ye? Aku telan liur je.
“Put pun nampak, kan?”
“Ha’ah. Sebab tu aku tunduk main phone. Aku tak sanggup tengok doh. Tapi Cha lah yang kesian, terpaksa bertentang mata dengan benda tu.”

Cerita kami dihiasi lagu setan yang tengah dimainkan oleh junior-junior kat sebelah bangku. Eh eh suka pulak dorang dengar lagu setan tu. Asyik-asyik replay. Tetiba Cha, Syam dan Put yang duduk berhadapan dengan aku beralih posisi dan duduk sebaris dengan aku. Member aku 3 orang tu stay je kat tempat dorang. Aku perasan Cha pandang Put sambil tersenyum. Syam ketawa kecil. Aku yang kat tengah jadi hairan. Apa benda dorang ni sengih-sengih main bahasa isyarat ke apa? Aku biarkan je.

Pukul 12.30, kitorang pun say goodbye dan gerak ke bus stop. Sebelum tu aku dapat tangkap kata-kata Syam, “Kak Cha, jaga-jaga nanti dia ikut balik rumah.” Cha hanya menggeleng. Okay aku benci berada dalam persoalan yang tak terjawab dan aku tak suka diselubungi misteri lalu aku pun memaksa Put dan Cha beritahu perkara sebenar.

“Okey, kitorang bagitahu, tapi kau jangan takut tau. Kalau kau takut, dia suka.” Kata Cha. Aku tak kira aku nak tahu jugak.

“Tadi, masa kita tengah cerita hantu tu, ada sekor tengah berdiri belakang kau.” What the fish… Shit, meremang bulu roma aku damn it. Selamba je budak dua ekor ni. Erk tapi bukan salah dorang pun, aku yang beria nak tahu.

“Sebab tu kitorang terus duduk dekat kau, tak rela aku hadap muka dia lama-lama. Lagipun, tak nak bagi kau takut, sebab tu kitorang duduk sebelah kau.” Ececehhh baiknya kawan-kawan aku. Muah setepek.

“Lepas tu, ada sekor lagi tengah duduk dengan budak-budak yang syok dengar lagu setan tu. Sebab tu aku suruh bagi m**i tapi takda yang dengar, lantak dorang ah.” Kata Put.

Wuuuu, ada 2 ekor join group sekali eh? Fuhhh aku pandang keliling aku, terasa seram sejuk semacam padahal ramai gila student kat situ tengah tunggu bus and pengangkutan dorang nak balik rumah.

“Kau jangan takut eh?”, Cha pandang aku. “Hamboi, kau fikir senang ke? Aku dah takut gila ni.” Jujur aku memang takut masa tu. Terus Put bisik kat telinga aku, “Dia masih ada kat sini.”

“OKAY BYE AKU BALIK DULU JANGAN IKUT AKUUUU!”. Dari kejauhan aku nampak Van sekolah aku yang berwarna silver. Terus aku berlari tanpa menoleh ke belakang menuju Van sekolah aku yang masih agak jauh daripada gate sekolah. Lantaklah, aku nak balik. Sempat aku dengar Cha dan Put gelakkan aku. Cis, kuang hajoo punya kawan!
-TAMAT-

.

9 thoughts on “Put, Cha dan Syam”

  1. Hahaha… Lawak la menyakat jg kawan2 ko. Mentang² lah depa boleh nmpk kita dak. Tapi berani jg depa walaupun mcm takut2 sikit. Tapi still cool je.
    Lain pula bila ada 2/3 org boleh nmpk pada masa sma… X pernah dngr lagi cite gini. Sbb slalu dngr sorang je nmpk yg lain x nmpk…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.