#Q – Surau

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, terima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana menyiarkan cerita aku ni. Ni adalah cerita pertama aku hantar dekat sini. Kalau tak disiarkan pun, sekurang-kurangnya admin baca cerita aku ni. Jadi tak sia-sia la aku taip panjang-panjang kan?
Okay. Kisah aku ni berlaku pada tahun 2014/2015. Masa tu Hari Raya Aidilfitri yang kedua. Macam biasa kita mesti pergi menziarah rumah-rumah orang kan? Tahun tu turn raya belah ayah aku. Ayah aku dilahirkan dalam keluarga yang besar. Jadi memang meriah la bila berkumpul walaupun bukan hari raya. Selalunya dalam 10am kitaorang dah bertolak pergi beraya. Benda ni terjadi masa kitaorang semua pergi beraya dekat rumah murah Kamunting, Taiping. Dekat situ la adik-beradik ayah aku semua dibesarkan. Tapi dah tak duduk situ dah. Rumah tu makcik aku jaga. Memang wajib la pergi beraya dekat sini sebab nak ziarah jiran lama keluarga ayah aku yang dah dianggap macam keluarga sendiri. Sebab kitaorang ni sangat la ramai memang tak cukup nak masuk semua dalam satu rumah. Disebabkan keluarga aku sentiasa sampai awal, jadi dapat la aku duduk dengan selesa atas sofa. Jadi sedara-sedara aku yang datang lewat tu dorang tunggu luar dan ada yang pergi rumah jiran yang lain jgk.

Masa sampai tu aku agak dalam 12pm. Sebelum tu kitaorang beraya tempat lain dulu. Biasa la kita makan-makan, sembang semua mestilah lama kan. Lagi pula bila makan laksa. Mana kenyang makan sekali je. Kisahnya bermula bila waktu Zohor masuk. Kalau nak tunggu semua habis makan memang lambat lagi. Lagi pula yang tunggu turn kat luar tu. So, aku, kakak aku dengan adik aku 2 orang (Fuza dan Sarah) pun decide nak pergi solat dulu dekat surau tu. Sorang pakcik aku ikut sekali. Kitaorg berlima jalan kaki pergi surau tu. Aku agak dalam 100m. Dah sampai tu, macam biasa mestilah nak cari tandas dan tempat ambil wuduk. Tapi aku nak ambil wuduk pun rasa macam taknak ambil sebab busuknya la bau kat situ. Macam tak terjaga. Mungkin penduduk-penduduk situ selalu ambil wuduk kat rumah sebab tu tempat wuduk dengan tandas kotor. Aku cuba berfikiran positif. Sementara kakak aku dengan Fuza ambil wuduk, aku dengan Sarah ni pusing-pusing jap keliling surau tu. Nak kata pusing sangat tu takde la sebab kitaorang terberhenti kat satu sudut surau ni. Dekat tepi surau la senang cakap. Sebabnya kitaorang terdengar macam makcik-makcik tengah bersembang. Oh, ada orang rupanya dalam surau ni. Lepas tu kakak aku panggil suruh ambil wuduk sebab dia dengan Fuza dah habis ambil wuduk.
Dah habis ambil wuduk semua, aku dengan Sarah masuk. Tapi yang ada dalam tu cuma kitaorang berempat. Pakcik aku dah habis solat. Lelaki solat tak pakai telekung semua kan, so sekejap je la. Sarah cakap dekat kakak aku mana pergi yang lain? Kakak aku tanya siapa? Sarah bagitahu la apa yang kitaorang dengar tapi kakak aku cakap mana ada sesiapa masa dia masuk tadi. Takpe la kakak aku cakap. Kita solat je. Dah solat semua tu, mula la sesi berebut cermin. Ada 2 cermin. Satu cermin kat almari. Satu lagi dekat tepi tingkap. Aku dapat cermin dekat almari. Cermin tu bentuk segi empat tepat tapi retak. Retak dia serong tu kat tengah-tengah. Bila berdiri depan cermin tu badan aku terpisah kepada 2. Nak kata senget tapi gap senget tu macam banyak sangat. Ke memang cermin retak semua macam tu? Tu pertama kali aku tengok diri aku dalam cermin yang retak sebab tu aku rasa lain macam sikit. So, aku suruh kakak aku guna cermin tu. Aku nak guna yang tepi tingkap tu. Masa tengah khusyuk betulkan tudung, aku ternampak ada kelibat putih lalu kat tingkap tu. Okay, aku dah rasa lain dah lagi-lagi bila aku perasan tempat yang kelibat tu lalu tempat mandi jenazah. Macam mana aku tahu tu tempat mandi jenazah? Sebab aku nampak bekas mandi jenazah tu la.
Aku nak kata celupar ada juga dan aku selalu cakap lepas. Celupar la tu kan? Apa-apa je la. Dah habis betulkan tudung semua tu, aku cakap la kat dorang “Kau nak tahu apa yang aku nampak?”. Aku baru cakap ayat tu, kakak aku suruh diam lepas tu laju je dia jalan tinggalkan kitaorang. Then Fuza pulak turuti langkah kakak aku. Dia tak jalan laju tapi dia lari terus. Sekali lagi, tinggal la aku dengan Sarah ni. Elok je aku nak ambil beg telekung dorang yang dorang tinggalkan, si Sarah ni pun khianat aku. Tinggalkan aku sorang-sorang. Tak guna betul adik-beradik macam ni. Aku pun lari la juga dah aku sorang je dalam tu. Dah la surau tu besar. Kau rasa tak ke rasa lain macam dalam keadaan macam tu? Walaupun dalam surau. Tapi aku tak lupa nak tutup kipas semua. Aku nampak Sarah betulkan tudung lagi kat depan pintu masuk surau. Aku tanya “Kau betulkan tudung dekat dinding ke? Nampak apa?”. Then dia cakap ada cermin kat tepi pintu tu. Oh, ada cermin. Kenapa aku tak perasan masa masuk tadi? Mungkin tak sabar nak jumpa Pencipta.. Positif lagi dekat situ. Masa aku nak tutup pintu tu la, aku terpandang cermin tu. Teka aku nampak apa? Pocong? Tengah hari buta ni? Aku nampak Fuza tengah senyum dekat aku. Sepanjang aku hidup dengan dia, aku tak pernah nampak dia senyum macam tu. Senyum tak nampak gigi. Serius aku cakap memang menakutkan. Aku cepat-cepat pusing belakang nak tengok dia tapi… Dia dah berjalan dekat luar pagar surau dah. Korang rasa yang senyum kat aku tu dia? Mustahil. Sebab yang aku nampak dalam cermin tu jarak dia dekat. Tak mungkin dia. Aku pakai selipar terus lari pergi kat dia. Aku tanya “Asal kau senyum macam tu kat aku?” dia kata “Buat apa nak senyum kat kau?”. Aku suruh dia senyum macam yang aku nampak tapi tak sama langsung. Aku dah rasa takut sikit. Aku cerita kat Sarah sambil jalan tu. Kakak aku taktahu la mana dia. Mungkin makan laksa balik untuk kali keberapa. Mesti laju dia jalan tadi sebab cuak. Yang Fuza ni dia tunggu aku dengan Sarah sebab tu dia ada lagi kat luar surau tu. Dah sampai rumah jiran tu, kitaorang tak dapat masuk sebab penuh. Sarah tanya kat aku nak pergi check lagi sekali tak? Aku pun on je la. Kitaorang curious pasal bunyi makcik-makcik bersembang tu. Ajak si Fuza sekali tapi dia taknak. Cuak la tu. Sampai je surau tu balik, kitaorang terus pergi kat tepi surau tu. Tak dengar apa. Then aku dengan Sarah cuba tekapkan telinga kat dinding surau. Dengar weh “makcik-makcik” tengah riuh bersembang. Sarah cepat-cepat pergi tengok kat pintu masuk surau tapi takde satu selipar pun. Dia suruh aku cuba ketuk dinding tu. Aku pun buat la. Okay, takde apa. Masa kitaorang cakap-cakap pasal “makcik-makcik”, terdengar bunyi cakaran. Terdiam jap kitaorang. Cuba dengar balik tapi dah takde suara-suara tu. Kitaorang decide nak balik la sebab dah takde suara-suara tu. Entah macam mana aku terketuk dinding tu. “Dia” balas dengan cakaran wehh. Bukan sekejap cakaran “dia” tu. Terus kitaorang lari pecut dengan baju kurungnya. Sebaik dua-dua pakai selipar. Masa tu ramai sedara-sedara aku dekat luar dah. Dorang tanya kenapa? Kitaorang cakap takde apa-apa. Takkan la kau nak terus cerita pasal benda tu dengan nafas tak berapa nak stabil. Kang tak sempat nak kutip duit raya. Kitaorang lupa sekejap pasal ni sebab dah dapat duit raya. So tak cerita pun pasal kejadiaan tu kat dorang. Balik tu baru cerita dekat adik-beradik aku yang lain.
Ni je la kisahnya. Tak seram mana tapi pada aku part paling seram yang senyum tu. Sampai sekarang ni aku ingat lagi senyuman tu. Mau seminggu aku tak tengok cermin masa tu. Bila tengok je dia macam teringat. Sekarang dah okay la. Tahun lepas pergi sana, aku solat lagi kat sana. tapi pintu nak masuk ke tempat utama solat kunci. So kitaorang solat kat ruang besar dimana tempat yang aku dengar suara “makcik-makcik”. Tapi masa tu aku takde la nak pergi kat tepi surau tu apa semua sebab nak cepat. Oh ya, surau tu ada pintu. Pintu pertama yang aku cakap ada cermin kat tepi tu. Dah masuk melalui pintu tu, akan jumpa ruang besar. Open. Takde langsir nak tutup ke apa. Lelaki perempuan solat sekali. Tu pun kalau pintu kedua nak masuk ke tempat utama solat tak kunci la. Tu je la coretan aku pada kali ini. Terima kasih sudi membaca. Maaf kalau cara penulisan, ayat-ayat aku agak serabut. Assalamuailaikum.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.3]

9 comments

  1. hdcbdhbefhbfvbshfbvlrbwbfvbvjjfvwuwugtbvluvnvwirnvluwntljgnwting;vwinvljwrntbljwbtjbnljtrbgbttgnjgnjvubersufujtjbvjdfnvjshbwjnhbjsgvbsjdfbjstubnrtnb;sndfjbnsbutnbwjnr;kna;nfvjtnb’sdfnajrgóand’fjdbjnbáfvmjtunajlnurtjnvrjrutnv;wjtrn;jsnfvnwrtgngb;wnrtb;wnrtnwjhgwafvnwrnge;ne;jn;wjtn;kjnne’kva;dnvajdfnvirg’;orengjtndfnvdjtgoejndjfnvksjnvskdknbsfnvsnvlnldbnlffvsojfwknlsnljfnvsfnvlskfnvlsnflkdfbkms;fmblksnflbnslfvnlntsnlsknfvlksnflvknslfknvslfnblknfblksnfblkdnfblnfvlsjnpskfnbksdnfbkmsljfvnslkvnskfb;sknflbnslfjbsjfnblsfnblsfnbslfnblsfnblmnsfblnsflkbnsfknbsvsvslfnvsflkvnlsnvdjsnflsnvlsknvlnslfnvlsknfvlsnvlnfjblnslnfv;sknvldjsnblsnvlsnlkdvnlsfnvlskfnvljsfnblksnfblksnlfjnblsfbnslknfskvnlsmfnbldnsvlksv;slfbnlsnvlsjnfvljsnfvlsnfljbnslfnvlsfnblsnfvlnsfblnslfknbslnblnnvm,c xvnbskfkvnslfnlksnfvjbsljfvnlsknflsjnfvljsnvjnslfknvlsnfvlsfnvljsfblsjfnvlsknvlsnfvlskkfnvlskfnvlsnvlsnvlkfnvljnlvnlsfkvnlskdnvlsjfblsfvnskdnvljsvn -tamat

    cmni la cite kau 0/10

  2. Surau tu surau tinggal ke apa? Mcm tak penah pakai je..mana imam nya? Takkan kg tu org tak solat jemaah? Takkan dlm surau ada pocong..peliknya surau jadi tmpt tinggal pocong..penulis sila bagi pencerahan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.