RABUN

Assalamualaikum WRB, terima kasih Fiksyen Shasha sebab sudi publish pengalaman aku ni. Aku tertarik nak kongsi pengalaman aku bila baca cerita korang, teringat benda2 yang aku pernah jumpa & aku harap takkan jumpa dah lepasni. Siapa yang seronok jumpa hantu, kan? hahaha. Cerita agak panjang, sebab aku taknak buat next episode. Get ready.

DARJAH 5 (2003) – Aku duduk rumah teres (corner lot), so memang setiap malam aku dengan adik-beradik yang lain kene bergilir2 kunci/mangga pagar, dan malam yang malang itu adalah giliran aku untuk kunci pagar. Jam nak dekat pukul 11 malam. Dengan senang hati, aku keluar siap menyanyi lagi. Tapi masa tgh lilit rantai besi kat pagar tu, aku rasa diperhati. Rumah teres ni biasalah, boleh nampak kiri kanan, takde pun jiran aku keluar ke apa. Terdetik kat hati nak angkat kepala pandang rumah depan.

Tudiaaaaa, ada satu susuk badan yang berpakaian putih lusuh macam warna tanah, rambut kerinting halus panjang serabai, tapi muka gelap hitam x nampak apa. Yang paling seram, bahagian mata dia macam tiba2 bersinar (macam biasan lampu kereta kalau kene cermin ke kaca ke). Terus aku lari tak cukup tanah, masuk dalam rumah menangis2. Bapak aku keluar tengok, dia kata tak ada apa pun. Aku intai dari pintu, memang tak ada apa pun.

Nampak macam aku pulak yang buat drama, tapi agak2lah aku nak menipu benda2 macam ni. Nak kata ada kereta lalu dan cahaya lampu dia terkena sliding door rumah jiran depan, rumah dia tak ada sliding door/tingkap dan malam tu pun tak ada kereta yang lalu. Tapi, memang rumah depan depan tu seram, pokok kelapa halaman ruman dia selalu kene sambar petir. Allahualam.

TINGKATAN 3 (2007) – Beberapa minggu sebelum PMR, kelas aku ada buat jamuan makan. Pagi Jumaat macam biasa ada PJ. Budak lelaki pergi main bola, tapi budak perempuan kelas aku (tingkat 2) semua sibuk siapkan makanan. Lepas semua da settle, diorang minta aku panggil budak2 lelaki kat padang sebab nak suruh get ready untuk majlis.

So, aku pergi menuju ke padang ikut jalan rumput belakang blok (kene lalu 3 blok), dan sampai kat padang aku panggil diorang. Masa patah balik nak ke kelas, aku ikut jalan rumput yang sama. Aku ni jalan pandang bawah, takut kasut kotor kena lecak la katakan. The moment aku lalu belakang satu blok ni, aku ingat tu blok kelas aku, sebab dari anak mata aku nampak macam kawan aku pandang kat tingkap, aku pun toleh la. Rupa-rupanya, bukan kawan aku weh, sampai mati pun aku taknak kawan dengan dia, pagi2 pulak dia boleh buat hal. Korang pejam mata dan bayangkan, dari tepi tingkap tu (lab sains kosong gelap), ada abang chong, berbalut tak nampak muka, tapi kain putih kemas siap berikat gula-gula kat bahagian kepala.

Dua kali pandang, walaupun tak nampak muka, tapi aku nampak badan dia bergerak ikut pergerakan aku, macamana nak explain pun aku tak tahu. Maksudnya macam, bila aku bergerak ke depan, badan dia pun gerak like dia memang pandang aku, dan taknak lepaskan pandangan dia. Balik kelas, aku ajak kawan aku patah balik sebab aku nak pastikan benda putih tu bukan props dalam science lab tu. Tapi bila patah balik, tak ada apa2 dah. tingkap pun tertutup, habis tu tadi tu siapa?

DIPLOMA (2010) – Aku masuk kolej kat Taman Maluri. Masa tu ingat malas nak duduk hostel, sebab rumah aku kat Taman Melawati je pun. Tapi kolej aku bagi student chance untuk duduk hostel dalam seminggu (tapi kene bayar sewa la) sebelum decide nak duduk sampai habis sem 1 ke taknak. So aku try la duduk. Kolej dia adalah bekas shopping complex, lepas ade orang bunuh diri. Lokasi kat Pandan Perdana berhampiran dengan tasik, hostel tu khas untuk perempuan sahaja ye. Jeng jeng jeng, Siapa tahu?

Okay, aku dapat bilik dekat tingkat 11 kalau tak silap. Setiap tingkat ada pintu masuk-bila masuk je ade hall, then ada banyak2 pintu, which is satu pintu adalah bilik yang panjang yang mempunyai 10 katil bahagian atas, bawah ada meja & kerusi belajar, & locker dekat tangga katil. Katil ni handmade, dorang lekatkan katil dekat dinding yang memisahkan setiap bilik, dan katil ni kalau tolak tak bergoyang langsung.

Kes pertama, lepas balik dari kelas, aku panjat katil and lepak boring dengan budak katil sebelah, tiba2 ternampak kesan sebelah tapak kaki atas habuk kat atas locker aku. Sangat jelas dengan bantuan cahaya matahari weh. Ruang antara syiling dan locker aku tu kalau nak mencangkung atas locker tu mmg tak lepas, sebab katil atas tu mmg dekat dgn syiling, lepas nak duduk bersila je. Terus aku refer kat head hostel. Dia suruh kitorang satu balik buat bacaan yassin, and memang kitorang buat. Baru nak rasa lega sikit, malam tu aku cuba tidur, yassin bawah bantal, guess what?

Bilik panas sangat, padahal kipas yg lekat kat dinding tu memang menghala tepat ke setiap katil. Aku cuba tidur hadap dinding, baru nak lelap, katil aku bergegar, macam bergoncang sebab badan aku pun bergoyang2. Aku beku kat situ jugak, sebab katil ni kalau aku panjat pun tak bergoyang langsung. Ingat dah berhenti, sekali dia main tali kipas dinding daripada katil depan sampai katil aku. Dalam 10 minit, member aku kat katil depan panggil semua dalam bilik aku tu keluar kat hall, dia cakap dia nampak asap kabus dalam bilik.

Memang aku terjun katil terus duduk hall depan tv ramai2. Sejuk sangat kat hall, berbeza dengan dalam bilik, macam wap kat kolam air panas. Kitorang pasang tv1, pukul 3 pagi, nasib baik tv1 ni ada mengaji. Kitorang tak boleh tidur, semua baring terdiam. Tiba-tiba, kitorang dengan bunyi cermin pecah, tapi xtahu bilik mana. Last2, ade seorang budak perempuan keluar dengan keadaan mamai. Dia bagitahu, cermin dia jatuh pecah tiba2, dia terkejut & bangun nak cari penyodok penyapu takut esok bangun pagi orang terpijak. Tapi, tak mungkin cermin dia boleh jatuh tiba2, angin kipas pun takde area dia sangkut cermin tu. Tuan rumah marah kot?

Cukup seminggu, separuh budak bilik aku terus pindah rumah sewa, dan kitorang duduk rumah sewa sama2 sampai habis kolej. No wonder kolej aku bagi trial duduk seminggu dulu, sampai sekarang pun kes histeria tak pernah berhenti kat sana walaupun dah panggil ustaz. Mungkin shopping complex tu dah terlalu lama kosong sebelum dijadikan hostel.

PRACTICAL (2013) – Sem 6 aku dapat practical dekat KLIA untuk 3 bulan. So aku pindah sana sewa dengan kawan aku dekat Taman Langat Murni. Kawan aku kerja kat ramp air asia, nasib baik la ada dia, kalau tak memang tak tahu nak duduk mana. Total budak practical ada 3 orang termasuk aku, 2 perempuan 1 lelaki. Kitorang memang rapat, kalau pergi mana2 bertiga je. So bila tak ada kerja memang aku melepak dengan member laki aku tu, kadang sampai lewat malam.

Satu malam tu, aku hantar dia balik rumah dia kat BB Nilai, tapi dia yang drive kereta aku. Dia ni ada ilmu silat and dia macam dapat rasa kalau ada something wrong somewhere. Jalan kat pedalaman BB Nilai ni memang sunyi kalau malam, kiri kanan pokok tinggi atau rumah yang belum siap je banyak. Masa drive kereta, dia diam je. Tiba-tiba dia berhenti kat bahu jalan. Aku tanya “Kau pahal do berhenti kat sini?” dan dia jawab “Jangan pandang belakang, diam je”. Dengan perlahan dia suruh aku bukak tingkap sikit. Lepas 5 minit, masing2 diam dan teruskan perjalanan.

Bila dah sampai rumah dia, lepas je dia keluar dari kereta, dia pesan, “Jangan ikut shortcut tangki air, ikut jalan biasa”. Aku mengangguk jela sebab dah mengantuk. Berat hati ni nak drive sorang balik, walaupun perjalanan dari BBN pergi Langat Murni tu hanya dalam 10-15 minit. What to do, takkan nak tidur rumah dia pulak, aku dah la perempuan. So, aku drive balik dengan perasaan yang tak sedap hati. Tepat dekat simpang shortcut tangki air tu, rasa macam nak belok je kanan sbb memang tu jalan potong nak keluar jalan besar. So sebelum belok, aku tengok cermin sisi kereta takut ada kereta ke motor ke. Lepas tu aku tengok cermin belakang, astaghfirullahallazim.

Ada seorang perempuan duduk betul2 belakang seat passenger tunduk tersipu malu agaknya. Rambut kerinting, muka tak nampak, baju putih lusuh. Aku punya terkejut tu sikit lagi nak cium divider kat tengah jalan, terus tak jadi belok kanan. Badan aku terus rasa longgar, tapi still driving sebab tak sanggup nak berhenti tengah2 malam macam ni. Aku gelonsorkan badan aku sikit sampai aku tak nampak reflection cermin belakang. Menggigil, nak baca apa pun semua tunggang langgang. Nasib baik dia tak duduk seat depan. Bila sampai je rumah, aku parking, terus naik dan baca apa yang patut sebelum masuk rumah. Nasib baik member aku belum tidur. Aku mandi dan masuk bilik, pasang mengaji dan cuba untuk tidur.

Tapi tak dapat tidur, bilik aku panas sangat, hati berdebar, tak tenteram. Last2, aku mintak tumpang tidur bilik member aku. Esok pagi, member aku bilik tengah tanya aku bawak balik apa semalam. Katanya, ada orang halang kipas dia tapi sebab dia mengantuk, dia malas nak layan. Rupanya malam tu masa tu aku buka tingkap kereta, dia masuk ikut angin. Lepas tu tingkap tertutup, dia tak boleh keluar atau dia memang taknak keluar dari kereta tu. Sebab tu dia ikut sampai rumah. Lepastu dah takde dah, mungkin dia dah jumpa rumah yang lagi best.

Buat masa ni, ini je the best compilation cerita seram hidup aku. Ada lagi yang lain, tapi sekadar kene hempap, bayangan dan lintasan. Apa kene mengena cerita ni dengan tajuk cerita? Macamni, sejak lepas habis praktikal, berkerja dan berkahwin (sekarang umur 24 tahun), aku dah tak berapa nak jumpa atau nampak entiti ni dah. Sebab apa? Sebab aku dah RABUN. Rabun ni dah menyelamatkan aku daripada nampak diorang yang bukan2. Aku hanya akan pakai speck waktu siang atau hujan. Malam memang tak laaaa nak pakai. Hahaha.

Aku harap korang seronok baca, walaupun panjang. Maafkan kalau ada ayat yang tunggang langgang, harap memahami. Terima kasih sebab sudi baca. Kalau rasa-rasa korang kenal aku, betul lah tu aku. Last but not least, tolong jangan mintak sambungan. Cukup sampai disini 🙂

11 thoughts on “RABUN”

Leave a Comment