Raja Dimensi Sana : Klarifikasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Ada pembaca yang komen berharap supaya ada sambungan, maka ini adalah untuk menunaikan hajat pembaca tersebut di samping untuk mencerahkan kekeliruan tentang kisah aku sebelum ini.

Merasa terhibur tatkala membaca beberapa komen yang lucu. Jangan risau, aku tidak minum ketum, bukan kaki DVD mahupun sebagainya. Walaupun agnostik, aku seorang yang konservatif. Ada beberapa komen yang sangat teknikal dan dapat dilihat komen tersebut bersifat prihatin pada apa yang berlaku pada aku.

Kepada mereka yang berkomen seperti demikian, segala cadangan dan nasihat sangat dihargai, terima kasih. Ada ditimbulkan mengenai sihir wafaq, ilusi pandangan syaitan dan sebagainya. Harap maklum balas aku dapat diterima baik oleh para pembaca.

Sewaktu umur aku 15 tahun, aku pernah didatangi Iblis yang mungkin aku kira adalah Abyad ( syaitan yang handal berdusta tentang kerohanian dan tauhid ). Aku ditanya 3 soalan yang sebenarnya sama tapi dipusing-pusing untuk mengelirukan aku bertujuan untuk aku mengeluarkan kenyataan yang mensyirikkan Allah.

“Kau percaya pada Allah?” Suara seram bertanya, memang gelap dan tidak nampak apa-apa pun pada waktu itu.

“Aku percaya…” Dengan yakin aku menjawab

Di pertanyaan kedua dia sudah pun mula cuba untuk mengelirukan aku. Ini adalah soalan kedua tersebut.

“Macam mana kau boleh percaya Allah sedangkan kau tidak nampak Dia?” Di sini permainan psikologi mula terlihat jelas.

“Aku percaya dia walaupun tidak nampak. Aku masih rasa angin walaupun mata aku tidak nampak angin…” Entah kenapa jawapan aku ringkas tetapi padat.

Keadaan senyap, bila berlanjut ke pertanyaan ketiga yang sekaligus adalah pertanyaan terakhir, soalan menjadi panjang dan kompleks.

“Kau kata kau percaya pada Allah sedangkan kau tidak boleh nampak Dia. Macam mana kau yakin dan boleh percaya yang Dia ada?” Usia 15 tahun menghadapi pertanyaan yang sedemikian rupa dalam suasana gelap dan soalan ditanya oleh suara yang seram.

Peristiwa ini adalah rahmat bagi aku.

“Aku pilih percaya yang Dia ada, dan aku tidak perlu untuk nampak Dia untuk membuktikan yang dia ada. Aku percaya dengan amal ibadah yang baik hingga andai kata aku dapat masuk syurga mudah-mudahan aku diizinkan untuk melihat Dia…” Jawapan diberi, dan terus senyap. Tiada lagi pertanyaan yang menyusul.

Aku terbangun, pagi. Dalam keadaan pucat dan berpeluh deras. Bermulalah hidup aku sebagai seorang pemuda agnostik yang dahagakan kebenaran.

Kelebihan mula datang satu persatu selepas peristiwa mimpi tersebut. Keanehan sudah mula terlihat dari aku di sekolah rendah lagi. Aku mendapati aku mudah memahami perkara yang kompleks. Contohnya usia 10 tahun, tapi aku memahami teori evolusi yang dicanangkan Charles Darwin.

Sedangkan pada usia tersebut itu adalah suatu perkara yang agak memeningkan untuk budak lelaki berusia 10 tahun untuk faham dan dalami, itu juga usia aku mengalami akil baligh. Mata ketiga? Ada. Cuma kali terakhir aku nampak entiti paranormal adalah sekitar usia aku 11 tahun, kemudian tidak mampu melihat lagi penampakan yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar.

Berpanjangan sehinggalah aku dewasa, aku tidak belajar tapi mampu faham sehingga bersangkut paut dengan agama sekalipun. Bahan bacaan hasil tulisan imam Al-Ghazali yang rumit sekalipun dengan sekali baca aku mampu faham. Aku minta sepupu aku baca bersama, dia malah mengadu hampir demam disebabkan tahap kerumitan untuk faham penulisan Al-Ghazali.

Aku cuma pelajar biasa, bukan pelajar madrasah mahupun sekolah pondok. Sekali baca atau sekali pandang, aku boleh faham. Bingung dengan apa yang berlaku, tetap itu semua dengan izin Allah.

Agnostik, orang akan fikir mesti aku bebas untuk berzina, minum arak dan sebagainya. Entah kenapa aku dijauhkan dari perkara-perkara yang sedemikian. Sebaliknya bila aku nampak bangsa sendiri yang mengaku muslim terang-terangan beli nombor ekor, mabuk, buat perkara-perkara mungkar automatik hati aku menjadi sakit dan panas.

Ya, aku faham itu salah penganut dan bukan agama. Namun bila setiap hari pandangan mata penuh dengan babak mungkar yang sarat, hasrat aku untuk bertaubat menjadi tandus. Aku pernah berdebat dengan atheis dan non muslim yang sangat-sangat anti Islam, aku lebih menghargai kejujuran mereka dari golongan sebangsa sedarah yang terus-terusan mempermain, menghalalkan dan menunggangi agama dengan penuh hipokrisi.

Keesaan Allah, kesedaran tauhid tetap terus datang tanpa henti. Dari boleh melihat makhluk dimensi lain diganti dengan penglihatan yang bersifat rohaniah. Tetap mendatang sehinggalah berlaku apa yang jadi seperti dalam kisah sebelumnya. Sejak dari itu, aku mula mencari tahu tentang apa itu Lucid Dreaming dan apa itu Astral Projection.

Semua orang pernah mengalami dua fenomena tersebut. Cuma Astral Projection adalah yang paling istimewa. Aku berikan contoh, kita bermimpikan kita mungkin berada di sesuatu tempat, mungkin sedang mengalami sesuatu, atau pun sedang melakukan sesuatu. Kemudian selepas beberapa hari, mungkin minggu atau beberapa bulan kemudian kita mengalami apa yang kita mimpikan tersebut.

Deja vu. Imbasan yang membuat kita terpinga-pinga. Kata orang tua, bila tidur roh kita merayau. Merayau sampai diperlihatkan perkara yang akan berlaku? Ilusi oleh Iblis? Yang anehnya kenapa suatu masa dahulu Allah melarang Iblis untuk mendapatkan berita dari langit lagi? Adakah kejadian masa depan yang kita gelar sebagai deja vu itu adalah berita langit yang dimaksudkan?

Oh, rupanya Iblis diharamkan mengambil berita dari langit gara-gara itulah caranya dia ingin menyesatkan bani Adam. Semenjak kejadian tersebut Azazil menumpukan pada perkara-perkara kecil yang sangat dipandang enteng oleh bani Adam yang tanpa disedari perkara-perkara kecil tersebut boleh menjadi lebih sebesar gunung. Dan itulah perancangannya untuk menyesatkan bani Adam.

Tubuh apa yang keluar saat astral projection berlaku? Roh Idhofi? Roh Rewani? Entahlah, masih ilusi iblis ya? Lupa pada kun faya kun?

Mengapa aku memerlukan bantuan Y dan tidak lagi melakukan astral projection secara sendiri? Jawapannya kerana aku tidak tahan pada fasa sleep paralysis berlaku. Jika kita melakukan secara manual, paling kurang pun kita memerlukan waktu 2 jam. Cukup dengan berbaring mahupun duduk, yang penting dalam keadaan selesa dan mata dipejam tapi jangan sampai tertidur.

30 minit yang pertama, tubuh merasa digoncang. Cukup 1 jam, tubuh akan berada dalam keadaan meditative state. 1 jam setengah kemudian mula dari ibu jari kaki, arus elektrik akan hadir sehingga ke seluruh tubuh badan. Inilah fasa yang paling aku benci, arus elektrik tersebut menandakan badan akan mengaktifkan mod sleep paralysis, mod tersebut penting untuk mengelakkan kita mencederakan diri sendiri saat kita mengalami mimpi diri dan sebagainya.

Orang melayu agak pelik, bila sleep paralysis berlaku dikatakan badan ditindih jin hanya gara-gara badan terasa berat. Sedangkan yang berlaku sebenarnya adalah kita bangun mengejut gara-gara tidur ayam yang kebetulan terjadi saat proses sleep paralysis sedang terjadi. Manual? Pernah aku kurang fokus, sleep paralysis berlaku pada lengan kanan aku dan mengambil masa beberapa minit untuk pulih seperti biasa.

Cukup 2 jam, goncangan pada tubuh akan semakin kuat seperti kita mahu terkeluar dari jasad jasmaniah kita. Andai kata berjaya, jangan merasa terkejut apabila kita melihat diri sendiri sedang terbujur kaku sedang berbaring. Dan jika ada orang yang memeriksa nafas kita di hidung tidak akan terasa kerana nafas kita pada masa itu menjadi sangat-sangat pendek. Tutorial ini khas ditujukan pada si pembaca yang mengecop aku sebagai kaki DVD dan juga pada pembaca yang mengatakan aku minum ketum.

Sihir Wafaq? Khidir a.s? Maaf, sejak peristiwa Abyad mendatangi aku pada usia 15 tahun dahulu, aku cakna dengan ilusi dari syaitan. Wafaq, Rajah, Sigil memang aku hindarkan. Malahan kaligrafi ayat-ayat suci yang mempunyai imej binatang pun sepatutnya dijauhi. Ragu? Bohonglah aku mengatakan aku tidak ragu dengan apa yang berlaku. Ilusi iblis itu juga aku pertimbangkan ada kemungkinan besar boleh berlaku pada aku.

Ada 2 saluran di YouTube yang sangat memberikan pencerahan. Yang pertama adalah saluran The Story of Doctor Indra dan juga saluran Muhammad Faizar Official. Kedua-dua saluran tersebut menampilkan ustaz yang sangat ahli dalam bidang ruqyah. Melalui mereka berdua aku mendapat kesedaran untuk melakukan ruqyah pengesanan jin di dalam tubuh.

Banyak hamba Allah yang telah menyediakan audio ruqyah tersebut,yang jelas secara percuma ( semoga Allah merahmati dan memberkati kebaikan mereka ) di YouTube. Audio didengar sebanyak 2 kali dalam sehari. Kesannya? Tiada jin di dalam tubuh aku. Aku bersyukur, aku cadangkan pembaca pun lakukanlah perkara yang sama, jangan yakin kita tidak diekori jin tertentu.

Mantiq ( logika ) tetap diletakkan sebagai timbang aras dalam menilai sebelum mempertimbangkan perkara ghaib. Justifikasi yang berlaku terhadap aku sangat difahami kerana manusia cuma diberikan sedikit pengetahuan tentang perkara ghaib.

Berkenaan dengan gencana misteri di dalam dada aku, masih menjadi misteri. Bila ada beberapa individu yang mendakwa boleh melihat secara batin, aku akan meminta mereka untuk melihat gencana tersebut. Yang paling menarik melibatkan seorang pemuda Lombok di tempat kerja lama aku dahulu.

Bekas pelajar pesantren yang mencampurkan unsur Haq dan Batil. Kerap menggunakan kaedah menurun untuk melihat keputusan nombor ekor yang bakal keluar. Upacara syirik tersebut ringkas, kemenyan dibakar dan asap bakaran tersebut dihidu sedalam-dalamnya untuk kesedarannya diambil alih makhluk tersebut. Sempat mengatakan kepada dia andai dia berjaya menurun, cuba imbas gencana yang ada dalam dada aku.

Apa yang dia lihat, dada aku kemerahan dan dia tidak sanggup lagi memandang lebih lama. Aku hanya tersenyum sinis. Yang pasti bila ke mana-mana tempat yang dikatakan orang sebagai berpuakalah, berpenunggu dan sebagainya, tiada masalah bagi aku setakat ini.

Paling penting sekali, pada pembaca wanita yang mengatakan aku reinkarnasi raja tersebut, seronok ke puan mereka-reka cerita? Tidak sedar yang itu boleh jadi fitnah? Di dalam cerita tersebut aku diberitahu yang aku adalah titisan keturunan raja tersebut, bukannya reinkarnasi. Hati-hati dengan komen puan. Puan perlu ambil iktibar dari kisah Barsisa yang pernah diperdaya Abyad m**i dalam keadaan kufur.

Disebabkan sekarang dunia dilanda pandemik covid-19, ramai yang menderita kemurungan. Aku berhenti dari kerja lama dan menumpukan kepada hipnoterapi. Apa yang paling membahagiakan aku adalah saat klien menjalani sesi hipnosis bersama aku terutamanya mereka yang beragama Islam, pengalaman astral projection yang dialami klien tidak akan dilupakan sampai bila-bila kerana untuk kes kemurungan, aku akan menghantar tubuh eterik mereka mengunjungi Masjidil Haram.

Setakat ini telah 3 orang aku berjaya hantar tubuh eterik mereka ke sana untuk berkunjung. Apabila hati mereka tersentuh, aku juga turut tumpang gembira. Perkongsian kali ini khusus untuk klarifikasi untuk mencerahkan kekeliruan di kisah sebelumnya. Andai kata ada ayat yang terlihat kasar, mohon dimaafkan. Sekian terima kasih pada semua para pembaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Moon

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

10 thoughts on “Raja Dimensi Sana : Klarifikasi”

  1. Bro.. hipnoterapi?
    Boleh aku contact utk info lanjut? Isteri aku perlukn bantuan. Mungkin Kami boleh cuba jika kau sudi n tak keberatan ..thanks

    Reply
  2. Beberapa tahun lepas, aku pernah tidur sekejap sementara menunggu waktu sekolah. Aku sendiri nampak roh aku keluar dari jasad. Ibarat aku lah roh tersebut dan aku nampak jasad aku terbaring. Dan kemudian aku tak ingat aku jalan ke mana.

    Teringin nak berkenalan dengan si pencerita ni lebih lanjut. Moga ada rezeki

    Reply
  3. Sehebat manusia , hebat dan dikasihi Nabi Junjungan Muhammad Sallallahualaihiwasallam..Nabi dan utusan yang ummi..
    Istigfar kita banyak2 kepada Allah..

    Reply
  4. Walaupun saya tak berapa faham cerita di atas mungkin atas faktor tak cukup ilmu di dada dan umur 15 tahun.. Tapi saya tahu setiap kejadian pasti ada sebabnya.. Ciptaan Allah itu luas😉😊… Saya cemburu yg akak/abg mampu hantar roh orang ke madinah😢… Tapi apa boleh buat… Belum rezeki saya lagi.. Hehe

    Teruskan berkarya akak/abg😁😉

    Reply
  5. Kepada penulis,terima kasih kerana tulis cerita ini.

    Harap kita boleh berkenalan,atau mungkin pernah berkenalan…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.